Friday, June 17, 2005

Diari AF3 - 17 Jun: Bhg. 1

Kad wasiat: Reza cerita tentang kad dia, tak ingat siapa yang disuruh baca (ke tak tunjuk tadi?). Idayu suruh Marsha baca. Yazer nak Ekin baca. Kata Yazer - sebagai latihan bertutur untuk Ekin, sebab Ekin kurang bertutur, kurang melontar suara. Iya ke itu sebabnya? Ke sebab ada orang suruh bagi Ekin baca sebab nak menghangatkan telenovela? (Buruk sangka lagik nih)

Kelas Bahasa Inggeris Puan Fati: Ada lakonan Hang Tuah & Hang Jebat versi Bahasa Inggeris. Fuad jadi Hang Tuah (arggh.. tertekan jiwa akak tengok nih), Felix jadi Hang Jebat, Marsha jadi dayang. Kemudian ada lakonan dari filem Ibu Mertuaku, juga dalam versi Bahasa Inggeris. Mawi jadi Mak Dara (tobat kelakar..), Keifli jadik Kassim Selamat, Amy jadik Sabariah. Tobat lawak..

Masa diorang disuruh tulis sesuatu, aku rasa aku nampak Mawi tulis pakai tangan kiri. Ooo.. kidal rupanya. Diorang dibahagikan kepada 4 kumpulan dan disuruh buat skrip menggunakan perkataan CAN, MAY & MUST.
Fuad, Felix & Marsha - tak ingat sangat sebab macam tak menarik jek.
Ekin, Reza & Akma - pun aku tak faham sangat apa jalan cerita diorang sebab Ekin pun cakap macam tak dengar aje.
Yazer, Idayu, Keifli & Aidil - menamakan kumpulan (atau persembahan) diorang sebagai Mr. Big John. Yazer & Idayu telefon Aidil & Keifli bertanya samada diorang boleh datang ke wedding kakak Idayu. Aidil & Keifli busy sebab kena siapkan lagu untuk Astro. Jalan cerita jelas. Penggunaan CAN, MAY & MUST pun jelas.
Amylea, Mawi & Amy - Amy hadir ke parti yang diadakan oleh Mawi. Amylea datang lambat. Pendek, tapi jalan cerita dan penggunaan 3 perkataan tu jelas. Kumpulan lain semua pegang skrip masing² tapi Amy, Amylea & Mawi menghafal dialog masing².
Mesti ramai yang nak dengar Bahasa Inggeris pelajar² ni kan? So, this is a must see diary. Sebagai ANAK FELDA, mungkin ramai yang menyangka English Mawi tu hancuss.. maklum lah, bagi mereka yang tak pernah duduk Felda, mereka mungkin akan fikir bahawa duduk di Felda tu otak tak berkembang. Hah meh sini aku nak bagitau, diction Mawi tu lebih bagus dari 2-3 orang ANAK BANDAR yang ada kat dalam tu.

Diorang lepak² kat meja makan sambil main² konon² amik gambar guna henpon Asrul. Tetiba henpon tu berbunyi. Felix ala² cuak, bawak naik henpon tu ke tingkat atas untuk pass kat Asrul, tapi tak jumpa Asrul. Dia turun bawah balik, henpon tu terus berbunyi. Amy & Amylea tergelak² ala² tertekan dengar bunyi henpon. Reza pulak kata, buat tak tau jek, buat tak dengar, anggap henpon tu tak ada kat situ. Keifli amik henpon tu pass kat Felix, masa tu henpon tu dah berhenti bunyi dah. Felix buat² macam jawab telepon. Macam real jek dia bercakap tu. Sekali henpon tu berbunyi bebetul kat telinga dia. Lawak betul. Lepas tu diorang macam orang jakun pulak ramai² dok kerumun henpon tu. Ada someone tanya, "Amende ni?". Ekin jawab, "Sabun". Huhuhu..

Lepas tu Kak Shina datang, dia tanya kenapa tak angkat telefon tadi. Semua jawab, "Mana boleh..". Mawi lak cakap, "Fobia". Shina kata, dia telefon sebab nak bagitau yang pelajar² tu boleh telefon family diorang, tapi sebab takde sapa angkat, kira kensel jek la. (Dalam hati aku.. alaaa tipu laa tuu). Lepas tu Asrul bagitau disebabkan diorang semua baik, diorang boleh telefon keluarga masing².

Di bilik Pengetua, sorang demi sorang pelajar berpeluang telefon keluarga sambil diperhatikan oleh M. Nasir.
Amy call mak dia.
Idayu pun cakap dengan mak dia, cakap Kelantan. Nampak macam sedih. Mak Idayu minat M. Nasir. Sempat lagik tuh kirim salam..
Aidil cakap dengan mak juga. Mak dia banyak bagi nasihat. Aidil banyak cakap "Yes Mom.. okay Mom". (Kak Eisya, memang bagus dibuat menantu nih)
Keifli pulak call Abah dia.
Ekin cakap bahasa Sabah, aku tak faham sangat. Yang aku dengar mak dia kata 'buat yang terbaik, pas tu Ekin ada cakap 'tersumbat hidung'. Ekin start macam nak nangis.
Akma cakap dengan mak dia. Akma tahan sedih, lap mata dia dengan tisu. Aku suka dengar cara mak Akma bercakap. Lembut jek, tersusun satu persatu ayat dia.. (tiba² rasa nak nyanyi lagu Exist *oh Ibu..*)
Yazer ditegur oleh Abah dia sebab naik 10 kilo. Yazer kata timbangan tu tipu. Kedengaran adik Yazer bertanya "Abang, di mana kao?". Last sekali adik dia kata, "Ailabbiuu.."
Mawi bercakap dengan siapa aku tak pasti, tapi rasanya bukan mak atau abah dia. Mungkin adik dia. Orang dalam telefon tu suruh cakap dengan Felix, "Kawan² aku kirim salam"
Marsha cakap dengan mak dia kot. Marsha nangis.
Felix - bapak dia suruh lebih confident.
Reza - Abah dia bercakap dari rumah organizer Reza FC.
Fuad bercakap dengan mak dia dan berjanji akan cuba buat yang terbaik.

Penutup diari, Akma tanya kat kamera samada dah pilih nama ke belum? Amylea, Yazer & beberapa orang lagi enterframe. Akma kata, pilih lah nama yang dia bagi. Nama yang Akma bagi untuk kamera tingkat atas - Boboi, untuk kamera tingkat bawah - Gerger. Gerger? Huhu.. sesuatuh tau!

Besok dah konsert ke-3. Sapa akan terkeluar minggu ni? Kalau ikut aku, aku nak suruh jek 2 orang yang dalam carta AFUWEK tu o-som. Lagipun aku dah menyampah bukan tahap dewa-dewi lagik dah, dah tahap jula juli bintang tujuh dah ni. Tapi disebabkan aku tak AFUNDI, aku terima jek laa sapa pun yang terkeluar malam besok.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

20 Comments:

Anonymous co2 said...

sekali lagi setinggi tahniah diucapkan di atas AFULAS ini... aisey.. dah ketagih dah aku ni...

5:34 AM  
Anonymous Uncute said...

pergh laju sungguh co2 komen..ni mesti dr kul 12.30 asyik duk refresh blog sumie sampai review diari hari ni keluar.

5:35 AM  
Anonymous Y said...

makaseh ratu tacap... kekeke afuwek fuda dan speza!

5:35 AM  
Anonymous wai em said...

tak saba nak tengok mawi dara mlm ni hehe

5:36 AM  
Anonymous cik zam said...

sama la kite akak...tak ngundi..so redha je la sape kuar..ahhahahah

5:36 AM  
Anonymous kak ri said...

klakar memang klakar si mawi tadi...orang lain leh ketawa golek-golek...dia buat muka poyo jer....

5:36 AM  
Anonymous vrooom said...

terhibur aku... terhibur sungguh baca ulasan sumie jelly manis....

tak sabau nak balik umah ni... pasang volume kuat2... konsentrate kat MAWI...

~Mawi steady, Sifu happy~

5:37 AM  
Anonymous doremon said...

fuyooo diari tuk t/ari dah review.. so fast.. siap dah ader orang komen lagik tu..

thanx.. nie yg buat tak sesabo nak nengok malam kang.. ;)

5:37 AM  
Anonymous SH said...

mekasih... mekasih sumie... kaula ratu hati AF ku..... salam peluk cium dulu utk raha... sian dia sbb mak dia sibuk ngan kempen AFUWEK dan melayan peminat2 baru dan lama.

whoa... diari mlm ni pasti dinantikan. neways, gerger is probably sebutan manja utk girl girl..

5:38 AM  
Anonymous aielemocnian said...

br lps tgk diari extended 14 june yg kelas english ngan cikgu fatimah... suka bila tgk bila mawi try gk speaking masa tea time eventhough berterabur... at least dia try... lg2 biler cikgu fatimah btulkan diction dia... hehe... comel jer bila dia ckp, "ulang balik cikgu.."

x sabo aih nk download diari tgh hari nih... nk tgk gk mawi berlakon jadi ibu mertua...

*astro saja jer nk updet diary extra lambat2... ampeh aaaa astro... ampeeeeeeh!!!

**emo jap

5:39 AM  
Anonymous eisya said...

Makaseh....sumie mmg terhangat dipasaran!!

5:39 AM  
Anonymous CikOdahGelang said...

SuMAWIE, thank you for the AFULAS. Aku pun dah ketagih baca SuMAWIE nye blog.Apa2 pun Odah tak kisah sgt kalu korang nak AFUWEK FUDA dan SPEZA tapi Odah risau kalau anak ikan Odah YAZER tu terkeluar. Aduhhhh! Dug Dag jantung Odah tgk YAZER jantan ROCK seMalaya. Kalau YAZER terkeluar alamat berhentilah Dug Dag Odah. Nak harap Dug Dag kat FUDA dan SPEZA..alamat..mati kojol terus...hehehe.

~Mak Ikan YAZER

5:46 AM  
Anonymous Hanim said...

ishkkk....kena giatkan lagi kempen afuwek ni....apahal lak mamat poyo tu dah ada kat tempat ketiga laks.

Sumie d Funny....i really love your blog especially part2 si mawie tu (rasanya semua asyik citer pasal mawie kot.:))

5:47 AM  
Anonymous E said...

Sumie ku sayang.. aku nak ambik gambar afuwek kamu tu yer nak buh kat blog aku malam nie

5:47 AM  
Anonymous PM said...

vroom, aku suka tagline baru ko yg "~Mawi steady, Sifu happy~" ;)

5:48 AM  
Blogger SuMie said...

Kak Sham, huwaa.. tak mo la cakap gitu. Sumer pun kawan², mana ada peminat.. ohh gerger tu girl-girl ke. Kalau bahsa 'sesuatuh', gerger itu lain maknanya.. huhuhu..

aielemocnian, bestnya ko dapat nengok AFXtra. Aku takde streamyx.. Uwaa.. AFUWEK TMnet.

Cik Odah, sejarah membuktikan Sabahan voters memang power. Kalau bakat macam Yazer tu, rasanya jantung Cik Odah akan ber-dug dag sampai final.

5:49 AM  
Blogger SuMie said...

Hanim, aku pun tak puas ati nih nengok dia kat no. 3. Err.. yang banyak nama Mawi tuh sebab time diari mata aku asyik nengok Mawi jek, nak buat cemana.. hehehe.

E, ambiklah mana² gambar pun. Tapi gambar AFUWEK tu asalnya dari blog Kak Ri.

vroom, aku pun suka tagline ko. Aku pun nak pakai gak laa.. ~Mawi steady, Sumie steady~ huhuhu..

5:50 AM  
Anonymous Presiden Kelab AFUWEK said...

kita NYAH kan FUDA dan SPEZA dari muka tv!!!!!!!!!!!!!!

5:50 AM  
Anonymous Yusof said...

Sumie,
Aku dah beberapa hari tak masuk forum ni, maklumlah antara 13 - 16 ake meeting kat KL. Bagaimanapun aku salute terhadap pemerhatian kau dalam Diari Akademi, very concern. Apa yang aku nak suarakan hari ni ialah trend pengundian pada tahun ni. Aku terkejut dengan undian mendadak yang diterima oleh Mawi selepas Konsert ke-2 sehingga mencecah kepada lebih 50%. Memang kita akui persembahan Mawi tidak sehebat mana, tapi apakah faktor undi itu berpihak kepadanya. Walaupun peratus undi semakin berkurang tapi perbezaan undi dua pelajar teratas dengan yang lain agak besar. Tidak seperti tahun lepas.. Kita lihat pula selepas Konsert malam ni, adakah lonjakan seperti ini berlaku lagi? Any comment?

5:51 AM  
Anonymous FaRiS said...

BoyBoy & GirlGirl

5:52 AM  

Post a Comment

<< Home