Wednesday, June 22, 2005

Diari AF3 - 22 Jun: Bhg. 1

Cam biasa, hari Rabu aku memang tengok ulangan Konsert & Imbasan, tu pasal lah lambat sikt keluar diari tengahari tadi. Ni pun aku cilok² tulis masa iklan.

Diari tengahari tadi bermula dengan kelas Marlia. Dia suruh pelajar² supaya jangan asyik lepak² kat Ruang Aktifkan tu bila ada masa rehat, sebaliknya banyakkan berlatih di bilik yang banyak cermin tu supaya diorang boleh tengok sendiri gaya persembahan diorang.

Diorang kena baca lirik masing². Baca tau.. tanpa melodi lagu, macam baca berita tu, tapi dengan penghayatan lah. Mawi nampaknya macam ada masalah dengan lirik. Walaupun Mawi pandai mengaji tapi tak bermakna dia faham Bahasa Arab. Mawi mungkin tak ada masalah untuk menyanyikan lenggok lagu Arab dan menyebut patah² perkataan dalam lagu ni, tetapi untuk menghafal dan menghayati makna lagu ini, mungkin agak sukar sikit.

Lepas tu bersama Puan Fati, pelajar² berbincang tentang persembahan. Kelihatan Amylea berbincang dengan Puan Fati dalam Bahasa Inggeris. Kemudian Aidil & Ekin pulak dok praktis aksi berdukung² tuh.

Kelas Adnan:
Akma - okay. Kalau dia buat getik² sikit masa konsert nanti, mesti best persembahan dia.
Yazer - okay. Mungkin kurang lenggok asli, tapi tak kisah lah, dia kan penyanyi rock.
Keifli - setakat ni aku dengar cam biasa jek.
Aidil - macam belum sure dengan melodi. Mungkin dia nak buat improvisasi pada lagu, sebab tu masih teragak² dengan melodi.
Mawi - sedapnya.. sedapnya.. sedapnya!!
Reza - okay
Felix - I like! I like!
Yang lain² tak ditunjukkan pulak. Minggu ni, kalau berdasarkan tugasan yanng diberikan, aku sebenarnya tak sabar nak tengok persembahan Felix, Marsha, Akma dan semestinya Mawi laa..

Dalam kelas Linda, Mawi kena berlatih menari untuk lagu dia diiringi 4 orang pelajar perempuan. Huwaaa... cemana la rupanya nanti tu. Step dia nampak macam simple jek, tapi serius.. nampak buruk bebeno aku tengok Mawi menari. Aku ngan Kak Teh (adik aku) asyik gelak jek. Kesian woo kitorang tengok dia joget. Kekadang macam robot. kekadang cam orang bersilat, kekadang keluar muka gatal pulak.

Kamera dari banglo penginapan pelajar lelaki menunjukkan Aidil bercakap dalam kamera dengan keadaan separuh bogel. Ya Kak Eisya, buka mata anda besar² malam karang ek. Antaranya Aidil cakap pasal dia dan gelaran Mat Belia nya tu, pasal mak dia, pasal dia nak mandi & nak solat.

Kemudian dalam kelas Sham, tak ingat pulak apa dia cakap mula² tu. Sham ajar diorang nyanyi lagu Menuju Puncak dengan tersangatlah harmoni dan sedapnya di dengar. Aku harap diorang akan nyanyi macam tu masa konsert nanti.

Akhir sekali, ada babak dari kamera banglo penginapan pelajar perempuan. Mula² tu macam tak jelas sangat apa yang diorang cakap. Kelihatan Idayu mengayuh basikal kat belakang. Lepas tu aku rasa macam diorang mengumpat pasal Reza. Haaa.. tu laa buat lagik perangai macam bagus, kan dah kena umpat.

Bila aku tengok semula ulangan Konsert tadi, aku perasan, masa Mawi tengah menyanyi dan tengah buat sketsa dengan kawan² dia tu, kat belakang, kita boleh nampak Yazer ketawa, Idayu tersenyum dan Marsha pulak tepuk tangan. Tapi Reza pulak muka masam jek, macam takde apa yang berlaku depan mata dia. Tak supportive langsung. Lalu aku membuat kesimpulan yang dia memang dah period sejak masa konsert tu lagi lah.

Lagi satu, bila dalam ulangan Imbasan tadi Fuad kata yang dia pun heran dengan statement Reza (semua lelaki tak suka Amylea) tu, aku pun tertanya² jugak, apa motif Reza cakap macam tu? Diari hari ni aku tak perasan sangat Reza. Tapi diari siang semalam kita nengok dia mengadu dengan Asrul, diari malam pula dia mengadu dengan Puan Fati, lepas tu mengadu dengan Siti Hajar. Okay, yang dengan Puan Fati tu, maybe lah sebab dia ditanya, but still cara dia bercakap tu tak ada ciri² seorang 'abang' pun. Nampak macam nak menjatuhkan orang ada lah. Jawapan Fuad dalam ulangan Imbasan tu tadi pulak membuatkan aku tak hairan pun kalau pelajar² perempuan kat asrama dok mengutuk Reza.

Okaylah, hari ni aku rasa macam kehabisan kata jek nak tulis apa. Samada diari hari ni memang boring (kecuali masa Mawi menari), atau mood aku nak menulis pasal diari dah hilang sebab dah lambat dah kan, dah campur mood tengok ulangan Konsert & Imbasan pulak.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

22 Comments:

Anonymous co2 said...

tq tq tq SuMie... ** ko sure melekat kat TV masa Mawi gelek malam tadi kan.. obscene lah.. hahah**

2:01 AM  
Anonymous timduncan21 said...

Tak kera la lambat ke aku tetap tunggu kau kak.Hisy, mcmana la mawi nari. Semlm tgk, ya Allah buruknya dia nari. Malu koi tengok. Takut koi dia tak hafal lyric. Apa pun, there's something about mawi he he

2:01 AM  
Anonymous M said...

TQ S, tak kisahlah lambat ke takde ke tapi tetap best......AFSOKONG SUMIE!!!

AFUWEK SPEZA!!!

2:02 AM  
Anonymous aielemocnian said...

rasanya reza exageratelaa... mcm member sy ckp...

mcm zaman skolah plak bila budak laki buat ayat,"ko tau x sumer budak laki tak suka ko?"... padahal nk membesarkan citer jer....

tp time amylea ckp camtuh, bebdk laki xde plak membantah... lg2 fuad ada menyampuk pasal, "amylea xleh nk harap org jer faham amylea, amylea pun kena try adapt ngan org lain gk..."

tp kengkadang tuh biasalaa budak laki... nk sumer pompuan jadi mcm pompuan melayu terakhir... baru gelak kuat sket dah buat pandangan super slackers...

adakah akak bias berkenaan suara mawi itu? heheheheh!!!

p/s-astro tak updet lglaa extended... ampeh2...

2:02 AM  
Anonymous aielemocnian said...

btw... apsal rasa mcm cikgu siti hajar garang semcm jer utk af3 nih... takut plak nk tgk kelas dia.

2:03 AM  
Anonymous eisya said...

Sumie, walau ko tak der mood sekali pun I akan tetap menjadi pembaca setia diari tegahari ko nie....hehe...TQ....pis pis kacang pis!!

2:03 AM  
Anonymous Q said...

sumie... tulisanmu tetap ku nanti walau camne lambat sekali pun... :)

2:04 AM  
Anonymous barambang said...

Jangan dipuji sangat budak sham kamekaze tu... macam pandai betul... pengarah muzik konon... beberapa lagu yang di rearrange oleh pengarah ni saya rasa sebaliknya telah diperkosa oleh beliau... contohnya Mimpi Sedih dan Epilog Cinta Dari Bromley...

2:04 AM  
Anonymous K.R said...

tak paham aku knapa mawi kena kurangkan berat bdnnya yg memang dah kurang dari ideal BMI. tak logic langsung ler.

2:04 AM  
Anonymous aielemocnian said...

rasa ok jer lagu epilog cinta dari bromley tuh... lagu mimpi sedih pun ok, cuma ekin nyanyi x baper umphh sgt...

hmm... setgh org boleh terima kut perubahan... setgh org lg suka yg version asal...

2:05 AM  
Anonymous eisya said...

Bagi I yg hanya peminat muzik dan tak tau pasal muzik arrangement nie rasa ok jer sumer lagu AF esp Epilog Cinta.....tak der masalah kalo tak ikut yg original pun.....

2:05 AM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Nak cerita kat pengunjung2 SUMIE BLOG ni..Tadi Odah baca newspaper semalam pasal YAZER. Hehehe....BH interbiu mak ayah (bakal mak mentua dan ayah mentua ku)...wakakaka...yang bestnye YAZER ni educated la jugak..pernah belajar di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di KK. Bangga ODah (sambil hidung kempang kempis)...bolehlah Odah sama duduk sama berdiri dgn YAZER ni..huhuhu. Tapi yang Odah malu2 kucing ni bile tgk umur mak Yazer..baru 39 tahun dah ada anak teruna 23 tahun! Sure kawain masa umur 15 tahun! SO Odah jadi kompius...nak pangil MAK ke atau nak panggil KAKAK nanti?

wakakaka

2:06 AM  
Anonymous kak ri said...

I think so far...ramli MS better sikit buat music arrangement. Makin lama makin ramai pulak yang mengajar dalam akedemi di....satu kelas sampai dua - tiga cikgu....sampai kelas drama pun si EE nak ikut ngajar.....resultnya keluarlah tarian ala-ala pontianak pada Amy punya persembahan.

Mawi sah memang keras kerejong time joget....tapi tak pa tetap gak AFSOKONG dia. Klakar tul tengok dia lead buat exercise tadi... yang lain ikut pulak tu!

2:06 AM  
Blogger SuMie said...

barambang, Epilog Cinta dr Bromley tu aku suka pulak. Mimpi Sedih tu memang la ada layu sikit. Anyway, Epilog Cinta Dari Bromley tu Sham punya arrangement ke? Aku ingat Ramli M.S.

Aku rasa Sham tu talented dan berilmu dalam bidang muzik, bukannya jenis cakap kosong. Cuma citarasa kita yang mendengar ni memang berbeza² lah. Contohnya ramai orang suka lagu ciptaan Adnan Abu Hassan, tapi aku pulak kalau nak cari 1 lagu dia yang aku suka pun memang payah sesangat..

2:07 AM  
Blogger SuMie said...

K.R, rasanya Asrul tu bukan kira BMI pun. Dia just tengok berapa berat badan diorang sebelum ni, so sesapa yang bertambah, kena kurangkan balik macam asal. Ala.. saja la tu diorang nak promo Sendayu Tinggi. Anyway, aku makan Sendayu Tinggi tu tak kurus² pun.. huhuhuh wat perabih duit jek beratus² sebulan.

Cik Odah, amboi amboi.. tinggi jugak imaginasi ko ek..

Kak Ri, tu la omputeh kata - too many cooks spoil the broth.. Sudahnya masa konsert, kritikan tu sebenarnya utk tenaga pengajar, bukan pelajar tu sendiri.

2:07 AM  
Anonymous kak ri said...

sumie...kita same boat ler...apa ubat pun tak jalan punya...kalau 24 jam ngadap pc....semua stuck situ jer kan kan kan...janji sihat tak da sakit kronik...ok la! To me bebudak tu tak lah naik teruk sangat... yg dia orang perlu vitamin bukan ubat soh gi tandas...ishk apa ler si asrul tu!!

Pasal music arrangement...rasa-rasanya la AF2 dulu Ramli MS yang buat semua. So at least match dengan nada tinggi rendah bebudak.

2:08 AM  
Anonymous elf said...

Really really had a good laugh last night! Wakakakaka, sungguh kayunya mawi iteww..Aku dgn adik aku gelak sampai keluar air mata. Kekadang rasa tangan mawi tu macam tangan robot jek..hehehe..
Apapun, janji WERLLLLL!

2:08 AM  
Anonymous rain said...

mana si aile? tak update lagi ke afxtra? x sabar huhu... ;p

2:09 AM  
Anonymous aielemocnian said...

astro x updet lg

2:09 AM  
Anonymous lela said...

lain org lain citarasanya..saya amat menyukai cara musik m.nasir utk pelajar af3 kerana beliau memasukkan nilai-nilai musik klasik melayu yg sungguh tinggi...dan dari arragement muzik beliau kita boleh tahu / mendengar kekuatan suara pelajar tersebut. itu pasal utk AF3 kita boleh tahu siapa suara yg ke laut dan terkucil atau tak boleh sampai notenyer...dengan sekali dengar ... btw itu pun sifu dah rendah kan hampir semua key kepada pelajar yg lemah seperti contoh adil,kefli dan reza...

2:10 AM  
Anonymous lela said...

oh ya ..lagi satu saya suka cara pemilihan lagu utk pelajar ... suara mereka sebenarnya sangat sesuai utk pelajar itu sendiri cuma ...pelajar je yg tak pandai guna peluang yg diberi...

itu pasal m.nasir digelar sifu ...
jika anda lihat af3 kali sebenarnya banyak benda yg tersirat dari lirik lagu, susuan muzik dan kata-kata semua mempunyai double meaning ..

sebagai contoh
yazir ...suara nya memang rock dia memang tak boleh bawa irama lain tetapi m.nasir pandai dia bagi rock irama malaysia, balada rock, hard rock ...

mawi ... dia tahu mawi suka nasyid ...dia bagi dari kekasih dan kekasih kerana lirik itu lirik ketuhanan dan suara mawi sebenarnya sesuai utk rock, begitu juga GADIS Melayu (ada maksud yg tersirat dlm lirik tersebut - dan ia sesuai utk MAWI, dan muziknya pula pop rock)

sebenarnya pelajar semua sudah ada suara yg bagus hampir semua kecuali kefli, reza dan adil..cuma yg pelajar tiada ...JIWA dan ROH lagu tersebut ... itu pasal tak ada X-FACTOR kerana mereka tiada jiwa nusantara dlm diri mereka contoh seperti amy /ameliaya dan adil

2:10 AM  
Anonymous kak ri said...

double meaning dalam lirik ok ...tak salah...tapi genre lagu yang hampir sama dalam tiap persembahan...agak bosan juga.... biarlah genre itu bertukar-tukar setiap minggu...ibarat kata orang tak kan lah hari hari nak kena masak kari....masaklah lauk lain!

(ISHKK...lunch time...sorryla ingatkan food kejap)

2:11 AM  

Post a Comment

<< Home