Thursday, July 14, 2005

Mana diari tengahari?

Mintak maaf lah ek kengkawan pasal takde entry diari untuk tengahari tadi. Sebenarnya hari ni aku baru subscribe Ch.21 untuk bulan Julai. Tu yang aku ala² jakun, lepas satu cerita, satu cerita aku nengok.. huhuhu.. Lepas habis diari tengahari, aku sangkut kat cerita Tango Charlie. Ni filem Hindustan sebenarnya nih, walaupun tajuk dia cam citer omputih. Aku lak dah lama tak nengok cerita Hindustan. Pastu cerita tu pulak pasal askar perang². Kira takde banyak scene hero & heroin golek² tukar baju lah. Yang banyak ialah scene hero² golek² beramai² dan tak tukar² baju. Ye la, dah askar tembak-menembak mesti lah banyak tergolek kan, dan takkan nak tukar² baju pulak kan. Baju askar tu pulak aku nengok sama jek dengan baju askar Malaysia. Tak tau la bebetul sama ke idak, tapi sekali pandang nampak macam sama la. Disebabkan nampak cam sama tu laa yang aku ala² patriotik sikit, tu terus 'ter'tengok sampai habis.

Habis citer hindustan tu, aku 'ter'tengok lak cerita Being Julia. Cerita pasal diva yang umur dah nak senja tapi jatuh cinta dengan anak ikan muda sebaya dengan anak lelaki dia. Tengok sikit, 'ter' suka pulak. Ish.. suka tu, bukanlah disebabkan akak ni dah senja cam diva bernama Julia tu ye deknon. Anak akak pun baru 1½ tahun jek umur dia. Dan akak takde lah rasa nak bercintan cintun ngan anak² ikan macam diva tu pun. Cuma bila dah tertengok dari awal tu, rasa tak leh nak angkat badan pegi depan PC pulak. Akak teruskan aje laa tengok sampai habis. Boleh tahan jugak le cerita tu.

Habis citer tu, sambung cerita Cinta Fotokopi pulak. Sebenarnya aku subscribe Ch.21 bulan ni pun disebabkan nak nengok Cinta Fotokopi ni lah. Walaupun aku baca komen orang, cerita ni hampeh jek sebenarnya, tapi disebabkan ada Zarina berlakon, aku nak jugak nengok. Boleh tahan jugak cerita ni.. err maksud aku, boleh tahan jugak laa hampehnya. Hehehe.. Kalau aku nengok lagi sekali pun semata² disebabkan aku suka nengok Zarina jek. Sama laa macam aku nengok filem Erra Fazira berlakon. Bukan sebab aku suka jalan cerita. Aku suka nengok Erra jek. Bila tengok Zarina, Khai, Adam & Bob dalam filem ni, rindu lak kat kerenah diorang dalam AF1 & AF2. Lupa langsung kat AF3. Ntah lah, tambah² pulak diari² AF3 minggu ni bosan semacam jek, termasuklah diari tengahari tadi.

Dan disebabkan bosan, aku pun rasa malas nak buat ulasan untuk tengahari tadi. Lagipun, tujuan utama aku buat ulasan diari tengahari ialah untuk bacaan kawan² yang kerja kat ofis yang tak boleh tengok TV. Memandangkan masa aku tulis ni, dah pun berjam² lalu tamat office hour, jadi aku rasa dah tak ada keperluan untuk aku buat ulasan diari tengahari tadi lagi.

Okay la ek, nak sambung nengok TV semula. Lepas ni tengok diari 8.30 malam. Lepas tu kul 9 nengok Lost. Lepas tu nengok Samarinda. Lepas tu nengok Friends. Lepas tu tengok Earthsea-Part 2 lak. Abang lak bawak balik sebaldi KFC. Huhuhu.. syoknya.. jadik Ratu TV lah aku..

4 Comments:

Anonymous eisya said...

Well, tak per lah sumie kalo ko tak sempat atau tak der mood.....thank you so much anyway......muahhhhhh!!

3:23 AM  
Anonymous kak ri said...

memang diary boring gila....lagi melayan extended jer..best sikit tengok dia orang praktis lagu bonus...Diary sebenarnya dah ketandusan idea...nak buat telenovela yg orang malas nak layan.

3:23 AM  
Anonymous toye said...

pasal ramai dah tulih diari kul 12 tghari smlm adalah boring, maka first time aku tido awal takyah mengcontrol mata tunggu diari ulangan kul 11.30.

sumie, later2 cuba belek2 mata tu bersegi empat ni (kalau mmg pakai spek, jadi segi enam kot) nanti, takut nanti mcm omputih kata, square-eyed mcm kaca tv pasal dok lelama bergelar Ratu TV. huhuhuuuuu.....

3:24 AM  
Anonymous Uncute said...

memang diari smlm boring giler...isy bila aku dpt peluang nengok diari tgh hari tanpa nengok ulangan dia mlm2..diari boring lak.

masa part ekin ngan yazer yg berlakon ala2 citer embun telah membuat aku terus loya nak termuntah hijau.

3:25 AM  

Post a Comment

<< Home