Wednesday, June 15, 2005

Diari AF3 - 15 Jun: Bhg. 1

Mintak maaf ya. Hari ni review lambat sebab aku nengok ulangan Konsert Sabtu lepas & Imbasan tadi. Apa pun, kalau korang cari recaps tengahari yang cepat dimasak dan sedap dimakan, korang pegi lah blog Y.com. Itu adalah blog favourite aku sejak AF2 lagi sampai le sekarang. (Y, ko tetap juara carta!)

Mula² kita ke kelas vokal. Eh kelas vokal ke tu? Tapi kenapa cikgunya lain pulak? Mana Siti Hajar? Mana Shahrul? Siapa cikgu baru tu.. (Konon² aku cakap ni ala² Aznil la konon). Sebenarnya diorang dalam kelas, tengah tunggu cikgu kot. Marsha main piano sementara pelajar² lain menyanyi "maaaahuuu", alaa.. yang biasa diorang praktis dalam kelas Siti Hajar tu lah. Lepas tu Felix pulak berangan jadi cikgu vokal, siap ajuk Siti Hajar lagik (buat mulut muncung dan aksi tangan melontarkan suara ke depan macam Siti Hajar selalu buat).

Lepas tu ada pertandingan lawan marah antara Akma & Aidil. Pertandingan ni kat meja makan, Asrul yang suruh buat rasanya. Aku tengok marah Akma tu menjadi, macam real jek. Macam dia menyampah bebetul kat Aidil tu. Aidil pulak, marah pun boleh tersengih² nampak gigi lagi. Samada dia memang tak pandai berlakon, atau dia tak pandai marah. Tapi yang best tu, ada sekali Aidil cakap "Shut your 'maut'!" (shut your mouth). Kedengaran Amylea sound balik "Mouth okay, bukan 'maut'!". Huhuhu.. keless anak didik Skru.

Aku rasa Amylea ni memang jenis open. Kalau dia tak suka atau rasa sesuatu tu tak betul, dia terus cakap jek. Dalam diari 8.30 malam tadi, kita boleh tengok macamana Amylea bagitau Asrul dia tak suka adegan peluk² antara lelaki perempuan kat atas pentas. Tak elok orang tengok, katanya. Lagipun mak dia dah pesan. Teringat masa konsert hari tu, Amylea tepis² Aidil yang tengah peluk Elliza. Aku semakin respek kat pompuan rambut kembang bergaya funky tu. Walaupun imej dia macam tu, tapi tetap tahu batas² pergaulan. Deknon² yang lain, terutama yang dah jadi bintang dari musim² lepas tu, ikutlah contoh dia ni yek. Jangan sebelum jadi artis kemain baik lagik perangai, dah jadi artis, asal jumpa jek, bersalam nak lagi pipi, asal jumpa jek nak laga pipi. Konon dah rapat macam adik-beradik (tah ye ke tak dengan adik-beradik dia berlaga pipi camtu). Tak kira lah ya, macam ke tak macam ke, asal nama bapak tak sama, nama mak tak sama, dah tentu² bukan adik beradik. Kalau dah jantina tu tak sama, bawak² lah kontrol diri bila bersalam tu ye.

Aiseh, terlajak pulak. Kita u-turn semula ke diari hari ni. Marlia membantu pelajar² memahami lirik masing². Bermula dengan Mawi yang duduk di sebelah kanan Marlia. Mula² Mawi tunjuk Aidil sebagai contoh. Sebenarnya Mawi just tunjuk je sesapa yang duduk sebelah kanan dia (sebab sebelah kiri dia Marlia), tu yang dia tunjuk Aidil tu. Lepas tu Marlia suruh pilih sorang perempuan yang boleh dikatakan gadis Melayu. Mawi tunjuk kat Marlia. Marlia kata, "Saya tak boleh, saya bukan orang Melayu" (sambil cakap slang mat salleh). Lawak sebenarnya bini Sifu nih. Then, Mawi tunjuk kat Amylea yang duduk sebelah Aidil. Marlia kata, rambut Amylea perang, mana boleh jadi perempuan Melayu. Lepas tu Marlia suruh pilih orang lain. Mawi kata "Tak payah lah cikgu", segan kot nak pilih² perempuan. Marlia suruh jugak Mawi pilih. Last² Mawi kata "Saya terpikat dengan dia" - referring to Ekin. (Huaarghhh.. jeless akak deknon! Jeless akak!). Marlia suruh Mawi cakap betul², kata dia "Suara tu jangan macam mat tepi simpang!". Huhuhu. Dengan kopiah kat kepala tu, mana ada macam mat tepi simpang. Macam bilal baru balik dari masjid ada laa.

Kemudian Marlia membincangkan pula lirik lagu Amylea - Anggapanmu, Ekin - Mimpi Sedih, Amy - Asmaradana dan Idayu - Curiga.

Aznil yang suka enterprem tuh ada kata "Tak payah hantar undi-undi yang itu aje. Hantar undian untuk kedudukan dalam carta aje. Dari pemahaman aku, Aznil maksudkan supaya pengundi² tak usahlah dok undi Mawi (atau Felix) aje, hantar juga undian untuk pelajar lain bagi memastikan kedudukan mereka dalam carta. Muahaha.. berbuih aje la mulut ko membebel Aznil. Kalau orang cuma nak undi Mawi, orang tetap undi Mawi, dan kalau orang nak undi Felix, orang tetap akan undi Felix. Dan kalau orang TAK NAK AFUNDI macam aku.. orang itu tetap TAK NAK AFUNDI. Nah amik tisu premier nih, lap mulut ko yang berbuih tuh.

Reza dan Asrul berbual di meja makan. Antara dialog Reza yang aku ingat, "Kau layan aku kasar, aku layan ko kasar. Ko sindir aku, aku sindir ko", merujuk pada perselisihan dia dengan Idayu dalam paparan diari malam tadi. Kata Reza, dia cuma bergurau, berlakon marah, memang dia selalu macam tu, dengan orang lain pun macam tu, selalunya diorang tak ada apa, cuma masa tu Idayu marah pulak. Kemudian ditunjukkan flashback Reza & Idayu berselisih faham tu. Memang nampak Reza ni kepala angin sikit. Lepas dia marah Idayu tu, dia pujuk balik "Dinda.. dinda..", tapi masa tu Idayu dah bengang dan buat tak tau.

Tak lama lepas tu, Idayu pulak datang ke meja makan. Both Reza & Idayu kata diorang dah okay. Kata Reza "Kita dah okay kan, kita dah rujuk semula kan?" Muahaha... Lepas tu Asrul suruh buat "Amboi amboi amboi.." sambil buat jari kelingking ala² fonen kertu dalam satu rancangan tu kan (malas aku nak sebut nama dia dan rancangan dia). Kata Reza, "Tak nak, tak nak.. aku belum ada program macam tu lagi". Muahahaa lawak.. lawak..

Dalam kelas Adnan, pelajar² mula menyanyikan lagu masing².
Aidil - suara perlahan. Akma - kurang lenggok. Ekin - okay

Fu** - hate to say this, but he sounds okay. Dia nak improvise lagu, tak nak tiru bulat². Tapi Adnan kata lagu macam tu mana boleh improvise, let it be. Yo yo oo laa ko mamat.. *cari baldi.. Mag! Ko dah beli baldi baru ke belum?"

Amylea - okay. Adnan kata ada masalah dengan tempo. Amy - suara macam tak habis lontar. Marsha - hmm.. tah le, aku dengar cam kartun lak suara dia hari ni.

Dalam kelas Linda, pelajar² dibahagi kepada 2 kumpulan, diorang kena menari ikut lagu yang diberi. Kumpulan pertama - Mawi, Marsha, Amylea, Fuad, Keifli &.. (tak ingat sapa lagi), menari style robot. Kumpulan kedua - Felix, Akma, Reza, Idayu &.. (tak ingat jugak), menari gaya.. err.. gaya apa tah, aerobik kot. Komen Linda, kumpulan pertama - messy, banyak mistake. Komen untuk kumpulan kedua - faster, cleaner, sharper. Lepas tu diorang menari lagu Menuju Puncak. Terdengar Linda menjerit, "Mawi! Lambat! Lambat!".

Selepas tu kita tengok pelajar² vote untuk menentukan pemenang 'Siapa Lebih Garang'. Pelajar² tunjuk pada kamera kad yang tertulis nama pelajar yang mereka vote dan masukkan kad tersebut dalam satu paper bag. Macam citer Survivor pulak. Marsha & Amy undi Akma. Reza dan Keifli undi Aidil. Kad orang lain tak ditunjuk. Dan pemenangnya ialah.. sila tunggu diari 8.30 malam. Hampeh kan? Tapi rasanya Akma lah yang menang.

Lepas tu kelas pengarah muzik bersama Sham pulak. Sham kata backing vocal tak boleh overrule main singer. Kali ni Sham sendiri yang akan pilih siapa yang akan jadi backing vocal, diorang tak leh pilih suka² sendiri dah.

Abis dah..
Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

15 Comments:

Anonymous Uncute said...

sumie akuharap sangat lah si fu** tu tak buat memek muka yg makin hari aku nengok makin meloyakan tekak aku.

pasal kena buat kait2 jari kelingking tu...sib baik lah reza tak nak. tapi kalau nanti bila abis af..dia org kena gak muncul dr rancangan tu.

2:24 AM  
Anonymous Y said...

eh mana aku juara carta, ko ni puji terlebih plak. kang org expect yg bagus bagus tapi keluar komen cicak dan minah kebun plak... kekekeke

2:25 AM  
Anonymous imzadle said...

akum,

jmp blog sumie ni dr REM. just nk ckp saya mmg la menyokong kempen Katakan Tak Nak Pada AFUNDI ni. nk mentekedarah duit org for no valuable purpose...

2:25 AM  
Blogger SuMie said...

Uncute, haah lak.. lupa lak aku, nanti mesti diorang dipanggil utk rancangan tu kan.

Y, alaa.. aku cakap mende betul. Disebabkan yang komen tu cicak & minah kebun tu lah yg best. Muahaha.. (next time ko leh buat si minah kebun tu berborak ngan cicak pulak)

Izmadle, welcome and thank you for reading. Diorang memang nak mentekedarah jek. Kita toksah bagi kan kan kan..

2:26 AM  
Anonymous kak ri said...

lambat kuar review sumie ari ni...UC dah soh join AFUWEK u all....kena pakai baju pink ker? (nak lawan ngan muntah ijau)but anyway.... nak gak tengok mawi practise lagu baru dia tu...

2:27 AM  
Anonymous aielemocnian said...

pnat pk rancangan apalaaa yg pasal jari kelingking tuh... haha!! nasib baiklaa kepala otak nih xdelaa lambat sgt pickup... :)

2:30 AM  
Anonymous E said...

Afuwek tu ada banner ker sumie? wahahahaha

2:30 AM  
Anonymous imzadle said...

akum sumie,

seperkara lagi, nk mintak izin copy logo 'Tak Nak AFUndi' tu bleh tak?

2:31 AM  
Anonymous my said...

sumie..ni mesti kes tgk diari tapi tak concentrate nih. aznil bkn kata jgn antar undian utk mawi/felix ajer...aznil dok ckp pasal vote utk tentukan antara akma n aidil..siapa menang uk jd pelakon terbaik (drama yg dilakonkan dlm diari tghari td). vote tu sumer dibuat oleh 11 lg student af3 tu...tu yg aznil kata anda dirumah tak pyh undi utk ini...undi utk kedudukan dlm carta sudah....

2:32 AM  
Anonymous kak ri said...

It was a bit of fresh air bila vince & khai datang... They have become good speakers... and true sesangat yg AF3 lack of brotherhood...

I don't think Felix bole bawak lagu Sahri (my favourite)... tak da energy langsung and tak da feeling...

mawi nyanyi cam lagu dangdut lak bunyi dia...kalau ada sikit motion sikit...sure power..

2:33 AM  
Anonymous yan said...

a'ahlaa kak sumie.. kitepun dengar cam 'my' tulis tu..

sebab mase tu kan derang baru pas voting untuk akma or aidil.. tu yg aznil kata.. kite tak yah sibuk2 nak undi yg tu... kite undi yang dalam carta.. hehe

2:33 AM  
Anonymous eisya said...

Malam td nyer diari mmg bagus....I love it when Vince cakap kat dorg 'love each other'.....mmg seluruh M'sia nampak tiada semangat kekeluargaan pada AF3 kali nie...tak der sifat bertolak-ansur dan tolong menolong....everyone for themselves only!!! I rasa kalo ade org yg sukarela tolong Mawi belajar menari atau ajar Felix ttg ekspresi muka ker cukuplah utk menaikkan undi org itu....

2:34 AM  
Blogger SuMie said...

aielemocnian.. kekeke memang ada satu rancangan jek yang suka kait² jari kelingking dan cakap "amboi amboi amboi" tu..

my & yan,
Thank you kerana membetulkan. Sorry ya, aku salah tafsir pulak. Agaknya aku ni dah dok buruk sangka kat Aznil tu, sampai apa je yang dia cakap pun aku syak wasangka jek. Sorry lah ya Abang Aznil.. Next time aku korek telinga dulu sebelum tengok diari.

2:35 AM  
Blogger SuMie said...

Kak Ri, I pun suka tengok Vince & Khai. Tetiba rindu kat AF1 pulak. And betul sesangat kata Khai, pelajar² AF sekarang beruntung sangat. Ye laa kalau nak bandingkan diorang dulu yang serba kekurangan.. baju pun sendiri punya, kelas pun kecik jek.

K.E, agree with you. Nampak masing² cuma usaha untuk diri sendiri jek, kurang sangat semangat tolong menolong..

2:35 AM  
Blogger SuMie said...

E, aku tak buat lah banner AFUWEK tuh.. cuba tanya cik presiden.. hehehe.

Imzadle, dipersilakan. Banner tu memang untuk dikongsi beramai² pun..

2:36 AM  

Post a Comment

<< Home