Monday, June 13, 2005

Diari AF3 - 13 Jun: Bhg. 1

Aku ketinggalan beberapa minit yang pertama. Mungkin aku terlepas Idayu membacakan kad wasiat Elliza. Masa aku nengok, diorang tengah menyanyi lagu Mengapa. Kat hujung² tuh lirik lagu jadik tah hapa² tah. Masa ni nampak bebudak pompuan nangis², tekup² muka, mata merah². Hish! Macam tak reti² lepas tamat AF nanti boleh jumpa balik. Bukannya tak penah nengok AF1 & AF2. Jangan masa ni jek nangis bagai, besok bila dah kat luar, ada pulak berita kat paper - 'Bintang AF3 A bercekau dengan Bintang B', tak pun si SS tu tulis -'SS dengar 2 bintang AF3 yang masa kat akademi tu kamcing ala² cemolot bagai, kini sedang bercakaran berebutkan seorang jejaka Melayu terakhir'. Pelajar² lelaki pulak macam tak sedih langsung. Semua happy semacam jek especially Reza. Suka la tu kot.

Bosannya Aznil dok pot pet pot pet pasal beli tiket.. bla bla bla. ye lah orang tau lah. Tak yah lah cakap panjang². Pendek² kan aje lah. Aku bukan nak tengok engko. Aku nak tengok bebudak AF3 tu. Tak kuasa tau. Hish! Dah naik bosan jugak aku nengok Aznil nih. Mungkin minat dah berkurangan sebab statement dia pasal Mawi hari tu kot. Walaupun aku maafkan Aznil, tapi sebagai peminat Mawi, aku terasa la jugak kan. Tahun depan kasik la orang lain pulak jadi pengacara. Aku rasa Saiful Apek tu pun okey. Jimmy Yezza tu pun nampaknya berbakat juga walaupun masih baru lagi dalam bidang ni.

Kemudian pelajar² menunjukkan kepada kamera kad & kasut yang mereka hadiahkan pada bapa masing² sempena Hari Bapa. Kebanyakannya ucapan standard lah. Dan biasa lah kan, ada lah yang nak nangis lah, ke buat² nangis ke.

Mawi - katanya pertama kali mengucapkan Hari Bapa. Tak terkejut pun. Memang bukan budaya orang kampung pun Hari Ibu/Bapa ni. Aku rasa orang bandar jek yang celebrate Hari Ibu & Hari Bapa ni. Aku dulu masa kecik² pun mana reti hari Ibu/Bapa nih. Sebab masa kecik² aku dok felda, macam Mawi jugak. Dah besar² ni jek lah baru reti.. konon² sebab dah duduk bandar la konon.. muahahaha.

Felix - qroohh qrehh qrsong qrsengg qratt qroott ..selamat hari bapa.. qrohh qrehh sqrongg sqrengg ..kasut.. qrooh sqrott sqrengg qrsott ..makan & minum.. qrohh qrehh.. (dia cakap bahasa Dusun daa).

Reza - lawak gak, siap test lagik kasut untuk abah dia. Pastu dia kata, kalau abah tak nak pakai, display kat aquarium.. muahahaha. Atas aquarium ke dalam aquarium?

Keifli - membahasakan dirinya 'orang' (cam Uncute pulak). Dia cakap dia degil, keras kepala.. blablabla.. pastu dia kata airmata dia nak berlinang, tapi cuba tahan.

Yazer - ucapan buat bapanya yang rock, katanya. Kita dipaparkan Yazer sedang menulis kad sambil mengesat² matanya. Nangis ke mat rock?

Amylea - memanggil ayahnya Baba or Babah (?). Membahasa kan dirinya Ko/Koi/Aku (?) Tak tahulah bahasa orang utara ni. Kita juga ditunjukkan adegan Amylea menulis kad sambil menangis. Yang ni aku rasa bukan buat². Betul punya nangis. Amylea pun memang nampak rapat dengan ayah dia semasa Tirai Akademi hari tu kan. Lupa pulak, dalam entry sebelum ni aku lupa nak buat pengumuman penting. Dengan ini aku mengisytiharkan, selain dari MAWI, aku juga menyokong Amylea - anak didik Screw itu. Tapi sokongan aku dalam bentuk air liur jek la, bukan dalam bentuk SMS maupun telefon, tidak juga dalam bentuk remote control.

Fu** - bosannya. Harap badan jek besar.. tapi bek bek bek bek.. tak sesuai!! Tak sesuai!! *cari baldi Fear Factor.. Mag, pulangkan baldi aku!!*

Akma - membahasakan diri dia Kak Chik (rasanya dah pernah dengar dah sebelum ni). Mata & suara dia macam baru lepas nangis. Samada nangis masa tulis kad untuk ayah dia, atau nangis sebab sedih dengan pemergian Elliza. Heran aku, aku wish Selamat Hari Bapa, happy jek. Takde nangis² pun. Aku sayang jugak Abah aku. Aku pun ada gak menyesal buat salah kat Abah aku, tapi takde lah aku nak nangis bila ucapkan Selamat Hari Bapa. Lain lah kalau mintak ampun masa Hari Raya kan. Aku pun selalu gak berpisah dengan Abah aku. Jangan kata 2-3 minggu, bertahun² aku dok asrama. Kekadang 2-3 bulan tak telepon sebab takde sen. Ye la masa sekolah kan, mana ada duit sangat. Tapi bila aku call, takde la pulak nangis sampai bengkak² mata. Aku rasa sebelum sessi beri ucapan tu, diorang ni di brainstorm dek Dr. Azahari tu kot.

Aidil - cuma tulis kad untuk bapa dia. Sempat lagik promo yang daddy dia tu best scrabble player in Malaysia (?) Kasut pula dihadiahkan untuk mommy dia main badminton. Banyak ucapan dia untuk mak aje. Konpius aku. Ni ucapan Hari Bapa ke Hari Ibu?

Ekin - ni sorang lagi. Melalak sampai tak jelas amende dia cakap. Bapak tu hidup lagi deknon, usah le melalak gitu sekali.

Idayu - membahasakan dirinya 'adik'. Mula² kontrol ayu jek. Lepas tu makin lama makin sedih pulak. Nangis jugak.

Amy - kad & kasut uuntuk mom dia. Semua ucapan untuk mom. Langsung takde mention bapak dia. Ada pun dia cuma cakap 'to all fathers out there, Selamat Hari Bapa'. Lepas habis tu, dia pergi kat Idayu, peluk Idayu & nangis². Hmm.. apasal ek, dia tak suka bapak dia kot.

Lepas tu diorang ramai² potong kek coklat yang nampak sedap. Tak paham aku, kata celebrate Hari Bapa, pi la suh BreadTalk hantar kek pada bapak diorang sebijik sorang. Apahal lak untuk Hari Bapa, korang pulak yang makan kek? Tak paham.. tak paham..

Last sekali kita ditunjukkan Mawi & Marsha dapat banyak baju baru yang Jimmy Yezza shopping dalam Trek Selebriti hari tu. Marsha & Mawi bacakan kad yang ditulis oleh Jimmy untuk diorang.

Tak ada babak Mawi kena marah dengan sifu, kalau itulah yang ditunggu². Malam karang punya diari baru ada kot. Nothing special, kecuali kalau korang nak nengok cemana rupa bebudak tu menangis depan kamera, boleh la tido lambat.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

19 Comments:

Anonymous eisya said...

alamak tak habis nak baca dan feel setiap patah perkataan ko nie....nanti kalo sempat esok I komen.....dah nak balik.....daaaa

9:58 PM  
Anonymous SH said...

amylea bahasakan diri dia 'kak' rasanya - dlm loghat utara yg pekat.

aidil tu bukan ke from broken marriage - ada mention somewhere kot.. tu yg jadi mummy's boy tu..

9:59 PM  
Blogger SuMie said...

K.E, muahaha.. tak abis baca pun leh letak komen ek?

K Sham, oohh.. So dia sebut 'kok' la kot. Thanks

10:00 PM  
Anonymous eisya said...

ntah lah sumie....rasa nyer ok jer dorg bagi ucapan-ucapan sedih tu....nampak sikit dorg ni human cam kita gak.....

10:00 PM  
Anonymous kak ri said...

sumie...rasanya si kefli ni ada sedara mara belah johor....belah sini jer rajin mebahasakan diri sendiri as 'orang' .... dalam my family besides uncute, my brother sorang cam tu and also my youngest sister.....

pasal baldi fear factor belilah yang besar sikit...cam tong air yang itam tu...nak nyampaikan dia kluar...sure penuh tong tu.

10:01 PM  
Anonymous M said...

sumie, aku taknak pulangkan baldi tu, aku nak amik terus sbb nampaknya skrg hari2 aku 'penyakit muntah ijau' walaupun aku tak tengok diari...sbb aku baca review kat blog ko atau sesapa pun, penyakit tu mesti datang punye...ah penyakit aku ni makin teruk lelama ni!!!

10:02 PM  
Anonymous eisya said...

M: ko ni kalahkan orang nak beranak lah....hehe

10:02 PM  
Blogger SuMie said...

K.E, I tak kata lah diorang nangis tu tak real, but I think, tangisan tuh diprovoke. As if sebelum diorang tulis kad & buat ucapan depan kamera tu, ada satu sessi motivasi or brainstorm. Kat sekolah I dulu selalu cikgu² buat camtu. Suruh pejamkan mata, then fikirkan ayah kamu, fikirkan saat kamu baru dilahirkan, ayah kamu sangat gembira, ayah bekerja membanting tulang mencari sesuap nasi, fikirkan dosa² kamu pada ayah.. bla bla bla bla.. and they won't stop sampai kita nangis.

Tak ada la niat nak tabur fitnah, tapi cuba bayangkan diri kita sendiri, kalau tulis kad Selamat Hari Bapa kat ayah kita, rasanya tak adalah nangis sampai bengkak mata. Lagi satu masa AF2 dulu, diorang pun ada yang menangis masa ucap Selamat Hari Bapa. Tapi masa AF1, takde pulak, semua buat kad sendiri untuk bapa masing², lepas tu wish depan kamera - same thing, but diorang sounded very sweet, takde yang menangis cam AF2 & AF3. I wonder why? It only leads me to 1 fact - AF1 tak ada pakar motivasi macam AF2 & AF3. Lagipun hari Ahad memang sessi diorang dengan Dr. Azahari kan. And Monday afternoon diary memang paparan aktiviti diorang hari Ahad tu. Wallahualam.

Actually I wrote similar comment kat blog Y. Kalau yang dah terbaca 2 kali tu, sori ek.

10:03 PM  
Anonymous M said...

heheh k.e, tu le selagi si 'tooot' tu ada lagi, memang makin parahlah penyakit aku tu.....isy isy isy

10:04 PM  
Blogger SuMie said...

Kak Ri, Mag,
kenalah cari baldi baru nih..

10:04 PM  
Anonymous REM said...

Macam nak gelak berguling-guling baca Sumie punya blog ni. Real la. Ni nak isytiharkan sebagai 'Blog Ulasan AF' terbaik Malaysia!

Teruk sangat ke Mawi nyanyi hari tu? Saya tengok sedutan video (dalam bentuk digital file - kawan kirim) bagi konsert Prelude tu. Saya memang suka dengan vokal dia. Ada natural quality yang sangat bagus. Bersih, tajam dan terapung dengan baik. Cuma technically tak berapa developed la.

Hmm.. nak cari video klip dalam persembahan konsert pertama. Orang dah komen sangat, teringin juga nak tengok. Tapi saya ni memang selalu not so generous when it comes to compliment. Takut saya pula terkutuk si Mawi lebih-lebih.. he he he. Teruk sangat ke? Sultan Muzafar siap tulis 'salah melodi'? Helloooo, salah melodi tu cam mana ya???? Kalau salah key tu biasa la dengar. Salah melodi? Kalau sumbang, cakap la sumbang. Tak kan salah melodi pula. Pelik betul bunyinya.

Tapi ya, saya setuju dengan Sumi. Kalau persembahan live, sumbang sikit tak apa, kalau stage presence dan aura persembahan menonjol. Kalau technically perfect, but no 'x-factor' tak guna juga, kan? Lain la kalau sumbang memanjang dari mula sampai tamat. That's unforgivable la.

Nyanyi ni macam masak juga. Sedap kat lidah, cukup la. You don't hv to follow the recipe 100%. Kalau teknik masak canggih (serba serbi bahannya sempuran), tapi hidangan yang terhasil tak membuka selera - apa guna, kan? Macam makanan kat hotel. Bukan main skima. Tapi rasa makanan kat gerai tepi jalan lebih sedap!

Kalau nyanyi, if the sound is pleasant, that's enough. Technically perfect, but sounding unpleasant.. tak guna juga. Hmm... alamak, berceramah la pula. Sorry!

10:05 PM  
Blogger SuMie said...

Amboi REM, besarnya anugerah tu, berat tu, tak larat nak pikul.. Terima kasih atas pujian tu, aiseh malu pulak.. tapi saya rasa tak adalah yang terbaik. Ulasan pun ala² sekerat hari jek. Ramai yang pro, yang lebih committed mengulas. Saya ni ala² Cik Bedah tengah berborak dengan jiran sebelah sambil² sidai kain jek.

'Salah melodi' tu komen dari Adnan Abu Hassan dalam diari 8.30 malam. Saya tak pandai sangat, tapi selepas dengar berkali², saya huraikan macam ni;

2 baris lirik lagu yang merupakan silap Mawi ialah:
"Dan terlalu cepatnya berlalu
Pabila dihiris angin"

Kalau ikut lagu asal, melodi untuk baris pertama tu memang berbeza dengan baris ke-2. Kita katalah macam ni:
Lirik 1, Melodi 1
Lirik 2 Melodi 2

Saya rasa, apa yang Adnan maksudkan, Mawi masih boleh dimaafkan jika dia menyanyi:
Lirik 2, melodi 1
Lirik 2, melodi 2
(kesalahan lirik, bukan kesalahan melodi)

Tetapi Mawi menyanyi:
Lirik 2, Melodi 2
Lirik 2, Melodi 2
.. yang mana kedengaran agak janggal / sumbang kerana Melodi 2 tak boleh masuk dengan chording untuk Melodi 1. (chording 1 dan chording 2 juga berbeza). Jadi, tak boleh juga kita nak kata ianya satu improvisation.

Saya harap explaination saya ni tak mengelirukan, sebab saya rasa Rem faham beza antara 'melodi' & 'chording'. Sebenarnya lebih jelas kalau dengar sendiri nyanyian Mawi & compare dengan yang asal.

Rem kalau nak download clip konsert pertama tu, boleh dload dari Kyoll:
http://www.kyoll.com/gempark/index.php
Hari tu owner dia letak link utk download tu dalam bahagian Forum. Tapi link untuk lagu Mawi konsert ke-2 ni tak ada.

10:07 PM  
Anonymous yan said...

ermm yan kalau tulis anything about famili yan mesti nangis.. coz yan memang jenis yg suke tulis mende2 yang meruntun jiwa... maybe sebab yan ni anak yg paling jahat kot... heheh...

kalau budak baik jek tak nangis kot.. tak taula den...

or maybe sebab yan memang kuat nangis.. wakakaka.. tengok bebudak nyanyi lagu mengapa untuk elliza tupun terase nak nangis gak.. memang nangispun wakakakka.. memang lagu tu kelakar.. tapi maybe sebab yan bayangkan elliza.. ske die.. tu yg cedih..

10:08 PM  
Blogger SuMie said...

Yan, hmm.. agaknya bebudak yang nangis dalam AF tu pun macam ko la kot, asal tulis pasal family jek nangis. Aku pulak kalau tulis pasal family mesti ketawa memanjang, sebab banyak benda yang kelakar..

10:17 PM  
Anonymous kak ri said...

my abah mention one thing pasal diary malam tadi about idayu and amylea kononnya bergaduh... she has made her acting so effective siap nangis-nangis lagi...JADI...kalau dia managed to pull something like that...bermakna yang nangis masa bagi ucapan pun mungkin dibuat-buat...ITU MY ABAH PUNYA PENDAPAT... to me yg real nangis masa MAS jumpa anak-anak dia and masa Zarina keluar dia MAS kind of meraung...

10:19 PM  
Anonymous eisya said...

Sumie,

Cikgu Adnan pun tak perasan Mawi salah melodi so I rasa tak leh salahkan 100% pada Mawi....I pelik lah, M.Nasir lebih arif dengan lagu dia kenapa tak tegur masa performance Mawi depan semua tenaga pengajar....tak pernah jadi bende macam nie. Buat malu academy jer macam nampak tenaga pengajar tak jalankan tugas....Mas yg teruk tu pun cuma tak masuk key yang betul....

Yang pasal menangis masa buat dan baca kad ucapan Hari Bapa tu, mungkin jugak dorg dah kene brain wash dgn Dr Azahari....

10:19 PM  
Anonymous Uncute said...

Kak Ri: ala org belajar bahasakan diri org pun dr abg zemer :D

Sumie: yg aku suspek si kefli ni org johor sebab dia panggil abah dia "abah" cam aku gak.

Sumie/Mag: lepas ni kita leh buat pertandingan baldi sapa paling byk muntah. Aku rasa aku pun nak kena beli satu sebab mlm tadi aku nengok ulangan diari..part nak muntah tu memang rasa bukan saja nak muntah..rasa nak tukar cenel makin kuat gak.

As for Amylea: aku dengar dia bahasa diri dia "Akok" bukan "Kok". May be sebutan "A" dia agak pelahan..so org lain dengar dia sebut "Kok".

10:20 PM  
Anonymous Uncute said...

K.E: pasal mawi salah melodi ni ...tu kena marah pengarah muzik lah dia yg buat minus 1 tu.

10:21 PM  
Blogger SuMie said...

Uncute, melodi dinyanyikan oleh penyanyi, jadi salah melodi sebenarnya salah Mawi sendiri.

Minus 1 tu pula ialah muzik iringan. Jadi jika muzik iringan yang salah, barulah boleh kita salahkan pengarah muzik / penggubah muzik tu.

10:21 PM  

Post a Comment

<< Home