Friday, June 17, 2005

Kempen AFUWEK

Sempena menyahut seruan kempen AFUWEK yang dilancarkan kat blog Screw, aku selaku Naib Presiden Kelab dan juga ahli seumur hidup, dengan suka hati mengusung sepanduk kempen AFUWEK ini di rumah aku. Kredit kepada Kontraktor Tetap Kelab - Kak Ri yang jumpa gambar ni tah kat mana (memang sesuai sangat dengan tagline 'muntah hijau' yang selalu digunakan), dan menambah perkataan AFUWEK tu.

Kedudukan carta AFUWEK setakat 17 Jun 2005:
Juara Carta - FUDA
Naib Juara - SPEZA

Untuk makluman, kerusi Presiden, Naib Presiden, Bendahari, Sexytari & AJK Kelab telahpun dipenuhi. Tender untuk supply baldi Fear Factor pun dah diluluskan kepada kroni Kelab (supplier janji 10% diskaun untuk ahli berdaftar). Keahlian baru boleh lah memikirkan jawatan² lain yang dirasakan sesuai dengan kepakaran masing².

Image hosted by Photobucket.com

Oh ya, ahli² Kelab juga telah sebulat suara memberi penghormatan kepada Cik Presiden, dengan menyokong Protege nya - Amylea. Disebabkan ahli² kelab juga terikat dengan Kempen TAK NAK AFUNDI, oleh itu ahli² Kelab akan melaung²kan slogan AFSOKONG AMYLEA! AFSOKONG AMYLEA!

Sekian saja ucapan dari Naib Presiden *minum air masak atas rostrum - vokal kena jaga beb!*.

25 Comments:

Anonymous balDi supplier said...

IKLAN

**feel free to contact me for bucket supply.. potongan 10% kepada ahli berdaftar..** ;)

AKTIFKAN KEMPEN AFUWEK ANDA!!!

5:09 AM  
Anonymous doremon said...

thanx sumie.. waaaahh nice blog sumie.. keep up the good work.. nanti i boleh selalu singgah kat sini..

baru jumpa le u nyer blog nih.. jap nak ingat, dari mana i dapat link u semalam.. hermmm i think from one of the sm readers le.. i selalu lepak kat situ.. tapi sesekali tuko angin le..

hebat gak pelancaran AFUwekk to ekk :)).. baru je bagi tepokan gemuruh pada ucapan naib president tu.. hehehehe.. heheheehe

5:10 AM  
Anonymous Uncute said...

*teouk tepuk*

cik suplier..aku nak baldi fear factor tu 2 bijik. Satu untuk aku satu lagi utk back-up..hmm tukar lah..satu utk Speaza satu lagi utk fuda.

5:10 AM  
Anonymous Presiden Kelab AFUWEK said...

From The Desk Of Ms President :-

Saya sebagai Presiden amat berbangga
dengan komitment yang ditunjukkan oleh Naib Presiden, Bendahari, Sexytary, AJK Kelab - Y, kontraktor berdaftar-Kak Ri., baldi supplier..dan jugak ahli2 kelab biasa. Terbukti kita amat sepakat dlm menjayakan AFUWEK ini.. Kita harus berkempen sehingga si Fuda dan Speza itu di NYAH kan dari monitor TV mahupun di atas pentas AF..

Sekian terima kasih

5:11 AM  
Anonymous kak ri said...

ADOIIII!!!! sakit perut gelak nih!! uihhh dah ada title la kat kelab...timakasih...pada Madame President and AJK saya mengucapkan tahniah diatas pembukaan resmi Kelab ini.

5:12 AM  
Anonymous SH said...

idup kelab AFUWEK!!!
semuga segala kesungguhan akan menghasilkan kejayaan.....

5:12 AM  
Anonymous doremon said...

tu le si budak berdua nie.. dah dapat masuk AF buat pulak perangai kerek.. tak pasai2 kena AFUwekk.. dah tau banyak kamera terpasang kat dalam tu.. masih buat perangai lagik.. sendiri mau ingat le.. kebanyakan blog lain pon ramai peminat AF dok kutuk mereka berdua nie.. tapi ini le satu2nya blog yg tengah hangat dok kempen AFUwekk nie.. muahahahahaha.. hahahaha.. kelako le..

5:13 AM  
Anonymous Presiden Kelab AFUWEK said...

doremon.. marilah kita sama2 menjayakan kempen AFUWEK ni okke ;p

5:14 AM  
Anonymous reenzmi said...

Saya dengan ini melantik diri sendiri sebagai ketua sorak (ala ala head cheerleader) utk club ni... amacam boleh miss presiden

5:14 AM  
Anonymous Uncute said...

doraemon...sebelum dilancarkan kat sini..kat blog Ms President pun dah ada gak.

5:15 AM  
Anonymous Uncute said...

saya dgn ini lantik diri sendiri jadi kontrator utk kelab ni. jadi pd sapa nak minta bantuan utk tambah logo sila jumpa saya (tp dgn approval Ms President dgn Pn Naib Presiden la)

5:15 AM  
Anonymous red said...

aku nak register jadi ahli seumur hidup, boleh ?

5:16 AM  
Anonymous ana said...

aku dengan gila kuasanya melantik diri sendiri untuk jadi cikgu vokal..hahahaha... (erkk langsung tak berkaitan...tgh weng pe aku nih???)

(weng cam melmon Madagascar)

5:16 AM  
Anonymous eisya said...

Sokong kempen AFUWEK nie.....tak bes lah jd ahli jer..takda gaji....ade keje kosong lain tak??? hehe

5:17 AM  
Anonymous doremon said...

laaa soweyy moweyy ler.. tak perasan & tak baca betoi2.. thanx uncute..

err bagi kempen nie semua jawatan dah penuh ke? tapi takmo le jawatan cleaner ekk.. echehh .. dah le baru join, sesuker ati je nak mintak jawatan baguih2..

thanks semua.. ada le jugak tempat nak lepas kan tensen sekali sekala kat tempat keje nie :)

5:17 AM  
Anonymous Uncute said...

sumie..kak ri kata dia ada jumpa gambar yg sesuai utk afsokong. dia kata kalau sempat ptg ni kot dia up kalau tak esok kot.

5:18 AM  
Anonymous wai em said...

nak sms AFUWEK ni cemana?

5:18 AM  
Blogger SuMie said...

Muahahahahaaa... (Naib Presiden gelak penjahat filem Hindi)

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sambutan hangat yang diberikan oleh semua ahli kelab. Tahniah kepada jawatan² baru iaitu ketua sorak dan cikgu vokal. Kepada yang masih belum berjawatan, usah gundah gulana.. masih ada masa untuk anda memikirkan jawatan yang sesuai dengan diri anda. Kempen AFUWEK ini akan berterusan selagi mereka yang tersenarai dalam carta AFUWEK masih terpapar di kaca TV.

Sekian. Majulah Nasyid untuk World. Huhuhu..

5:19 AM  
Blogger SuMie said...

wai em, kempen nih tak pakai sms, sebab kelab tak suka cekik darah, kita pakai air liur jek.. huhuhu..

5:19 AM  
Anonymous vrooom said...

lawak ler korang nih!

~there's something about MAWI~

5:20 AM  
Anonymous Uncute said...

vrooom : aku suka baca tagline kau tu..cam ala2 citer "there's something about mary" lak

5:20 AM  
Anonymous Hanim said...

Saya dah ketagih baca blog Sumie ni. So funny...SUMIE D FUNNY!Tak sabar rasanyer nak balik rumah tgk mawie berlakon. By d way Screw, makin lama saya makin jatuh hati lak kat si amylea ni...budak tu mmg cute sesangat.

5:21 AM  
Anonymous puteri said...

gilos babas best review!

5:21 AM  
Blogger SuMie said...

vroom, diorang nih semua memang dari dulu lagi dok apply untuk join senario. Dari segi bakat memang lulus, tapi sebab senario nak ahli yang tak hensem jek, maka sumer pun gagal ujibakat. Setelah gagal buat lawak di kaca TV, maka masing² pun amik keputusan untuk buat lawak di kaca PC jek..

hanim & puteri, welcome & thank you for reading..

5:22 AM  
Anonymous Ms Presiden AFUWEK said...

ish ish ish ramainya nak mohon jawatan ye... korang ni memang gila kosser.. tapi takpe dgn kosse VETO yang ada aku melantik :]

1. Doraemon sebagai tukang bersih muntah ijau... pehhh jawatan yang maha penting tu !! Tapi ko kan doraemon.. ko keluarkan je mop sakti dari poket sakti ko tuh..settle keje..;p

2. Reenzmi - ketua sorak.. ni nak pakai 'seket' pendek mana?? Pastikan dapat latihan menachap muka dr Naib Presiden.

3. Kak Eisya- nak jawatan apa?? supplier 'seket' untuk tukang sorak boleh???

Hanim, AFUNDI AMYLEA!! AFSOKONG AMYLEA!!

tapi kan Mawi memagn kelakar laa

~screw

5:23 AM  

Post a Comment

<< Home