Thursday, July 07, 2005

Diari AF3 - 7 Julai: Bhg. 1

Diari tengahari ni dari minit pertama sampai le ke minit 30 memang pasal Amylea jek. Amylea menangis di sebalik Mr. Bola² tu. Asrul cuba pujuk Amylea supaya meluahkan perasaan dia kat Tipahtipah. Amylea taknak. Lepas tu dia pergi masuk toilet. Asrul cuba halang dan bawa Amylea keluar semula dari toilet.

Dasat gak Amylea nangis. Dia cakap dia malu, dia nak balik rumah, tension, give-up, takut, benci dengan diri sendiri. Aku nampak memang Amylea macam tertekan sangat.

Ekin cuba memujuk. Kemudian Cikgu Siti Hajar pulak. Siti Hajar suruh Amylea berdiri, pandang muka dia dan bagitau kenapa Amylea menangis. Dalam menangis² tu, Amylea asyik cakap dia takut. Macam susah sangat nampaknya Amylea nak angkat badan dia dari lantai maupun angkat muka dia memandang Siti Hajar. Kefli & Felix datang cuba tarik Amylea bangun dan cuba papah dia ke sofa. Amylea masih lagi tutup muka dia mengelak dari pandang muka kawan².

Kefli cuba slow talk, cakap yang diorang tegur sebab sayang, sebab mereka kawan. Marsha pun cuba memujuk dengan memberi contoh diri dia sendiri yang rasa down sangat masa mula² masuk akademi. Tiba² Amylea bangun dan bawa diri ke toilet semula.

Dalam toilet (tak nampak muka diorang cuma dengar suara je), Ekin cuba pujuk Amylea. Macam² yang Ekin katakan untuk pujuk Amylea, yang aku rasa tak sangka pulak datang dari mulut Ekin. Kedengaran macam matang je bila dengar Ekin berkata² dari dalam toilet tu.

Masa ni kelihatan Akma di dapur basuh tangan ke basuh mug ke. Kemudian Akma ketuk pintu toilet dan tanya sapa kat dalam. Akma kata Asrul panggil diorang keluar suruh makan. Hmm.. kalau tengok masa ni mungkin nampak macam Akma tak kisah jek dengan apa yang Amylea sedang lalui.

Kemudian kita ditunjukkan Mawi melaporkan pada Tipah bahawa mereka semua dah meluahkan apa yang terbuku dalam dada mereka sehinggakan menyebabkan ada sorang pelajar yang feel down. Tapi diorang dah bersatu padu untuk meneruskan perjuangan.. bla bla.. whatever lah Mawi. Aku rasa Mawi ni bukan pandai sangat menyusun kata. Dia cakap depan kamera tu pun, ayat dia dibantu oleh Kefli & Asrul. Tapi aku faham lah yang apa yang dia cakap tu hanyalah sekadar membuat laporan untuk hari tu selaku ketua pelajar. Anyway yang ni aku rasa mungkin paparan awal pagi tadi, bukan diari semalam masa Amylea nangis² tu sebab baju dia pun dah tukar.

Kembali fokus pada Amylea, semua pelajar duduk mengelilingi meja makan, Asrul suruh diorang pegang tangan kawan di kiri kanan masing². Amylea masih lagi tak angkat kepala. Aidil pegang tangan Amylea tapi Amylea macam tak pegang la tangan Aidil tu. Asrul bagi kata² nasihat untuk Amylea & untuk semua juga. Amylea bangun dan lari lagi. Kawan² datang pujuk lagi.

Masa tu Akma bagi nasihat yang aku rasakan tegas tapi berkesan. Akma cakap kalau Amylea terus menangis, setan lagi suka. Masa nangis tu lah setan kacau dengan berbagai perkara negatif. Amylea cakap - tak nak dok sini, tak boleh buat. Akma cakap lagi, bila Amylea kata tak boleh, maka tak boleh lah jadinya sedangkan Amylea sebenarnya kuat. Dalam banyak² nasihat dan kata semangat yang diberikan, aku rasa kata² Akma lah yang paling berkesan untuk memberi semangat pada Amylea.

Kalau pada awalnya mungkin penonton rasa semacam bila nengok Akma macam buat dek jek, tapi selepas dengar balik nasihat Akma pada Amylea, mungkin akan kembali neutral. Tapi ni kalau penonton neutral lah. Kalau penonton tu memang tak suka Akma atau penyokong kuat Amylea, mungkin makin bertambah tak suka kat Akma. Tapi aku sendiri ok jek lah nengok Akma tu.

Bila penonton tengok scene nangis² nih, aku rasa samada orang akan kesian sesangat kat Amylea atau tak suka terus. Yang tak suka terus mungkin menganggap Amylea ni memang bermasalah kemudian tak kuat semangat pulak nangis² mintak kesian. Tapi, aku pulak jatuh dalam kategori yang kesian sesangat.

Aku bayangkan kalau adik aku kena kurung kat asrama, putus hubungan dengan dunia luar, jadual pulak padat, kena pulak Amylea ni jenis yang kerja keras nak sempurnakan tugasan setiap minggu, sekali kena pulak sound bertubi² dengan the only friends yang dia ada kat situ, tak dapat pulak mengadu pada keluarga. Dah tentulah dia rasa lonely, rasa macam tak ada orang suka kat dia. Tambah lagi dia sedar ada kamera yang merakamkan semua tu. Dalam kepala mesti fikir, semua penonton kat luar mesti dah tengok apa yang pelajar² lain komen tentang diri dia. Mesti dia rasa malu, rasa macam penonton² di luar pun pasti akan benci dia jugak. Tambahan pulak dia rasa dia tak cantik, jadi pastinya tak ada apa yang ada pada diri dia yang boleh membuatkan diri dia bertahan dalam akademi. Sebagai seorang yang sentiasa bekerja keras (ni yg aku nampak lah), Amylea mestilah nakkan segalanya berjalan lancar dan sempurna. Bila jadi macam tu, dah tentu² semangat dia jatuh sampai rasa tak boleh nak teruskan lagi dah. Dalam kepala dia mesti berserabut fikir macam² perkara negatif yang menyebabkan dia lebih tertekan dan hilang semangat, hilang harapan.

Berkenaan sikap dia yang tak disukai tu, aku rasa berpunca dari sifat dia yang mahukan segala²nya sempurna. Orang putih kata 'perfectionist' lah. Amylea sedar dia kekurangan dari segi paras rupa. Apa yang dia ada hanyalah bakat dan dia cuba sedaya upaya untuk menggunakan segala apa yang dia ada untuk membuat persembahan terbaik bagi menambat hati penonton dan undian. Dia banyak bertanya itu ini tu pun aku rasa lah disebabkan dia memang bebetul nak belajar. Cuma tang dia tolong jawab soalan pelajar² lain tu, yang tu aku pun tak suka. Dan mungkin cara orang utara bercakap kedengaran agak kasar bagi sesetengah orang yang tak biasa, atau tak tau lah, mungkin Amylea memang jenis cepat melenting tapi dia sendiri mungkin tak sedar pun bahawa dia ada sikap macam tu.

Penutup diari menunjukkan yang Amylea dah berhenti menangis, dan duduk makan di meja ditemani kawan²nya. Felix konon²nya waiter yang amik order dari pelanggan. Biasalah kalau dah Felix, lawak la jadinya. Ada ke menu special dia Kangkung Masak Rendang? Kekekekee.. Kelihatan Amylea yang sedang makan pun dah mula tersenyum semula.

Apa pun paparan semalam dan hari ini memberi sedikit kesan pada peratusan pelajar hari ni. Pagi tadi aku nengok Amylea 7%, dah meningkat pada 8%. Akma pula dah jatuh di tangga terakhir dengan 7%.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home