Wednesday, July 06, 2005

Diari AF3 - 6 Julai: Bhg. 1

Kelas Cikgu Marlia:
Marlia mainkan muzik dan suruh sorang demi sorang pelajar membuat sebarang pergerakan mengikut interpretasi diorang sendiri terhadap muzik yang dimainkan.
Yazer - macam tengah buat senaman yoga or tai-chi.
Kefli - macam berenang.
Ekin - menari.
Aidil - lebih kurang macam Yazer, cuma macam ada campur taekwon-do sikit.
Akma - menarik, macam tengah berlakon teater muzikal.
Marsha - macam pontianak harum sundal malam tengah menggoda Mawi.

Kelas Cikgu Adnan:
Kefli - layu semacam jek aku dengar. Kefli kata dia tak reti nak buat lenggok lagu Asli. Adnan menyamakan cara nyayian lagu asli dengan minum kopi taruk susu nak kasi kopi tu lemak² sikit.
Amylea - okay.
Marsha - menyanyi dengan piano. Setakat ni, apa yang aku dengar Marsha sekadar menyanyi dengan melodi yang betul dan main piano dengan chord yang betul. Tapi petikan piano Marsha macam mendatar jek, tak ada soft touch & hard touch or pressure (or whatever lah music term nya). Tapi diari tadi adalah aktiviti hari Selasa, so kira masih awal lagi lah. Kalau lebih praktis, aku rasa persembahan Marsha akan lebih umph lagi.

Mawi cakap kat Tipahtipah dia nak mesin cukur rambut sebab rambut dah panjang. Dia mintak yang murah² jek.

Lepas tu Tipah cuba korek rahsia dari Aidil pulak. Aidil tanya Tipah nak tau pasal apa? Pasal Aidil? Tipah geleng. Pasal lagu? Tipah geleng. Last² Aidil dapat tangkap gak yang Tipah nak tau pasal Ekin. Aidil kata Ekin syok kat Yazer. Kantoiii.. Kata Aidil, mana tau dah keluar nanti jadi macam Anding & Nurul (Anding & Nurul? Salah lah Aidil.. Anding & Edlin lah..). Lepas tu dia tunjuk kat Yazer kat dapur, Aidil kata Yazer pun cam ada hati gak kat Ekin. Muahahaa.. best best best. Kata Aidil dia suka tengok Ekin dgn Yazer (akak pun suka deknon). Aidil kata lagi dia banyak simpan rahsia, dia memang kaki simpan rahsia. Iyolah tu.. dah kasitau Tipah tu takdenya jadik rahsia lagik deknon.

Lepas tu masa Amylea tengah pakai kasut depan pintu, bersiap² untuk kelas tarian, sekali lagi Tipahtipah menggerak²kan 'bodi'nya sebagai tanda nak bercakap dengan Amylea. Amylea tanya Tipah nak apa? Kebetulan masa tu Ekin lalu. Tipah fokus kat Ekin beberapa kali, tapi Amylea tak dapat tangkap. Lepas tu Mawi lalu, Amylea tanya Mawi, Tipah nak apa? Mawi pun tak tau jugak. Akhirnya Tipah tak dapat korek rahsia sebab Amylea kena pergi kelas tarian.

Kelas Cikgu Linda:
Untuk lagu Ekin, Felix pikul Ekin kat bahu dia. Hmm.. bahaya bab pikul² ni. Rasanya masa AF2, masa minggu Nurul kena pikul lah dia terkeluar. Ye kan? Lagu Lucky tu kan? Ye kan? Semoga Ilham sediakan panadol banyak² sebagai persediaan kemungkinan jatuh demam lewat malam Sabtu nanti. Huhuhuu..
Masa Ekin tengah praktis dengan kawan² dia, kat belakang kelihatan Aidil tengah buat push-up. Lepas tu Yazer join dia buat sit-up pulak. Hmm.. rajin bebudak ni jaga badan.

Aidil & Marsha duduk kat meja makan sambil minum teh & makan kuih, tengah minum petang kot. Diorang borak² pasal main piano. Aidil kata Marsha bagus. Marsha kata Aidil lagi bagus. Tengah diorang borak² tu tiba² kelihatan sesorang berlari meluru ke dapur. Aidil cakap, "Ha!! Muntah! Muntah!". Rupa² Yazer muntah sebab buat sit-up lepas makan tegahari, lepas tu masuk kelas menari pulak. Hoh, baru tadi akak nak puji sebab rajin jaga badan.. Kalau sampai muntah² tu dah tak betul la pulak caranya tu. Tapi Aidil tak muntah pulak. Agaknya Aidil dah biasa kot.

Kelas Sham Kamikaze:
Dia cakap pasal 'patah lagu'. Tah laa, aku tak paham lak amende 'patah lagu' tu. Sham suruh Mawi nyanyi lagu Memori Cinta Luka dan Felix sebagai backup. Lepas tu Felix nyanyi lagu Smooth dan Amylea sebagai backup. Lepas tu cam biasa diorang ramai² menyanyi lagu Menuju Puncak.

Penutup diari - kamera dari asrama pelajar perempuan menunjukkan Marsha panjat kerusi dan lap kamera, macam aksi Farah masa AF2. Aku tengok tu, aku rasa biasa² aje, nampak natural jek lah. Tapi aku rasa, orang yang tak suka Marsha mungkin akan kata Marsha saja tiru Farah sebagai taktik untuk dapatkan perhatian kamera. Ekin & Marsha buat muka hodoh depan kamera. Memang hodoh.. huhuhuuu..

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home