Tuesday, July 12, 2005

AF3: AFUWEK Tenaga Pengajar

Beberapa minggu ni, aku dok loya nengok 'mesyuarat tergempar' antara tenaga² pengajar tu. Dah loya, mestilah nak uwek kan.. Mesyuarat konon.. bagi aku baik panggil 'Sessi Mengumpat Pelajar²' jek, lebih tepat. Memula dulu mengutuk FC, lepas tu mengutuk pelajar² pulak. Patutnya, daripada diorang mengumpat tu, lebih baik lah diorang menonton ulangan konsert bersama pelajar² macam yang diorang selalu buat masa AF1 & AF2 dulu. Aku nengok bebudak tu tengok konsert diorang macam syok sendiri jek. Patutnya masa tu lah tenaga pengajar bagitau, tang mana yang tak betul, tang mana perlu dibaiki, komen pengkritik yang mana satu yang tak perlu diambil kira.

Dah beberapa kali tenaga pengajar dok mengumpat kat atas tu, aku tak nampak pun kesan positif daripada 'sessi mengumpat' tu terhadap perkembangan persembahan pelajar². Semalam aku dengar Siti Hajar, Adnan, Linda, Marlia & EE dok komplen pasal seseorang. Aku rasa diorang cakap pasal Akma, dan kemudiannya Ekin. Daripada diorang dok mengumpat macam tu, baiklah diorang terus cakap jek kat pelajar² tu apa kekurangan mereka semasa dalam kelas, atau semasa mengulas persembahan konsert mereka. Bukan setakat bawak mulut macam Kak Bedah jual kain, lepas tu harapkan Pengetua bagi nasihat sorang². Cara Pengetua bercakap yang berbunga² dan banyak sangat pause tu, belum tentu budak² tu faham.

Kalau diorang ingat dengan mesyuarat.. eh 'sessi mengumpat' tu boleh membuka mata penonton dengan sifat dan masalah sebenar pelajar², well.. diorang dah silap. Di mata aku, sessi mengumpat tu lebih kepada membuka pekung tenaga pengajar sendiri. Daripada aku tak tau, sekarang aku dah tau cikgu mana yang suka bawak mulut, cikgu mana perasan bagus, cikgu mana yang sebenarnya suka timbulkan isu kontroversi sebab nak raih populariti sebab lagu² dia jarang dapat anugerah! Muahahaa..

Dalam hal ni, aku cuma tabik kat Puan Siti Fatimah jek sebab dia sorang jek yang tak berkobar² mengumpat pelajar². Yang lain² tu.. UWEKK!!! Kalau aku nak hantar anak aku pegi sekolah, tak hingin aku hantar ke mana² sekolah yang cikgu² nya suka mengumpat pelajar²! Siap adakan sessi khas pulak tu untuk mengumpat! Dan kalau aku jadi pegawai pendidikan yang menilai pencapaian guru², aku bagi gred F untuk cikgu² tu!

15 Comments:

Anonymous cl said...

Bravo SuMie!!!!

Aku rasa macam serupa apa yang kau rasa tentang "mesyuarat" cikgu2 tu... Kata aritu suruh pelajar cakap depan2 dgn each other... ini Cikgu plak yg cakap belakang2...

2:44 AM  
Blogger SuMie said...

Wah cepatnya CL komen! Tu la kan.. aku rasa meeting tu tak professional langsung. Dah le tu, masing berebut² nak bercakap macam tak sabar² nak ngumpat gitu.

2:45 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Hello Morning semua. Ya betul Sumie. I agree with you about ketidakpatutan cikgu cikgi tu "mengumpat" student. Bukan tak boleh. Discussion macam tu mmg kadang2 perlu untuk cikgu2 tu menilai kelemahan2 atau masalah2 pelajar dan cari solution untuk mengatasinya. Tapi tak payah la nak tunjuk kat TV time dia org tgh2 elok bercerita keburukan pelajar2 tu. Kat sini yang salah sebenarnya Astro. Atau editor? Atau tokeh Astro tu? Atau ... salah kita ke sbb tengok program yang macam ni?? hahahah

2:46 AM  
Blogger SuMie said...

Muahaa SitiIntanPayung.. salah kita la kot sbb menonton rancangan tu.. muahahaa..

Apa pun, tujuan Astro siarkan mende² tu pastinya untuk tarik AFUNDI semata². Maka, aku katakan misi diorang tu gagal sbb aku makin tak rasa langsung nak AFUNDI. Makin rasa nak AFUWEK ada laa..

2:46 AM  
Anonymous Q said...

aku pun sememangnya menyampah dgn majlis mengumpat students tu...

2:46 AM  
Anonymous cik zam said...

sumie..cikgu fatimah...bukan siti fatimah..saya sejak 2 3 menjak ni sensitip betul bile sebut siti..tak tahan siti hajar tuh..serius saya tak berkenan...

pasal sesi mengumpat tuh...saya tgk dlm extended..cikgu bising2..pastu mnasir ckp "blom lagik"..konon tak yah la kecoh lagik...pastu fatimah ckp "ya ya maybe we need to repeat some of the things.." merefer bende yg depa ckp..

so maksudnye mmg aksi tu dirakam secara diplan aa....bkan la ala2 candid camera gitu...ceh!..kalo dah ckp ulang tayang..ilang kefreshan idea tuh.lebih pada kefakean nya.. n apa yg diedit dlm diari tu sungguhla mengelirukan...asterok!

2:47 AM  
Anonymous eisya said...

Macam yg kita discuss tadi, I rasa tak salah dorg nak menilai prestasi pelajar-pelajar dan ini termasuk menimbang kebaikan dan kelemahan pelajar-pelajar tersebut. Tetapi setiap kelemahan pelajar yg dinilai perlu dipastikan action plans to improve them.....jangan cakap jer tapi tak cari solution....tu baru nama mengumpat!!

2:48 AM  
Anonymous y said...

tapi perlu diingat bahawa kerja kerja cut and paste dialog mmg ada dilakukan...so dgr with a pinch of salt.

2:48 AM  
Blogger SuMie said...

Cik Zam, haah laa.. nanti akak betul kan. Camana lak leh jadik Siti Fatimah tuh..? Hehhe.. Thanks ek. Anyway, memang sejak their first meeting ari tu lagi aku dah rasa meeting tu sengaja diadakan untuk menambah perisa diari, untuk memanaskan lagi AF3. Chehhh..

K.E, memang kalau tujuan untuk penilaian tu tak salah. Tapi kalau penilaian, patut kena laa ada kertas, ada pen, ada chart, ada tukang amik minit mesyuarat.. etc. And better to do it bersama² students. Tapi tatau laa kalau part² penilaian tu dah di cut dan yang tinggal cuma part mengumpat jek.. huhuhuu..

Apa pun I'm glad that we have this kempen tak nak afundi, because diorang buat le cemana pun diari tuh, umpat ke, keji ke, puji ke, berlakon ke, berperang ke, tertampor ke, sengaja tampor ke.. kita tetap TAK NAK AFUNDI.

2:48 AM  
Anonymous Emy said...

Aku kasik anugerah AFULAS terbaik tuk ko sumie.

2:49 AM  
Anonymous sc said...

mmg lah.. rasanya lebih baik diorg tgk ulangan konsert bersama student.. lagi ada baik..

AFUNDI SUMIE.. go go sumie.. pas ni ble amik alih keje wartawan kosmo sape nama ntah tuh.. AFJGNUNDI.. AFTENGOK jer.. hehe

2:50 AM  
Blogger SuMie said...

hahaha.. aku pulak... tak mo aa glemer² gituu... aku AFTENGOK & AFBEBEL jek.. huhuu

2:50 AM  
Anonymous toye said...

Sumieeeeeee!

Give me five! setakat ni takde le tergiur nak mengAFUNDI dorang2 tuh walaupun kembar siam MALIX ku tetap menjadi penglipurlara kat AF3 ni.

Bukan apa, pengajaran menjadikan diri ku berhati. kezuutan mendapat bil henfong yg kao-kao selama 3 bulan masa musim AF2 lepas. huhuhuuuuu...

2:50 AM  
Anonymous laki kau said...

nie pun dah kire ngumpat gak....

2:51 AM  
Blogger SuMie said...

Laki sapa lak ni?

2:51 AM  

Post a Comment

<< Home