Friday, July 08, 2005

Diari AF3 - 8 Julai: Bhg. 1

Ekin menangis.. laa scene nangis² lagik ke? Takde la nangis golek² depan pintu macam Mak Dara merayu Kassim Selamat tu kan, cuma dia nampak macam tengah bersedih sambil dipujuk oleh Yazer (makan hati lah ko Cik Odah). Terdengar Yazer cakap, "Belum terlambat lagi laa.." Apa yang belum terlambat? Maksud Yazer sebenarnya, belum terlambat bagi Ekin untuk memiliki hati Yazer.. chewaahh (makan hati lagik laa ko Cik Odah). Takde la, sebenarnya kata Aznil, Ekin tengah tension untuk persembahan konsert besok. Mungkin Ekin belum bersedia kot. Untuk mengubat hati Ekin yang duka lara tuh, Yazer menemankan Ekin tengok album gambar bersama² (nampak romantik tau Cik Odah, macam zaman ko bercinta masa Tingkatan 5 dulu). Nampak Ekin ceria sikit. Pandai betul Yazer amik hati Ekin (tambah lagi hati tu untuk dimakan ye Cik Odah).

Pelajar² membuat persembahan di depan pengetua dan tenaga pengajar.
Aidil - aku suka dengar Aidil nyanyi lagu ni. Aku rasa sesuai dengan suara dia. Macam Sudirman lah. M. Nasir & tenaga pengajar tegur ekspressi muka Aidil yang tak menepati cerita dalam lagu tu.

Yazer - nyanyian dia okay. Masa Yazer tengah nyanyi, kamera fokus kejap kat muka Ekin di belakang (sabar ye Odah). M. Nasir kata Yazer tak perlu illustrate setiap perkataan dalam pergerakan dia untuk mengammbarkan cerita dalam lagu tu, kerana lirik lagu tu sendiri memang dah bercerita.

Marsha - nyanyian Marsha okay tapi petikan piano dia masih tak ada feel. Harap² Astro akan bawakan seorang pemain piano untuk iringi persembahan Marsha sebagai kejutan. Tapi tah la, takut kalau orang lain yang main, kang tak masuk pulak Marsha menyanyi sebab tak praktis sekali.

Kalau minggu lepas Felix jadi pengacara, minggu ni Akma pulak. Mula² tu Akma pegang mic, jari dia gerak² macam dia biasa buat masa menyanyi tu. Rasanya aku dengar suara M. Nasir kata, "Jadi pengacara pun kena jaga tempo jugak?". Lepas tu Akma bercakap macam pengacara Indon bernama Sumarni pulak. Kelakar laa, macam Indon betul. Aku perasan bila Akma cakap gaya Indon tu, perwatakan dia menyerlah sikit.

Bersama Puan Fatimah, Felix berlatih menyanyi lagu Inggeris nya sambil berlari² anak mengelilingi bilik tarian tu.

Marsha & Akma basuh pinggan bersama Cikgu Marlia. Err.. Marlia tak basuh pinggan, dia tengok jek budak 2 orang tu basuh pinggan. Perbualan diorang lebih kurang macam ni lah:
Marlia: "Amylea dah okay?"
Marsha: "Amylea okay. Actually sejak Amy keluar tu, dia dah okay dah"
Marlia: "Habis yang semalam tu apa puncanya?"
Akma: "Sebenarnya mula² tu cikgu suruh Kefli betulkan kerusi dia, lepas tu Amylea pulak macam arah² Kefli. Kefli cakap, jangan lah marah², lepas tu Kefli start lah sound dia. Bila sorang dah cakap, yang lain pun mula sama luahkan perasaan masing²"
Kemudian Marlia cakap pasal perbualan dia dengan Amylea semalam. Then Marlia bagi contoh macam Aidil, mula² dulu dia macam tak okay dengan orang, tapi sekarang dah berubah. Marlia kata lagi, Aidil tau yang orang tak nak ikut cara dia, jadi dia lah kena ikut cara orang.

Dalam kelas tarian, untuk satu part lagu Menuju Puncak tu, Linda suruh pelajar² gelek²kan pinggul mereka dengan tangan dihayun kan ke atas. Linda kata Yazer buat very good. Dia suruh semua plajar clap for Yazer dan suruh Yazer buat sekali lagi. Yazer buat juga walaupun nampak muka dia merah padam malu² (jangan lupa tengok Yazer gelek pinggul ye Cik Odah).

Puan Fatimah mengadakan sessi motivasi untuk pelajar². Diorang dok dalam satu bulatan, berpegangan tangan sementara Puan Fatimah cakap pasal mengejar cita², ibu-bapa, keluarga di rumah, keluarga di akademi. Sejak dari AF1, aku rasa Puan Fatimah lah yang paling cemerlang sebagai tenaga pengajar. Cara dia mengajar maupun cara dia memberi motivasi bagi aku adalah yang paling memberi kesan pada pelajar. Walaupun lemah lembut, tapi tegas dan aku nampak dia mendidik dengan kasih sayang.

Pelajar² kemudian dibenarkan membuat panggilan kepada keluarga masing² ditemani Puan Fatimah (bukan Pengetua).
Ekin - bercakap dengan emak dia. Kelakar bila dengar mak Ekin cakap, "Belilah bulu..". Mak Ekin suruh dia buat persembahan macam masa dia nyanyi lagu omputih hari tu.

Kefli - bercakap dengan abah dia. Abah dia cakap "Teruskan perjuangan! Teruskan perjuangan!". Wahh.. macam nak gi perang lak pakcik nih. Mula² abah Kefli macam nak bagitau Kefli yang Kefli dah berjaya menduduki tempat ke-3 (mungkin Abah dia maskudkan kedudukan lepas konsert minggu lepas). Tapi Kefli macam tak faham pulak. Then abah dia suruh dia anggap tenaga pengajar tu macam mak abah juga.

Marsha - mungkin bercakap dengan mak dia. Dia bagitau yang dia kena menyanyi sambil main piano.

Felix - bercakap dengan mama dia dalam bahasa Dusun. Bila dah habis, Puan Fatimah tanya apa yang mereka bualkan. Felix kata, mak dia pesan jangan nakal², jangan gaduh² dengan kawan dan mak dia sentiasa doakan dia.

Akma - berbual dengan mak dia. Mak Akma kata, "Kak Chik nyanyi feeling lah sikit".

Yazer - abah dia suruh buat baik² dan enjoy. Hmm.. Yazer pakai baju turtle neck warna hitam. Nampak hensem dan nampak dah slim lah (aku tau Cik Odah mesti tersengih² baca ni dan tak sabar² nak balik rumah nengok Yazer).

Mawi - aku tak pasti dia cakap dengan sapa. Dengan mak dia ke, adik dia ke, kakak dia ke, tunang dia ke.. hehehee.. tapi ngan pompuan lah. Orang kat tepon tu tanya, "Apa kabo?", "Kaki engko dah ok ke?" (takkan tunang lak cakap 'aku-ngko' ek?), "Joget keras lagi ke?", "Belajor betul², mak sihat semua sihat". Ejaan 'kabo' & 'belajor' tu memang aku sengajakan sebab orang dalam telepon tu memang cakap macam tu. Orang Johor memang cakap cam tu kan..

Aidil - mama dia bagi nasihat, jangan putus asa. Dalam pada mama dia dok bagi nasihat tu, Aidil sempat tanya, "Ma dah makan ke?" Caring betul lah Aidil ni.

Amylea - bagitau mak dia yang dia stress sikit (suara Zur Eda ke tu?). Mak dia cakap, "Jangan biarkan rasa rendah diri menjatuhkan kita. Depa tak faham kak, kak kenalah cuba faham depa.." lebih kurang cam tu lah.

Tamatlah diari tengahari ni. Tengoklah gambar² diari hari ni dari Y.com. Jangan marah ye Cik Odah, hari ni banyak pulak nama Cik Odah enterfrem. Tapi Cik Odah, aku masukkan nama Cik Odah dengan tujuan bergurau tanpa sebarang niat jahat tersirat di hati. Bukan macam sesetengah orang yang masukkan nama orang lain dalam blog entry diorang dengan tujuan seolah² sengaja nak ambik kesempatan memalukan orang lain. Tapi sukati orang lah nak buat apa kat rumah diorang, banglo diorang, istana diorang. Bak kata pepatah sorang kawan, biarlah babi terjun dengan labunya.. eh.. I mean, Labi..

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

26 Comments:

Anonymous Emy said...

Wajib tgk diary malam nie. I Love Yazer!!!

2:25 AM  
Anonymous eisya said...

Ekin nie biar betul....skrg mmg dah sah antara dua...hehehe

2:26 AM  
Anonymous Uncute said...

rasanya kalau sah lah antara dua tu..mesti cik odah gelang makan hati..jgn marah cik odah. Si X tu pun sama gak makan hati.

X: jgn marah tak per E lagi satu kan ada lagi..penadai kau pilih ye X

2:27 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Tq Cik Sumie. Err .. tak nak tgk kat stadium ke .. tgk Mawi live gitu. I tot nak pegi minggu ni ... ada kawan boleh bawak kita org ke back stage lagik. Leh aku ambik gambar ngan Mawi kalau ada kesempatan. Tak cemburu kan Cik Sumie. Tapi malangnya ... hp aku tak de kamera .. huhuhu. Jadi kao tak da sbb nak cemburu kan.

Anyway .. enjoy reading your review. Kekadang engkau buat aku gelak terguling2 sorang2. Kira kau la penglipurlara ku di kala ini Cik Sumie. Labbiu.

2:28 AM  
Anonymous cik zam said...

akak punye last paragraph mmg best betul..dah 2 3 entry ni saye mmg berkenan betul ngan last para..huuhuh

pandai tul akak tutup cite entry akak ..ahaks!

siti,
jelesnya!!!..saya kalo nak gi tgk kat stadium nak seat depan...byk no demand...susah² tgk dr rumah jer..huhuuh

2:30 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Cik Zam ... aku nak pegi ni pun sbb ada org janji leh bawak pegi back stage tu. Kalau tak .. tak kuasa susah2 redah lautan manusia. buat susah2 je ... uhuks uhuks. Ni pun .. kalau ada kosong kat seat depan2 tu (sepaling depan yang boleh .. boleh tu tatap wajah Aznil puas2 .. wahaha) aku mencelah je la kat situ. sshhh ... aku masuk tak pakai tiket ni.

2:30 AM  
Anonymous aielemocnian said...

akaaaaaak... lama x baca... heheh... internet nya rumah kena potong... baru jer sambung balik...

tp yg last paragraph tuh x paham... tp xpelaaa...

2:31 AM  
Anonymous y said...

aile patutla menyepi, welcome back!

2:32 AM  
Blogger SuMie said...

K.E, sah ke Antara Dua? Memang dia dah tunang ke?

Uncute,
statement last ko tu patut diakhiri dgn larian marathon 4 x 100.. Tapi betul la kan.. X jgn patah hati ye. E kat dalam tak dapat, E kat luar kan ada.. *lariii.. yah yah yah*

SitiIntanPayung,
thanks for reading. Aku ni minat tu memang le minat, tapi lagi suka nengok depan TV jek. Boleh golek² dengan bantal golek. Kalo cik siti jumpa Mawi, kirim salam la ek.. chewaahh macam la dia kenal aku. Kalau tak jumpa Mawi, ko jumpa backup dancers dia, kasi sarung tangan sorang sepasang, suh diorang pakai kalau lengkali diorang kena backup persembahan Mawi.. huhuhuuu

cik zam,
akak pun berkenan dengan penutup aka.. boleh gitu? huhuhuu

Aile!!! Patutlaaa ilang. Tapi bagus jugak takde internet tuh. Leh ko concentrate study. Exam dah abis ke?

2:32 AM  
Anonymous Q said...

sumie... memang pedas conclusion itu... cik odah... femes nama kau hari ni ye...

2:33 AM  
Anonymous CikOdahGelang said...

alahai femes aku hari ni ...itu yang mak ikan ni jadik gedek2 bila diari tunjuk gbr yazer..kalau telenovela dia dgn ekin pun odah feel sorang2...ala perasan ekin=odah la tuh...hehehe...anyway tankiu sumie memfemeskan diriku yang kecintaan dengan yazer ni..anyway seminggu odah takleh tgk diari dan of coz tak dapat tgk YAZER berkonsert 2 kali sabtu...huwaaaaaaaa.....odah ada kursus dan sure2 nak tgk internet kat sana mahal giler.

To E... nampaknya yazer pun kena nyanyi ANTARA DUA la untuk kiter or ANTARA TIGA?

2:33 AM  
Anonymous aielemocnian said...

haha!!! exam x start lg... tp assignment bersepah2...

tp dh tgk dh full version sesi bersidang tuh...

gila aaa mawi... kalau saya jadi amylea pun sy rasa mcm nak terguling2 kalau kena tego camtuh...

org lain ada gak cover2... tp si mawi nih...

"ko yg paling bermasalah! pertamanya.... keduanya..."

siap buat list... xde ayat lapik2...

serius kalau jadi amylea kalau jadi macam tuh mmg down abeh laa...

lagi satu yg saya igt... felix ckp kengkadang dia meluat ngan ekin... sbb depan cikgu malu2... blakang cikgu suka mengelejat buat iklan...

baru tgk tuh jer menjak ada internet... skang server astro tgh down... cis astro...

exam hujung bulan 7... hehe... pastuh cuti... lalalalalla...

2:34 AM  
Anonymous kak ri said...

tak perasan mawi pegang tangan saper tadi masa sessi ngan cikgu fatimah... tapi so far i like her class...tak yah jerit-jerit...org leh ikut kata. Psstt...skru mana?

2:34 AM  
Anonymous eisya said...

Mawi pegang tangan Amylea n Akma.....hehe....

Sumie, I tak tau ler how far its true...tapi ade gak org cakap dia sepatut nyer kawin bulan Julai nie....ntah ler.....

2:35 AM  
Blogger SuMie said...

K. Eisya, sapa yang patut kawin July ni? Mawi ke Ekin? Konpius sat.. sbb ayat pertama K.E pasal Mawi, tapi mungkin juga ayat kedua K.E tu utk menjawab soalan saya pasal Ekin..

2:35 AM  
Anonymous aielemocnian said...

tgk meeting cikgu... cikgu adnan mmg byk bela amylea.... dia ckp bebdk nih buat komplot nk menjatuhkan amylea...

tp di saat nih kak sumie makhluk yg bersalah dlm hal ini ialah si asrul tuh....

dr azahari dh ckp pasni xde forum... no more... forum nih bahaya... sbb xde fasi... rupanya harituh doktor dh ckp kat krew jgn suruh bebdk nih buat forum lg lps yg forum sblm nih...

tp suka m nasir... dia diam jer.... tp last2 dia ckp, "ckp byk2 nih... apa penyelesaian dia?"...

marlia takut dia jadi pilih kasih... sbb dia memula nk suruh budak nih paham masalah amylea... dr kecik teman ayah kt club2... tapi rupanya si aidil dari 6 tahun pun mcm tuh jugak...

terdiam jap cikgu marlia sbb masa tuh dia mula rasa dia x adil... sbb dlm kalau nk kira hidup susah, bkn amylea jer... aidil pun mcm tuh jugak...

derg buat konklusi, ini sumer berkenaan communication.. amylea xnk try nk masuk ngan bebdk nih...

hmm... mlm nih mmg susah nk predict sape kuar... persembahan sorg2 pun tak tau camne... hmm... tunggu jerlah...

2:35 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Cik Sumie, cadangan anda (pasal kasi sarung tgn kat back-up dancer tu ler) akan ku pertimbangkan. Nanti ler aku selongkar sarung tgn lama2 bapak aku (yang dia pakai tuk pegi kebun nenas! huargh huargh huargh). ngalahkan mekel jeksen dancers tu nanti.

2:36 AM  
Blogger SuMie said...

Aiele,
thanks for the info.
Aku rasa bebudak tu tak salah. Bebudak yg lain tak cuba paham Amylea, dan Amylea pun tak reti nak ikut cara diorang. Biasa laa tu..

Aku tak setuju komen Adnan tu. Aku tak rasa bebudak tu komplot nak jatuhkan Amylea. Adnan tu cam saja je suka² buat statement kontroversi. Ada bukti ke bebudak tu komplot? Ada ke kamera rakamkan diorang pakat ramai² and kata "Haa jom kita kondem Amylea ramai² depan kamera supaya undian dia jatuh". Bagi aku, kalau diorang nak komplot, baik diorang komplot jatuhkan Mawi sbb Mawi yg dok tangga atas sekali, Mawi tu yang jadi ancaman, bukan Amylea. Amylea tu selalu bawah² jek.

Alaa.. bagi aku, meeting cikgu-cikgi tu meeting coverline jek, takut penonton kutuk diorang sbb tak reti pantau perselisihan antara pelajar² tu.

2:36 AM  
Anonymous skru said...

kak ri , kita ada ni...

kan dah ckp ari tu kat tag Y yg disampaikan oleh Tos.. bab2 acara meluahkan perasaan ni kena ada motivator kena ada fasilitator yg berkaliber... sebelum mulakan kena bitau objektif of the forum...at the end of the day apa yg kita nak capai..

Secara psychology, seorg tu tak boleh nak keluarkan ayat' kalau kita nak pulau kan bla bla bla bla...' sbb ternyata niat tu ada...sgt mengecewakan aku sbb apa yg aku dpt tahu dr org dlm pelajar yg bermasalah ini lah yg selalu volunteer unt tlg backup kan yg lain dan pelajar yg bermasalah ni lah yg memberi semangat pd salah sorang pelajar yg dpt lagu susah minggu lepas dan telah dikatakan cemerlang minggu lepas.. spt kebaikan yg dibuat langsung tidak nampak. aku rasa semua pelajar kena bukak minda dan byk membaca laa.. dptkan ilmu untuk handle human character and behaviour... serapkan dan tekan kan sifat positif lebih supaya yg lebih baik terserlah... bukan dgn lebih menekan -ve side bila berbincang.. benda 2 camni bukan unt budak2 af tapi untuk semua org applykan... supaya kita boleh menerima dan memahami mengapa org itu begitu dan mengapa org ini begini.. kita tak boleh merubah org dgn memberitahu apa yg kita nak dia lakukan unt kita atau org lain tapi dgn memahami sifat dan latar belakang seseorang itu...... bila di antara kita faham dgn sifat masing2 maka kita tidak akan buat apa yg org itu tidak suka.... maka naturally hormat menghormati dan kasih sayang akan timbul.. dan tidaklah menjadi masalah kalau org itu tak nak nak tidor sebilik sampai 5 org sbb mahukan privacy dan kita perlu hormat privacy yang di pinta.... ;p

Err adakah bunyik aku spt fanatik Amylea??!!!bagi org tak suka amylea mesti ingat aku nak backing dia kan Heheheh.. tapi aku ckp ni in general apa yg aku nak terapkan di sini adalah straightfwd unt semua.. faham sifat manusia yg lain maka tak kira lah lah walaupun kita minat amylea dia tu minat mawi sorang lagi minat aidil tapi kita masih boleh menghormati kawan kita itu.err relevan ke ;p

moral : tong merah unt kaca tong biru unt plasti peliharalah alam sekitar

2:37 AM  
Blogger SuMie said...

Aku setuju komen skru.
Apa pun aku tetap berpendapat, pengetua, tenaga pengajar, doctor love & warden (or whatever they call them) tak menjalankan tugas dgn baik. Bebudak tu masih lagi dalam proses 'growing up'. Emosi diorang dlm keadaan 'terkurung' tu mungkin berbeza berbanding bila diorang kat luar. Yang baran mungkin jadi lbh baran, yang sensitif jadik over sensitif.. Maka cikgu-cikgi yang lebih dewasa atau lebih tua tu patut lebih peka dengan perkembangan emosi dan sosial diorang juga, bukan sekadar tengok perkembangan diorang dalam mutu vokal & persembahan semata².

Masa AF2 dulu, Ramli M.S awal² lagi dah tekankan semangat setiakawan & tolong menolong nih, awal² dia dah kata, jangan anggap yang diorang tu bertanding antara satu sama lain. Tapi aku tak nampak (atau mungkin tak disiarkan?) perkara ni diterapkan dalam diri pelajar² AF3 di minggu² awal kemasukan diorang ke akademi.

Apa pun manusia memang tak sama. Tapi bak kata Skru, kita masih boleh menghormati satu sama lain. Aku suka nyanyi lagu Anita Sarawak, Skru suka lagu Sheila Majid, tapi adakah itu bermakna kita tak leh gi karaoke sesama? Kan Skru kan? Err relevan ke? Huhuhuu..

2:37 AM  
Anonymous aielemocnian said...

adoilaaa kak sumie... dia sempat buat lawak tuh... hahahaha!!! gelak2...

masa bincang tuh nampak cm marlia ngan m nasir cuba jadi neutral...

adnan masih bengang ngan budak 8 org tuh...

dr love masih bengang sbb derg buat meeting eventhough tukang cucuk ialah asrul ngan siti hajar...

dan siti hajar nih cara dia citer balik pasal meeting tuh kt cikgu2 mcm putar belit alam plak...

tp btul ckp akak... bebdk tuh sebenarnya tak bersalah... sy pun rasa mcm xnk kasik sesapa kuar minggu nih... rasa mcm sesapa yg kuar minggu nih sy sedihlaa... derg ada karakter derg sendiri yg saya pun rasa mcm dh knal...

msg2 ada buruk baik dia dan buruk baik tuhlaa yg bentuk karakter org tuh...

dr pak lawak felix, kebluran aidil, manjanya marsha, suka memandainya amylea, gediknya ekin, johornya mawi, comelnya kefli, rocknya yazer, muka sembap akma yg skang x baper sembap dh...

boleh tak kak sumie masukkan si asrul dlm senarai afuwek?

heheheheh....

2:38 AM  
Blogger SuMie said...

Muahahaa Aiele.. buleh buleh.. aku bukan nak AFUWEK Asrul jek, AFUWEK tenaga pengajar sekali, kecuali Puan Fatimah - sbb aku suka dia, dan M. Nasir - sbb aku minat dia.. ehhehe (bias.. bias..), dan Marlia Musa - sebab dia bini M. Nasir.. huhuhu (bias lagikk)

2:39 AM  
Anonymous kak ri said...

bila dah kurang tengok diary...rasa ok pulak....i noticed that astro dia cut paste cakap bebudak tu.... kalau tengok yang sebenarnya problem tu tak la seteruk mana. Maybe it's all maturity. Kengkadang umur tua tapi tak mature lagi.... I would prefer style amylea buat hal sendiri and concentrate kat classes...tapi ada limit gak...you need to communicate and interact with others...apa-apa pun pada bebudak ni dari mawi hingga ke amylea think harder...tak lama lagi dah nak graduate... so pandai-pandailah bawak diri.

2:39 AM  
Anonymous hanim said...

Sumie...
Blur kejap sebab 2 hari tak tengok diary sebab kena pegi sarawak. Time nk booking hotel tu punyalah aku beria2 cari hotel yg ada astro. Siap first question kat diorang ader astro tak? Tapi sedih betul sbb semua hotel yg bnest2 fully booked. Last2 terpaksa settle kat grand continental. Time tanya ari tu diorang kata ader astro, last2 bila sampai cuma ada star movie, discovery, hbo n cnn jer. Terus aku jadi histeria kat situ. Ari ni baru berkesempatan nengok ulangan konsert. Tapi diari belum nengok lagi. Tu yg blur tu. Ni apa citer sebenarnya ni? Cuba story kat akak sket.

By the way, mawi is so dissapointing. Takkan dah minggu ke 6 masih lari tempo kot. Pastu sumbang mambang lak. Time chorus jer baru best sket.Kalau macam ni lah, memang tak lama lagi akan ilang undi la mamat ni.

One more thing sumie, saya jumpa kek lapis world kat sarawak. Huhuhuh. Siap letak nama kek lapis world lagi tu. Nasib baik rasanya sedap.

2:40 AM  
Anonymous nurul said...

zur eda tu mak si amylea ke?

2:40 AM  
Anonymous skru said...

people from industry kata zur eda mak amylea... tak dipastikan lah mak angkat ke mak susu badan ke atau mak betul tapi iraw tu adalah kan...

apa pun aku nak AFUWEK si Hasrul sebab jadi nana jarum dan ct hajar yg jadi mami jarum!!

2:41 AM  

Post a Comment

<< Home