Tuesday, June 14, 2005

Diari AF3 - 14 Jun: Bhg. 1

Kelihatan Amylea sedang bersedih. Marsha duduk disebelah, Idayu pula duduk di hadapannya macam sedang memujuk. Aku tak tahu apa yang Amylea sedihkan sebab tak dengar keseluruhan perbualan, cuma terdengar Idayu cakap "Ko ambik mood ni..".

Dalam kelas Siti Hajar, pelajar² masih lagi belajar bubbling. Reza, Felix, Amylea & Amy masih ada kelemahan. Mawi pula macam bemasalah, diberi lebih sikit tunjuk ajar oleh Siti Hajar. Mungkin kita dah bosan tengok kelas ni, tapi aku rasa latihan bubbling, hissing dan apa ke bendenya lagi yang lain tu, harus sentiasa dibuat. Selagi diorang tak dapat buat macam Siti Hajar buat, bermakna diorang tak cukup bagus. Malah bila dah keluar nanti pun, diorang perlu teruskan latihan sebegini sendirian.

Ekin pula dilihat menangis. Dari percakapan Siti Hajar, rasanya Ekin tak dapat buat apa yang disuruh. Dia macam membelakangkan kelas. Bila Siti Hajar panggil suruh pusing depan, dia geleng² kepala tak nak. Hek elee.. masa ni aku rasa macam nak hempuk aje budak ni dengan piano tu. Kena la pulak Siti Hajar bagi ceramah motivasi. Letih betul kalau jadi Siti Hajar ni. Aku rasa dia cuba control tak nak lah marah² macam masa dia marah Nana dulu, memburukkan reputasi dia juga. Tapi kalau dapat budak cengeng kuat melalak macam ni, memang geram dibuatnya. Yang aku tak faham, kalau dah tak dapat buat tu, perlu ke memangis? Takde semangat juang langsung. Buat aje lah sampai dapat. Kalau fokus mesti dapat punya. Ekin boleh menyanyi, punya suara yang sedap, wajah yang cantik. Cuma sejak Konsert Prelude lagi, memang ketara teknik nyanyian Ekin perlu diasah. Tapi macamana nak diasah kalau baru belajar sikit, tak dapat, dah nak melalak? Kalau tak nak belajar, buat apa masuk AF? Buat apa hadir ke ujibakat dulu? Nak glemer semata²? Dia bukannya budak kecik pun. Kalau budak darjah 1 tu, aku paham lah, takut buat salah, takut cikgu marah, sampai menangis. Tapi dia ni dah besar panjang, dah boleh kahwin, dah boleh buat anak. Haa tu lah, akak kalau dah membebel sampai pagi besok pun susah nak brek. Pot pet pot pet pot pet.. (tak habis bebel lagik nih, tapi tak larat dah nak tulis).

Dalam kelas nada suara, Adnan meyentuh tentang melodi. Aku rasa pelajaran hari ni berkaitan dengan kesilapan melodi yang dilakukan oleh Mawi dalam konsert lepas. Tapi aku agak kesal bila Mawi kelihatan tidak menumpukan perhatian dalam kelas tu. Tak tahulah apa sebenarnya yang terjadi, tapi semasa semua orang sedang menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu, rasanya Felix atau Mawi ada mengusik Marsha, sebab tiba² Marsha bangun, pergi ke arah pelajar lelaki dan tumbuk Mawi (tumbuk style pompuan la). Lepas tu Felix macam buat isyarat atau berkata sesuatu pada Marsha, macam suruh Marsha relax, cool. Ni yang buat akak nak bebel lagi ni. Cikgu bercakap kat depan, korang sibuk bertelenovela kat belakang. Bagi lah tumpuan. Awak tu dah lah ramai peminat. Kalau orang lain yang tak fokus, penonton tak kisah sangat, tapi kalau Mawi, semua orang nak ambik tau. Semua orang tak nak tengok Mawi buat salah. Karang kalau buat silap lagi, separuh Malaya mengutuk. Lepas tu separuh Malaya lagi pulak membela. Nak buat macamana, sememangnya sokongan luar biasa terhadap Mawi menyebabkan dia dinilai pada peringkat yang berbeza berbanding pelajar² lain sedangkan hakikatnya dia hanyalah manusia, remaja biasa seperti mereka juga.

Kelas tarian. Kelihatan mereka bersenam. Kelihatan Marsha di baris depan. Kelihatan pusat Marsha. Kelihatan perut boroi Fu**. Kelihatan Fu** cepat² cover, macam tau² aje ada kamera fokus tang situ. Kelihatan Linda buat split. Kelihatan Yazer berdiri, tak boleh buat split. Kedengaran pelajar² lelaki bersuara "Cikgu! Cikgu!", tak larat nak bukak kaki luas² lah tu. Kelihatan mereka menari sorang demi sorang mengikut rentak lagu. Kelihatan Mawi tersangatlah kelakar. Kesian Mawi. Dia bukan sengaja nak buat lawak, bukan sengaja nak jadi bahan ketawa. Dah dia memang tak reti menari. Kira dah cukup bagus dia dapat ikut beat tu.

Dalam kelas Marlia, mula² Marlia cakap panjang lebar, tah aku pun tak ingat pasal apa. Lepas tu diorang disuruh berjalan buat muka sombong. Kedengaran Marlia kata "Mawi & Felix kembar siam". Agaknya diorang disuruh berjalan secara rawak tu pun nak jalan dekat² jugak kot. Sesuatuh tau anak ikan akak nih. Kemudian kita boleh tengok Mawi ala² model buat fashion show. Wow!! Kiranya masa ni aku memandang Mawi ala² Nora (Nanu) pandang Hazimi (Fahrin) dalam Samarinda - Simbiosis tu. Hik hik hik.. *masa ni aku getik sengsorang depan TV*. Lepas tu giliran Felix pulak. Ada sesuatu yang kelakar dilakukan oleh Felix, aku pun tak pasti apa, tapi satu kelas ketawa sakan. Marlia pun ketawa beriya-iya.

Penutup diari menunjukkan semua orang mencari anak patung kucing Elliza. Ekin akhirnya jumpa kucing tu dalam drawer bawah TV. Lepas tu diorang ramai² cakap pada Elliza depan kamera, diorang akan pulangkan kucing tu pada Elliza. Rasanya tak ada yang menarik sangat. Tido awal pun tak apa.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

21 Comments:

Anonymous ilham said...

ek eleh sumie...Ekin tu kan period...tak kan dia nak cakap demam camera dia tengah period!!!dia nei ada period complication..period interval dia tak menentu!!!sakit tau !!!!ahaks ahaks ahaks....aweks angkat aku lar katakan , kena lar aku cover cover sikit...ko nei marah sangat sebab abang mawi ko tu macam ehem ehem ajer gan aweks angkat aku nei...hehehe..ko cakap kat abang mawi ko tu kalau dia pandai silat, aku pandai tomoi tau tau tau !!!huhuhuh....

1:55 AM  
Anonymous K.R said...

Hai sumie, first time baca ur blog lepas org promote ur blogsite ni..hehe, very impressive, informative and witty. Tak ngantuk baca walaupun panjang berjela2, tu yg aku nak tu.hehe,anyway keep up ur xcelent work. Mulai hari ini aku isytiharkan akan menjadi tetamu setia kat ur blogsite ni.

1:56 AM  
Blogger SuMie said...

ilham, aku kalo period takde la sampai nak nangis pun. Jeles? Takdenya akak nak jeles kat awek angkat ko tuh occay. Mawi mesti nak yang bertudung litup, jelita dan control ayu macam akak neihh.. huhuhu.

K.R, welcome & thank you for reading..

1:57 AM  
Anonymous ilham said...

aksi seterusnya dairy malam ini...

mawi: " ekin , ko nangis nei ingat boyfren yer?"

Ekin : " cam mana mawi boleh tau"

mawi: " masa aku tak terpilih dulu, aku di luar dan aku melayari internet"

Ekin : " jadi kau tau lar ilham tu siapa lar yer?"

Mawi : " aku tau"

Ekin : " kalau dah tau apa yang menyibuk lagi kat sini"

mawi dengan perlahan lahan berjalan kearah felix sambil buat muka cacat dia!!!

p/s: babak nei kena guna housecam F untuk dapat viewing!!!!ahaks ahaks ahaks

1:58 AM  
Blogger SuMie said...

Muahahahaa! Ilham, ko nak tau orang pahang kata apa? HEK AOK!!

1:59 AM  
Anonymous screw said...

Ilham... ;p

apa2pun.. sekali lagi aku nak berkempen di sini.. Kempen AFUWEK FU**

2:00 AM  
Anonymous eisya said...

Apasal sumer nak nangis nie....eeee...boring lah...

2:01 AM  
Anonymous Q said...

anak ikan aku tu memang pak lawak...

2:01 AM  
Anonymous kak ri said...

hehehehe...perasan tul ilham...kot ekin kata...aku ada masalah nak dumb abang angkat aku tu..camna eh nak buat?

screw....hehehe...term baru eh AFUWEK

2:02 AM  
Anonymous timduncan21 said...

Alamak sumie rindunya aku nok dengo org kata HEK AOK! Bes gile ah.
Mawi tu buat koi takut jek. Kontrol la sket pergaulan tu. Sian kat mok aboh dia, ye dak?

2:03 AM  
Anonymous eisya said...

Sumie, suka tgk part Mawi kene tegur kat M.Nasir malam nie.....sekurang2 biar dia sedar dan improve.....eh! I nie pun asik2 g sana sini citer pasal Mawi....hehehe....anak ikan I hari ni kurang exposure lah....sian dia.....

2:03 AM  
Blogger SuMie said...

timduncan21, aok ni mesti orang pahang dok? Koi sebenonya kesian kat Mawi, terlebih bergaul kang, sian kat mak aboh dia. Tak bergaul kang, orang kata dia kera sumbang pulok..

K. Eisya, sapa pulak anak ikan K.E ek? Jangan si FU** tu dah le.. huhuhuhu.

2:04 AM  
Blogger SuMie said...

K.E, saya pun lega Mawi ditegur.

Pertamanya, supaya Mawi sendiri sedar yang dia dah melakukan kesilapan dan akan bersungguh² praktis lagu² seterusnya.

Keduanya, supaya mereka yang anti-Mawi tak salah sangka bahawa kononnya pengetua pilih kasih, Mawi dimaafkan dan tidak di nasihatkan sepertimana pelajar lain.

Ketiganya, agar peminat² Mawi ambil perhatian bila M. Nasir cakap sorakan dan jeritan peminat membuatkan Mawi lupa diri seketika. Jadi selepas ni, fan Mawi cool lah sikit bila tengok Mawi kat stadium. Kalau diorang tak mau Mawi lupa diri, diorang control lah sikit jeritan diorang tu.

Adoihh la.. tak tido malam aku nih dek kerana Mawi..

2:05 AM  
Anonymous kak ri said...

sumie ini bukan kes demam dah....ini kes ketagih.... sepoyo-poyo mawi ....kalau seminit tak sebut nama dia tak lengkap ayat.... hehehe!!

2:06 AM  
Anonymous eisya said...

Ish....I rasa takder sapa nak ambil F*** jd anak ikan dorg....hehe....Mine is Aidil ler...sama gak cam Fitri last year...tau ler dia tak lama so kalau ade chance nak gak tgk muka dia hari2...hehe

2:06 AM  
Anonymous ilham said...

hei Kak Ri...

..papatah malay berkata" sediakan payung sebelum hujan"...

..sekira begitu niat si ekin , aku redha..amylea sudah aku sediakan sebagai spare tyre....

..kalau amylea bersikap dingin , aku pergi celup tayar lama...keluarlah bunga bunga cinta si farah dan si nija...

"to all the girls i love before, who travels in and out by door" - willie nelson/Hugo Iglesias...

2:13 AM  
Anonymous Uncute said...

Kak Ri tak moh join Persatuan AFUWEK FU** ke...skrew tu president..n sumie ni dah jadi naib president..org ahli biasa je. tak larat lah kak ri dah naik muntah hijau dah.

Korang perasan tak..masa AF1 dulu..lepas konsert masa hari Isnin, FF mesti umumkan sapa yg duk bottom 2 lepas undian ditutup (x termasuk student yg baru terkeluar). Kali ni dah tak de dah. Elok dia org buat balik tradisi tu..at least sapa duk bottom 2 sedar diri sikit yg dia org sebenarnya bukan kat atas atau kat tgh lagi (kes2 mangsa2 yg duk tangga tgh b4 konsert tp terkeluar lepas konsert)

2:14 AM  
Anonymous Nart said...

Sumie,
pasal "ko amik mood ni" tu idayu nak amylea ganti dia untuk kezutan kat besday MM sbb Idayu rasa dia tah leh nangis, amylea mudah nangis. Somehow setelah bincang ramai2..skrip berubah..so (shorcutnya) nmpak la Idayu yg nangis mcm gaduh dgn Amylea..
Kalau tgk extended rasanya lagi clear kut..sbb dlm diari byk cut n paste sana sini dan nmpak mcm org tu ter'over' dlm segala segi.

tapi ayat "jangan kacau mawi aku" tu yg best.. sapakah pelajar pompuan yg cakap mcm tu kat student pompuan lagi sorang? ermmm.. adakah skadar bergurau? atau serius? kalau kuar kat diari biasa kat TV sure mcm2 spekulasi la kan..

2:15 AM  
Blogger SuMie said...

Nart..!! Siapakah pompuan yang berani mengaku Mawi itu dia yg punya? Cakap? Cakap? Siapa dia? Mari ku pelangkung dia..
*jeless.. buleh?*

2:16 AM  
Anonymous kak ri said...

hahahaha sumie!!! ada kang ilham kena baling ngan baldi afuwek fuad...tak ke nyaya....kalerpul kang ilham oii!!

2:16 AM  
Anonymous kak ri said...

aiksss...nart pulak....salah baling...ampunnnn ilham...:D

2:17 AM  

Post a Comment

<< Home