Diari AF3 - 5 Julai: Bhg. 1
Bermula dengan kelas Siti Hajar. Pelajar² buat bubbling. Siti Hajar sentuh pasal sebutan mesti jelas, pernafasan, latihan dan sebagainya. Takde yang menarik.
Kelas Adnan:
Ekin - dari apa yang ditunjukkan tadi, aku dengar okay, sedap jek. Mungkin part yang tak itunjukkan ada banyak silap sebab Adnan suruh Ekin belajar lagi melodi lagu tu.
Kefli - aku setuju dengan komen Adnan, lenggok nyanyian Kefli untuk lagu tu agak kurang menarik.
Amylea - kata Adnan nyanyian Amylea kurang dinamik. Aku rasa lagu ni melodi dia senang jadi sumbang kalau tak praktis betul². Tapi aku yakin dengan kegigihan protege Skru nih. Lagipun masa dapat lagu ni semalam dia nampak seronok dan kata "Sedapnya!!". Bila kita dapat lagu yang kita suka dan dirasakan sedap, ianya satu kelebihan untuk pelajar yang rajin macam Amylea.
Felix - tak dengar sangat suara Felix. Lagu ni banyak menggunakan low tone Felix. Jadi, minggu ni aku harap dapat tengok persembahan yang berlainan dari Felix.
Kelas EE - Yazer buat persembahan dengan Ekin sebagai model. Saja la tu kan, taktik supaya telenovela 'YaKin' ni dapat dihidupkan lagi. Anyway, padan pulak aku nampak Ekin dengan Yazer nih.
Aidil berbual² dengan Tipahtipah. Dia tunjuk kat Tipah loket rantai dia yang tertulis nama JUNE. kata Aidil June tu kawan dia. Mesti kawan special kan, kalo tak, takkan letak loket nama dia kat rantai. Aku pun pakai loket nama sendiri jek kat leher aku. Tak terpikir lak nak letak nama PEJOL ke, FAIZUL ke, RIZAL ke.. huhuhuuu...
Aidil bagitau Tipah, dia ada banyak cerita sedih dalam hidup dia. Sejak kecik, dah macam² yang dia nampak dan lalui memandangkan parents dia tidak lagi bersama. Mak dia pergi meniaga bawak sekali dia, abang dan kakak dia. Balik rumah nengok mak dia kira duit meniaga. Masa darjah 4 lagi dia dah tolong mak dia meniaga. Dia pernah duduk dan meniaga nasi ayam bersama mak dia di Taman Sri Gombak (kalau tak silap aku la dia cakap tadi). Slowly, kehidupan keluarga dia menjadi lebih baik, jadi dia kata insyaAllah, kalau hidup dia senang, dia takkan mudah lupa diri. Gitulah lebih kurang cerita dia. Aku rasa paparan ni boleh menaikkan sedikit undian Aidil.
Di meja makan, pelajar lepak² bersama Asrul. Mawi berlakon ala² DJ radio. Akma lak jadi caller dari Indonesia. Pandai Akma cakap macam orang Indon. Akma cakap dia minat banget sama Mawi sampai enggak bole tidur malam. Lepas tu dia cakap minat juga sama Felix. Kelakar gak tengok scene nih. Boleh laa kalau korang nak stay-up nengok ulangan. Aku hope dengan berkurangnya bilangan pelajar perempuan, Akma akan menyerlah sikit. Boleh lah dia dapat lebih sikit undi untuk bawa dia ke final. Macam Liza dulu, dah hujung² baru dia menyerlah. Sejak diari semalam aku nampak muka Akma cantik berseri². Dah pandai sikit budak² tu mekap selepas kedatangan Zulfadzli hari tu. Cam tu laaa.. I like.. I like..
Lepas tu diorang bercerita pasal mengigau. Tah la aku tak dapat tangkap apa yang diorang borakkan. Rasanya Mawi cakap ada someone mengigau sebut "Akma.. Akma..". Tak tau la Mawi cakap pasal diri dia atau pasal Kefli atau orang lain, dan tak tau lah diorang bergurau atau betul², sebab lepas tu budak² perempuan macam ketawa² & Akma nampak macam malu² pulak.
Kelas seni persembahan di bawah Asrul pulak hari ni. Marlia dah bagi tugasan untuk pelajar² melalui Asrul. Kefli & Amylea kena jadi DJ radio, Felix & Akma sebagai artis jemputan. Marsha, Ekin, Aidil & Yazer sebagai pemanggil. Mawi pulak jadi iklan. Ada sekali tu Kefli tanya Felix datang ke studio naik apa, datang sekali dengan Akma ke asing²? Felix jawab, dia naik keter, nampak Akma follow belakang, Akma naik scooter. Huhuuu.. ada jek modal Felix ni buat lawak. Tengah diorang berlakon tu, muncul Kiran & Farah Fauzana. Kiran dah berambut pendek sekarang. Macam zaman sekolah dulu pulak aku nengok.
Farah terangkan yang diorang adalah 'Penyampai'. Diorang tak pilih lagu, cuma bercakap jek, berbeza dengan seorang 'Deejay' yang memang pilih sendiri lagu, pasang lagu dan bercakap at the same time. Kiran suruh Yazer cuba cakap macam penyampai Era dengan bahasa standard, tanpa ada bunyi percakapan orang Sabah. Lepas tu Mawi pulak disuruh jadi penyampai yang menjawab panggilan seorang caller (Farah Fauzana).
Sebelum balik, Kiran & Farah bagi diorang satu sorang gift bag Era. Semua pelajar beramai² cakap terima kasih kat Era depan kamera. Bila semua dah beredar, Mawi datang balik depan kamera dan suruh bawak penyampai² Era yang lain pulak ke akademi - Halim Othman, Linda Onn, Rustam, Khairil, Nila Kurnia, Kudsia Kahar.. semua disebutnya lah kot.
Kalau nak tengok gambar² diari hari ni, klik Y.com, okay!
Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home