Tuesday, June 07, 2005

Diari AF3 - 7 Jun: Bhg. 1

Pelajar² mula mendengar dan berlatih lagu masing².

Amy - biasa jek.

Marsha - hmm.. gaya dia masa menyanyi ni macam seksi² gitu. Mesti ada yang suka dan mesti ada yang menyampah nengok. Aku pulak, cuba abaikan jek benda² macam tu dan menilai dari segi nyanyian dia jek. Kalau ikut yang aku dengar tadi, aku rasa biasa jek la dia menyanyi.

Reza - pun biasa jek.

Ekin - okay. Yang ni aku bias kot sebab aku suka nengok Ekin & aku suka lagu Anita Sarawak. So, kalau orang tu nyanyi tak sumbang, aku dengar okay jek la.

Mawie - dia menyanyi diiringi Felix buat double voice. Baru dengar cam tu jek aku dah rasa best gila (Bias.. bias.. muahahaha..). Peminat² Mawi & Felix yang dok perang sakan kat @15 tu contohi lah sikit idola korang tu okay. Sikit punya kamcing diorang bantu membantu untuk lagu masing². Diorang kat dalam tu berkawan, kat luar besok jadik selebriti, korang yang dok kutuk-mengutuk tu melopong jek la, hampas pun tarak. Harap dosa kering semata. Tak cukup dosa kering, poket pun kering sebab dok perabih SMS kat @15 tuh.

Felix - menyanyi sambil goyang² badan, diperhatikan oleh Mawi. Sedap di dengar. Aku suka nengok gaya Felix goyang² tu.

Elliza - bagus juga.

Idayu - best. Akma, Amylea, Amy & Elliza menari² mengiringi Idayu.

Akhirnya hari ni aku dapat nengok Siti Hajar kembali ke kelas vokal. Yey! Siti Hajar nampaknya serius dan garang kali ni. Dia kata dia dah cakap benda yang sama berulang², jadi dia takut matlamat dia sekarang dah lain, jadi kalau budak² tu lambat, dia mungkin akan hilang sabar. Kata SH lagi, pelajar² tu semua dah tengok AF1 & AF2, so diorang patutnya dah tahu apa yang diorang perlu buat dalam kelas dia. Bagus jugak SH garang macam tu, tak ada la bebudak tu amik mudah aje segala benda yang diajar. Macam minggu lepas, aku rasa masa kat kelas aje diorang buat la apa yang cikgu suruh, tapi bila dah atas stage, diorang dah tak pakai teknik² yang diajar. Buang masa jek la cikgu tu mengajar kalau tak dipraktikkan.

Aznil terus mempromosikan tiket konsert yang aku sikit pun tak rasa nak beli. Pakkal lah aku tau Aznil tu pengacara yang bagus, dan pakkal lah aku tau dia sekadar menjalankan tugas yang skripnya mengharuskan dia promo benda² tuh semua, kalau tak, mau panjang lebar lagi aku membebel pasal dialog promosi Aznil tuh.

Dalam kelas Adnan pula, kita boleh dengar mereka beramai² menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu (Sheila Majid) dalam nada sangat rendah. Aznil ada menyebut tentang teknik multitone. Aku rasa maksudnya mungkin menyanyikan nada rendah dan tinggi kot. Sebab lepas tu mereka disuruh menyanyi Do Re Mi Fa So La Ti Do sehingga nada setinggi yang boleh. Aku tak sure sangat macamana Adnan kelaskan suara mereka (pakai huruf A, B, C kot) tapi dia ada sebut Reza, Keifli & sapa tah lagi dalam kategori yang sama, dan dikira sudah cukup okay untuk membolehkan mereka menyanyikan banyak lagu. Yazer pula rasanya Adnan kata lebih tinggi sikit dan sesuai untuk lagu rock. Kalau tak silap aku dengar Adnan cakap - "I wish you can go as high as Felix & Mawi..", yang mana menurut pemahaman aku, Felix & Mawi dalam kategori yang sama, iaitu boleh capai nada tinggi. Seronoknya aku dengar. Aku semakin yakin Mawi tak akan ada masalah menyanyikan lagu Hattan tu. Sayangnya tak ditunjukkan pula keupayaan Idayu. Aku nak sangat tengok dia nyanyi Do Re Mi sampai 5 octaves tu. Aku nak nyanyi setakat 2½ jek pun dah rasa nak putus urat leher.

Linda pun garang dalam kelas tarian hari ni. Masam jek muka dia. Pakaian Linda hari ni tutup litup habis. Samada dia tak sihat, atau dah ada orang suruh dia pakai sopan sikit, tak pun dia segan dengan Mawi (kekekeke.. mintak maaf lah aku memandai² jek). 2 pelajar baru di suruh menunjukkan pergerakan masing². Marsha nampak biasa jek. Rasanya Marsha bukan lah jenis yang pandai menari sangat. Bila tiba giliran Mawi pulak, aku rasa nak amik tuala tutup muka. Pergerakan dia nampak kelakar dan kekampungan. Nasib baik dia tak bersilat kat tengah² kelas tu. Kemudian mereka berlatih menari berkumpulan. Ada ketikanya semasa lagu Menuju Puncak, kita lihat yang lain menari manakala Mawi & Marsha duduk di sofa belakang memerhatikan saja pergerakan mereka. Nampak macam malas jek bila aku nengok Marsha duduk peluk bantal cam nak landing tido atas sofa tu. Walaupun mereka tak terlibat, ada baiknya mereka menunjukkan yang mereka bersungguh² memberi tumpuan kepada pergerakan kawan² supaya mereka cepat menguasai tarian tersebut.

Kemudian mereka semua duduk dalam satu bulatan, Linda suruh sorang² berdiri dan menari jek macamana diorang suka, asalkan ikut beat lagu. Yang lain nampak okay. Mawi pula nampak macam tak dapat ikut rentak pada awalnya, tapi lepas tu okay. Still, melihatkan pergerakan Mawi, aku rasa nak sorok muka bawah tudung saji. Secara jujurnya, aku masih lagi tak dapat menerima bahawa Mawi akan menari melompat² macam yang lain.

Kita dibawa kembali kepada sesi dimana tenaga pengajar memberi komen pada persembahan pelajar². M. Nasir tanya pada Mawi, Mawi nak jadi penyanyi macamana? Mawi jawab - penyanyi nasyid. M. Nasir jawab semula dengan nada terkejut "Apaa?!!!". Kemudian sambung semula.. "Eh tu tak cukup terkejut, lagi sekali.. APAA?!!", dan buat muka yang konon² lebih terkejut lah. Kekekke. Lawak la dia nih. Then M. Nasir cakap kat Mawi " Tapi kat sini, ko kena lalui macam²..". Mawi mengangguk². Aku rasa penonton sengaja ditunjukkan part ni supaya kita boleh membuat penilaian sendiri. Mawi dah nyatakan matlamat dia adalah untuk menyanyi lagu nasyid. Tenaga pengajar juga jelas dengan matlamat Mawi, namun baik Mawi maupun tenaga pengajar sedia maklum, konsep Akademi Fantasia akan menuntut Mawi untuk melakukan pelbagai perkara yang mungkin tidak salaras dengan matlamat Mawi. Mereka faham. Aku faham. Peminat² dan pen-tak-minat Mawi paham tak? Tak paham sudah. Pegi la sambung gaduh sampai bankrupt.

Aznil meneruskan promosi majalah Aksi yang aku sikitpun tak rasa nak beli tu. Baik aku baca internet jek, lagi banyak cerita aku boleh dapat. Cerita dalam kain pun boleh baca. Walaupun belum tentu kesahihan cerita dalam internet ni, cerita dalam majalah tu pun apa kurangnya.. belum tentu juga kebenarannya.

Dalam kelas seni lakon juga Marlia kelihatan garang. Apa kena cikgu² ni ek? Diorang tak puas hati sangat kot dengan pencapaian budak² tu minggu lepas. Tak pun diorang dah pakat ramai² yang bebudak ni tak boleh kasi muka sangat. Sebelum diorang naik lemak, baik bertegas sebelum terlambat. Pelajar² disuruh menyebut - ku kikis kikis kuku kaki.. bla bla - tujuannya agar pelajar² fokus dengan apa yang perlu mereka katakan. Elliza tak habis² dengan gelaknya. Kelas cikgu Adnan gelak, kelas menari gelak. Gelak tu gelak lah jugak. Tapi bila disuruh fokus, fokuslah bebetul. Ni tak, semua kelas dia nak gelak. Aku dah mula rasa bosan lak dengan gelak² si Elliza ni. Bagi aku dia ni bukannya gedik. Tapi banyak sangat ketawa dan kadang² tak kena pada masanya. Farah dulu banyak juga ketawa, tapi bersikap matang dalam bab² belajar. Seterusnya pelajar² disuruh membuat ekspresi wajah gembira, marah, takut dan sedih. Kebanyakannya tak dapat memberikan ekspresi yang tepat. Masa giliran Felix, ekspresi dia sama jek, takut ke, marah ke, cam tu jugak la muka dia. Marlia cakap, "Kamu jadi Pak lawak saja lah Felix". Marlia pun nak gelak nengok muka diorang yang banyak tak menjadi tu.

Aku dah semakin seronok tengok diari sekarang, dah tentunya sebab dah ada Mawi lah kan. Dan tak sabar² juga tunggu konsert nak tengok persembahan Mawi, Felix, Idayu, Ekin (sebab dia nyanyi lagu Kak Nita) & Amylea (sebab dia nyanyikan lagu favourite Skru).

Aku malas nak update kedudukan % undian, sebab boleh tengok kat web rasmi AF. Kat blog² lain pun banyak. Nanti kalau rajin, aku kopi & pasta lah coding tu letak kat blog aku pulak.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home