Monday, July 04, 2005

AF3 - Konsert Minggu Ke-5

Alhamdulillah, majlis perkahwinan Ana berjalan lancar (SELAMAT PENGANTIN BARU la aok yek.. cepat² la kasi Raha sepupu.. huhuhu). Selepas tamat majlis, aku sekeluarga dengan sepupu-sepapat, pakcik-makcik, sedara-mara mana² yang belum balik lagi, semua melepaskan penat dengan menonton konsert AF Minggu Ke-5 ni. Kalau kat Putrajaya tu berbaju bunga², kitorang jangan kata baju bunga jek, bunga telur dengan bunga manggar pun ada. Kalau kat Putrajaya berkelah bawak makanan, kitorang pulak berkelah dengan nasi minyak dan lauk pauk lebih menjamu tetamu siangnya tu. Kalau orang ramai berkampung dekat Dataran Putrajaya, aku sekeluarga pulak kira macam berkampung kat 'Dataran Desa Jaya' lah malam tadi (Desa Jaya tu nama taman perumahan rumah parents aku).

Disebabkan aku gila kuasa, maka dari awal sampai lah ke akhir konsert aku pegang remote control.. err bukan untuk AFUNDI ye, tapi untuk control volume TV tu, dan yang paling penting untuk control volume sepupu-sepapat aku yang terjerit² selak sangat bila tengok pelajar yang diorang minat, dan suka sangat nak tunjuk bakat menyanyi sama² bebudak AF tu. Bila aku sound "Sapa memekak, aku tutup TV!" atau "Kalau ko nak nyanyi, aku tutup TV, kita dengar ko jek la nyanyi!", kena la jugak bebudak tu zip mulut kan sebab memang dah nampak remote control tu kat tangan 'akak tiri' nih.

Akma - Camar Yang Pulang
Sedap didengar. Persembahan pun okay. Tapi masih belum ada 'faktor-X' yang boleh membuatkan Akma lebih menonjol dari pelajar² lain.

Aidil - Senyuman Ragamu
Persembahan terbaik dari Aidil setakat ni. Mungkin lagu ni sesuai dengan suara Aidil. Masa Aidil menyanyi, aku dengar suara Aidil ada macam suara Sudirman. Bila Ning komen, Ning pun ada kata Aidil mengingatkan dia pada Sudirman, tapi tak tau lah Ning maksudkan suara atau muka Aidil yang cute tu.

Marsha - Bossanova
Minggu ni baru aku dapat dengar sejelas²nya vokal Marsha. Aku sangat suka apa yang aku dengar. Kalau sebelum ni aku pernah kata tak ada apa² yang istimewa dengan suara Marsha, hari ni aku tarik balik kata² aku tu. Aku dah silap. Mungkin masa seminggu dua yang pertama tu Marsha masih belum pulih sepenuhnya dari sakit tekak tu. Dari segi persembahan pun, Marsha memang ada gaya tersendiri, tak kira laa getik ke getek ke, itulah gaya semulajadi Marsha yang menjadikan dia lain dari orang lain, itulah antara 'faktor-X' yang ada pada Marsha.

Amy - Antara Anyir dan Jakarta
Dari masa aku tengok diari lagi, aku dah dengar Amy ada masalah pitching dengan lagu ni (ke dengan semua lagu dia sebelum ni?). Aku tak tau lah samada tenaga pengajar tak betulkan atau memang Amy yang kurang berlatih. Tapi itulah persembahan paling buruk malam tadi. Sebenarnya masa mula² tengok persembahan Amy dalam Konsert Prelude, diikuti konsert minggu pertama, aku ingat Amy adalah antara pelajar yang mampu bagi saingan untuk ke final. Tapi selepas beberapa minggu dok bagi persembahan yang lemau jek, aku tak terkejut pun bila dia tersingkir semalam.

Reza - Ala Emak Kahwinkan Aku
Adegan main kahwin² masa sebelum persembahan Reza tu memang menarik gila. Lawak pulak nengok Aidil cam volunteer jek nak sanding ngan Amy. Riuh sepupu-sepapat & pakcik-makcik aku bila nengok Mawi bersilat. Kemeriahan majlis kahwin olok² tu sikit sebanyak membantu Reza mendapatkan mood yang tepat untuk menyanyikan lagu tu. Persembahan paling menarik dari Reza, dan tak salah bila Reza katakan dia bangga dengan apa yang dia dah buat malam tadi.

Yazer - Takdir Penentu Segala
Okay, tapi macam hambar sikit. Kurang menyerlah berbanding persembahan dia minggu² dulu. Sekali tengok/dengar, tak rasa macam nak tengok/dengar sekali lagi lah. Aku lah yang rasa gitu. Tapi kalau Cik Odah ngan Emy, mesti nak nengok berkali² punya..

Amylea - Hak Milik Kekal
Kagum betul aku dengan dia ni. Aku ingat lagi dalam satu episod diari minggu ni yang Tipahtipah kantoi dia nangis kat dapur, kemudian dia bagitau Reza yang dia rasa dapat lagu yang tak berapa best atau tak berapa sesuai. Haaa ko, tak berapa best, tak berapa sesuai pun dibelasahnya jugak bersungguh² dengan stamina mengalahkan juara acara merentas desa. Sikit pun tak semput walaupun melonjak² gitu. Linda & Diana Rafar boleh tutup kedai jek lah. Nyanyi 2 orang pun kena miming. Amylea bedal sorang dia jek, siap rap lagik, siap menari sama dengan dancers lagik. Tak kira la kalau ada orang kutuk dia suka conquer cikgu ke apa, dia punya usaha berbaloi ok.

Mawi - Beautiful Maria
Tidak secemerlang persembahannya di minggu² sudah, namun untuk seorang yang tak biasa nyanyi lagu omputih, diction dan penghayatan Mawi dah kira baguslah bagi aku. Cuma tang lari tempo tu, aku tak paham sikit. 5 hari dok dengar lagu tu berulang² kali, takkan tak leh tangkap kat mana nak masuk baris² lagu tu? Hepp!! Biasa dia.. ni nak kena kerat cuping telinga tu tak dengar muzik bebetul. Sama gak ngan penari yang pegang pipi dia tu, nak kena kerat gak jari tuh macam penari minggu lepas tu ya? Hepp!! Biaasssaaa... dia! Pastu boleh lak masa Mawi nyanyi la masalah teknikal nak sabotaj penonton di rumah. Hujung² persembahan tu tetiba TV blank pulak. Sapa laa yang silap buat keje tuh? Heppp!! Biasssaaaa.. dia!!

Ekin - Let's Get Loud
Masa part dia jerit tu memang dengar suara dia power. Ada peningkatan, tapi aku rasa part chorus banyak dibantu oleh backup vocals.

Kefli - Berhenti Berharap
Sebenarnya awal² aku sangka Kefli mesti kantoi la dengan lagu ni. Dengan lirik '..aku pulang tanpa dendam, ku terima kekalahan ku..". aku ingat mesti curse lirik lagu kena kat dia. Tapi, akak dah tersilap tilik bola kristal la deknon. Dengan hanya berdiri tegak kat satu tempat tu, Kefli berjaya buat satu Dataran Desa Jaya ni nganga mulut nengok dia.

Felix - Hari Ini Dan Semalam
Macam biasa, dari mula bangun dari kerusi, sampai la dia duduk semula di kerusi Felix memang menghiburkan.

Secara keseluruhan, aku paling suka persembahan Marsha, Amylea, Reza, Kefli dan semestinya lah Mawi. Setakat ni konsert ke-5 ni adalah yang terbaik bagi aku. Persembahan pelajar², hampir semua memuaskan. Sound system pun bagus. Pemilihan lagu untuk tugasan pun menarik, tak membosankan macam minggu lepas. Tukang Jaga Volume & Tukang Pilih Lagu terkeluar dari carta AFUWEK aku minggu ni. Tapi iklan kaler kuning untuk download tone lagu yang menyemak kat skrin TV tu masih kekal dalam carta AFUWEK aku. Benci.. benci! Semak!

Aku tak terkejut pun dengan penyingkiran 2 orang sekali tu. Kat blog orang lain pun dah banyak sebut². Cuma tak tau bila jek. Keputusan penyingkiran pun tak mengejutkan. Dengan beberapa persembahan yang kurang memuaskan dari minggu² sudah, memang sudah sampai masanya untuk Amy meninggalkan akademi. Reza pula memang tak perlu rasa kesal dengan penyingkirannya. Bukan saja dia dah tunjukkan persembahan yang baik, tapi diari² minggu ni juga menunjukkan sikap Reza yang kelakar dan menyenangkan. Bagi aku ada baiknya Reza tersingkir disaat dia disenangi daripada keluar ketika orang tengah benci ya amat. Tapi mungkin aku sorang jek kot yang rasa sikap Reza agak menyenangkan minggu ni sebab orang ramai bertepuk tangan bila nama Reza diumumkan tersingkir malam tadi. Tak tau lah diorang tepuk tangan suka ke, tepuk tangan sebagai tanda memberi semangat.

IMBASAN
Aku tengok minggu ni, isu FC cuba diketengahkan, bermula dengan komen Adnan dalam diari, kemudian Aznil pula cuba provoke dengan membincangkan tentang pengaruh FC terhadap peratus undian, bersama pengkritik jemputan semasa Imbasan.

Aku tak faham apa yang Aznil / AF / Astro cuba nak buktikan? Apa objektif diorang bangkitkan isu FC ni? Seolah² macam tak suka kewujudan FC ni. Seolah² nak kata fenomena FC ni menyebabkan pelajar² berbakat tersingkir awal, maka yang tinggal adalah pelajar² kurang berbakat namun mempunyai FC yang teguh. Halooo.. halooo.. FC tu sapa? FC tu le yang menonton, yang mengundi, yang beli album, yang usung banner memeriahkan konsert mingguan, yang beli tiket untuk tengok pelajar kegemaran mereka beraksi walaupun belum pun jadi artis. FC tu terdiri dari peminat² pelajar tu sendiri. Kalau seseorang artis tu tak ada peminat, apa la ertinya walaupun suara boleh pergi lapan belas octaves sekalipun. Kalau seseorang artis tu tak ada peminat, tak lakunya album dia walaupun belajar vokal, belajar muzik sampai seberang tujuh lautan, sampai dapat tujuh lapan gulung ijazah sekalipun. Perlu ke aku namakan artis² yang sekolah tinggi bab² muzik dan vokal nih, tapi tak pernah sekalipun dapat anugerah album terlaris maupun anugerah artis paling popular tu? Sebab apa agaknya diorang tak dapat anugerah² macam tu ye? Sebab tak ramai peminat nak beli album diorang ye deknon, sebab tak ramai orang nak undi dia sebagai artis popular ye deknon.

Menyampah betul aku bila ada tenaga pengajar kondem pasal FC yang katanya wujud sejak AF2 dulu. Kalau takde FC, ko ingat meletop ke AF tu? FC tu lah yang buat AF tu makin meriah, tau tak? FC tu lah yang menyumbang kepada populariti AF tu sendiri. Komen tenaga pengajar tu seolah² langsung tak hargai peminat² AF. Konon nak educate penonton supaya menghargai bakat. At the first place, sapa yang jadikan AF tu 'pertandingan populariti'? Kalau nak suruh hargai bakat, tak payah lah tunjuk kat diari tu adegan diorang bergaduh, adegan mengumpat, adegan diorang menggedik. Tunjuk aje adegan diorang berlatih menyanyi dan berlatih menari. Kalau ada part² diorang buat lawak, cut aje, tak payah tunjuk. Tak payah lah susah² letak kamera kat tempat diorang makan atau kat asrama. Tak payah tunjuk diorang bergurau senda dengan kamera. Tunjuk aje masa diorang dalam kelas vokal, kelas nada suara dan kelas tarian. Ini tidak, dah pihak penerbitan sendiri tak fokus kat bakat, lagi mau propah konon nak educate penonton supaya menghargai bakat.

Kalau nak penonton hargai bakat, buatlah macam Malaysian Idol, bukak undian cuma selepas persembahan berakhir. Barulah orang undi berdasarkan persembahan. Tapi AF terbalik, tutup undian sebaik saja lepas pelajar terakhir buat persembahan. Jadi penonton disuruh undi berdasarkan apa? Berdasarkan nyanyian sekerat² dari diari tu? Boleh nampak ke bakat diorang dari nyanyian sekerat² tu?

Ni ayat yang Aznil selalu laung²kan semasa diari dan semasa konsert - "Jangan tunggu pelajar² buat persembahan baru nak undi, undi awal², undi sekarang supaya pelajar kesayangan anda tak tersingkir". Haloo.. haloo... ayat sapa tu? Ayat FC ke tu? Kalau FC hanya wujud di musim ke-2, ayat Aznil tu pula aku dah dengar dari musim pertama. Jadi apa yang AF dah educate penonton sejak dari AF1 lagi? Undian berdasarkan bakat atau undian berdasarkan diari yang ditonton? Apa yang ada dalam paparan diari yang kita tonton? Bakat mereka? Atau sikap & personaliti mereka? Piiraah.. tak payahlah konon² macam nak memartabatkan industri bercakap pasal menghargai bakat. Konsep rancangan korang tu sendiri memang bukan jenis yang fokus kat bakat semata². Haloo.. haloo.. sendiri punya show, sendiri punya konsep, sendiri confuse ke?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home