Tuesday, July 19, 2005

Diari AF3 - 19 Julai: Bhg. 1

Yazer cakap ngan Tipah pasal perlantikan dia sebagai ketua. Lepas tu dia ambik Mr. Bola² Akma dan tunjuk kat Tipah dan komen, kalau tak silap, Yazer kata Mr. Bola² Akma tu macam Gaban. Masa tu Akma macam tak bagi tapi sambil gelak² lah. Lepas tu Yazer komen Mr. Bola² orang lain pulak.

Amylea, Yazer & Kefli buat step sendiri untuk lagu Ladki (ala aku tak tau tajuk penuh lagu Hindustan tu. Aku tulis, 'Ladki' jek la ek). Tak lama lepas tu, Akma pulak join sekali. Tapi tak nampak depan kamera, nampak tepi² & nampak dari cermin belakang jek.

Amylea pakai kasut depan Tipah² sambil hafal lagu Ladki.

Kefli main gitar cari chording untuk lagu Ladki. Cam tak sesuai jek aku dengar.

Lepas tu Yazer pulak main gitar kat tangga nyanyi lagu 'Do Re Do Mi Do Fa..'. Masa ni aku dah kata dalam hati, "Huk alah... bosannya paparan hari ni!"

Lepas tu pelajar² praktis lagu Seri Langkat & Ladki dalam kelas Adnan. Kemudian kelas Sham, Marsha praktis lagu dia & yang lelaki praktis untuk backup lagu Yazer. Masa ni, aku nengok muka Mawi, rasa cam rindunyaaa.. rasa macam dah lama tak nengok muka dia. Ye laa.. sekarang ni mana ada lagi diorang fokus Mawi sorang² di luar waktu kelas. Paparan Mawi berdua atau bertiga dengan pelajar lain pun takde. Kalau nak nengok Mawi, masa praktis nyanyi ramai² tu, tengoklah puas².

Penutup diari, diorang ramai² nyanyi lagu Ladki dalam kelas Sham.

Pertukaran ketua pelajar
Bukan aku rasa Yazer tu tak layak jadi ketua, dan bukan juga aku suka sangat Mawi jadi ketua pelajar, tapi aku cuma heran, besar sangat ke kesalahan Mawi sampai perlu 'digulingkan dengan cara terhormat'? Tepukan dan ucapan terima kasih yang hanya sekadar skrip untuk jaga hati tu juga tak dapat aku terima secara positif. Sebagai peminat Mawi, pada awalnya aku sangat kecik hati dan bengang dengan tindakan meng-kambing hitamkan Mawi sedemikian rupa. Namun bila difikir² kan balik, bagi aku ini hanyalah satu agenda untuk tujuan berikut:

1) Sebagai satu usaha untuk membawa Yazer ke final. Dengan ini penonton² akan melihat Yazer lebih terserlah, secara tak langsung memberi harapan baru kepada peminat² Yazer dan mereka akan mengundi Yazer dengan lebih banyak. Kata kunci di sini: AFUNDI.

2) Satu cara halus membangkitkan kemarahan peminat² Mawi. Mereka akan melihat situasi ini bagaikan satu percubaan menikam dan menjatuhkan Mawi, lalu mereka akan bertungkus-lumus untuk memastikan Mawi terselamat dengan cara mengundi Mawi lebih banyak lagi. Kata kunci di sini: AFUNDI!

Maka mereka yang banyak duit, marah lah, AFUNDI lah! Kerana memang itu yang 'MEREKA' mahukan. Tapi aku tetap tak akan tewas dalam permainan catur ini. Aku (penonton) adalah 'King' yang cuba mereka 'check made' kan dengan menggunakan Mawi sebagai umpan. Mintak maaf lah ye, 'King' yang ini belum termakan lagik umpan tu. Cuba lagi ye. Ada 3 minggu lagi untuk korang cuba pelbagai cara bagi mendapatkan AFUNDI dari aku. Apa lagi korang leh buat? Singkirkan Mawi di minggu terakhir? Buat AFMASUK? Naikkan peratus pelajar lain melebihi Mawi? Hahahahaaaa... semua tu aku dah boleh agak dah. Jadi buat lah perangkap lain yang aku tak boleh agak ye.. Muahahahah *ketawa Raja jahat makan paha ayam golek*

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

18 Comments:

Anonymous toye said...

ehehhhhh Sumie

sama lah kita. fuhhh...betapa terharunya, takat ni dpt menahan diri dgn katakan TAK NAK pada AFUNDI!!! huhuhuhuuuu.

tapi kan, diri ku terrrgoda dgn 4 kali membuang duit 3 ringgit time download lagu2 bekas chief penyamun tu ngan terlatest lagu si rambut maggie @amylea time nyanyi lagu Penawar Rindu. uuuwaaa!!!

hati kecil ku berkata, ASTRO musti ada agenda tersembunyi skg ni. bak kata pepatah skg; ada udang main sembunyi2 di balik mee. cissss!

yeah!yeah! org pertama!

7:49 AM  
Anonymous eisya said...

Kelakar tul lah ko nie Sumie....I pun hampir-hampir terperangkap semalam dan hari nie dgn percaturan mereka tetapi masih boleh berfikiran rasional lagik....timbang kebaikan dan keburukan so belum lagi terbeli prepaid-prepaid yg sewaktu dengan nyer.....adoi....berapa lama lagik I leh tahan nie.....geram dah tahap cipan Mag....rasa nyer besar lagik dari cipan mag n D......huahhhhhhhhh!!

7:50 AM  
Blogger SuMie said...

Toye,
bukan ko sorang sajaaa.. muahaahaa.. aku pun dah 4 kali dload gambar Mawi jadik wallpaper & screensaver henpon ku... huhuhu. Tapi tak pe Toye, yg tu, sama macam beli barang, kita bayar, kita dapat barang. Kita bayar, kita dapat lagu. Kita bayar, kita dapat gambar, leh nengok sebelum tido malam sampai termemphi-memphii.. (ikut style Marsha nyanyi lagu Ingin Bersamamu). Tapi kalau AFUNDI tu, kita bayar, 'diorang' yang dapat untung.. kita tak dapat apa².. hik hik hik. Tu kata aku laaa..

7:50 AM  
Blogger SuMie said...

Kak Eisya,
tak pe.. simpan jek prepaid tu, baik guna buat call Mawi bila dia keluar kat Muzik@ria atau ERA selepas dia menjadi Juara nanti.. huhuhu.. *kenyataan konfiden giler babas..*

7:51 AM  
Anonymous skru said...

nak gak lah ayam golek tu!!!! nak jugak nak jugak !!!jugak jugak!!!

7:51 AM  
Anonymous kak ri said...

hahahhaha..pantang ada makan....skru..protege minggu ni usaha kuat...ni mesti natap citer hindustan..cepat tul dia menghafal...

Sumie...me sekarang concentrate mawi/amylea jer... dengar dia solo kejap seri langkat...ok per... dengar dia nyanyi lagu dewa lagi best...lantak la si yazer dengan kuasa baru dia, bottom line memang dah muak semua lagu nada rock jer

7:52 AM  
Anonymous Uncute said...

so far aku tak de d/l sebab phone aku bukan phone nokia. kalau afundi aku pun tak afundi..naik muak mengundi org..naik muak kena maintain vote org..naik muak utk jaga system undian. selagi astro tak de guna juru audit yg bertauliah. atau dgn erti kata lain bukan juru audit dalaman...aku rasa aku dah tak caya ngan sistem voting dia.

lagu seri langkat yg aku d/l dr Y tu memang sedap sangat..terdenagr jelas suara mawi. isy aku dah terjangkit demam mawi ke..ntah lah...

7:52 AM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Cik Odah is back! Hehehe...Aku tau peminat si YAzer ni memang tak seramai Mawi tapi aku memang suka kat YAzer ni..kalau takde Yazer sampai ke final mau giler meroyan aku dibuatnya. Dia memang sesuei lagu rock sebab itulah keistimewaan dia. Penaynyi dikenal dengan genre lagu yang idbawa...mcm Ramli Sarip Rock, Siti-Pop and tradisional..so kalau campur aduk dah mcm takde identiti la plak. Aku masih ingat Yazer kata masa dia dapat masuk AF dulu..."Aku akan tetap ROCK..>ROCK STEADY!!!"

Apa2 Astro nak bagi jawatan ke apa ke kat dia memang strategi Astro la supaya peminat Mawi lagi banyak mengundi dia. Memang dari dulu Astro mcm nak jatuhkan Mawi supaya makin dia nak jatuhkan makin ramai la nak pertahankan. Makcik tetap maintain pujaan hati makcik...hehehe..walau makcik pernah gak mengundi 2-3 minggu lepas sebab takut anak ikan terkuar. last2 bile pikir balik aku sokong kempen Sumie TAK NAK AFUNDI. Walau aku keje kat sykt telekomunikasi dan boleh untungkan aku serba sedikit...bonus tetap gak camtu..lagipun bukan nye aku dapat KETE...hehehe

7:53 AM  
Anonymous elf said...

Ayat konspirasi : Aku rasa, diaorang tak letak mawi bebanyak sebagai strategi untuk orang beli AF extended kot.Nak tengok mawi puas puas , haa, tengokla extended..Strategi pemasaran kot, yek?

Aku gelak bila mawi semalam cakap, " Mintak maaf ya, Felix, aku lebih romeo dari ko".haha..

Bukan ke memang ketua kena tukar2, ek? Mungkin minggu terakhir , mana tau felix pulak ke? *Provided kipli tak keluarla*

7:53 AM  
Anonymous cik zam said...

"...Mawi sampai perlu 'digulingkan dengan cara terhormat'?"...

saya terpk mesti mawi terpk trok sgt ke dia sampai kene tuka... tp on the bright side..saya pk "ermm..kurang sket modal org yg tak suke mawi nak kutuk mawi"...walopun sebenarnya modal utk kondem dia sentiasa ada ...uhuhhuhu

akak...tgk extended gak puas...bole pause..bole replay..bole rewind *nak tgk mawi*...bole forward *especially part yazer..ampun!*

PENGAKUAN: Adalah dgn ini saya mengaku saya telah jatuh cinta pada amylea..kerana amylea amatlah baik mengajar mawi menari ..dan mereka amat la baik cam adik abg..kerana sering prektis bersama...uhhuhuhu

*tgh mendengar memori luka dr mawi..lalalala*

7:54 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Setuju banget sama kamu Sumie ... baru 5 minit tengok diary ulangan kul 11.30 mlm tadi ... aku dah rasa boring yang amat sgt. tak tau apa motif astro dok tunjuk Yazer sibuk dgn Mr Bola2 budak2 tu & dgn Akma yg tak berhenti2 mengilai. Pas tu tunjuk Yazer lagi!! main gitar. Pas tu Kefli .. main gitar jugak!!!! adusssssss .. boring tahap top of the WORLD tul la

7:55 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

cik zam ... aku start suka kat Amylea dr konsert ke 2 lagi. Then bertambah2 jatuh cinta lagi dah lagi dari minggu ke seminggu sbb performance dia tak penah menghampakan aku. Dan cinta ku padanya tak luak pun walaupun 2 minggu lepas bdk2 lain kondem dia gila baba

7:55 AM  
Anonymous azisha said...

agree wif someone up there yg mention sure mawi terdetik dlm hati apsal tetiba aku digulingkan. kalau nak buat turn jadi ketua...patut masa time reza ada dulu dah mula...sbb masa time reza yg banyak konflik. masa mawi jadi ketua ni setakat konflik tertampar muka jer pun dah kena guling. ni lagi dua minggu nak abis akademi baru nak tukor ketua...so obvious!!!

7:56 AM  
Blogger SuMie said...

Cik Odah,
aku rasa Yazer akan ke final.. insyaAllah.

Elf, rasanya dalam AF2 dulu takde tukar² ketua nih. Lepas Fitri keluar, Zahid jadi ketua sampai habis. Tapi tak tau lah kalau diorang nak buat cara lain pulak musim ni. Tapi rasanya hari tu Reza jadi ketua bukan 2 minggu je, rasanya dari awal sampai dia terkeluar, dia jek jadi ketua. Tapi tengoklah kalau minggu last nanti diorang tukar orang lain pulak. Hmm.. pompuan tak leh jadi ketua ke ek?

Cik Zam,
tak leh nak subscripe Xtended sbb takde streamyx. Streamyx takmo masuk sini walaupun dah dekat 2 tahun akak apply. AFUWEK TMNET.. huhuhu. Tapi kalau ada Xtended pun, tak tau le larat ke tak nak nengok. TV dengan internet ni jek tak ter-cover semua..

7:56 AM  
Blogger SuMie said...

SitiIntanPayung,
samalah kita.. aku pun mula suka Amylea masa Konsert ke-2, lagu Asmara tu. And as you said, performance dia tak pernah menghampakan..

Azisha,
aku pun setuju sangat dengan pendapat ko tu. Thanks for your comment

7:57 AM  
Anonymous elf said...

Pompuan takleh jadik ketua, kang terlalu emosi, pemberita tanya soalan bertalu talu kang mengalirkan air mata kang..hhuuhuu

7:57 AM  
Blogger SuMie said...

Elf, tul gak ek.. huhuhuuu

7:57 AM  
Anonymous aidid5 said...

hehehe prappppp

7:58 AM  

Post a Comment

<< Home