Monday, July 18, 2005

Diari AF3 - 18 Julai: Bhg. 1

Pelajar² bercakap tentang Ekin. Aku tak dengar sangat apa yang diorang cakap, tak sempat kuatkan volume sebab remote control aku terbenam di bawah timbunan kain baju belum berlipat. Konon nak lipat baju sambil tengok diari lah, tu yang aku longgokkan kain baju depan TV, sekali tak perasan tertimbus remote control lak. 5 minit jugak laa aku 'berenang' cari remote tu.

Klip video aksi Ekin sepanjang di akademi ditayangkan dengan berlatarkan lagu Maafkan Kepergianku. Sebenarnya tiap hari Isnin, aku paling suka part klip pelajar tersingkir ni. Masa ni lah kita akan rasa 'kehilangan' pelajar² yang tersingkir tu. Sama seperti kehilangan Sarjan Katung, aku juka akan merindui ketiadaan Ekin dalam diari. Sebenarnya sapa jek keluar sekarang, aku akan rasa rindu jugak.

Kad wasiat Ekin dibaca bergilir² oleh Akma, Marsha dan Amylea. Beberapa kali kamera fokus kat Yazer yang semakin hensem dengan rambut fesyen barunya tu. Namun tiada sebarang aksi merembeskan air mata, air hidung mahupun air lain dari Yazer.

Kamera di asrama menunjukkan Amylea sedang main gitar dan berhenti sesekali untuk menulis sesuatu atas kertas, kemudian bersambung pula kat akademi. Rupa²nya bersama² dengan Akma & Marsha, diorang tengah gubah lirik lagu Besame Mucho, khas untuk Ekin. Kata Amylea, Ekin suka lagu tu. Amylea main gitar dan Marsha & Akma nyanyi sama. Antara lirik lagu tu yang aku ingat "..Abang Sham kini aku miliki.. Marsha akan teruskan perjuangan mengorat Abang Sham.. takde sapa nak mengorat krew Astro..". Menarik gak. Sapa rakam, boleh tak buatkan audio file untuk lagu ni? Aku nak! Aku nak! *hint kat Y*

Lepas tu Dr. Love tanya beberapa soalan, dan pelajar² kena tulis jawapan diorang kat kertas. Lepas tu Dr. Love bacakan soalan lain pulak, tapi pelajar² kena jawab soalan² tu dengan jawapan² diorang yang dah ditulis dalam kertas tu. Kelakar jugak jadinya. Aku bagi contoh la ek, kang korang tak paham lak.
Contoh soalan² pertama Dr. Love, dan kata lah ini jawapan yang dituliskan oleh Felix (contoh jek):
1. Nama awek/boifren anda? (Jawapan: Fatimah)
2. Langit berwarna biru, ya atau tidak? (Jawapan: Ya)
3. Kenderaan yang paling anda tak suka? (Jawapan: Lori sampah)
Keudian Dr. Love tanyakan soalan lain pulak, tapi diorang kena bagi jawapan macam yang diorang tuliskan awal² tadi, jadi lah macam ni:
1. Siapa yang kamu sayang? Fatimah
2. Pernah jalan² dengan dia tak? Ya
3. Naik apa? Lori sampah!
Cam tu lah lebih kurang.. Kelakar la jugak.

Kemudian pelajar² diberi play-dough macam budak² tadika, dan diorang disuruh buat Mr. Bola² menggunakan play-dough tu, kemudian warnakan. Lepas tu diorang kena tunjukkan kat Tipahtipah kasil kerja masing².

Marsha - Mr. Bola² atas Gunung Kinabalu yang bermaksud Menuju Puncak.
Felix - Namanya Mr. Rock. Cantik. Rasanya yang paling cantik kot.
Yazer - Tak nampak sangat Mr. Bola² dia. Tapi dia kata rock jugak.
Akma - Nama dia Mr. Blue.
Mawi - Tak nampak sangat, tapi dia kata Mr. Bola² dia posing seksi. Mawi tanya Tipah - suka tak? Tipah geleng kepala. Mawi gelak. Kawan² dia pun gelakkan dia.
Kefli - Colourful. Mr. Bola² dia terkangkang.
Amylea - Mr. Bola² dia striking, warna kuning & oren (or merah).

Kemudian diorang buat ucapan pada Ekin depan TuanBesar. Ish.. tak habis² ke ucapan untuk Ekin? Hari tu kat pentas pun dah banyak kali dah buat ucapan rasanya. Lepas tu diorang buat ucapan untuk keluarga pulak. Diari hari ni takde idea nak tayang apa kot, sebab tu suruh bebudak tu bercakap dengan kamera.

Akhir sekali diorang menyanyi lagu Maafkan Kami untuk Ekin, lepas tu masing² buat muka cas cute / babyface / or whatever lah..

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home