Wednesday, July 13, 2005

Diari AF3 - 13 Julai: Bhg. 1

Askar² laporkan diri pada Marlia. Marlia tanya girls samada askar² tu layan diorang dengan baik. Diorang jawab, "Sangat (baik)", kecuali Amylea, dia kata "Baik tapi garang". Marlia tanya sapa yang paling garang. Amylea jawab "Chief". Mawi kata, dia dah buat yang habis baik dah.

Dalam kelas, Felix duduk atas sofa sebelah Marlia. Pelajar² lain dok atas lantai. Marlia tanya, apa itu cinta?
Mawi: "Cinta itu ibarat kentut, ditahan sakit, dilepas takut" (Muahaha..)
Yazer: "Cinta itu ibarat kurap, makin dilayan, makin sedap" (Muahahaa..)
Kefli: "Cinta itu.. saya pun tak tau lah nak cakap, cikgu"
Felix: "Cinta itu permainan hidup"
Marlia: "Ko ni poyo lah!" (Muahahaa..)

Pelajar² perempuan menghayati lirik lagu masing². Felix ada masalah menghayati lirik lagu Fantasia Bulan Madu. Marlia suruh Yazer tolong tunjuk camana kalau dia yang hayati lagu tu. Masa ni beberapa kali kamera fokus kat Ekin. Lepas tu Marlia suh Kefli lak hayati lagu yang sama. Kamera fokus kat Marsha lak. Hek eleee... udah² le menggambarkan telenovela yang sebenarnya tak wujud tu ye Abang Kamera. Aku bosan dah ni. Baik tunjuk diorang praktis menyanyi & menari jek. Boleh jugak penonton 'mengundi dengan bijak'.

Lepas tu Yazer bercakap dengan Tipah. Lepas tu Kefli praktis lagu Inggeris dia dengan Marlia. Lepas tu diorang ramai² tengok filem Embun. Lepas tu diorang masuk kelas vokal Siti Hajar. Lepas tu diorang belajar step tarian untuk lagu Aneka Ragam. Lepas tu diorang praktis lagu Kefli & lagu Felix dalam kelas Sham Kamikaze. Lepas tu aku menguap. Lepas tu aku gi bancuh air sirap. Lepas tu aku bubuh air batu. Lepas tu aku minum air sirap tu. Lepas tu Raha nak jugak air sirap tu. Lepas tu aku tak bagi sebab air sirap tu sejuk dan Raha pulak batuk. Lepas tu Raha nangis guling² nak jugak air sirap. Lepas tu aku bagi Raha air masak jek. Lepas tu Raha guling² jugak sebab air aku kaler merah tapi air dia takde kaler. Lepas tu aku masukkan jugak la sirap sikit dalam air dia. Lepas tu dia pun berhenti berguling dan tersengih² dengan hingus meleleh. Lepas tu Raha pun minum air sirap tak sejuk tu sambil lari masuk bilik sebab nak lari dari aku yang mengejar dia untuk lap hingus dia yang meleleh tu.

Lepas tu bebudak pompuan AF tu pun macam sesama boring gak sebab aku nengok diorang main korek² dalam kelas vokal. Ekin korek biji mata Akma, Marsha korek taik telinga Ekin, lepas tu Marsha korek taik telinga Akma pulak. Lepas tu Siti Hajar datang, pukul² diorang dengan kertas. Lepas tu diari habis. Lepas tu aku pun start le taip ulasan ni kat komputer. Lepas tu bila dah nak habis taip, Raha tekan 'reset'. Lepas tu hilang le semua yang aku dah tulis. Lepas tu aku kena sawan sekejap. Lepas tu kena lah aku taip semula. Lepas tu jadik la macam ni hasilnya..

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

23 Comments:

Anonymous m said...

lepas tu aku pun komen...

7:36 AM  
Anonymous sc said...

lepas tu aku pun rasa nak gelak .. hahaha.. cian no sumie..

7:36 AM  
Anonymous eisya said...

lepas 2....3....

7:37 AM  
Anonymous rain said...

lepas tu, wakakakaka!! tatau nk gelak psl teori cinta mawi & yazer ke, atau konflik sumie n raha..!! ;p

7:37 AM  
Anonymous Emy said...

lepas tu aku pun pening apa sebenarnya dah jadik kat raha aku?

7:38 AM  
Anonymous aidid5 said...

wakakakakaka. gelak guling2 akak baca ni.lepas tu lepas tuu...hehehe

7:38 AM  
Anonymous y said...

tema hari ni "lepas tu" ke? hahaha

7:38 AM  
Blogger SuMie said...

Emy, lepas tu Raha kena bambu.. (bukan bamboo orchestra ye) dgn mak dia.. huhuhuu. Lepas tu mak dia terhidu bau sesuatu. Lepas tu mak dia kata, ooo patut la dia suh berenti menaip.. Lepas tu mak dia pi bawak dia masuk bilik air, cuci apa yang patut.. lepas tu tukar diapers baru. Lepas tu Raha makan nasi. Lepas tu dia kenyang. Lepas tu dia tidooo.. lepas tu mak dia sambung tenet.. heheheh

7:39 AM  
Anonymous kak ri said...

adoiii...sakit perut...hihihihihi!!!

7:40 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Lepas tu .. aku nak marah mama Raha. Ada ke patut dah tau anak tu selsema dia senang lenang buat air sirap pakai gelas transperen .. lepas tu taruk ais .. lepas tu tayang kat budak tu. Lepas tu bila budak tu mintak .. dia boleh marah pulak budak tu

7:40 AM  
Anonymous Uncute said...

lepas tu aku nak jer buat air kaler merah kat raha tapi tak bubuh ais. lepas tu aku bagi kat raha biar mak raha jeles lak sebab aku buat air utk raha jer.

7:41 AM  
Anonymous y said...

lepas two three.

7:41 AM  
Anonymous Q said...

lepas tu, mintak² raha cepat² la baik drpd selsema & batuk... sian dia...

7:42 AM  
Blogger SuMie said...

Lepas tu.. aku pulak yang kena marah dengan korang.. muahahahaa..

7:42 AM  
Anonymous y said...

lepas tu kan, lepas tu, lepas tu la, lepas tu kan! wahhhh lepas tu kan, lepass tuuuu! adoiiiii lepas tu kan, lepas tu!!! hah! lepas tu lah! lepas tu...

la jadi neverending story lak.

7:43 AM  
Anonymous girlfriday said...

hahhahaa dem funny! :D

7:43 AM  
Anonymous eisya said...

lepas tu aku tunggu cerita lepas itu.....

7:44 AM  
Anonymous elf said...

hahaha sumie, pokok klapak tul.. len kali time ko menyiapkan tugasan tuh make sure raha bizi dengan bebenda lain..hahha..takde le dia gatai tangan nak tekan tekan butang reset plak..

7:45 AM  
Anonymous ana said...

lepas tu? haaaahhhahahah..very sesuatuh la entry kali nih...suke!suke!

7:45 AM  
Anonymous zazz said...

sumie,
hahaha..tak taulah kenapa, akuu..tak boleh tak suka entri kau ni. aku kena suka jugak (ala2 adlin).

7:46 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Sumie .. mana sih ulasan diary yg hari ni punya. Kok belum ada sih? Raha tekan reset lagi yah? Waduh .. udah capek nuggu ni.

7:46 AM  
Anonymous Uncute said...

lepas tu kan raha dah penat reset pc sumie..dia pun tido kat kerusi depan pc. lepas tu sumie nak angkat dia..dia pun ngamuk.

7:47 AM  
Anonymous y said...

hahaha uc dah jadi cam cerita orang itu plak hahaha lepas tu

7:47 AM  

Post a Comment

<< Home