Diari AF3 - 2 Jun: Bhg 1
Sebenarnya aku tak nengok pun diari pukul 12 tadi, sebab dari pagi sampai tengahari aku ada kerja luar 'opis'. Pukul 2.30 tadi baru balik. Camanapun aku mintak lah 'assistant' aku tolong amik nota (hoh.. cam nak amik exam tau, siap buat note gitu), ingat apa yang patut dan cerita balik kat aku. So apa yang aku tulis ni nanti adalah berdasarkan cerita Ana, adikku merangkap 'assistant' tak bergaji yang hanya ku upah lunch nasi kandar dari Restoran Naina tempat aku dan Mak Incik Elf berdating itu. Terima kasih ye Ana. Ailabbiu. So, beginilah kisah Diari AF3 hari ini dari penglihatan, pendengaran dan pemahaman Ana:
Bermula dengan sambungan sesi brainwash semalam, antara Asrul dan pelajar², Reza pointed to Elliza, said something like "Elliza main²..", "menyampah..", yang mana pada pendapat Ana, agak keterlaluan untuk Reza cakap macam tu memandangkan diorang baru je duduk kat situ 2-3 hari. Mungkin juga apa yang dikatakan oleh Reza tu betul sebab kita tak nampak sifat mereka keseluruhannya, tapi Kalau ikut apa yang aku nampak dari diari² yang lepas, Reza sendiri pun bukanlah pelajar paling tekun dan paling serious dalam setiap kelas. Kadang² ada gak aku nampak Reza pun macam main² jugak. Bagi aku, kalau Reza nak tegur sebarang sifat negatif, sebaiknya dia refer pada diri dia sendiri, daripada point kat orang lain. Bak kata orang, satu jari tunjuk kat orang lain, 4 jari lagi tunjuk kat diri sendiri. Jadi, kalau nak tunjuk kat sesapa, tunjuk la pakai lima² jari sekali, okay.
Kemudian kita diperlihatkan dengan sesi mencuci pinggan mangkuk bersama² antara Elliza dan Keifli. Elliza said something like ".. dia point kat aku..". Then Keifli said something like "..aku ingat aku je yang terasa, Felix pun terasa jugak". Jeng! Jeng Jeng!! (mesti ikut lagu saspen filem P.Ramlee). Berjaya jugak Astro menonjolkan unsur² samarinda dalam diari AF3. Dengan adanya scene ini, Ana kata diari hari ni adalah antara yang manarik dibandingkan dengan diari² sebelum ini.
Band AF3 yang terdiri Yazer, Felix & Aidil kemudiannya memainkan lagu Menuju Puncak versi raggae, tapi tak best, tak masuk key.
Kemudian kita dapat tengok pula semua pelajar² praktis sendiri lagu masing². Kata Aznil, ianya merupakan iniatif pelajar² tu sendiri. Tapi kata Ana, semua orang praktis kat tempat yang sama jek. Mula² 2-3 orang jek, lepas tu makin lama makin bertambah, makin ramai lak. Kira kalau nak bersangka jahat, kita akan sangka camni lah - macam ada yang suruh jek.. "Haa kau pegi la cepat berlatih depan kamera, haa pegi lah cepat!". Tu kalau nak bersangka jahat la. Kalau nak bersangka baik pulak, mungkin selepas sesi brainwash tu, masing² berubah sikap dan serta-merta jadi insaf dan bersungguh² untuk buat 'yang terbaik', 'yang terbagus', dan segala 'ter' lagik la.
Masa praktis tu, Aidil , Elliza dan Akma tak kelihatan. Mana diorang pegi ek? Keifli dan Amylea kelihatan berlatih step lagu Menuru Puncak. Bagus gak sesekali nampak Keifli dengan orang lain pulak. Sebelum ni kita asyik ditunjukkan Keifli dengan Elliza. Ada lah tu kan mana² pihak tertentu yang merancang nak wujudkan telenovela menggantikan telenovela Khai-Rosma, Vince-Liza, Anding-Edlin dan Adam-Farah. Kesian awek Keifli kat luar tu, makan hati you.. Sabar lah ye dik, memang gitu lah adat kawan ngan orang popular atau orang yang bakal popular. Walau diri sendiri tak buat scandal, ada jek la pihak yang suka² mencetuskan gossip samada dengan menggunakan kaedah kamera ke, editing ke, skrip host ke.
Dalam kelas Adnan pula:
Ekin - sedap gak.
Elliza - penyanyi latar semua tak best, tak ada yang macam Kaer (ni statement bias nih, sebab Ana tu kemaruk kat Kaer dari dulu. Sejak ada Mawi jek kemaruk dia dah kurang sikit).
Amylea - okay.
Keifli pun okay (ni pun mesti statement bias sebab Ana minat Zamani, secara automatik, sesapa nyanyi lagu Zamani pun dia dengar okay).
Aidil - improve dari semalam.
Reza - tak hafal lirik lagi.
Fuad - tak best.
Akma - okay.
Amy - okay, tapi Adnan kata high note tu macam tak sampai.
Yazer - Adnan kata okay.
Felix - berkerut² nya muka dia!
Dalam kelas Linda Jasmin, Amylea & Aidil praktis kareograf untuk lagu individu. Untuk lagu Amylea, girls jadi back up dancers, Aidil lak jadik model (semestinya ke dia?). Untuk lagu Semua Orang Tahu tu, Ana cakap - boleh pulak Aidil tu menari elok²? Tak tau lah kot masa konsert nanti keluar jugak joget itik or joget kuda kepang dia tu. Kita juga boleh nengok Yazer menari lagu Menuju Puncak yang juga kelihatan macam menari untuk lagu 'Bunga Melur'. Felix pula menari sorang² diajar oleh Cikgu Linda. Dah agak dah, Felix ni terpaksa kerja lebih sikit dari orang lain bab² menari ni. Secara keseluruhan, diorang menari ramai² tu dah okay dah.
Last² tu masa tengah syok² menari, tiba² semua orang lari bertempiaran. Kamera fokus ke arah Fuad. Kelihatan beberapa pelajar menutup hidung dan Aidil mengibas² ruang udara menggunakan kusyen. Fokus kepada Fuad yang berkata "..apasal tengok kat aku pulak? " dengan wajah ala² orang kentut tapi tak mo mengaku. Huhuhu.. tak senonoh. Dah la diorang tak boleh bukak tingkap, ek..
Lupa lak, baju Aznil hari ni kalerful. Kalau ikut taste Ana, buruk la. Aku tak nengok lagi, so tak tau nak komen.
Kedudukan pelajar setakat tengahari tadi, Mawi-29% (haa ni Ana yang tulis, aku tak tau... hehehe), Felix-14%, Amy-10%, Idayu-9% manakala tangga terakhir ialah Yazer-7%.
Tamatlah diari tengahari tadi. Kalau kau tanya aku, samada aku akan stay up untuk tengok diari hari ni? Ya. Aku nak tengok. Tapi tu aku la. Sebab aku memang selalu tido lambat pun. Lagipun 'opis' aku 3 tapak jek dari katil aku. Tak gosok gigi pun aku boleh terus masuk opis (hehehe..). Apa kata kalau korang pun tengok jugak, kita tengok scene samarinda tu. Besok kita leh sama² menganyam di tingkap, tak gitu?
**Saja nak tambah sikit pendapat aku pasal diari² sebelum ni. Aku perasan Aidil kelihatan serious & bersungguh² jugak dalam setiap kelas. Walaupun aku tak minat dengan suara dan gaya Aidil, tapi aku puji lah kesungguhan dia tu. Ekin pula, walaupun sesekali nampak macam malu², tapi aku rasa dia ni kepala gila² jugak. Paling kelakar, ada sekali tu masa tengah menari lagu Menuju Puncak, masa tu step diorang luruskan tangan, tunjukkan jari ke depan, tiba² dia menari & menyanyi sorang² "..oh tak mungkin.. tak mungkin.." (lagu D'Lloyd). Aku tergelak jugak lah tengok dia masa tu. Tapi secara keseluruhan aku rasa character masing² masih belum begitu terserlah lagi.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home