Thursday, June 16, 2005

Diari AF3 - 16 Jun: Bhg. 1

Diari bermula dengan paparan Marsha sorang² dok atas lantai kelas vokal / nada suara tu, sambil memeluk kaki kerusi. Nampak macam orang mengantuk pun ada, macam letih pun ada, macam sakit perut pun ada. Masa ni terdengar suara Mawi tengah praktis lagu Gadis Melayu. Huhuhu.. suara Mawi jugak yang ku dengar.

Kelas Adnan, cam biasa semua praktis lagu masing².
Keifli - okay.
Mawi - best.. best.. best! Kata Adnan, "Takde hal lah, Mawi memang boleh nyanyi lagu ni, first verse memang sedap, cuma selepas tu drop sikit. Part lirik 'halus mulus' tu kena hati² sikit". Lebih kurang gitulah. Punya lah seronok aku dengar komen Adnan tu.
Idayu - aku perasan arrangement lagu Curiga ni rancak sikit. Hopefully suara Idayu tak tenggelam macam konsert minggu lepas. Technician kat belakang pentas tu reti² lah kuatkan sikit volume mic budak ni besok.
Yazer - okay. Sebenarnya aku tak tau nak nilai prestasi Yazer sebab setakat ni semua lagu yang dia dapat lebih kurang jek.
Felix - nampak macam belum sure melodi untuk part² tertentu. Tapi aku rasa Felix tak ada masalah nyanyi lagu ni.

Dalam kelas Linda, kita boleh tengok pelajar² praktis untuk lagu Keifli. Bila ditunjukkan semua pelajar lelaki menari sama², aku tengok kat Mawi jek lah. Aku rasa okay jek Mawi menari, memang lah style dia tu lah, tapi takde lah buruk mana pun. Bila diorang berselerak menari ramai² pun aku fokus kat Mawi jek, abang kamera pun macam suka fokus kat Mawi jek. Tengok gaya dan cara Mawi joget tu memang rasa nak gelak. Lawak gila, macam Saiful Apek pun ada kekadang. Ada sekali tu, Linda nak tunjukkan kat Keifli cara² nak jatuhkan diri ke belakang. Dia suruh 2 guys pegang dia kat belakang. Masa tu belakang Linda cuma ada Aidil & Mawi. Mawi cam tak nak jek pegang jek mula². Tapi kalau tak pegang kang, jatuh pulak cikgu tu, so dia pegang jugak la (Ha ada laa tu nanti kat @15 yang kutuk konon ustaz pegang pompuan laa hapa laa.. Kalau dah tak suka kan, orang tu 'terpaksa' pun dikutuknya juga). Untuk persembahan Keifli ni, ada part dimana diorang akan ramai² usung Keifli ala² superstar kegilaan ramai lah. Memang nampak menarik, kelakar dan meriah gila. Cuma aku harap Keifli tak tenggelam dalam kemeriahan persembahan dia nanti. Korang patut stay-up untuk tengok part ni. Kalau yang minat Mawi tu, mesti asyik gelak jek lah.

Kelas Marlia Musa dibuat dekat Bilik Aktifkan. Ekin, Felix, Amylea, Marsha & Idayu diajar untuk lebih menjiwai lagu diorang. Felix yang ada masalah selalu keluarkan lidah tu disuruh pakai lip balm. Untuk lagu Marsha pula, Felix jadi model.

Last sekali kita ditunjukkan kamera di asrama lelaki. Kelihatan Yazer, Felix & Fuad bukak bungkusan maggi, masukkan dan dalam pinggan, dan tadah air panas ke dalam pinggan tu, sambil menyanyi² lagu Suatu Masa dengan Yazer. Keifli pun ada. Tak lama lepas tu muncul Mawi dengan kain pelekatnya, bebetul macam Mat Surau. Siap garu bontot lagik. Muahahahaaa.. korang nak tengok diri korang sebenar di rumah? Tengok lah Mawi. Mawi baru lepas, atau baru nak solat kot. Lepas tu dia masuk bilik (or whatever ruang lain lah), sebelum masuk tu sempat lagi nyanyi "Tanjung katung.." (lagu Aidil) kat depan pintu dengan gaya kelakar dia tu. Peminat² Mawi mesti tak nak lepaskan ulangan diari nanti.

Seperti yang aku duga, lepas tamat diari, kat @15 ada jek yang mengutuk Mawi sebab pakai kain pelikat & garu bontot tuh.. (macam lah yang mengutuk tuh tak pernah garu bontot!). Dan ramai jugaklah yang membela, tapi yang aku paling nak gelak bila baca message ni (sorry, tak ingat nama chatter berkenaan):

"Kalau Mawi naik atas pentas pakai kain pelikat dan makan maggi pun aku vote jugak"

Muahahahaaa.. I like! I like! Ailabbiuuu Mawiii !!!

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

36 Comments:

Anonymous cik zam said...

mawi tuh cam innocent jer..blur..terkebil2 je bijik mata dia..ahahahahaha...budak ni mmg comel la!

4:21 AM  
Anonymous co2 said...

oh sumie... ko lah terhangat di pasaran update blog hari ni... puas aku ronda blog lain semua lom update lagi... tengkiu tengkiu.... best best... AFUNDI SUMIE...

4:22 AM  
Anonymous Uncute said...

sumie..walaupun aku dah baca update kat blog kau, kak ri mahu pun Y..aku masih tetap bersekang mata nengok repeat diari tiap2 malam minggu.

4:22 AM  
Blogger SuMie said...

Cik Zam, haah memang cute.. ada satu part tu dia menari dengan Ekin, comel gilerr..

Co2, Ko & Cik Zam lah antara rakan pintar.. ehh rakan pembaca terhangat di pasaran, baru jek 10 minit aku upload korang dah ada.

4:23 AM  
Blogger SuMie said...

Eh Uncute pun rakan pintar.. eh rakan pembaca terhangat di pasaran.. Uncute, jangan kata ko, aku yang dah tengok ni pun, tiap² malam stay-up tengok ulangan hari² walaupun diari hari tu tak berapa best.

4:23 AM  
Anonymous Q said...

sumie... tak sesia aku promote blog ko kat kwn² aku... memang secukup rasa... mlm ni mesti stay up... nak tgk gelagat diorang esp. felix...

4:24 AM  
Anonymous Peminat Mawi said...

garu-garu muntot.... tak perasan ke dia ade kamera tengah pokus. selamba kodok je wat aksi cenggitu.... muahahahah.... ni la dia orang yg tak reti berlakon.... adeh, ceria hari ku melihat perangai selamba mawi :)

4:25 AM  
Anonymous kak ri said...

diary ari ni memang sronok...ko main mawi joget...ala-ala joget lambak...my father pun bole kata...lunch kul 12.30 nak tengok mawi dulu....dia lagi sibuk dari kita orang pompuan. My cousin punya cucu pun ada juga...happy budak 2 1/2 tahun dengar lagu ZAI..ZAI..ZAI..ZAI...klakar...

4:25 AM  
Anonymous sempoii said...

Kalu Mawi naik pentas sambil garu bont*t pun aku vote gila² punya..hahahhaha

4:26 AM  
Anonymous eisya said...

Sumie, I baca ko nyer komen2 pasal diari tengahari buatkan I tak sabar nak balik rumah petang nie.....errr...Aidil takda citer ke?

4:27 AM  
Anonymous zazz said...

sumie,
thanks for the update. cepat betul.
sekarang ni memang tak lepas baca ur blog n javard.
suka cara u cerita tentang diari tu.
macam2 emosi adaaa..hahaha. nicely done!
malam ni mesti make sure tak terlepas tenguk diari.

4:28 AM  
Anonymous nurul said...

wah.. garuk2 montot... kena tgk malam nih! mawi mmg besh!!

4:28 AM  
Blogger SuMie said...

Q, thanks.. err ko promo tu mesti buat ala² DJ supermarket ye..

Hai peminat Mawi! Eh kebetulan lak, baru pagi ni my sister promo suh baca ko punya blog. Kepada peminat² Mawi yang lain, baca lah blog Peminat Mawi. Memang citer pasal Mawi jek. Satu lagi blog citer pasal Mawi ialah: http://shopgirlmawi.blogspot.com

Kak Ri, abah saya pulak jeless sebab mak kitorang dengan sumer anak² pompuan dia giler kat Mawi. Huhuhu..

Sempoii,MUAHAHAHAHAAAA!!!!!

K. Eisya, kan ada citer Aidil tu, dia dgn Mawi sama² tolong sambut Cikgu Linda.

Zazz, thanks for reading. Hari ni jek tercepat. Selalunya lambat gak. Hehehe

4:30 AM  
Blogger SuMie said...

Nurul, tengok jangan tak tengok.. tengok jangan tak tengok (ala² Zarina & Khai dlm promo 'satu rancangan' tu)

4:30 AM  
Anonymous vrooom said...

assalamualaikum...

sbb ada yg promote blog ni... ni yg cek mai sini ni...

good review sumie...

~There's something about MAWI~

4:30 AM  
Anonymous Uncute said...

Sumie: pergh ni sure kau tgh kemaruk nengok mawi. :D

Kak Ri: hehehe nampaknya kita satu family kena bukak satu cawangan Mawi FC..cawangan Keluarga Hj Abu Bakar :D

4:52 AM  
Anonymous shay digiring angin said...

sumie..tengkiu for such a wonderful review..(muhaha sbb byk sebut mawi..so two thumbs up)..

kalau mawi tu bogel atas pentas skalipon tak buat apa2...atau dia pakai suar kotak2 kepli ke...atau nampak pusat...aku tetap akan afundi dia...biarlah duit abis..asalkan abis kat mawi....

ailebyu mawi..tringin nak pelok mawi...seminit pon cukup...tapi alang2 seminit baik 10 menet yaa marbawi

4:53 AM  
Blogger SuMie said...

Vroom, welcome and thanks for reading. And thanks to sesapa yg promo tu.

Uncute, kalau tubuh cawangan baru kena war² kan kat @15. Huhuhu..

Shay, muahahhaa... kalau dah 10 menet, bahaya tuh, anak dara orang tuh.. huhuhu.

4:54 AM  
Anonymous kak ri said...

kita dah buat kempen AFUWEK kat rumah kira...

ani.... abah steady lagi ... si Wan pun dah pandai mawi..mawi..rambut pun dah togel cam mawi...

4:55 AM  
Anonymous Rem said...

Memang tak dinafikan, Blog AF Sumie adalah yang terhangat di pasaran! Memang rasa nak berguling gelak kalau baca. Walaupun tak habis-habis dengan citer pasal Mawi, tak aper la. Fuhh, hebat betul penangan si Mawi ni ya. Harap-harap la si Mawi tak cepat lupa diri. Biar dia tetap dengan 'virgin image'. Tak larat dok tengok bebudak yang dok lip-lap-lip-lap dengan segala macam unsur glamour.

4:55 AM  
Anonymous lela said...

cutenyer mawi pakai kain pelekat ... dah lama betul tak tengok benda benda macam tu dlm tv..yg lain semua nak control...

polar bear berjanggut (tiru mawi lah tu)- laki aku dah menyampah tahap dewa ... setiap kali keluar muka polar bear tu laki aku pandang tempat lain...aku harap dia atau si-riza tu terkeluar minggu nie .. dah tak larat tengok muka poyo mereka

rasa nyer AF3 budak lelakinya terlebih lorat sikit ... yg ok cuma MAWI & FILIX je

4:56 AM  
Blogger SuMie said...

Rem, alaa.. mana ada terhangat di pasaran. Ish segan la aku. Kang aku lupa diri kang, lupa lirik, lupa melodi lak aku.. huhuhu

Lela, untuk sejenak aku dok pikir, sapa la polar bear tu. Ohh tidaaak.. polar bear terlalu cute kalau nak bandingkan dengan 'orang itu'. Oh tidaakk.. tercemar kekiutan polar bear sebenar. Tapi aku nak gak dia keluar, cuma kalau tengokkan kedudukan dia sekarang, ada can ke dia tersingkir?

4:57 AM  
Anonymous Rem said...

Alaa... Sumie ni, buat-buat malu pula. Jangan pula nak nulis lepas ni tangan gigil-gigil sampai kuar yang bukan-bukan. :)

Tapi orang dok kata Felix, Mawi, Felix, Mawi.. hmm... nak sesangat tengok ASTRO ubah format grand finale jadi 'head to head'. Biar Felix vs Mawi untuk cari ultimate talent. Baru ngetop kan! (Kebetulan akan balik Malaysia nak tengok final.. ha ha ha ha!).

Bosan pula tengok grand finale ramai-ramai. Dah moodnya jadi macam tengok pertandingan akhir Bintang RTM pula! Hmmm, napa ASTRO tak nak pakai format head to head ya? Takut hilang untung duit sms kut..

4:57 AM  
Anonymous Jang said...

Den nak komen tentang pegang memegang di AF. Oleh kerana AF ini ditakrifkan sebagai tempat belajar, pelajar yang ada perlu membuat aktiviti tersebut dalam konteks pendidikan. Jadi isu pegang memegang tidak timbul. Analoginya sama dengan seorang pelajar perubatan baik lelaki maupun perempuan ketika mereka belajar - pegang memegang timbul. Yang penting niat kita. Jika kita ada niat tak baik tak baik jadinya. So, I think please don't make this an issue. Jika tidak usah ada AF. Haramkan saja.

4:58 AM  
Anonymous elf said...

sumie, waaa..tensen aku seminggu terlepas tengok diari, kat tempat aku outsteseng nih takde astro..waaaa! melepas can nak tengok mawi garu muntutss..

4:59 AM  
Anonymous screw said...

AFUWEK F***

4:59 AM  
Blogger SuMie said...

Rem, format asal dia 'head to head' macam American Idol ek? Agaknya lama sangat kot nak tunggu habis 14 orang tu.

Jang, aku pun takde hal nengok pegang memegang tu kalau dah memang kena dengan situasinya, cuma disebabkan Mawi tu bawa imej 'penyanyi nasyid', ramai pulak kat @15 yang jadikan isu.

Mak incik elf, patutlaa dah lama tak nampak mak incik.. rugi wooo.. tak apa, Sabtu ke Ahad ni ke, Mak incik hadap ajelah @15 tu tunggu ulangan diari.

Skru.. AFUWEK F*** too!

5:00 AM  
Anonymous rain said...

wakakaka..best baca citer akak sumie sorang nih!! mmg selambe mawi nih..rilek aje pakai kain mcm kat umah!!takyah nk kontrol2..

5:00 AM  
Anonymous kak ri said...

best tul diary ari jumaat...since sumie lom update lagi...tulis kat sini.... A MUST SEE

5:01 AM  
Anonymous ana said...

sumie...aku baru balik outstation.. kat situ tadak astro.... dan sepertimana elf,

wuaaaaarghhh tak bestnye tak dapat tengok mawi meng..dot..dot..dot......

(kita sume gile kan, sebab part mawi garuk bontot pon kita kecoh kan kan kan?... )

aku rasa... aku rasa....

tak boleh bernafas! (tagline anak tompel ni haaa...)

5:02 AM  
Anonymous doremon said...

Assalamualikum sumie & all the readers.. :)

nak tumpang nyebok & nyampuk gakss kat sini..

5:02 AM  
Anonymous Uncute said...

Sumie: ala FC cawangan family mana leh bagi org @15 tahu...sebab aku bukan nak open kan kat dia org pun :p

Kak Ri: Abah memang steady..tp anak menantu dgn cucu2 dia yg kemaruk nengok Mawi ..muahahha...err org tak termasuk tau sebab org neutra

5:03 AM  
Blogger SuMie said...

Ana, ko pun aku cadangkan ngadap ajelah @15 tu weekend nih, tunggu ulangan.

Doremon, walaikumsalam.. Jom la join.

5:04 AM  
Anonymous Kenzo said...

Assalamualaikum...Sumie..Ko punye blog memg besh syabas inspektor sahab...lawak giler..ko ni memang pandai...(msh gelak lagi niiih..)
Tgh imagine Mawi garu bontot...

5:04 AM  
Blogger SuMie said...

Kenzo, waalaikumsalam. Terima kasih bebanyak.. pandai merapu jek Kenzo.

5:04 AM  
Blogger Unknown said...

saya sangat bersyukur dan bertrima kasih bynk
kepada.MBAH RIJI atas bantuan no.ghoib/ritualnya“4D( 2661)`
alhamdulillah benar-benar tembus~~~
berkat bantuan MBAH saya bisa melunasi utang2 keluarga saya
dan hanya rasa trimakasih yg tak terhingga yg bisa saya ucapkan kpd MBAH RIJI
Inza allah KI tuhan akan membalas atas semua kebaikan MBAH
Ini info buat sahabat yg lagi kesulitan masalah ekonomi
terlilit utang atau mau cari modal dengan singkat melalui jalan togel
HUB; NO MBAH RIJI;_082 388 362 128_jgn di sms hub. lansung.
saya sebagai saksi hidup beliau dan bukti nyata MBAH RIJI
yg punya room terima kasih assalamu alaikum

11:21 AM  

Post a Comment

<< Home