Friday, June 03, 2005

Diari AF3 - 2 Jun: Bhg 1 & 2

Yang ni kira 'post-mortem' untuk entry aku sebelum ni lah sebab aku baru nengok ulangannya malam ni.

Diari Bhg. 1

Memula sekali, aku rasa baju Aznil tu tak de la buruk. Okay lah tu, sesuai dengan imej Aznil, ceria jek. (To Ana: hek aok!)

Aku terlepas lak part Reza sound Elliza tu. Aku sempat tengok masa diorang basuh pinggan tu je. Hopefully ada ulangan kat Ch15 hari Sabtu ni.

Menuju Puncak versi raggae tu memang tak best langsung. Aznil kata, mungkin itu kejutan masa konsert? Iyo lah tu.. molek sangat lah jadikan kejutan. Memang aku akan terkejut badak sesangat pun. Terkejut sebab Astro kedekut tahi hidung masin sangat sampai tak leh nak hire proffessional musician, sampai sanggup biarkan bebudak tu main muzik sendiri.

Masa kelas tarian pulak, betul la aku nengok Yazer menari, memang ada gaya Linda AF2 menari untuk lagu Bunga Melur. Tapi aku rasa abang² di rumah yang menonton tu bukan tengok pun pelajar² tu praktis. Mesti tengok Linda yang seksi dengan baju nampak celah bedah tu. Aku bukan lah jeles, sebab hubby aku bukan nengok pun diari AF tu. Tapi penerbit lupa ke, yang nengok AF tu pelbagai golongan, dari budak kecik sampai la ke makcik². Apa salahnya penerbit bagitau kat Linda tu supaya pakai yang tak low-cut sangat. Linda pakai tertutup pun tetap cantik, sebab body dia memang dah seksi. Muka pun memang dah cantik. Eh, rambut Linda tu dia dye kaler hitam ke? Aku rasa dulu macam warna perang kan?

Babak ada orang 'melepas angin' tu memang lawak. Kelakar pulak aku nengok Aidil kibas² kusyen tu. Sekarang bila tengok Aidil, aku dah tak rasa sakit mata sangat. Tapi makin sakit mata pulak bila tengok ada la sorang dua yang lain tu. (Kalau ada Mawi, harus sejuk mata ku ini.. hehehe).


Diari Bhg. 2

Masa tengok pelajar² praktis menari untuk lagu masing², bila part Fuad tu, kalau boleh aku nak nyanyi lagu KRU - *kau buat ku kata ..hek elelelee.. *. Tak berkenan sungguh aku dengar dia punya "I want everybody to stand up" tu. Biar betul? Baru 1st concert, ko nak suh orang berdiri sekali? Over nya deknon.. Zahid pun suruh penonton berdiri masa dah konsert final jek tau. Tu pun dia suruh yang pakai baju oren jek (peminat dia jek). Ramai ke peminat Fuad masa konsert pertama nanti? Hari tu, masa Konsert Prelude, aku dah tak berkenan dengan "come on everybody give me some claps.." nya tu. Hek elee.. tak tau la kalau orang lain suka, tapi aku ada sikit loya la. Masa ujibakat hari tu aku rasa Fuad ni okay jek. Lepas tu masa dalam Trek Selebriti, bila Jimmy tanya dia whether dia klon Zahid, dia jawab "..agak² sikit yek.. Zahid tu yang klon Fuad" (lebih kurang cam tu lah). Masa tu aku dah terpikir, budak ni cari nahas ke apa? Mungkin dia bergurau jek, tapi ,start tu aku dah kurang respek kat Fuad ni. Tapi tak kisah la kan, aku tak SMS, so samada aku berkenan ke tak berkenan ke, takkan merubah % undian dia pun.

Aku tak sabar nak tunggu bila lah Siti Hajar nak muncul kat kelas vokal nih? Asyik muka Cikgu Shahrul tu jek. (Aku tau kenapa Siti Hajar takde. Mesti dia merajuk, malas nak mengajar sebab Mawi takde dalam akademi.. hehehe). Tah le, aku rasa pelajar² lelaki perlu diajar lebih lagi cara nak melontar suara. Kebanyakan mereka macam meneran² bila sampai high notes. Aku ingat lagi, dulu masa AF1 Khai pun ada masalah yang sama, tapi Siti Hajar berjaya mendidik Khai. Aku bukan lah nak kata Shahrul tu tak reti mengajar, tapi aku rasa Siti Hajar lebih berpengalaman untuk menilai kelemahan² pelajar.

AF3 ni aku rasa produksi, editing, ( or whatever nya la) teruk nak mampus. Masa Asrul & Felix dok sapu ubat kat kaki Felix yang cedera tuh, boleh lak terdengar suara Aznil bercakap. Memula tu aku ingat memang suara latar ke apa. Sekali lepas tu keluar Aznil bercakap skrip yang sama. Hek elee.. apa hal? Tau la dah untung besar, dah banyak sponsor. Jaga la sikit kualiti tu. Dah la kualiti sound lagi teruk dari standard produksi RTM. Kalau aku la yang jadi sponsor, tengok show yang aku sponsor jadik macam tu, tahun depan leh kirim salam jek la, takde lagi aku nak kirim duit. Macam tu diorang boleh suruh penonton jalankan tugas untuk AFUNDI? Habis tu tugas diorang untuk hasilkan produk yang bagus macamana pulak? Makin hari makin sakit hati lah aku tengok AF3 ni.

Setakat ni, kalau nak dibandingkan dengan AF1 & AF2, musim ni lah paling buruk sekali. Aku bukan cakap pasal pelajar² tu. Diorang tu baru lagi, masih dalam proses membiasakan diri. So kira normal la kalau sesekali kita nampak diorang plastik ke, fake ke, excited ke, tak serius ke, main² ke. Boleh dimafkan lagi. Tapi Astro? Please laaa.. patutnya dah masuk musim ke-3, makin bagus, tapi ni aku tengok macam melepaskan batuk di tangga jek. Korang yang SMS tu fikir² la balik, berbaloi ke duit korang tu dengan kualiti produksi yang macam tu? Walaupun korang sebenarnya SMS untuk pelajar yang korang sokong, duit SMS tu bukannya pelajar² tu yang dapat, tapi tokey² tu jugak yang kaya. Kalau pun korang nak pelajar² yang korang minat tu masuk final dan menang hadiah cash tu nanti, korang SMS aje lah untuk diorang masa konsert nanti.

Anyway, tadi kat tingkap, Watie ada kata, tahun ni tak ada yang main piano cam Kaer. Alamak.. silap la Watie, Aidil tu main piano lagi terer dari Kaer lah. Boleh lah ko minat Aidil pulak lepas ni, Watie.. hehehe. Anyway, aku rasa makin hari aku tengok Aidil ni makin okay pulak. Dalam kelas pun dia nampak sungguh², kalau nak banding dengan Reza yang cakap tak serupa bikin tu, juga kalau nak dibandingkan dengan Fuad yang over atau dengan Yazer & Felix yang ala² blurr memanjang tu. And masa hujung² tadi, lepas Reza menyanyi, aku terdengar ada orang nyanyi lagu Hello punya lah sedap. Aku macam tak percaya yang menyanyi tu Aidil. So aku tunggu lah ulangan. Sekali memang sah Aidil. Jangan terkejut kalau lepas ni makin ramai yang suka Aidil lah.. muahaha. Agaknya ramai yang minat Aidil lepas ni.

Apa pun, tadi aku nengok % Reza dah menurun kalau nak banding dengan hari pertama. Dulu dia no. 4, hari ni no. 4 jugak.. tapi dari bawah lah. Mungkinkah Reza telah diboikot oleh penyokong² Elliza, Keifli & Felix? Kat Ch15 dah nampak dah ramai yang hangin. Apa² jek la ek.. aku tetap katakan TAK NAK pada SMS!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home