Monday, July 18, 2005

AF3 - Konsert Minggu Ke-7

Pengenalan ala tentera tu kelakar dan menarik jugak. Hari tu masa diorang praktis dalam kelas Marlia, dalam hati aku kata, "Biar betul.. takkan diorang nak introduce diri masing² macam tu kot?". Aku fikir, kalau diorang buat gak macam tu, mesti jadi lawak codek (lawak codek = lawak tak menjadi). Tapi aku silap rupanya, sebab aku terhibur sesangat dengan sessi pengenalan diri tu. Boleh pulak tu bebudak tu control gelak masa Aznil dok kacau² diorang. Kalau aku la, gerenti dah bersembur² air liur. Konsert ke-7 ni bagi aku lebih menarik dari konsert sebelumnya.

Kefli - You To Me Are Everything
Aku rasa Kefli nervous, sampai mempengaruhi nyanyian dia juga. Tak mau ceritalah salah lirik & pitching tu semua kan. Cuma bagi aku, itu adalah persembahan paling teruk dalam konsert ni.

Akma - Bertakhta di Hati
Secara keseluruhan, bagi aku ini adalah persembahan terbaik dari Akma. Untuk pertama kalinya aku rasa nak follow persembahan dia dari awal sampai habis. Mungkin disebabkan lagu tu memang best. Tak tau juga samada Akma dah berjumpa X-factor nya atau kerana adanya F-factor? Namun tak dinafikan, kehadiran Felix menjadikan lagu ni lebih menarik. Romantiknya masa Felix tarik tangan Akma dekatkan kat dada dia tu.. I like! I like!

Amylea - Penawar Rindu
Apa lagi boleh kata pasal budak ni? Dia ni memang serba boleh. Dah 7 konsert, Amylea tak pernah mengecewakan aku. Kalau lah juara AF ditentukan dengan pemberian markah, maka aku rasa accumulated points Amylea lah yang paling tinggi. Kalau ada hadiah untuk pelajar cemerlang AF3, aku rasa Amylea lah yang paling layak menerimanya. Aku setuju dengan komen Alam - Amylea sebenarnya bertanding dengan dirinya sendiri.

Yazer - Nazraku
He's back! Bagi aku, ini adalah persembahan terbaik dari Yazer, juga persembahan terbaik untuk malam ni. Memang jiwa dia sesuai dengan lagu rock jek, sebab nampak sangat dia bersemangat bila menyanyi lagu² macam ni. Awal² dulu aku ada gak tak puas hati sebab dia asyik dapat lagu rock jek, tapi bila difikirkan balik, apa yang nak dikisahkan? Penghibur yang baik bukan bermaksud penyanyi yang boleh menyanyi semua jenis lagu. Kemunculan Mas sebagai kejutan pertama tu kelakar jugak. Tapi kemunculan bapak dia yang sporting tuh lagi best. Memula masa aku tengok ada sorang 'Mat Rempit' melompat² kat tepi pentas tu, aku dah agak dah, ni mesti ada kejutan lain jugak. Aku ingat Tam Spider ke, tapi nampak lebar la pulak. Ada gak aku terfikir M. Rajoli kot, walaupun aku tak tau apa kaitannya M.Rajoli dengan Yazer. Tapi, memang aku tak terfikir yang 'Mat Rempit' tu rupanya bapak Yazer. Satu kejutan yang menarik, yang pastinya membantu menaikkan % Yazer.

Ekin - Maafkan Kepergianku
Ni kes curse tajuk lagu lah ni. Dan curse skirt rambu ramba dia tu jugak. Haloo.. halloo Abang Wardrobe, apa punya pesen tu daa? Macam nengok Mekar Sejambak tahun 80an tau.
Dari segi vokal, bagi aku nyanyian malam ni adalah antara persembahan terbaik dari Ekin. Apa pun, sampai hari ni aku masih tertanya², betul ke isi kandungan surat untuk Ekin tu, dan betul ke ditulis oleh mak ayah Yazer?

Mawi - Oh Fatimah
Huhuhu.. keras jek kaki kiri (ke kanan?) dia yang dijongketkan sikit masa dia menyanyi tu. Takde sebarang kesilapan besar yang dilakukan oleh Mawi, tapi persembahan agak kurang umph, mungkin sebab lagu ni biasa² jek. Apa pun, aku kecik hati.. kecik hati sesangat. Kecik hati sebab aku rasa Mawi langsung tak diajar dance step sama dengan penari sebab nampak macam dia joget main belasah jek. Kalau ada sedikit persamaan step Mawi dengan penari² latar, persembahan tu mungkin kelihatan lebih menarik. Aku kecik hati sebab aku rasa macam Mawi diabaikan oleh tenaga² pengajar. Dan aku lebih kecik hati lagi dengan Astro kerana memaparkan klip perbualan Mawi dengan Kak Shina, macam saja nak sabotaj Mawi, macam saja nak buat pengundi² Mawi terfikir "Oooh.. dia tak nak jadi penyanyi, tak yah undi dia lah". Keji tau! Keji sungguh taktik menjatuhkan Mawi tu! Akak protes! Akak protes!! *sambil cari mancis dan tong minyak tanah..*

Felix - Fantasia Bulan Madu
Aku tak berkenan dengan gurauan menyamakan Marsha & Felix dengan monyet tu. Mentang² diorang tu 'pelajar' dan terikat dengan kontrak, suka² jek samakan dengan gambar monyet. Cuba kalau gurauan yang sama di kenakan kat Anuar Zain ke, Siti Nurhaliza ke, mau keluar masuk mahkamah..
Felix banyak pakai suara falsetto untuk high notes. Walaupun S. Atan puji, tapi ianya tak begitu mesra dengan telinga aku. Aku rasa Felix boleh buat lebih baik dari tu. Arrangement lagu tu pun macam ada something wrong. Ada satu chord tu cam tak kena, janggal jek bunyinya.

Marsha - Jambatan Tamparuli
Aku lebih suka nyanyian Marsha masa buat persembahan depan tenaga pengajar hari tu. Masa konsert ni, muzik dia macam bising sangat. Aku lebih suka versi V.E. hehehe.. sapa ada audio file masa part V.E tu? Akak nak! Akak nak!

Aneka Ragam
Aku suka masa sketsa antara Mawi, Felix & Amylea tu, kelakar la jugak. Keseluruhannya, okay lah. Cuma akak protes dengan gangguan pada mic Felix tu! Akak protes! Dan akak protes sebab lagu tu pendek sangat, rasa macam kejap jek dah habis, tak cukup, tak puas tengok.

Imbasan
Kesian kat Ekin, takut nak balik Labuan. Ajaklah Abang Ilham temankan ek.. Kesian jugak sebab masa dia nyanyi last² tu, CD minus one melompat² pulak. Aku tetap akan ingat Ekin sebagai seorang yang cantik, mempunyai suara yang sedap didengar dan seksi bila menari. Bagi aku, Ekin pemalu bila dengan orang yang dia tak berapa kenal, dengan tenaga pengajar atau bila berdepan dengan kamera. Tapi bila bersama orang² yang rapat dan mesra dengan dia, macam dengan kawan² dia, barulah dia nampak nakal dan menjadi diri dia sendiri. Paling akan aku ingat ialah seluar hitam Ekin yang ada tulisan kaler merah kat punggung tu. Puas ku cari kat shopping complex, pasar malam dan kedai pakaian hari-hari.. (marilah pergi hari-hari!), tapi tak berjumpa. Err.. kalau jumpa pun, mungkin takde saiz.. huhuhuhu...

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home