Monday, June 06, 2005

Diari AF3 - 6 Jun: Bhg. 1

Peminat² M&M (Mawi & Marsha) pastinya tak sabar² nak tengok diari tengahari ni. Diari hari ni sememangnya banyak fokus kepada M&M. Jadi, kalau dah minat tu, sengkang aje lah mata tu malam karang yek.

Diari bermula dengan ucapan dari Mawi. Katanya dia tak sangka kena perform malam Sabtu tu, sebab tu lah sampai tak ingat lirik. Dia terperanjat tetapi gembira sebab dapat masuk ke akademi. Dia juga terharu dengan dengan sokongan yang diberikan oleh penyokong²nya. Menurut Mawi, rakan² di akademi menerima kehadirannya dengan baik. Harapan Mawi masuk ke akademi ialah untuk membantu keluarganya yang menurutnya adalah keluarga yang sederhana. Seterusnya Marsha pula bercakap dengan kamera. Aku tak dapat tangkap sangat apa Marsha cakap sebab masa ni tiba² Emy - Ms. Sexytary AMTY telepon aku. Kaco jek Emy nih.. (:-p Emy). Tapi aku rasa Marsha buat ucapan pada keluarga dia kot.

Kemudian kita ditunjukkan bagaimana pelajar² perempuan membuat rombongan Cik Kiah membawa Marsha melihat² kelas² di dalam akademi. Semua pelajar perempuan nampaknya mesra dengan Marsha. Mawi juga diiringi oleh pelajar² lelaki yang lain membuat lawatan sambil belajar di dalam banglo akademi.

Seterusnya pelajar² berkumpul bersama Dr. Azahari. Doc bertanya tentang matlamat Mawi & Marsha. Mawi menyatakan matlamatnya adalah untuk mengembangkan bakatnya dan membantu keluarga. Marsha pula hendak membuat yang terbaik. Bila ditanya tentang perkara yang mereka takuti, menurut Mawi dia takut dengan perubahan yang dialaminya, dari orang biasa kemudian ramai orang tengok, keadaan jadi berubah. Yang dia tak pernah kenal, tiba² mengaku kawan. Yang tak sedara mengaku sedara. Aku rasa sejak Konsert Prelude tempohari, Mawi telahpun menjadi perhatian ramai. Mungkin kemana² dia pergi ramai yang mengenalinya, ramai yang dok tengok² kat dia, selain dari turut dikejar wartawan dan peminat², Mawi mungkin merasa agak kurang selesa dengan perubahan mendadak tersebut. Marsha pula bimbang dari segi persembahan, samada dia mampu atau tidak menghafal lirik , juga dari segi tarian.

Doc kemudiannya meminta pelajar² lain berkongsi pengalaman mereka sepanjang seminggu di akademi, bagaimana caranya untuk mengatasi ketakutan dan kebimbangan M&M.
Menurut Amylea, jadual mereka sudah pun diatur, dan tenaga pengajar sangat caring, oleh itu tak perlu risau kerana merka akan mengajar sampai dapat.
Keifli pula menasihatkan supaya tidak tertekan dengan homework, sebaliknya cuba enjoy dengan tugasan yang diberikan.
Begitu juga Felix yang berpendapat supaya tugasan yang diberikan jangan dianggap sebagai satu bebanan.
Nasihat Reza pula supaya jangan berat mulut, tanya aje jika ada sebarang masalah.

Seterusnya pelajar² bercakap dengan kamera mengenai perasaan dan pendapat masing² mengenai persembahan mereka pada konsert pertama sabtu lalu. Ada yang kata nervous, ada yang enjoy, okay, takut terkeluar, puas hati, frust, telah cuba buat yang terbaik, akan buat yang lebih baik dan berbagai² lagi ayat standard lain.

Kemudian pelajar² diminta memberi komen mereka tentang kemasukan M&M ke akademi. Ada yang kata okay, ada yang rasa tergugat, ada yang no comment, tak kisah pun, best sebab bertambah ahli, gembira dan lain² lagi yang positif. Ye la, takkan diorang nak kutuk pulak depan kamera kan? Cari nahas ler namanya tu. Paling aku suka ialah cara Reza memberi komen. Well, actually dia tak komen pun, dia cuma cakap "komen saya ialah..", lepas tu dia diam dan tengok aje kat kamera. Kelakar pulak aku tengok. Aku agak suka tengok Reza dalam diari hari ni. Selalu tu aku rasa dia cakap macam ada bunyi kerek sikit, tapi hari ni dia nampak agak matang. Mungkin Reza rasa agak tergugat selepas melihat kedudukannya sebelum konsert bermula tempohari, dan sedikit sebanyak keadaan tu telah menyebabkan dia lebih berhati² bila bercakap. Entah lah, aku main agak jek.

Lepas tu M&M menceritakan apa yang berlaku selepas Konsert Prelude dulu. Kata Mawi, Haider yang paling frust malam tu. Hmm.. ye lah, dah datang dari jauh, mestilah frust kan. Kesian diorang. At least M&M dah dapat juga masuk akademi. Yang lagi 6 tu, dah lah kachiwa masa Konsert Prelude, kena reject pulak buat kali ke dua semata² atas nama nak buat 'kezutan'. Suka² jek Astro memperkotak-katikkan perasaan dan harapan budak² tu.

Diari ditutup dengan menunjukkan mereka beramai² menyanyi lagu Jambatan Tamparuli (ye ke ni tajuk lagu tu?). Marsha dan beberapa pelajar perempuan lain menari sementara beberpa pelajar lelaki main alat muzik. Nampaknya Marsha dah boleh menyesuaikan diri. Mawi pula kelihatan di bahagian belakang, macam keluar masuk dapur kot. Tah lah ye, selesa ke Mawi berkumpul lelaki perempuan macam tu. Kepada yang tak sabar nak nengok wajah Mawi & Marsha di akademi, jom kita tido lambat tengok ulangan.

Seperti yang aku duga, di Ch15 bermacam² pendapat yang keluar mengenai kemasukan M&M. Ada yang kata mereka menutup rezeki orang lain lah, minta simpati lah, raih undi kesian lah. Tah hapa² jek, macam lah M&M tu sendiri yang tentukan kejutan & format AF. Yang ketara lebih ramai yang kurang senang dengan kemasukan semula Mawi berbanding Marsha, sedangkan bagi aku sepatutnya, kalau nak jaki, jaki lah kat dedua sekali. Pelajar² tu tak ada apa pun, chatters lak lebih². Menyampah aku. Dari buang duit mengutuk sesama sendiri, baiklah korang undi jek pelajar² yang korang suka tu. Bodoh betul. Astro jugak yang kaya.

Kedudukan setakat tengahari tadi, Felix-16% dikejar oleh Mawi-14%, diikuti Ekin-7%. Marsha juga semakin mendahului pelajar² lain dan telah pun berada antara 7 yang teratas. Tangga ter kebawah sebanyak 5% secara bergilir² disandang oleh Akma, Fuad & Amylea.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home