Sunday, July 31, 2005

AF3 - Konsert Minggu Ke-9

Pengenalan pelajar² kurang menarik pada aku. Disebabkan abang kamera sekolah tak habis, maka dia cuma reti fokus pada separuh bahagian atas badan pelajar², dan tidak pada keseluruhan badan mereka. Jadi tak nampak dengan jelas lah pergerakan² pelajar meniru aksi kawan² diorang. Yang diorang praktis masa kat dalam diari hari tu lagi best, lagi menjadik.

Baju pelajar² minggu ni agak semenggah setelah berbaldi² isi perut dihantarkan pada Tukang Jaga Baju minggu lepas.

Aku menjangkakan nama² besar dalam industri seni tanahair dijemput sebagai pengkritik minggu ini, memandangkan minggu ni boleh dikatakan minggu yang penting kerana ianya minggu terakhir sebelum konsert final. Tidak lah pula aku nak menidakkan kemampuan Suraya & Vince. Cuma, aku rasa cam kurang tepat jek kehadiran diorang pada minggu ni. Apa pun, komen diorang boleh dikatakan sederhana jek la. Mungkin kerana tak banyak yang perlu dikomen mengenai persembahan pelajar² kot.

Persembahan lagu² M. Nasir dari pelajar² lelaki biasa² jek. Yang paling okay bagi aku ialah masa lagu Ghazal Untuk Rabiah jek la. Mawi agak terserlah, tapi Mawi juga beberapa kali kedengaran agak tercekik masa high notes tu.

Yazer - This Love
Walau ada gak terkucil sikit, tapi keseluruhannya persembahan Yazer amat bertenaga.

Marsha - Ku Pendam Sebuah Duka
Kesilapan Marsha agak ketara minggu ni. Bermula dengan lupa lirik yang aku rasa menjadi sebab dia hilang feel seketika. Aku rasa Marsha terlalu tertekan. Kesian betul. Lepas bridge lagu tu, baru dia pick-up balik. Dua perenggan yang last tu baru aku rasa Marsha dapat feel semula dan masa tu baru nyanyian dia okay. (So kepada mereka yang suka sangat mengutuk Mawi pasal lupa lirik, lihatlah buktinya, bahawa tekanan macam tu boleh berlaku pada sesiapa sahaja bila² masa sahaja walaupun dah berkali² buat persembahan atas pentas).
Kelakar tul aku nengok Aznil tiru gaya Marlia gelak. Lawak antara Aznil & Fahrin pun kelakar gila. Cuma cara Kudsia memotong cakap Fahrin tentang "learn from the best" tu bagi aku agak kasar sedikit. Fahrin berada di situ bukan sebagai pelajar, bukan juga sebagai seorang yang saja² suka naik atas pentas nak ganti tempat Aznil. Sebaliknya Fahrin DIJEMPUT sebagai kejutan buat Marsha. Dan sebagai seorang JEMPUTAN, dia sepatutnya dihormati tak kiralah betapa muda umurnya atau betapa cetek sekalipun pengalaman dia. Kalau aku jadik Fahrin, aku terasa giler. Kalau Fahrin tak terasa pun, sebagai peminat Fahrin (geget dia.. geget dia... nyumm nyumm nyumm), aku yang terasa tau..

Felix - Anak
Kagum kejap aku dengan gorengan Yazer & Sham pada awal lagu tu. Tapi aku sebenarnya lebih suka kalau diorang plucking gitar macam lagu asal, lebih syahdu dan lebih mendalam feel lagu tu. Bila diorang strumming gitu, walaupun bagus secara teknikalnya, namun arrangement lagu tu dah jadi macam lagu Spain lah pulak aku dengar. Aku lebih suka versi asal dikekalkan.
Nyanyian Felix memang best, terutama masa dia nyanyi part Tagalog. Walaupun aku tak faham, tapi aku rasa masa tu suara dia lebih dilontarkan, dan penjiwaan pun lebih terasa masa tu. Uncute ada bagitau aku yang Kak Ri kata sebutan Tagalog Felix hancus, tapi disebabkan aku sendiri tak paham sangat Tagalog, maka aku pun tak pasti lah tahap kehancusannya, cuma telinga aku dengar sedap jek la versi Tagalog tu.

Kefli - Tak Tahu
Macamana aku kesian kat Marsha, camtu jugak la aku kesian kat Kefli. Aku rasa dia pun tertekan. Lupa lirik beberapa kali dan sumbang mambang di beberapa tempat. Tapi, persembahan Kefli tetap bertenaga. Part Yazer & Mawi rap tu pun best jugak. Malah aku rasa Mawi telah mencuri perhatian penonton dalam persembahan Kefli ni sepertimana Zahid pernah mencuri perhatian penonton dalam persembahan Adam ketika menyanyikan lagu Tipah Tertipu Lagi masa AF2 dulu. Err.. mintak maaf ye Kak Aidid, tapi rasanya yang penonton sorak sakan lepas Kefli habis nyanyi tu, sorak sakan untuk Mawi lah.. huhuhu. (Sekali lagi kepada mereka yang suka mengutuk Mawi, ini adalah satu lagi contoh dimana seseorang tu boleh merasa tertekan walaupun dah banyak kali menyanyi, dan rasa tertekan itu boleh menyebabkan seseorang itu hilang fokus dan lupa lirik).

Amylea - Gemilang
Pertama kali aku dengar Amylea terkucil masa menyanyi. Timing masa masuk lirik "Kini gemilang itu.." pun kurang tepat. Samada Amylea turut sama terkena curse Gemilang-Jac, atau Amylea juga seperti Marsha & Kefli, tak dapat mengawal tekanan yang melanda di dada. (Kepada pengutuk² Mawi juga lagi, ini adalah satu lagi contoh di mana pelajar yang konsisten juga adakalanya menghadapi masalah timing tidak tepat).
Walaupun secara keseluruhannya persembahan Amylea tidaklah begitu mengecewakan, namun aku rasa ianya agak hambar, mungkin kerana Jac telah meletakkan satu pencapaian yang sangat tinggi dalam lagu ini. Bukan niat aku membandingkan Amylea & Jac. Dan aku pun tak nak Amylea nyanyi macam Jac. Cuma aku sebenarnya berharap Amylea boleh bawak lagu ni dengan caranya sendiri, dan pada masa yang sama tahapnya sebaik atau lebih baik dari Jac. Kalau boleh aku nak nengok sama macam masa Amylea nyanyi lagu Asmara & Anggapanmu, tak sama dengan penyanyi asal, tapi persembahannya setanding mereka.

Mawi - Pergi Tak Kembali
Akhirnya Mawi dapat juga kejutan yang istimewa dengan kehadiran geng Wariqi Salam (eja?) dari Kulai. Kejutan ni mengingatkan aku pada kejutan untuk Zarina AF2 yang juga diiringi oleh kawan²nya dari Johor masa dia nyanyi lagu 'Ayomm Ayomm' yang merupakan persembahan favourite aku dari Zarina. Alaa lupa lak tajuk lagu tu, aku ingat 'ayomm ayomm' jek, sebab lepas tu kalau meningkap, aku mesti mulakan dengan "ayomm ayomm.."
Minggu ni merupakan satu lagi persembahan yang best giler dari Mawi. Macam yang aku dah cakap empat juta kali sebelum ni, suara Mawi sahaja dah memang cukup power, merayap ke luar TV hingga ke belakang tengkuk aku. Cuma kali ni aku tak peluk TV la, tapi aku peluk bantal ala² insaf gitu. Aku tengok Kefli & Yazer terpacak kat tepi pentas tu pun ala² budak hip hop & Mat Rock yang sedang insaf. Best giler Mawi. Sesungguhnya aku tersangatlah kagum dengan kemajuan yang Mawi tunjukkan.

Babak sedih yang kononnya luahan hati tapi sebenarnya tagih undi tu memang nampak sangat ler diadakan sekadar untuk mengisi masa lapang yang ada. Sampai part Kefli, jadi lawak pulak. Tak best langsunglah babak mengundang baldi nih.

Persembahan lagu² ciptaan Adnan dari Amylea & Marsha jauh lebih baik dari persembahan pelajar² lelaki. Malah Amylea & Marsha menyanyi lagu medley ni lebih baik dari mereka menyanyikan lagu solo mereka sendiri. Tu bagi aku lah. Bila tengok diorang berdua menyanyi, terbayang penyanyi² wanita popular yang dah sedia ada di industri hiburan kita sedang berduet dalam satu majlis anugerah pulak. Secara keseluruhannya, nyanyian Amylea lebih bagus dari Marsha, namun aku rasa kelebihan tu adalah disebabkan Amylea lebih familiar dengan lagu² Melayu berbanding Marsha. Bila Farah enterfrem, aku terus teringat Ilham. Mesti adalah dia tulis pasal bekas awek angkatnya tu nanti. Cuma aku rasa aku tak berapa dengar pulak suara Farah. Agak menarik bila Farah peluk Amylea masa dia kata "Biarlah juara tahun ni perempuan pulak", seakan memberi satu pengiktirafan pada Amylea bahawa dia sebenarnya layak bergelar juara.


Penyingkiran Yazer & Kefli

Sabar ye Emy.. sabar ye Cik Odah.. simpatiku tak bertepian buat korang. Bersabarlah banyak² yek, namun sekiranya korang perlukan minyak tanah, rasanya aku boleh tolong cari supply. Cuma mancis cap lada jek aku tak ada. Maklum le, Pejol tu cucuh rokok pakai lighter. Tapi kalau korang nak pinjam lighter Pejol satu, boleh jek. Dia pun memang suka tinggalkan lighter dia di merata tempat - kat atas meja makan, kat atas meja komputer, kat atas mesin basuh, kat dalam bilik air pun ada. Kalau korang nak amik semua lighter tu pun aku lagi suka, biar dia tak leh cucuh rokok lagik dah. Tapi ingat ye Emy & Cik Odah, lap dulu lighter tu sebelum digunakan supaya CSI tak leh kesan cap jari. Kalau kena tangkap jugak, jangan la sebut nama aku yek.. huhuhuuu..

Sabar lah jua ya Kak Aidid. Frust gak aku sebab lepas ni tak nampak dah Kak Aidid sebut "Praapp!!" kat TV. Beberapa hari ni aku memang asyik tunggu kemunculan Kak Aidid jek promo Kefli. Bila promo pelajar lain keluar, aku siap bebel, "Bila laa Kak Aidid nak keluar nih.."

Aku sebenarnya berharap Yazer & Kefli akan dipanggil balik oleh Aznil bila diorang dah sorong beg ke bawah pentas tu, tapi harapan aku tak jadi kenyataan pulak. Camnapun, aku tak terkejut pun diorang mengekalkan keputusan membawa 4 pelajar sahaja ke final tu. Aku sebenarnya lebih terkejut dengan kenaikan harga minyak lagi dalam masa tak sampai sebulan. Mujur lah aku tak buang duit AFUNDI, boleh jugak cover kenaikan harga minyak. Bencilah cerita minyak ni. AFUNDI tu ada gak pilihan, nak atau tak nak undi, tapi minyak mana boleh buat pilihan, harga naik pun kena jugak isi minyak. Takkan nak gerakkan kenderaan pakai air pulak kan? Beli beskal la macam ni..

Balik pada citer penyingkiran 2 pelajar yang rupa²nya bukan suatu gimmick tu, satu lagi sebab aku tak terkejut sangat ialah disebabkan diorang dah pun umumkan AFVOKAL. 4 finalists campur sorang pemenang AFVOKAL, dah 5, cukup la tu kot untuk diketengahkan selepas tamat AF3 besok. Adanya AFVOKAL juga antara sebab kenapa diorang tak adakan AFMASUK. Kang kalau umumkan AFMASUK, nampak tamak haloba bebeno, takut AFVOKAL takde sambutan pulak kan. Lantak ler, nak AFVOKAL ke, AFPERSEMBAHAN ke, nak 4 ke, 5 ke ,6 ke, semua ke.. suka ati diorang lah. Bak kata Abang; diorang tu saja nak tunjuk power diorang, nak tunjuk kat penonton yang diorang ada power nak tentukan bilangan peserta awal dan akhir. Bila diorang nak 12, 12 lah. Nak 14, maka 14 lah jadinya. 5, 5 lah. Bila nak 6, 6 lah. Dan bila nak 4, 4 sajalah yang masuk walau camana kuat sekali pun penonton membantah. Kuasa mengundi di tangan penonton, namun kuasa 'mengenepikan' mereka yang telah diundi penonton, masih di tangan mereka. Penyokong Yazer pasti ramai yang kecewa kerana keputusan ini telah mengenepikan Yazer yang sebenarnya layak untuk beraksi di final seandainya ada 5 pelajar terpilih ke peringkat akhir. Tapi apa nak buat.. dah bukan rezeki. Semoga Yazer & Kefli terus berusaha membina tapak yang kukuh di luar sana, semoga sikap² mereka yang disenangi itu terus kekal dalam diri mereka bila sudah dikerumuni ribuan peminat nanti.

Persembahan beramai² yang berterabur, bersepah², sumbang mambang macam bebudak tadika nyanyi choir tu tersangat lah tak sedapnya, tersangat tak perlu dan entah hapa²nya tah. Ada yang macam nak tunjuk terer dengan adlib terlebih². Macam la dengan adlib sumbang mambang tu leh raih undian AFVOKAL. Aku rasa nyanyian Idayu je yang okay dan terserlah. Yang lain tah hapa² tah.


IMBASAN
Farah dah semakin matang bercakap dan semakin bijak memberikan pendapat. Tahniah Farah.

Apa pula motif di sebalik keputusan untuk tidak menyiarkan % undian pelajar² sepanjang minggu ni? Tersangatlah curiga-Ning Baizura nya aku dengan taktik ini. Adakah mereka tak akan biarkan Mawi menjadi Juara AF3? Atau sekadar satu lagi taktik psikologi terhadap pengundi²? Aku rasa begini; bila penyokong² Felix, Amylea & Marsha tidak dapat melihat % Mawi yang selama ini sentiasa mendahului pelajar² favourite mereka, maka pengundi² pelajar ini tidak akan ada rasa putus asa untuk mengundi. Bayangkan sekiranya pada hari Selasa, undian untuk Mawi mencecah 60% dan hanya selebihnya sahaja dkongsi oleh 3 pelajar lain. Katalah aku sebagai salah seorang pengundi 3 pelajar ini, maka aku pastinya akan berhenti dari membazirkan duit aku kerana aku rasa adalah agak sukar untuk memerangi % undian Mawi. Jadi, bukankah lebih baik jika pengundi² ini tidak nampak % pelajar², jadi mereka akan terus mengundi!

Bagi pengundi Mawi pula, rahsia % pelajar ini juga bagaikan satu serangan psikologi bilamana mereka akan sentiasa diselubungi rasa khuatir dan gundah gulana andaikata pengundi² 3 pelajar lain mampu mewujudkan satu momentum luar biasa dalam minggu ini sehinggakan menggugat peluang Mawi menjadi juara. Maka pengundi² Mawi ini akan menjadi lebih berhati² dan juga akan berlebih² lagi mengundi disebabkan kebimbangan ini. Ikut celah mana pun, tokey itu dan tokey itu jugak lah yang tersenyum lebar.

Sesungguhnya aku bersyukur kerana tidak sedikitpun merasa goyah dengan serangan psikologi mereka tu. Aku hampir pasti bahawa juara percaturan musim ke-3 ini bukanlah Mawi! Bukan juga Felix! Bukan Amylea mahupun Marsha! Hanya tinggal seminggu saja lagi, dan aku begitu yakin bahawa JUARA SEBENAR musim ini ialah AKU (dan kamu semua yang tidak mengundi!!). Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home