Monday, June 20, 2005

Diari AF3 - 20 Jun: Bhg. 1

Disebabkan hari ni aku ada banyak kerja opis nak disudahkan, aku akan cuba tulis seringkas yang mungkin. Biasa la, aku ni kerja sendiri, kalau aku tak buat kerja, aku gak yang takde gaji. Asyik ngadap blog jek, keje pun tak siap, kang ujung bulan kena makan ikan bilis la pulak. Kena makan ikan bilis okey lagik, kalau kena potong Astro sebab tak bayar bil, lagi merana akak deknon sebab tak dapat nengok Mawi.. huhuhuhu.

Memula sekali kad wasiat Fuad dibaca oleh Yazer. Antara kandungan awal kad wasiat Fuad ialah "Aku dah bebas.. aku dah boleh men-dunhill-kan diri..". Macam² ucapan untuk semua pelajar² yang tinggal, termasuk untuk Asrul & Shina.

Kemudian semua pelajar memberi pendapat masing² tentang Fuad. Tak larat aku nak tulis semua sekali, cuma aku bagi kesimpulan yang aku dapat berdasarkan ucapan² pelajar² tu lah. Fuad seorang yang berfalsafah, manja dan kebudak²an. Masa sessi luahan rasa antara pelajar² hari tu, rasanya Felix & Mawi ada tegur sesuatu tentang Fuad. Fuad jenis tak ambik hati dan menerima teguran dengan terbuka. Selepas ditegur, memang nampak Fuad cuba memperbaiki kesilapan dia. Yang ni best - FUAD BANYAK SURF INTERNET. Hehehehe... So Fuad, kot la ko terbaca komen dan kritikan kami nih, terimalah dengan hati yang terbuka ye. Nak jadi artis memang banyak kena kritik. Jangan nangis pulak nengok banner kempen AFUWEK tuh ye.

Melalui kamera, Felix pesan kat Fuad - "Rahsia tetap rahsia..". Tak tau lah rahsia apa pasal si Felix tu yang Fuad simpan. Idayu, Marsha dan Akma pula kata, "Dah tak ada orang nak kacau budak² perempuan, dan dah tak ada sapa nak buat adlib untuk lagu Menuju Puncak".

Dr. Azahari cakap pada pelajar² bahawa NAMA yang mereka bawa adalah satu 'brand'. Amylea & Yazer disuruh berdiri di depan, pusing tepi, pusing belakang, untuk menunjukkan pada pelajar² bahawa fizikal mereka adalah 'packaging' bagi 'brand' tersebut. Dari segi luaran, penonton melihat bakat mereka, tetapi penonton juga nak melihat dalaman mereka iaitu ketrampilan, perasaan, budi bahasa, sikap dan pemikiran mereka..blablablablablahh...

Pelajar² bersama Puan Fati tengah menonton video sorang pompuan mat salleh, tetiba pompuan cantik tu menjelma di akademi. Marion something nama dia.. serius aku tak ingat, dan aku tak tau pun sapa minah salleh nih. Diorang borak², tanya soalan kat dia, lepas tu Marion main gitar & menyanyi satu lagu. Amboii.. kemain melopong mulut Mawi nengok pompuan nih nyanyi. Sedap gak suara & lagu pompuan nih. Sapa tau sapa pompuan ni, tolong lah bagitau aku. Teringin gak aku nak cari CD dia ke MP3 lagu dia ke apa..

Kemudian kita dipaparkan dengan aksi² Fuad sepanjang dia di akademi berlatar-belakangkan lagu Gerimis Di Lautan yang dinyanyikan semasa hari Jumaat depan Pengetua tu kot. Antara bait² terakhir lagu tu "Tinggallah.. ku kan pergi" cam tau² jek tu lagu terakhir Fuad di akademi.

Penutup diari, pelajar² perempuan menyanyi lagu 'My Heart Bergoncang' (yang Marsha nyanyi kat Felix tu) untuk Fuad. Pelajar² lelaki pulak nyanyi lagu 'Maafkan Kami. Lepas tu diorang ramai² nyanyi lagu hip hop, best gak, tapi aku tak dapat tangkap lirik lagu tu.

Sorry lah ye kawan² kalau ulasan aku tengahari ni tak cukup garam dan ajinomoto. Aku kena siapkan banyak kerja opis nih sebab 2-3 hari lagi aku nak balik kampung jadi sebelum balik kenalah aku kira hutang, pi kutip hutang, mintak hutang dan bayar hutang. Lama jugak aku kat kampung nanti sebab Tea Lady kempen AFUWEK tu nak mendirikan masjid. Aku kenalah balik awal sikit sebab nak tolong bancuh simen, susun batu-bata, bentang karpet, dan macam² lagik lah kerja aku nak buat.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

28 Comments:

Anonymous skru said...

yay!!!!!!!!!! aku nombo 1!!!!!!!!!!!!!!!!!!

9:48 AM  
Anonymous Q said...

marion ravon kot... the other half of M2M... famous gak dulu diorang ni...

9:49 AM  
Anonymous aielemocnian said...

dlm extended ada tunjuk, fuad ckp mawi ngan felix pnah slow talk ngan dia, ckp apa bebudak nih tak berkenan ngan si fuad nih... pastuh ckp memula dia cm down bila mawi ngan felix ckp camtuh, tp bila pk2 balik btullaa apa yg budak berdua nih ckp...

9:49 AM  
Anonymous Uncute said...

ala baru nak jadi no. 1
to skru: :p

sumie: nama penyanyi tu Marion Raven. Dulu dia nyanyi dlm group M2M. Aku suka lagu dia masa dlm M2M tu..cam lagu "Don't say you love me" (sebab lagu soundtrack utk citer pokemon d movie) Minah ni memang pandai main gitar ngan piano. XGroup member dia lagi sorang tu pun pandai main gitar. This week minah tu tgh promote album dia kat mesia.

9:49 AM  
Anonymous co2 said...

tq tq SuMie... syabas... aku cari kat cari.com pon belom kuar report lagi...

9:50 AM  
Blogger SuMie said...

Q & UC, yesss.. pompuan tuh la.

aielemocnian, thanks for the info.

9:50 AM  
Anonymous Uncute said...

masa dlm m2m..dia ada dua album jer (ni x termasuk album gambar atau sewaktu dgnnya)

9:50 AM  
Anonymous vrooom said...

selalunyer diari tgh hari senin mmg boring sket...

dan aku pun selalu tak tgk ulangan diari tgh hari... ada tak kamera pokus kat mawi? klu tak de aku nak masuk tidur cepat...

we are the WORLD

9:51 AM  
Anonymous reenzmi said...

M2M punya singer... yang nyanyi lagu.. "o my pretty boy.. I love you so.." yg video clip dia ada patung lelaki tukar jadi manusia tuuu... Kesian akak kita ni... dalam kesibukan masih boleh mengupdatekan diary... Thank you so muchhhh

9:51 AM  
Anonymous zazz said...

sumie,
tq for the review. Blog u la tempat I untuk dapatkan diari terhangat di pasaran!
Suka baca u punya review, macam2 rasa adaaa...
agree with u, kain labuh amy tu buat kacau jer dia nak menari. nasib tak terbelit! lagi satu rasa cam baju amylea tu pun tak sesuwei ngan badan dia yang kecik molek tu. the fabric nampak heavy on her. hahaha..aku ni dah komen fashion lak instead of performance.

9:52 AM  
Anonymous eisya said...

TQ, sumie....ko nak balik kampung bila? so nanti takder ler org update diari tengahari ek?.....ehm...

9:52 AM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Satu yang pasti, Mawi tidak lagi melakukan kesilapan yang sama terlupa lirik dan dia berjaya mengekalkan peratusan undian sebanyak 24 peratus.

Bagaimanapun, jika dinilai secara keseluruhan, ada beberapa pelajar lain yang lebih menonjol vokal dan kredibiliti persembahan.

Yazer misalnya, memberikan satu persembahan yang amat membanggakan. Hebat dan mengesankan.

Kemampuan vokalnya terserlah dan sememangnya Yazer malam itu hadir penuh bergaya dengan lagu Suatu Masa.

Bukan mudah membawakan lagu M. Nasir dengan penuh jiwa. Tapi Yazer berjaya melakukannya.

Sehinggakan salah seorang pengkritik malam itu, Afdlin Shauki memberikan pujian melambung kepada Yazer dengan menyatakan persembahan anak muda dari Tawau, Sabah itu sebagai yang terbaik pada malam tersebut.

DIpetik dari Utusan Malaysia. SUmie, bukan tak sokong anak ikan SUMIE tapi suka bila anak ikan ODAH kena puji...hehehe :D

9:53 AM  
Anonymous kak ri said...

I think part yazer baca wasiat tak feel langsung....samada tulisan fuad susah nak baca atau .......? memang tak da impact langsung!!!
Marion datang tadi best sikit...suara ok!

9:54 AM  
Anonymous aisya said...

Thank you sumie sebab bagi update diari tengahari. Seronok membacanya at least tau jugaklah apa yg jadi mlm kalau tak sempat nengok diari tak le kempunan sesangat.

He...he..he...dah demam...

9:54 AM  
Anonymous ilham said...

TQ sumie, sikit pun tak per tapi mantap....

9:55 AM  
Anonymous kak ri said...

tadi ada orang promo pasal this web Tv....rasanya site ni baru lagi...tapi bolelah takat nak download video AF
http://myviper.net/webtv/index.html

9:55 AM  
Blogger SuMie said...

vrooom, musti lah ada fokus kat mawi. Abang kamera tuh memang dah jatuh chenta ngan mawi apa. Dia pakai baju oren tadi, bertambah suci murni aku nampak muka dia.

zazz, aku pun lupa nak komen baju amylea. aku nampak material dress dia tu macam getah nipis pun ada, macam kulit pun ada, pastu dicelup dengan kaler kilat² pastu dibuat baju.

Kak Eisya, maybe hari Khamis ni balik kampung. Kalau sempat, insyaAllah akan update jugak.

9:56 AM  
Blogger SuMie said...

cik odah, ada gak baca tu kat paper tadi. suka laa tuu cik odah tuu... *jeling² jeles kat cik odah*

aisya, ilham, welcome..
kak ri, thanks for the link

9:56 AM  
Anonymous kak ri said...

mawi punya lagu mencabar sikit...kalau dia bole bawak sure best...ni lagu ngan lirik sekali
http://www.nawal.de/texte2.html

9:57 AM  
Anonymous Rem said...

wah, cerita pasal fuad. tak apa la, budak gemuk tu dah kuar. tapi believe me, he will have a much better career than most of the boys/gals dalam af. dengan syarat dia specialise dalam genre muzik yang bercorak funky ballad atau pop rock (cam lagu konsert prelude). budak ni memang suaranya bagus dan bersih. kawalan vokal pun canggih. phrasing technique pun cantik. kesian juga dia terkuar awal-awal. tapi apa nak buat, dah nasib, kan.

napa ramai boleh suka Yazeer ya? saya baca review dari professional juri pun bukan main melambung melangit. tak tau la kalau internet version tak bagus ke apa. tapi bila saya dengar dia nyanyi konsert-2 dan konsert-3, dua-dua tak larat. he can't hit high and low notes dengan bagus. cam struggle semacam je. tone suara tak payah cakap la. hampas!

tapi tu la, tiap orang ada penilaian sendiri, kan. tapi to be honest, saya lebih suka dengar penialaian 'orang biasa' macam kita ni dari juri professional (kononnya). kenapa? sebab seni ini harus dinilai dengan 'rasa'. kita kena ikut rasa, bukan berfikir atau analitik lebih-lebih. juri professional ni terlampau ikut teori kut. tak pun, teramat nak berfikir. boleh dikatanya suara lelaki berahi di aidil tu penuh penghayatan. tolong la! kalau p.ramlee dengar lagu tu, dia pun boleh nangis. over-dramatising. meleweh-leweh macam orang baru putus cinta 77 kali!

tu yang saya tak trust juri-juri profesional ni. banyak sangat berfikir. alaa.. macam kalau nak pilih makanan juga. kalau korang nak cari tempat yang sedap, korang lebih caya cakap siapa? cakap para chef (yang dah tentu biased sebab masing-masing ada dogam dan fahaman rigid yang tersendiri) atau orang-orang biasa yang pi makan kat tempat-tempat tu? kalau saya, baik tanya orang awam sebab diorang nilai ikut 'rasa' (tanpa perjudis dan teori-teori bodoh).

ooopss.. dah termengumpat pula. sumie, kalau nak tau tang mana beza pendapat kita.. ada saya tulis dalam blog nun. dalam banyak hal, kita actually banyak setuju gak. cuma sikit-sikit je yang tak berapa serasi. tapi biasa la kan. masing-masing punya taste. tapi yang penting, kita semua ni jujur. kita nilai ikut 'rasa' (bukan pula saya nak kata yang pendapat kita semestinya yang paling betul). cuma yang menyampah kat juri-juri tu, macam biased sangat ikut teori.

boleh dikata Mawi patut keluar dalam konsert ke-2 tu. saya tak kata mawi tu best tahap gaban. tapi ok la, masa konsert ke-2. lagipun dia punya natural voice is overwhelmingly capturing one's imagination. so, faktor natural cam gini judge kena bagi kredit juga. tapi memang eliza tu patut sangaaaaaaaaaaaaaaat keluar. suara tak best langsung! tak konsistent dan ada sindorm tukar-tukar mood dan lompat key macam si kefli minggu lepas.

hahahaha.. alamak.. berjela-jela macam ceramah sivik lak! :)

9:58 AM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Rem
Odah memang minat sora Yazer sebab bagi ODah sebagai orang biasa dan tak tahu teori mori ni , ikut rasa Odah sora dia memang jantennn...ala2 berdebar gitu tambah2 tgk tenungan mata...adusss!oksigen!oksigen!hehehe...
Cuma Odah tak puas hati sebab Anak Ikan ku Yazer ni tak dapat lagu selain dar genre rock. Bak kata M.Nasir...kena buktikan SESUATU!

Sumie
Abis...kalau sumie ke kampung adakah kami peminat2 blog Sumie ni akan disajikan dgn diari tengahari? Uish Odah sanggup miss makan tenaghari dari miss diari tengahari cik puan sumie nih/...hehehe....Mawi dapat lagu Arab..sure gempak! Odah kena asah skill Bhs Arab balik nih.

10:00 AM  
Anonymous y said...

sumie makaseh banyak banyak and thanks for the sms updates masa concert. bnyk sms kelab afuwek yg sampai sehari dua lepas disend. slownya sms antara benua ni. antara tambak lol

10:00 AM  
Anonymous Mrs. Smith said...

To me Yazer is the only student di AF3 yg boleh stay dlm mood lagu tu dr awal sampai akhir sebab to me bila nyanyi ni kita kena berlakon jugak baru audience boleh feel lagu tu. Kalau nak komen pasal suara memang tak ada yg perfect lagi even artis yg dah ada album pun kantoi jugak.

10:01 AM  
Anonymous Rem said...

Mungkin personal taste kut. Dah dengar ulang-ulang sore si Yazeer ni, masih tak boleh nak faham tang mana istimewanya. Saya rasa dia struggle untuk semua julat notes. Intensiti suara tak konsisten, sedangkan lagu-lagu dia semua jenis 'slow' (which should be very easy to hold). Tapi memang saya ada baca komen orang yang si Yazir ni ada stage presence yang 'beraura'. Showmanship pun katanya natural. So, barangkali itu yang bagi dia kelebihan. I can't comment on that sebab saya cuma dengar versi vokal saja. Macam mana pun, vocal-wise, saya masih rasa Yazir tu 5 tangga di belakang Felix, Fuad dan Mawi. Memang susah nak cari vokal penyanyi lelaki yang perfect kat Malaysia. Indonesia ramai la. Tapi si Yazir ni bukan takat tak perfect. He's distinctively below average. Personal opinion la. :)

Mungkin laku kat konsert saja la kut. Nak jual album payah sikit.

10:02 AM  
Blogger SuMie said...

Rem, saya pun setuju yang kekadang juri punya komen tah hapa². Tapi tu lah, diorang komen ikut pengalaman & ilmu, kita lak komen ikut sedap telinga mendengar.. (dan ikut sedap mata memandang jugak? Hehehe..)

Cik Odah, kalau ada kesempatan kat kampung nanti, insyaAllah saya buat jugak. Tapi tak leh nak janji lah. PC kat kampung tu ramai 'penunggu'nya.. huhuhu.

Y, jangan kata 'antara benua'. Member aku umah seberang jalan jek sms tengahari kul 3 petang, pukul 9 malam karang baru dapat sms nya.

Mrs. Smith, mungkin betul tentang penghayatan tu, tapi saya ni kalau dengar/nengok orang nyanyi, 'penghayatan' tu jatuh nombor 2 atau 3. Yang saya pentingkan, sedap di dengar dan menghiburkan. Kadang² bila kita tengok DSS atau HMI, penyanyi nyanyi lagu sedih, tapi diorang senyum dan lambai² kat penonton, tapi kita still enjoy persembahan tu. Apa pun, saya tak lah kata Yazer tak menghiburkan malah dia pun antara yang saya lihat boleh melangkah ke final.

10:03 AM  
Anonymous y said...

AFUWEK SPEZAS THE POYOS! Selipar pun tak sepoyo dia, betul tak! AFUWEK jgn tak AFUWEK!

10:03 AM  
Anonymous Q said...

sumie & odah... nampak gayanya kita kena polish lah balik bahasa arab kita ye... dulu masa sekolah, boleh buat karangan in arabic... sekarang cuma paham 2-3 patah aje...

10:04 AM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Rem, pembetulan bukan YAZIR, tapi Y A Z E R. Marah mak ikan salah eja nama anak ikan ni.Hehehe. But for me he's still the best. SOra jantan macho mengegarkan jiwa CIK ODAH ketandusan. Hahahaha.

Uwek untuk Q! (awat tetiba Q masuk hal ni...saje nak nyakat Q si nenek tiri!!!):P

10:04 AM  

Post a Comment

<< Home