Diari AF3 - 8 Jun: Bhg. 1
Diari bermula dengan 'iklan' cekodok Adabi. Diorang tengah makan cekodok, tak tau la sarapan pagi ke minum petang ke, yang pastinya memang makan cekodok la. Sedap gak nampak cekodok tu, tetiba aku rasa cam nak buat cekodok pulak tengahari buta nih. Sambil makan bebudak tu menyanyi lagu iklan Adabi. Tahun lepas masa dok tengok Misha suap cekodok kat Zahid, hubby ada cakap - "tahun depan silap² Adabi sponsor AF". Hah! Betul siut. Jadi lepas ni boleh lah Astro suh mana² pelajar kata diorang berangan artis pujaan suapkan pizza ke, ayam goreng ke. Untung² tahun depan Pizza Hut & KFC lak nak taja.
Marlia & Fati bergabung tenaga membantu pelajar² menghayati lagu masing². Bermula dengan lagu Elliza, Keifli & Marsha jadi model pasangan kekasih, sementara Elliza menyanyi sambil lompat² kejap² pi kiri, kejap² pi kanan pulak. Cikgu Fati kemudian berbincang dengan Idayu mengenai lirik lagu Superstar. Bagus Idayu ni, nampak bersungguh². Lepas tu Aidil pula menyanyi diperhati & dibantu oleh kedua² tenaga pengajar.
Dalam kelas seni suara, pelajar² menyanyikan lagu masing².
Akma - bagus. Memang tak ada langsung bunyi Indon. Masa memula dengar tadi aku langsung tak ingat lagu tu lagu Krisdayanti.
Fuad - biasa je. Masih kurang mantap. Hopefully Fuad tak hancurkan lagu Zainal yang indah itu. Kalau hancur, makin la aku tak berkenan kat Fuad ni nanti.
Amy - biasa jek. Suara & nyanyian Amy bagi aku boleh tahan juga, tapi dia macam kurang feel lah.
Amylea - aku suka sangat nyanyian Amylea. Siap dengan lirikan mata lagik. Adnan suruh Amylea buat 3 kali ganda lagi apa yang dia dah buat tu. Amylea kata dia malu, tapi Adnan cakap, tak nampak macam malu pun. Hopefully lagu ni dapat menonjolkan Amylea. Kesian dia asyik dok tangga terbawah jek. Cuma tang slang tu jek yang aku rasa perlu diubah. Walaupun bagi aku Amylea ni bukan jenis mengada², tapi bila menyanyi lagu Melayu macam Mat Salleh makan belacan, ada pulak yang menyampah nanti. Cam Marsha, semalam kat @15 aku nampak ada yang panggil dia 'rincik² hujan' (rintik² hujan) lepas dengar dia menyanyi lagu Awan Yang Terpilu kot.
Reza - okay jugak. Reza memang ada cara tersendiri. Aku suka sebab dia tak tak terikut² gaya Kru atau Adam (err.. gaya Adam tu gaya KRU jugak lah kan..). Cuma tang sengau tu Reza kena kurangkan sikit lah.
Aidil - dengar macam okay jek. Tak tau la kang masa konsert bila dah tengok keluarga kat bawah, jadik tak bertenaga lah pulak. Kang malu pulak tokey Sendayu Tinggi, sebab hari tu dalam Tirai Akademi, tokey ST tu kata jamu² yang dia sponsor boleh menambah tenaga dan sebagainya. So, Aidil jangan jadi penyebab sponsor tarik diri pulak, harus awal² dikeluarkan dek Astro nanti.
Idayu - dari segi nyanyian rasanya ramai yang akui kelebihan Idayu. Cuma Idayu perlukan character yang lebih kuat untuk menyokong bakatnya. Kenyataannya, AF bukan petandingan bakat semata².
Yazer - best. Juga gaya tersendiri dan tak terikut² penyanyi asal.
Ekin - aku suka juga. Tapi Ekin ni bila menyanyi muka dia selalu berkerut macam orang susah hati. Untuk lagu ni Ekin kena buat muka macam Cik Kiah jual kain yang suka jaga tepi kain orang tu, sebab lagu ni ada unsur sindiran dan usikan.
Kelas tarian yang ditunjukkan hari ni rasanya kelas yang sama yang dah ditunjukkan dalam diari semalam sebab nampak Mawi pakai baju yang sama (hoh.. Mawi jek yang aku nampak!) Diorang menari berkumpulan sikit². Nampak Keifli tengah ajar Mawi menari. Kekadang diorang menari semua. Nampak Marsha dan Mawi berdiri kat belakang memerhati. Linda jerit, "Marsha! Mawi! Ikut!!". Nampak Marsha dah boleh ikut, tapi Mawi masih lagi nampak terkial². Sesekali nampak macam tengah praktis silat pukul pelaga pun ada. Aduhai Mawi.. Mawi..
Sham Kamikaze yang hensem itu datang ke akademi bercakap tentang muzik, backing vocal, teknik dan banyak lagi. Menarik juga dan banyak perkara yang boleh kita pelajari dari Sham hari ni. Pada aku menarik lah, sebab aku memang suka bab² muzik nih. Dan juga sebab aku memang suka tengok muka ala² anak ikan tu kan.
Penutup diari menunjukkan Felix dan kawan² sebagai penari latar tengah praktis lagu Berjuta Batu. Nampaknya Felix dah selesa menari. Pergerakan dia pun dah tak keras macam awal² hari tu.
Overall, diari hari ni biasa² jek. Selain dari kehadiran Sham, tak ada apa² yang baru. Aku tunggu jugak kot la diorang nak tayang rakaman dari kamera asrama tu, tak de pun. Kalau ada sesapa tunggu nak tengok kot hari ni ada scene Mawi melalak meraung² lak sebab tak boleh menari sambil dipujuk oleh Cikgu Linda, mintak mahap jek la ek.. takde scene tuh.
Aku dah curik coding % undian tu dari blog Emy, tampal kat side bar. Malam tadi sempat jugak aku nengok Mawi naik no. 1. Apa pun aku rasa pengundi² Mawi & Felix lebih kepada berlumba untuk meletakkan mereka di no.1, sehingga terlupa pada pelajar² lain. Kalau berdasarkan % undian, kedudukan no.3 pun belum tentu selamat masa konsert nanti. Secara psikologinya.. (chewahh.. poyonya ayat), masa konsert nanti pengundi² akan melihat pelajar² di tangga ke-3, 4, 5 dan 6 dalam kedudukan selamat dan cuba menyelamatkan pelajar² di tangga terkebawah, sedangkan hakikatnya perbezaan antara tangga ke-3 dan yang last tu hanyalah 1% jek. Felix & Mawi boleh dikatakan dalam kedudukan selamat dan selesa, tapi yang selebihnya tu, semuanya sama goyah. So kalau persembahan ala² cepat dilupakan, yang tu lah berkemungkinan besar akan sorong bag Samsonite pertama turun pentas nanti.
Bagi aku, walaupun aku ala² tidur tak lena kerana Mawi (err bukan la angau, tapi sebab dok leka ngadap @15 baca apa orang tulis pasal Mawi), aku tetap katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home