Saturday, August 13, 2005

AF: Selepas 5 - 10 tahun

Ada lagi ke Akademi Fantasia, 10 tahun akan datang?
Kalau dalam setahun, AF melahirkan 12 bintang baru dalam industri hiburan, lepas 10 tahun, ada 120 orang produk AF dalam industri kita. Tu belum kira kalau ada 14 pelajar macam musim ke-3 ni, dan belum termasuk 6 orang yang tak terpilih semasa Konsert Prelude hari tu. Ramai tu! Agaknya 10 tahun lagi kita pun dah tak ingat si A tu dari musim berapa, si B tu dari musim mana lak. Kalau dah macam tu punya ramai, apa agaknya diorang boleh buat dengan graduan² AF tu? Macamana agaknya mereka ni boleh pertahankan periuk nasi dan kewujudan mereka dalam industri ni?

Aku rasa lah kan kalaulah AF boleh wujud sampai 10 musim, lepas tu nanti diorang boleh lah buat satu saluran Radio AF. DJ atau penyampai²nya semua terdiri dari graduan AF. Cam sekarang ni kita dah tengok Nana, Burn, Adi & Fitri jadi penyampai tapi di saluran yang berbeza. Saluran Radio AF tu nanti boleh lah siarkan lagu² nyanyian bekas pelajar AF semata² diselang-selikan dengan iklan sponsor² rancangan AF sahaja. Boss Radio AF masa tu Nana kot, sebab dia dah lama dengan Era.

Boleh gak diadakan satu channel TV AF. Bukan channel untuk chatting atau channel yang penuh dengan siaran ulangan macam @15 tu, tapi satu channel macam Ria tu yang dipenuhi dengan rancangan² yang dipenuhi oleh graduan AF. Contohnya, drama bersiri yang pelakonnya semua adalah pelajar AF, rancangan muzikal AF, talk-show ala² Tanya Linda atau HO Live yg hostnya adalah bekas pelajar AF. Masa tu mungkin nama rancangan tu ialah Tanya Edlin atau Mawi Live. Boleh jugak buat rancangan hiburan macam Muzik @ Ria, Beat TV dan Trek Selebriti. Tapi nama rancangan tu tukar jadik Muzik @ AF - pengacaranya Azza, dan semua video klip, artis jemputan dan cerita yang di persembahkan berkisar kepada bintang² AF semata². Beat AF pula di acarakan oleh Bob & Elliza yang membuat liputan atas segala konsert AF atau aktiviti bintang² AF seluruh Malaysia. Trek AF pula mengikuti ujibakat AF musim² akan datang dan diacarakan oleh Felix (sebab dia ada cakap nak jadi pengacara cam Jimmy Yezzar kan?).

Lepas tu Akademi Fantasia masih terus berlangsung macam biasa. Pengetua masa tu mungkin Aidil . Guru Vokal - Marsha. Guru Seni Persembahan - Atie. Guru Tarian - Adam & Liza. Guru Nada Suara - Vince. RA pulak, Rosma & Khai. Masa tu penonton bukan takat boleh nengok telenovela students jek, tapi boleh nengok telenovela RA jugak. Huhuhuu..

Pengacara AF masa tu ialah Zahid yang juga mengacara rancangan Macam-macam Zahid. Pengkritik tetap masa tu ialah Nana, sebab dia kan boss Radio AF masa tu. Pengkritik jemputan pun setiap minggu terdiri dari bekas pelajar² AF juga.

Semua orang kuat di belakang tabir juga terdiri dari bekas pelajar AF. Misalnya, Fitri - designer untuk pakaian pelajar. Adifashla - penerbit diari & konsert. Selain tu AF juga dah ada syarikat rakaman sendiri yang mengeluarkan semua album solo bintang² AF, album kompilasi, album Raya AF, VCD karaoke AF, VCD Drama AF & macam² lagi. Syarikat ini juga menggantikan Maestro dalam menguruskan show untuk bintang² AF.

Kerja² pengurusan dan pentadbiran syarikat AF itu juga dijalankan oleh bekas pelajar² sendiri. Pengurus syarikat AF pada masa tu nanti mungkin juga Fuad sebab dia ada kelulusan dalam perakaunan (kan?). Oleh itu pada masa akan datang, antara peserta AF mestilah ada yang mempunyai kelulusan akademi, agar mereka ini boleh diasuh untuk menguruskan sebuah syarikat. Syarikat ini juga membela kebajikan pelajar², seandainya ditimpa kesusahan, menghidapi penyakit kronik dan sebagainya. Selain itu AF juga menjadi satu badan yang sentiasa menganjurkan program kebajikan seperti membantu rumah anak yatim, membuat lawatan ke rumah orang² tua, membuat konsert amal, dan sebagainya.

Huhuhu.. boleh ke jadi macam tu nanti? Kenapa tidak? AF mestilah letakkan 1 matlamat yang tinggi, bukan setakat buat duit jek, ye tak? Soalnya, ada ke pihak pihak yang nak membuat langkah pertama ke arah mencapai matlamat sebegini? Maestro? Freddie? Bekas pelajar² sendiri? Dan soalnya lagi, ada lagi ke Akademi Fantasia di tahun² akan datang?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home