Wednesday, July 20, 2005

Diari AF3 - 20 Julai: Bhg. 1

Aku terlepas 15 minit yang pertama tadi sebab terleka tengok Desperate Housewives kat Starworld, walaupun malam tadi aku dah tengok 2 kali dah citer tu.

Masa aku bukak tadi, Felix tengah menyanyi dalam kelas Adnan. Lepas tu Felix tengah praktis lagi dalam bilik Aktifkan. Kemudian Felix lagi sedang berlatih menyanyi di asrama. Dan Felix jugak lagi sedang menyanyi di kelas vokal dengan ditemani Yazer. Mesej yang ingin disampaikan oleh paparan² tersebut ialah, lagu Felix sangat susah dan Felix berlatih dengan tekun berbanding pelajar² lain, oleh itu undilah Felix banyak² sehingga habis gaji anda sebulan. Orang ke-2 yang perlu diundi ialah Yazer kerana dia menemankan Felix berlatih lagunya yang susah itu. Jika tak cukup duit untuk mengundi, pecahkanlah tabung ayam anda atau gadaikanlah gelang tangan anda.

Seterusnya pelajar² berbincang macamana nak sambut kedatangan Afdlin Shauki kerana mereka diberitahu Afdlin akan datang ke akademi. Tapi sampai tamat diari pun aku tak nampak bayang Afdlin. Mungkin dalam diari 8.30 malam kang ada kot. Kefli cadangkan supaya Mawi buat macam orang gila dalam cerita Buli. Akma pula cadangkan supaya diorang buat lakonan Afdlin & Erra Fazira dalam cerita Soal Hati. (Oops.. baru teringat, SuMie di RuMaH ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Erra Fazira sebab menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem baru² ni).

Dalam kelas Linda, pelajar² berlatih tarian untuk lagu Ladki. Ada satu part tu, Mawi, Felix & Yazer kena pegang tangan buat satu bulatan, lepas tu pelajar² perempuan duduk antara lengan diorang, dan yang lelaki kena junjung pelajar² perempuan tu. Aduishh kesiannya.. mesti lenguh gila, sebab lepas tu nampak Yazer picit² lengan dia.

Dalam kelas Sham, diorang praktis backup untuk lagu Akma dan lagu Yazer.. Iye deknon² sekelian, Yazer lagi..

Last sekali, Marsha menyusun semua anak patung yang ada dalam akademi atas sofa depan Tipahtipah. Dia bagitau nama setiap anak patung tu - Lily, Mimi & Phil. Kemudian ada satu anak patung yang kecik sekali, kata Marsha, yang tu Amylea punya. Memula Marsha kata nama dia Rizal (Rizal?? Huhuhu..), then Marsha betulkan, nama dia sebenarnya Zal.

Marsha bawa Mimi (anak patung berbentuk anjing tu) ke depan Tipah dan tanya Tipah - cute tak? Tipah macam tak jawab jek. Lepas tu Marsha hulurkan mulut Mimi tu kat Tipah konon² cam Mimi tu kiss Tipah lah. Punya la banyak kali Marsha buat macam tu, aku tengok pun bosan. Aku rasa Tipah tu pun macam malas nak layan sebab dia pusing ke arah lain, tapi Marsha follow jugak dan terus kasi Mimi kiss tipah. Huk alah.. bosannn bosan.. Lately aku nampak macam Marsha selalu sangat cuba tarik perhatian kamera. Strategi tu mungkin bagus, tapi kalau overdo, orang yang suka jadi menyampah lak.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

45 Comments:

Anonymous cik zam said...

saya dulu tak suke marsha..pastu suka..skrang nih..ermm ermm..cam akak ckp la..

"tapi kalau overdo, orang yang suka jadi menyampah lak."

4:36 AM  
Blogger SuMie said...

Cik Zam,
sama laa kita.. kesimpulannya, kalau dia tak over-acting depan kamera tu, mungkin 'level suka' kita kat dia masih macam dulu kan kan kan..

4:37 AM  
Anonymous Hanim said...

Uwaaaaa....dimanakah mawiku!!!! Tgk diari semalam rasa cam tak puas sebab sekejap ker diorang tunjuk muka si mawi ni. Tu pun time beramai-ramai jer. Tapi tak sabar nak tunggu mawi jadi romeo dlm lagu akma.

5:02 AM  
Anonymous Hanim said...

hmmm adakah pemilihan mawi sebagai romeo dlm lagu selamat jalan romeo itu adalah satu indication yg mawi akan diucapkan selamat jalan? (ponder jap)

5:03 AM  
Anonymous Uncute said...

rasanya astro byk tuknjuk pelajar dr Sabah (Felix, Yazer & Marsha) sebab nak mintak maaf kat org2 Sabah dgn harapan org Sabah akan maafkan dia org lepa tu akan vote pelajar2 dr Sabah ni selagi ada duit dlm poket dia org

5:03 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Lepas ni haruskah aku hantuk kepala ke dinding?? atau hantuk tv ke lantai?? atau hantok astro ke kepala Ananda Krisnan?? Eeee boring la asyik muka Yazer, Yazer & Yazer ..(sambil jeling kat CikOdahGelang ... sorry ya).

Look girls, aku rasa budak2 tu semua .. I mean bukan Marsha & Yazer sorang dok enterprem muka dia depan Tipah2 tu kut. Masalah editor tu .. apsal asyik nak kluarkan part Marsha buat cenggitu??? Kelmarin pun dia .. kelmarin dulu pun dia... kelmarin kelmarin dulu dulu pun dia. Betul la kata korang ... I dah start suka dia siiikittt tapi asyik nengok muka dia meroyan depan Tipah2 cam tak de benda lain nak buat (mmg tak de benda lain nak buat kut) .. bosan la aku. Where is Sumie's Mawi ... cewah!!!

Hmm aku bukan fanatik Mawi ekkkk!! Tapi tak aci la ittew Astro. Ingat kita tengok tv dia tu free ke. bayar oooo.

5:04 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Adik aku la yang bayar ... saya tengok jerr (ala2 mak mentua dlm iklan cube pati ayam maggi)

5:05 AM  
Blogger SuMie said...

Hanim,
kalau betul diorang nak 'selamat jalan'kan Mawi, maknanya diorang 'selamat jalan'kan sebahagian besar penonton Astro.. huhuhu.

Tapi memang betul, kalau nak dibandingkan dengan pelajar² lain, paparan Mawi secara bersendirian tak ada langsung. Kalau ada pun, yang masa semua pelajar kena cakap kat kamera sorang², atau kena tunjukkan Mr. Bola² masing² sorang². Kalau nak harap paparan dia praktis lagu, aku rasa baru semalam sekali jek dlm kelas Siti Hajar, sedangkan pelajar² lain ditunjukkan beberapa kali. Kalau nak harap paparan Mawi sorang diluar waktu kelas, jangan harap lerr. Akma pun tak banyak jugak.

Bagi aku, perkara ni bukan saja tak adil untuk Mawi & Akma, tapi juga tak adil untuk peminat² Mawi & Akma yang bayar harga yang sama untuk melanggan dan menonton Astro, sama dengan apa yang dibayar oleh peminat² Felix, Yazer, Kefli, Marsha & Amylea.

5:05 AM  
Blogger SuMie said...

Uncute,
haah logik gak tu. dah buat salah, nak mintak maaf segan, buat la cara macam tu untuk ambik hati..

SitiIntanPayung,
kekekeke.. ko ni lawak laa. Mungkin ko patut hantuk saja kepala penerbit dalam lubang jam***. Benci aku. Betul gak kata ko.. mungkin sumer orang ada enterfrem depan kamera, but they choose to show orang yang sama jek, dan mende yang sama ditayang lama². Tapi, masalahnya penonton tak nampak apa yang 'mungkin'. Penonton nampak apa yang ditayangkan jek. Yang kesiannya, bila diorang dok tayang pelajar yg sama utk tujuan menaikkan pelajar tu, yang jadi sebaliknya pulak.. orang jadi makin menyampah.

5:05 AM  
Anonymous Q said...

sumie... bukan segan tapi ego nak mintak maaf...

5:06 AM  
Anonymous CikOdahGelang said...

To All Mawi Lovers

Aku paham camne perasaan bile muka MAwi tak selalu di fokus. Sebab aku pun jadi gile meroyan dan nak hantuk2 kepala cam SitiIntanPayung (cam adik beradik lak kite ye Siti) bila muka Yazer tak kena fokus. Hehehe

Akhirkata...aku lepas ni nak join MENCARI CINTA...sapa nak ikut???Q???

5:06 AM  
Anonymous ilham said...

sebagai pegawai pemasaran astro, aku cadangkan supaya anda subcribe pada AFextra!!!! hanya RM9 sebulan dan anda boleh ulang ulang tengok muka Mawi....bukan itu saja, anda boleh tengok di office, di rumah mahupun di cyber cyber cafe...

...ingat Mawi ingat Afextra...bayar RM 9 , boleh tengok 9000 kali muka Mawi....

apa lagi, jom kita minum....

5:07 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Amboi Cik Odah ... MENCARI CINTA plak. Eh best ke rancangan ittew?? Aku tak berkesempatan tengok lagi.

Ilham??? promosi apa-apa'an kao di sini? Betul ke nko keja ngan Astro niiii?? baik2 nko .. nanti berdesing2 telinga nko dengar kutukan demi kutukan terhadap Astro kat sini tau. Jgn nko saman kita dah la. Neway ... blog blog kat sini semua mengamalkan demokrasi ... jari2 semua tak de insurance nak taip baik2 sahaja. Eh kalau betul nko keja kat Astro tu kan ... nko kenal tak Ahmad Dhani tipu tu? Krem salam kat dia ek! hehehhe. Cik Odah .. aku nak MENCARI CINTA dia tu je la .. si Ahamd Dhani tipu tu laaa. OK tak?

5:07 AM  
Anonymous aielemocnian said...

dia nk suruh org langgan extra kut...

pastuh bila dah ramai sgt...

asyik buffering, buffering, buffering...

pastuh gamba lekat2...

MENYAMPAH!!!!

5:08 AM  
Anonymous cik zam said...

korang...maybe gak astro edit n tunjuk part yazer n marsha depan tipah *saya pun tak larat* n tak tunjuk part org lain depan camera kat daily diary...

tp kan mmg dlm extended saya pasan marsha n yazer byk ckp ngan tipah..bykkkkk sgt *part yg saya tgk la* ..org lain cam ala2 gitu jer... *suke cara kipli berckp ngan tipah..comeii;p*..so this time saya mmg tak blame astro bab camera nih..sbb kalo tgk dlm extended lagik..huuisshhh

betul tu ilham..layan extended ..tgk mawi sepuas ati...siap bole pause lagik tgk serba serbi kat muka dia..hahaha *fanatik laa tuhh* (bak kat badrul)

5:10 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

ya ke cik zam? ee ngengada tahap gaban la budak dua org tu ekkk.

Cik zam ... so leh tgk lama2 ek part yg budak laki2 buat muka romeo tu. Cute betul Mawi buat muka romeo. tapi kelako gak la ... kehkehkeh.

5:11 AM  
Anonymous cik zam said...

siti,
tak tau aa nak kate mengade ke tak..sbb marsha mmg dah cenggitu..ari tuh dah tone down..la ni dtg balik habit tuh...yg mengkonpiuskan saya..yazer ni makin menjadik2 terserlah depan tipah sejak jadik ketua :p

bkn setakat part romeo..segala galanya la...part tido dlm kelas pun byk...hahahahah

10:37 AM  
Blogger SuMie said...

Cik Odah,
mencari cinta? tak mo aa.. aku dah ketemu chenta hatiku.. ada 3 dah ni.. 'Abang'ku, Raha ku & Mawi ku.. huhuhu.

Ilham @ pegawai pemasaran astro,
shuhh shuh.. shuhh!! pi promo jauh². shuhh!! shuhh!!

Cik Zam & Aiele,
tak larat la nak nengok kalau ada diari xtended pun.. Baik diorang buat jek satu channel lain mcm cadangan kat blog ilham tu. lagi ramai orang subscribe kot. Kalau boleh, buat 24 jam, biar kita nengok bebudak AF tu macam dalan citer Truman Show tuh.. baru puas hati kan kan kan..

10:38 AM  
Anonymous shay said...

kasik chance la kat peminat yazer plak..hehe jgn kasik mawi overexpose sgt..kang org benci..huhu...dah yazer jadik chip..tu pasal kemre fokus dia..

aku pon menat mawi gak tapi berpada2 la..

sumie,
aku menat Desperates Housewives gak..haha sian Susan stark naked outside the house kan...huhu sib baik Mike lalu..siap jeling2..wahahahaha terguda aku..eh aku plak hehe

10:39 AM  
Blogger SuMie said...

Shay,
yg Susan stark naked tuh minggu depan kan.. eh tapi tatau laa kalau ko dah nengok kat 8TV..
Tapi aku memang suka citer tu. Ulang banyak kali pun boleh lagik.. at least aku lebih sanggup nengok Desperate Housewives lapan kali daripada nengok diari AF yang makin boring tuh berulang kali..

10:40 AM  
Anonymous aielemocnian said...

tp time afdlin dtg pun mmg best giler aaaaaa.... derg siap jamming ala2 blues pastuh bantailaa lirik nk ckp apa... tp time nih mmg obviouslaa sore the girls mmg best giler dan nampak sgt the boys sgt spontaneous dan pompuan mcm kontrol2... tp mmg best aaa...

dan dgr afdlin bercerita pun best giler... harap2laa kt diary siar byk2 time nih... sbb mmg best giler... dan benda2 yg afdlin ckp tuh mmg berisilaa utk bdk2 tuh...

dan tak taulaa baper kali dia ckp kt mawi, "MAWI... BE A GIVER!!!"...

inilaa rasanya tetamu yg plg best dlm byk2 tetamu sampai si kefli ajak afdlin tido kt bungalow tuh sehari...

dan yg plg excited dpt jumpa afdlin ialah amylea... siap sign kt baju maybank2u lg...

10:40 AM  
Anonymous kak ri said...

aielemocnian... kalau tak krana mawi mau aje dihumban extended tu...tapi tak leh pulak sebab satu account yg nengok berpuluh orang...hehehe!!

kira kalau this concert yg kena keluar tu i tabik gak sebab they work very hard this week. Nak ngapal lagu sendiri plus dua lagu bonus...nak ingat step tarian hindustan campur menuju puncak...uihh sampai mawi pun belasah jer dok pegang-pegang akma (minah ni pulak yg tersipu-sipu)

skru...protege memang work very hard...bangga sekali...

10:41 AM  
Anonymous aielemocnian said...

eh kak... jadi gk ek mawi jadi romeo akma? igtkan felix... hehehe... sbb felix jadi romeo lg best dari mawi...

terigt plak time...

felix : yg sorg lg tuh?
akma : sayang.... (sambil tersipu2 malu)

hehe...

10:41 AM  
Anonymous Farah KRU said...

MAWI....

10:42 AM  
Blogger SuMie said...

Wah seronoknya aiele & kak ri cerita pasal diari xtended.

Aiele.. bila yang felix & akma cakap camtu? citer la sket..

Hai Farah KRU..

10:42 AM  
Anonymous aielemocnian said...

hehe... bebenornya derg nk pilih felix jadi romeo... pastuh dgr akma ckp, "last week pun dia tolong persembahan saya jgk..."

so, derg pun pilih mawi...

tp time mawi jadi romeo tuh mcm x sesuai sket... sbb dia mcm xde idea nk buat pape... dia duduk jer tepi akma sambil berfikir nk buat apa sampai cikgu ckp, "btul2 laa mawi kalau nk tolong dia..." heheh...

memula mawi sorg... pastu cikgu suruh sumer join, pastuh cikgu ckp mcm ramai, so felix pun sokonglah sambil ckp, "ramailah cikgu... sy xyahlaa cikgu"

pastuh derg pun ala2 kat kelab dangdut...

pastuh cikgu ckp, "masalahnya minggu lepas felix dh tolong akma... arituh pun felix dh tolong amylea..."

pastuh felix buat ayat mcm... "sy dh byk tolong org... tp sy x mengharapkan balasan... yg penting derg mengenang jasa sy cikgu sbg..." ala2 poyo laa gk pastuh cpt2 dia ckp, "saya gurau jer cikgu"

pastuh tetiba amylea menyampuk...

"saya sayang felix..."

pastuh cikgu tanya amylea balik, "awak sayang ek felix?"

pastuh felix gatal bertanya, "yg lain tuh..." sambil matanya merenung org itu... hehe...

"yg lain tuh felix tanya, tak sayang dia ke?" cikgu marlia tanya marsya ngan akma...

cepat2 marsya jawab, "sayang..."

pastuh felix dgn gatalnya... "yg sorg lagi nih?"

pastuh bebdk tuh sumer pakat gelak... felix kekal muka maintain, akma dah malu2 kat situ...

"yg sorg lagi x sayang felix?" tanya cikgu marlia.

"sayang..." jawab akma sambil malu2 dgn satu nada yg agak lain sket...

pastuh mawi sampuk, "lain jer dia sebut sayang..."

pastuh mawi ckp kt felix sambil membanding cara org lain sebut "sayang" lain ngan cara akma sebut "sayang"...

cikgu tanya akma lagi skali, "sayang ke akma?"

akma jawab, "mana boleh ckp depan2 cikgu... tp sayanglaa..."

pastuh cikgu tanya felix, "lagu nih kalau kamu buat camne felix?"

felix mcm blur, "lagu saya ya cikgu?"

"bukan... lagu akma..."

pastuh dia gi kat akma... "jgnlaa merajuk... jom pegi zoo?"

tp mcm reallaa felix jadi romeo, sambil mawi menyampuk, "nih baru real cikgu!!! ada perasaan!!!"

tp mcm best plak drama nih... mcm sweet dua org nih...

dan minggu nih derg nk kenenkan marsya ngan mawi plak... yg scene marsha ajar mawi mengforwardkan suara tuh ekceli abg asrul yg suruh dgn ayat yg berbunyi, "kita tinggalkan marsya ngan mawi... pas 15 minit baru korg boleh turun makan... yg lain jom gi makan dulu..."

nampak gaklaa muka bengkek marsya ngan mawi... pastuh mawi ckplaa, "biarlaaa... layan jelaa... kang xde citer..."

pastuh depa dua bantai gelak bersama2...

huhu... mawi mmg laser... best2...

masa nk tunggu afdlin, mawi, marsya, akma ngan felix lepas sesama... sambil marsya dok menggedik ngan mawi dan mawi mcm nyampah nk layan tp tahulaa tujuan marsya buat mcm tuh sbb saja nk kenakan pakcik kameraman...

dan time tuh kamera dok fokus mawi ngan marsya... tp sy dok usya felix ngan akma... antara ayat felix, "sayang... xnk bg buah tuh kt say

10:43 AM  
Anonymous aielemocnian said...

dan time tuh kamera dok fokus mawi ngan marsya... tp sy dok usya felix ngan akma... antara ayat felix, "sayang... xnk bg buah tuh kt saya ke..."

hahaha!!! walaupun berbunyi gatal, tp mcm comel jer... heheheh...

10:43 AM  
Anonymous eisya said...

Sumie, semalam sehari dok layan AFxtra.....puas tgk muka Mawi n Marsha....hehehe....jgn jeles!

10:44 AM  
Anonymous rain said...

aiele,
hahaha best laa scene 'Mencari Romeo" tuuu..ekeke
mmg lawak laa si felix tu..""sy dh byk tolong org... tp sy x mengharapkan balasan... yg penting derg mengenang jasa sy cikgu sbg..." muahahahuhu!!
best gak felix 'sayang-menyanyang' ngan akma nihh ;p

10:44 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Sumie .. blog nko ni khas tuk deknon2 je ke? Tapi besh la kalau cenggitu kan.

10:45 AM  
Blogger SuMie said...

Aiele,
tergelak besar akak baca citer ko pasal Felix & Akma.. huhuhuuu betstnya!!
And that part yg Mawi cakap "biarlaaa... layan jelaa... kang xde citer..." - proves yang kebanyakannya cerita yang dipaparkan tu terjadi atas percaturan pihak² tertentu kan kan kan..?

Kak eisya pun dah layan Xtended? Rain pun? Jeles.. jeless...

10:45 AM  
Blogger SuMie said...

SitiIntanPayung,
in case ko tersalah tafsir, 'Deknon²' tu bermaksud 'kawan², adik² dan kakak² yang bernama Enon", tak sama dengan 'fonen' atau yang seerti dengannya tau.

Walaupun setakat ni belum ada kawan² blog ni yang bernama 'Enon', tapi aku guna jugak sebab susah lak aku nak tulis nama Dik Tipah, Kak Eisya, Dik Aiele, Cik Odah.. (ramai tuhh). Lagipun, kan aku selalu tulis 'deknon' tu dalam entry aku..

Err ko tak suka ke? Kalau tak suka nanti aku tukar lah ke perkataan lain..

10:46 AM  
Anonymous rain said...

sumie, bukan layan Xtended pun...baca review dik Aiele je laa..pastu imejin dlm kepala hehe
*Deknon pun deknonnn laaa tak kesah pon ;p

10:46 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Eh Sumie jgn salah tafsir la. I like! I like! ekcelli.

10:47 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Last night aku berkesempatan (eh cari kesempatan) tgk ulangan konset minggu lepas. Waduk pak ... kenapa lain benar ya dibandingkan waktu tengok/dengar kat stadium. Masa kat stadium tu cam bagus je. Dengar suara semua pun clear. Tengok performance Akma live dgn kat TV so much different. Tgk live dia rasa cam meremang bulu roma. Tapi malam tadi bila tgk kat tv .. cam hampeh je suara dia tau. Rasa cam nak kena pegi layan kat stadium lagi la minggu ni.

Apa agaknya kezzutan Aznil nak bagi ek konset nanti? Ella naik pentas masa Amylea nyanyi? Tak pun Once sambung Mawi nyanyi?? Awie tak mungkin la join Felix .. dia kan sibuk dgn kes mahkamah.

10:48 AM  
Anonymous aielemocnian said...

rasanya nanti af3 dpt warga baru...

marsya kena pegi spca...

masa marsya dpt tahu dia kena pegi tempat tuh dia mcm blur... mcm "biar btul cikgu ee nih?"

tp tak taulaa citer sebenar... tunggu diary2 slps ini...

10:48 AM  
Blogger SuMie said...

SitiIntanPayung,
kalo pegi stadium, bawak la banner kreatif, boleh kitorang kenal ko yg mana satu.

Aiele,
marsha pegi spca? apa 'spca' tu?

10:50 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

what is that spca?

10:54 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

ish Sumie .. aku ni low profile. duduk belakang2 tu je la. banner? tidak sama sekali ler. Paling2 pun aku lambai2 je la Mawi & Felix tu time last last tu.

10:55 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

tgk diary t/hari tak Sumie?

10:56 AM  
Anonymous Q said...

fuh... best plak drama sayang menyayang felix & akma nih... i like... sweet diorang berdua nih...

10:57 AM  
Anonymous kak ri said...

tapi tengok akma tersipu-sipu tu yg jadi klakar....mawi ngan marsha...belasah jer cakap...tengok yg 20/7 kul 1320 masa dia orang nak makan ayam....marsha ajak mawi share ngan dia...dengan nada manja "mawi nak kepak ke nak pahak"

10:57 AM  
Anonymous aielemocnian said...

haha! yg mawi ngan marsya tuh mmg sesaja nk ngacau pakcik kameraman... siap buat ayat, "ok kamera... fokus2" sblm buat adegan kunun2 romantik tuh...

bosan sgt kut... saje nk mengisi masa lapang...

10:58 AM  
Anonymous aielemocnian said...

spca tuh... alaaa... tak igt nama penuh dia... tp yg tempat jaga binatang2 mcm kucing, anjing, arnab, etc, etc... ke saya salah sebut... rasanya dh btul dah...

10:59 AM  
Blogger SuMie said...

Thanks Aiele.. hah aku tau dah amende tuh. Tadi Y dah bagitau. Hehehe.. maklum le aku nih jenis tak bela pet dan jenis tak suka pun binatang² nih. Pegi zoo pun tak berapa suka. Tu pasal laa tak tau mende yg sangkut paut dgn haiwan nih.

10:59 AM  

Post a Comment

<< Home