Monday, June 06, 2005

TAK NAK SMS, TAK NAK AFUNDI

Mulai hari ni banner TAK NAK SMS tu aku tukar kepada TAK NAK AFUNDI pulak. Alaa kalau tokey² tu leh suka² mak pak dia tukar format, tukar kaedah mengundi, takkan kita tak leh suka² kita tukar banner, ye tak? Lagipun banner baru ni sesuai dengan pendapat Ahli Mesyuarat Tingkap yang lain, yang merasakan slogan TAK NAK AFUNDI itu lebih tepat untuk menjayakan kempen ini. Pada asasnya, ianya masih lagi kempen yang serupa, cuma aku tukar satu perkataan aje. Ye la, dulu masa aku buat banner lama tu, masa tu yang aku tau ada kaedah SMS jek. Sekali tokey² dah tamak haloba, keluar pulak kaedah baru - leh pakai telepon biasa la, remote conrol la. Konon gempak la tu. Banyak la ko punya gempak, makin banyak duit pun kualiti makin haprak. Ch15 tu jek tah berapa kali asyik tak keluar bunyi. Lepas tu 18 kali hang tak leh nak tukar channel, ngalahkan PC kena virus pulak. Astro Guide aku untuk bulan June pun sampai hari ni tak jugak sampai² nya. Banyak la ko punya GEMPAK. Rasa cam nak SEPAK ada la.

So kawan² yang sebelum ni telah memberi sokongan mengarak sepanduk TAK NAK SMS di blog korang, aku alu²kan untuk mengusung sepanduk TAK NAK AFUNDI ini pula.

Mari kita katakan TAK NAK pada AFUNDI!! (dan yang sewaktu dengannya lah kalau ada, i.e: AFMASUK, AFKELUAR, AFSEPAK, AFTERAJANG, AFTAICHI, etc)

Image hosted by Photobucket.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home