Thursday, July 21, 2005

Diari AF3 - 21 Julai: Bhg. 1

Kelas Adnan:
Marsha - part tinggi tu aku dengar macam tak berapa sedap, macam sengau pulak.
Akma - pun sengau gak, tapi untuk nyanyi lagu dangdut, sengau tu boleh masuk la kot.

Tetiba datang sekor Rimau besar masa diorang tengah praktis lagu Ladki. Masa memula nampak Rimau tu, Mawi gelak² jek, cam buat dek jek kat Rimau tu. Akma, Marsha, Felix & Yazer serbu & joget² Hindustan dengan Rimau yang sebenarnya maskot Maybank2u.com tu. Rimau tu ajak diorang turun ke tingkat bawah. Kelakar Rimau tu siap buat aksi Felix pusing² tangan lagik. Ada sorang pompuan buat iklan Maybank2u.com kat diorang. Habis pompuan tu buat iklan, Rimau besar tu kasi gift bags kat semua pelajar. Masa salam dengan Marsha, Rimau tu pegang tangan Marsha lama² macam tak nak lepas. Waahh.. Rimau gatal rupanya. Masa salam ngan Felix, Rimau tu siap peluk² Felix. Masa salam ngan Mawi, Mawi peluk Rimau tu sambil kata "Perut besar ni.. dah berapa bulan?!". Muahahaa..

Lepas tu diorang bergurau senda lak dengan Rimau tu. Diorang cakap, "Tiger.. tiger.. cuba menari sumazau!". Rimau tu pun buat tarian sumazau. Lepas tu diorang suruh Rimau tu menari Menuju Puncak. Rimau tu buat aksi gulung tangan ke bawah tu.. muahahaha.. pandai betul Rimau nih. Lepas tu Rimau tu buat twist Oh Fatimah pulak. Kelakar jugak la Rimau nih, cute jek nampak. Tapi cute² pun, kalau letak kat sudut rumah aku, mau tak leh tido malam dibuatnya.

Felix & Yazer buat sit-up. Yazer tu aku paham ler.. tapi Felix? Felix ada perut ke?

Lepas tu bebudak tu main baling² bantal dalam bilik tarian tu. Kefli baling bantal, yang lain² cuba lari mengelak dari kena bantal. Sapa kena, dia pulak kena jadi tukang baling bantal. Lepas Kefli, Mawi pulak. Lepas tu Amylea, lepas tu Felix.. lepas tu sapa tah lagi tak ingat dah, sebab kejap² dah bertukar orang. Termengah² diorang berlari mengelak bantal tu sampai tergelak² diorang bermain. Sebijik macam budak² tadika. Agaknya diorang dah boring tahap gaban dah tu sampaikan main baling bantal pun jadik jugak.. kelakar betul.

Linda Jasmin masuk ke akademi dan mengadu kat Tipahtipah, lagu Hindi tu susah nak buat sebab 7 minit, lama sangat tak tau nak buat apa, tapi dia kata dia akan cuba 'buat yang terbaik'.

Budak² tu praktis sendiri tarian Ladki sebelum Linda datang. Mak aihh, ada aksi melentok habis dalam lagu tu rupanya. Ada satu part tu pulak, semua pelajar duduk melutut dalam separa bulatan, Amylea sorang² kat tengah menari tarian Hindi. Kagum betul aku dengan budak nih. Dah la segala jenis lagu dia boleh bawak, segala jenis tarian pun dia boleh menari jugak. Lepas tu masa part akhir lagu tu, semua orang dok kat tengah² kelas, tetiba Mawi tercicir dok ber-kuch²-hota-hai sengsorang kat depan cermin. Laa.. tengah berlatih pun ko sempat berangan, deknon?

Masa diorang tengah makan, tetiba muncul Ibu Yusni Jaafar & Pak Hamid Gurkha turun dari atas tangga tu. Pelik bebeno banglo AF nih. Banyak betul pintu rahsianya. Ibu Yusni tengok lauk yang Mawi makan, dia kata, "Laa.. kesiannya makan lauk kicap dengan sayur jek?". Lepas tu dia kata (kat Yazer kot), "Along, pergi naik atas ambik lauk"

Lepas makan, pelajar² perempuan berborak dengan Ibu Yusni kat bilik Aktifkan. Amylea bercerita tentang dia dan mak dia. Marsha bagitau yang keluarga dia memang minat seni tapi takde peluang untuk expose. Akma pulak cakap dia biasa² jek, cuma kakak dia pengacara TV. Siapa ek kakak Akma?

Pelajar lelaki pulak berborak dengan Pak Hamid. Lepas tu semua pelajar berborak sekali sama² dengan Pak Hamid & Ibu Yusni dalam bilik tarian. Diorang berlakon satu babak dari filem Sikit Punya Gila. Dah lama gila filem ni, aku nengok masa kecik² dulu, tapi aku ingat jugak lah scene tu. Hamid Gurkha baru balik dari kerja, sorong basikal. Yusni Jaafar lak dok depan tangga rumah dia, tegur Hamid. Masa tu leher Yusni ni pakai apakebendanya tah namanya tu, alaa yang orang eksiden selalu pakai kat leher tu. Skrip diorang lebih kurang camni:
Yusni: "Baru balik Mid?" (suara garau macam jantan)
Hamid: "Jantan mana pulak tegur aku ni?"
Yusni: "Aku lah Mid"
Hamid: "Hahh engko.."
Yusni: "Seksi tak Mid suara aku?"
Hamid: "Seksi ke seksaaa?!"
Lepas tu Mawi & Marsha kena berlakon semula scene yangh sama. Tak menjadi sangat lah bagi aku.

Kemudian Pak Hamid berlakon balik scene dia berus gigi ikan tu pulak, dan suruh Kefli berlakon balik macam dia. Tapi bila Kefli buat, gaya dia bercakap tak jadi macam pakcik² membebel siang ikan, tapi jadi macam Mat Gian weng baru lepas hidu gam pulak.

Mawi lak bercakap style Pak Hamid, "Saya buat lawak nak cari makan, tapi kalau orang kata lawak saya lawak bodoh, saya peduli apa..". Rasanya ni memang dialog Pak Hamid sendiri, tapi tak ingat dalam rancangan atau filem apa.

Lepas tu sebelum balik, diorang bersalam². Yazer peluk Ibu Yusni sambil diperhati oleh Amylea. Nampak seolah² diorang macam dapat melepaskan rindu pada ibubapa sendiri melalui pertemuan dengan Ibu Yusni & Pak Hamid. Sempat diorang ramai² nyanyi lagu "Kudaku lari gagah beraniii..." depan Tipah. Kelakar habis. Bersungguh² Pak Hamid menyanyi. Ibu Yusni tanya Tipah,"Tempias tak Tipah?". Tipah angguk. Terus Pak Hamid merajuk tak mo nyanyi, bebudak sumer gelak ramai². Huhuhuu..

Aku sebenarnya terhibur dan pada masa yang sama tersentuh gak dengan paparan diorang bersama Ibu Yusni & Pak Hamid hari ni. Nampak diorang mesra, nampak macam ada suasana kasih sayang dalam lawatan kedua² orang pelawak veteran ni. Aku tergelak sebab kelakar, at the same time aku rasa nak menitik air mata nengok keikhlasan yang terpancar dari wajah dua artis veteran ni. So, kalau korang tanya aku samada diari ni patut ditonton, maka aku akan jawab - YA!

Semoga Allah memurahkan rezeki mereka, panjangkan umur mereka dan semoga jasa mereka dalam persada seni diberi penghargaan ketika umur mereka masih ada.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

19 Comments:

Anonymous eisya said...

Sumer citer diari kali ni best jer....nie mesti nak nengok!

11:52 AM  
Anonymous aidid5 said...

Wahh. kompim mao tgk diari ini malam. Budak2 kat dlm tu dah tensen abis. Bila ada pelawat cm aflin smlm n ari ni yusni n pak hamid tu, suka lah dia org. Bila dtg je pelawat, budak2 tu sure dpt habuan gak.:D
Yang pasti minggu ini memang mendebarkan. Tringat saat2 Linda keluar minggu ke 8.Masa tu dia di tempat pertama diknon.Tapi mungkin psl masa tu astro dah bajet cantek2 nak buat afmasuk. huhu. Skrg ni akma plak % dia naik tinggi tetiba.
Bagi akak lah klu betul astro bleh main plan2 ni, make sure sajalah Mawi tu jadi juara.:D Yang lain yg memang patut masuk final : Felix, Marsha n Amylea. Tempat ke 5 tu, tanya fans akma, sure da org ckp akma yg layak. Fans yazer akan ckp yazer n akak of kozlah kipli. hehe.
Yelah, 4 yg masuk tu memang calon paling layak, so tempat ke 5 tak kisahlah.tapi tak maulah psl nak selamatkan kifli,akma or yazer; marsha n amylea plak terkeluar.
Pepepun, tgk rezeki masing2lah.Bak kata badrulaftersix.
Dah rezeki Mawi jadik juara
Dah rezeki kipli masuk final.;))
Amin.

11:53 AM  
Anonymous aidid5 said...

aiseh eisya, ingat akak no 1 kasik komen. :D Tulah tulis panjang sgt. hehe. Gila kuasa, gila namaa. Semuanya gilaaaaaa. Felix, jgn spoilkan lagu wings tu tauuuu

11:54 AM  
Blogger SuMie said...

Wah.. lajunya Kaknon² nih mengomen. Terharuu saya.

Kak eisya, memang mesti tengok, Bukan selalu dapat nengok pelawak veteran diundang ke akademi. Lagipun dah lama tak nengok Ibu Yusni & Pak Hamid on TV. Sessi main baling² bantal dan kedatangan Rimau besar tu pun best jugak.

Kak Aidid,
sesapa pun terkeluar minggu ni, akan terasa kehilangannya sebab dah lama sangat nengok diorang. Lagipun yang tinggal tu semuanya yang perangai sedap mata memandang belaka. Tapi Kak Aidid janganlah prapp ye, sbb kalau ikut pilihan saya, Kepli tak masuk Top 5. Tapi tu pilihan saya jek. Dan pilihan saya tak penting pun sebab saya tak mengundi. Huhuhuu.. dan kalau Kepli masuk final pun, saya tak kisah. Bak kata akak, dah memang rezeki dia.

11:54 AM  
Anonymous kak ri said...

Astro tak banyak dah tunjuk dia orang practice.. tapi sebebnarnya memang semua kerja keras...tu la sumie, kak aidid kalau saper yg keluar this time i rasa sedih... either memang tak cukup vote atau astro sengaja nak keluarkan....apa-apa pun baru sekarang nampak dia orang close and belajar dgn tekun.

11:55 AM  
Anonymous eisya said...

Adoi aidid.....sapa yang lagi akak nie? takper lah sesekali tu tuleh ler semau-mau nyer kan? eh....I pulak yg gila kuasa kat sini....lebey dari tuan rumah pulak! sori ler sumie.....hehe

11:55 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Sumie .. sebelum sampai part nko kata nak menangis tu kan .. air mata aku dah bertakung2 baca review ni nko tau tak.

Aku ni sensitif sgt ke?

sob sobbb .. jab cari tisu jab.

11:56 AM  
Anonymous elf said...

waaaaaaaaaa...!!

11:56 AM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Siti..aku pun camtu...tak sempat tgk diari...tgk review Sumie...aku dah tergenang2 airmata di lautan...huk huk huk

11:59 AM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Ni aku ada terbaca artikel TsuMawi kat harakah..untuk renungan bersama.
http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=14805

12:00 PM  
Blogger SuMie said...

Kak ri,
tu la kan,, just imagining one of them will not be there minggu depan jek pun dah buat rasa sedih dah.

Kak Eisya,
mana ada lebih.. lebih pun takpe. Tak kisahnya.. meriah majlis. Bila lagik nak meriah. Musim AF jek lah kan kan..

SitiIntanPayung, Elf & Cik Odah..
Laa apa sebak² nih.. eh eh.. sedih ke aku tulis tuh.. eh eh.. jangan la.. kang korang nengok malam kang tak sedih, malu jek aku. Aku jek yg sentimentol tadi sebenarnya.. Mana ada sedih pun, kelakar sebenarnya..

Cik Odah,
thanks for the link.

12:00 PM  
Anonymous Hanim said...

berdebar-debar tunggu mawi nyanyi lagu pupus tu. Tengok gaya cam akan terkeluar anak tekak jer mawi nyanyi lagu ni. Bila la si mawi ni nak dpt lagu dlm wish list dier yerk? Rasa-rasanya semua lagu dlm wish list si mamat ni lagu nasyid kot...sebab tu la sampai skrg tak dpt2.
(Nak sgt dengar mawi nyanyi lagu permaidani dr aris ariwatan ataupun lagu kekasih dr kopratasa. Lagu Tuhanku dr zubir ali tu pun best gak. Mesti syahdu kalau mawi nyanyi lagu tu. "Tuhanku...cahayamu...panas dingin bagai (errr tak ingat laks)...Tuhanku, aku hilang bentuk,kembara di bumi asing...Tuhanku...pintumu ku ketuk...aku tak bisa berpaling....")

uhuk uhuk uhuk...cam nak namgis la plak bila ingat lagu ni...

12:05 PM  
Anonymous aielemocnian said...

akaaaaaaaaaak...

tertekan tgk mawi nari sri langkat!!!!

hahahaha!!!!

buruuuuuuuuuuk!!!

tak taulaa esok2 dia ok ke tak...

kesian gk tgk felix nyanyi... tp oklaa dia present dpn cikgu2...

tp yg x phm awatlaaa akma muka segan2 masa nyanyi ngan felix... hehehehehe...

mawi kalau dia kurangkan serak, rasa ok jer kut dia nyanyi lagu tuh...

kefli, akma pun mcm ok...

harap2 by saturday suara amylea ok...

marsya pun mcm sedap jer cik kak tuh nyanyi... tp mcm x all out... masih play safe kut...

tp tertekan tgk mawi nari sri langkat...

heheheheheh...

(saya suka sumer2 dlm tuh... nih saje jer buat bhn gelak ketawa... bkn nk kutuk mawi tau...)

12:06 PM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Saya cadangkan kite ramai2 tgk konsert akhir nak tak? Sumie, Siti, Y, kak aidid, cik zam, Q, Kak Ri., elf dan lain2 tuh...nak tak?

12:07 PM  
Anonymous kak ri said...

uit cik odah...kita ikut kita ikut...

hanim... lagu tuhanku...i suka that one... pulak kalau mawi yang bawak...best!... tengok poster mawi will peform kat palace of golden horses on aug 27.... sengsiang dia orang dah book mamat nih... sian dia takda rest..

12:13 PM  
Blogger SuMie said...

Cik Odah, Kak Aidid & Siti tu memang rajin pegi. Aku ni tak pegi kot. Sebenarnya, aku lebih suka nengok kat TV jek.. dan tak sampai hati lak nak tinggal Raha dgn hubby. Huhuhu.. ibu mithali.. ibu sejati.. tunggak pada keluarga bahagiaaaa... *nyanyi dengan tangan ala² bernasyid*

12:13 PM  
Blogger SuMie said...

Hanim,
hopefully Mawi boleh lah nyanyi lagu Pupus tu. Lately persembahan dia macam hilang sengat.. And lagu "Tuhanku.." tu, memang best. Rasanya a few singers gak yang pernah nyanyikan lagu tu kan?

Aiele,
kekekekeee... buruk bebeno ke Mawi menari? Eh.. lagi mau tanya, selama ni bukan dia menari lawa pun. Belasah jek laa deknon..

12:13 PM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Sumie .. aku sebak gak tengok diary mlm tadi tapi tahannn. mak aku ada kat sebelah. aku mmg tak leh nangis depan mak aku.

Hanim .. setuju banget aku kalau lagu Tuhan Ku tu dpt kat Mawi. Pastikan dia nyanyi tu .. masukk kat jiwa aku ni lalu every liang2 roma. mesti aku tabik spring kat chip tu.

Ala aku sekali je pegi stadium tu Sumie. Hmm mmg ketagih dah pun. Rasa besh plak tgk kat situ dibandingkan kat depan tv. Spirit tu lain jer rasanya. Cik Odah .. masalahnya .. aku tak dpt nak beli tiket awal. Mid Valley tu jauh gak la dr tempat aku ni. Tak pe minggu ni .. krim salam je la dulu.

12:14 PM  
Anonymous Q said...

cik odah... pegi konsert? tak kuasa aku nak berebut tgh org ramai tu... tgk tv lagi best...

12:14 PM  

Post a Comment

<< Home