Tuesday, July 26, 2005

Diari AF3 - 26 Julai: Bhg. 1

Mintak maaf yek kengkawan sekelian. Aku ter-over busy pagi tadi, tak dapat nak update cepat².

Diari bermula dengan paparan kelas Sham dimana Marsha diberitahu ada masalah dengan arrangement lagu This Boots Ain't Are Made For Walking tu. Jadi lagu Marsha akan ditukar dan akan diberitahu oleh tenaga pengajar nanti. (Sampai ke hujung diari aku tengok takde pulak ditunjukkan lagu apa yang menjadi ganti lagu Marsha tu).

Dipaparkan Yazer di dalam van yang dalam perjalanan ke Rumah Seri Kenangan. Yazer kata dia pernah buat aktiviti macam tu sebelum ni dan pengalaman tu bagi Yazer memang menyedihkan. Di Rumah Seri Kenangan, Yazer menolong sorang pakcik mencuci lantai koridor. Lepas tu dia tolong kacau nasi kawah kat dewan makan. Kemudian dia tolong siapkan meja makan pula. Kadang² kita leh nampak dari air muka seseorang samada dia tak suka ke, terpaksa ke, buat² suka ke bila di suruh buat kerja² macam tu kan, tapi bagi aku, air muka Yazer menampakkan dia ikhlas buat semua kerja² tu. Peminat² seperti Cik Odah pasti akan lebih tertawan dengan Yazer selepas ini.

Balik ke akademi, diorang ramai² menonton video lawatan Yazer ke Rumah Seri Kenangan. Marsha siap meleleh airmata lagik. Ada satu part tu Yazer borak dengan sorang makcik berumur 69 tahun yang mempunyai 5 orang anak, namun dia sendiri yang nak datang ke situ. Masa tu Yazer pun nampak macam sedang cuba mengawal perasaan dia. Uwaaa.. sedihnya..

Kelas vokal hari ni bersama Shahrul. Tengah cikgu bercakap, tetiba ada sekor tikus tumpang lalu atau mungkin nak join belajar vokal. Terjerit² lah Marsha & Amylea. Felix lak dengan selamba pergi cari mana Cik Ti tu menghilang. Sehingga ke saat ini, nasib Cik Ti tersebut tidak dapat lah aku pastikan.

Dalam kelas Adnan, Amylea & Marsha praktis lagu medley diorang. Amylea nampaknya lebih cepat menguasai melodi & lirik lagu tu berbanding Marsha. Aku rasa Marsha kurang mendengar dan menyanyi lagu² tu kot sebelum ni. Aku kesian lah kat diorang. Dah lah diorang berdua jek. Lagu² tu pulak semua yang jenis nak terkeluar anak tekak punya. Tough giler.

Dalam kelas Sham, yang lelaki praktis lagu Ghazal Untuk Rabiah. Lagu bebudak lelaki tu pun boleh tahan jugak susahnya. Tapi at least diorang berempat, dan lagu pun ada 3 jek, jadi bila dah dibahagi², beban tu mungkin tak seberat yang ditanggung dek Marsha & Amylea. Hopefully diorang mampu lah bawak semua lagu tu nanti. Alaa, kalau susah² sangat pun, diorang miming jek la nanti kan? Bukan tak pernah buat pun kan kan kan? Huhuhuu..

Rakaman Yazer di Rumah Seri Kenangan menjadi penutup diari, dengan iringan petikan gitar dan nyanyian lagu Anak oleh Felix, disambung nyanyian beramai² pelajar lelaki lain. Sebaknya masa ni.. Akhir sekali Yazer berpesan, "Mereka tak punya sapa², jadi anda semua ingatlah.. jangan abaikan ibu bapa.." (ada lagi sambungan dia, tapi aku dah lupa lak).

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home