Diari AF3 - 3 Jun: Bhg. 1
Kelihatan Elliza & Keifli mengadap M. Nasir di bilik pengetua. Aku pun tak sure sangat apa sebenarnya perbincangan diorang. Cuma aku perasan M. Nasir ada cakap, Elliza tu dah 21 tahun.
Masa makan, pelajar² berbual dengan Puan Fati. Banyak juga perkara yang Puan Fati cakap. Antaranya - Fuad is Fuad, Zahid is Zahid. Tak tau lah kenapa dia cakap macam tu. Mungkin Fuad ada menyuarakan kebimbangan dia bakal dibandingkan dengan Zahid. Atau mungkin Puan Fati mencadangkan supaya Fuad tak terikut² Zahid. Dia bagi contoh beberapa penyanyi rap luar negara, walaupun mereka membawakan jenis muzik yang sama, namun masing² ada kekuatan sendiri. Then pada Elliza, Puan Fati cakap, sifat Elliza tu merupakan kekuatan dia and Puan Fati pun tak kisah sangat dengan sifat (kebudak²an?) dia tu. Mungkin apa yang aku tulis ni tak menggambarkan keadaan sebenar perbualan tu. Aku pun tak ingat sangat macamana exactly perbualan diorang, sebab cepat sangat jump from one point to another, tak dapat tangkap semua. Kalau nak tau lebih jelas, kenalah tengok sendiri. Aku pun rasanya akan tengok jugak ulangan nanti.
Kemudian kita ke kelas Adnan pula. Semua pelajar nampaknya semakin okay. Cuma Idayu tu aku rasa perlu kurangkan pejam mata ketika menyanyi. Aku tau dia pejam mata tu sebab feel lagu. Tapi aku harap masa konsert nanti dia lebih banyak berinteraksi dengan kamera & penonton. Suara Idayu bagi aku adalah yang paling bagus dalam AF3, cuma gaya persembahan dia agak kurang menarik. dari segi perangai di akademi pula, setakat ni aku rasa Idayu okay jek. Reza pula, his diction tak berapa jelas. Mungkin tu memang style dia menyanyi kot, tapi aku lebih suka penyanyi yang menyebut setiap patah perkataan dengan jelas dan nyata, macam Siti Nurhaliza (dan macam Mawi jugak.. hehehe). Felix pula masih kedengaran meneran tang high notes. Mana Siti Hajar nih, cepat lah tolong Felix tu sebelum dia sakit tekak. Persembahan Fuad pun nampak menarik. Cuma aku harap Fuad rileks jek la nanti, don't try too hard to impress audience or judges, sebab gaya Fuad yang biasa² tu jek dah cukup menarik bagi aku. Overall, aku rasa diorang semua bakal menunjukkan persaingan yang hebat. Cuma, kalau dari apa yang aku dengar setakat ni, bantuan kawan² sebagai back-up singers kurang harmoni, more like choir to me. Tak apalah, kita tunggu masa konsert nanti. Baru minggu pertama, jadi kalau ada silap sana sini, biasalah kan.
Sepanjang kelas Cikgu Adnan, boleh dikatakan kelibat Elliza kelihatan dalam setiap persembahan kawan²nya. Samada sebagai back-up singer maupun back-up dancer. Macam tu juga semasa kelas tarian. Aku perasan yang Elliza ni melibatkan diri dalam semua latihan kawan² dia. Seperti yang kita lihat dalam konsert² musim lepas, tak semestinya semua pelajar akan mengiringi persembahan kawan² mereka di pentas nanti sebab banyak ketikanya kita dapat tengok mereka diiringi oleh penari². Tapi Elliza tetap kelihatan bersungguh² dalam setiap latihan. Bagi aku bukannya mudah nak menghafal step untuk 2 - 3 persembahan dalam masa tak sampai seminggu. Tu belum masuk lagi kena hafal sebahagian lirik lagu orang lain untuk back-up kawan² nanti. Kalau tak bersungguh² dan tak serius, mana leh dapat. Jadi aku sangat tak setuju kalau ada yang kata Elliza tu main² atau tak serius dalam kelas. Manja tu dah memang sifat semulajadi dia. Tapi manja tak bermakna dia tak berusaha. Kalau dia suka tergelak bukan bermakna dia tak bersungguh² belajar. Takkanlah nak tunjuk muka masam memanjang macam Asrul tu baru dikatakan serius dan berdisiplin.
Masa lagu Menuju Puncak dalam kelas Linda pun aku nampak Elliza lah yang paling bersungguh² menyanyi & menari. Ekin pulak nampak tak cergas hari ni. Selalu aku negok dia senyum, ceria jek. Hari ni muka Ekin macam tak bermaya jek. Tapi biasa kot, orang perempuan kan memang ada masa² tertentu yang memang tak bermaya, tak de mood gitu.
Kata Aznil - semua pelajar nampak bersemangat, jadi adakah penonton bersemangat juga menghantar SMS? Jawapan aku - tak langsung! Minta maaf lah, aku bayar bil Astro tiap² bulan tu jek cukup lah. Tahun ni, semangat aku untuk Kempen TAK NAK SMS tu lebih kental dari semangat pelajar² dalam akademi tu. Huhuhu..
Lepas tu kita boleh tengok pelajar² mengadap pengetua sorang demi sorang. M. Nasir ni memang selamba, cakap ngan diorang pun pakai 'engkau - aku' jek. Cuma kadang² aku rasa soalan M.Nasir pada pelajar² tu macam pelik² sikit. Reza kata dia takut lost masa konsert nanti. Idayu pulak macam blur, macam tak faham je soalan M. Nasir. Ada sambungan perbincangan antara Keifli, Elliza & M. Nasir. Still aku tak dapat tangkap juga apa sebenarnya yang diorang bualkan. Tah la, kalau aku dok depan M. Nasir tu pun aku rasa aku tak reti nak cakap dengan dia. Rasa macam bercakap dalam 2 bahasa yang berbeza pulak. Tapi aku suka dengan pendapat yang Amylea keluarkan pada M. Nasir. Kata Amylea, dia peminat AF dari yg pertama hingga ke dua. Dari apa yang dia tengok, ada pelajar yang tak bersungguh² tapi dapat stay lama, dan ada pelajar yang berusaha bersungguh² tapi terkeluar juga. Jadi padanya, kedudukan di akademi tu 100% terletak pada undian je. Aku setuju sangat lah tu.
Di akhir diari kita dapat tengok Felix bertanyakan pada kamera di manakah kucing Elliza. Anak patung Elliza yang berbentuk kucing tu hilang kot. Aku dengar Felix panggil kamera tu Tipah. Tak tau la diorang yang bagi nama tu ke, atau memang nama tu diberi oleh pihak akademi. Anyway, masa tu nampak macam Felix berlakon jek. Dah 5 hari, walaupun aku dah mula suka tengok gelagat diorang, tapi masih belum ada sorang pun yang betul² mencuit hati aku. Mungkin juga lebih bagus macam ni, jadi bila tengok diorang, aku judge diorang pun sama rata jek, tak bias sebab aku takde minat sesapa (lain la kalau ada Mawi kan.. hehehe)
Kedudukan undian setakat tengahari tadi masih didahului oleh Felix-14%, Amy-9%, Ekin-9% dan yang last sekali ialah Amylea-7%.
Katakan TAK NAK pada SMS!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home