Tuesday, August 02, 2005

Diari AF3 - 2 Ogos: Bhg. 1

Felix praktis lagu Warkah Berlagu Pilu (tajuk pun cam Dambaan Pilu gituu) atas kerusi urut sampai menguap² dibuatnya. Hahaha.. mesti lagu tu tak best pun, tu pasal dia menguap. Huhuhuu.. Pastu Felix praktis lagu yang sama kat Bilik Aktifkan pulak. Lepas tu dia praktis sambil golek² atas sofa pulak. Lepas tu Felix jugak lagi praktis kat kerusi urut semula.

Kelas Siti Hajar:
Amylea praktis lagu Sweet Child O' Mine. Cam biasa la, Amylea dengan slang bergulung²nya tu. High notes dia agak nyaring, tak sedap sangat lah di telinga aku.

Marsha praktis lagu Manusia. Aku rasa arrangement lagu ni hancus sungguh. Bising semacam. Takut suara Marsha tenggelam jek nanti. Marsha nampaknya belum hafal melodi sepenuhnya.

Felix praktis lagu Kudaku Lari. Aku rasa Felix masih lagi 'menarik' suara bukan 'melontar' suara bila part tinggi, tapi Siti Hajar tak tegur pulak. Agaknya memang cara menarik tu lebih sesuai untuk lagu rock kot?

Mawi praktis lagu Seroja. Lagu ni macam sesuai dengan vokal Mawi. Ada beberapa part nyanyian Mawi yang ditegur oleh Cikgu Siti Hajar sebab tekniknya tak betul. Tapi pada telinga bias aku ni, aku dengar Mawi nyanyi tadi sedap jek la.

Lepas habis kelas Cikgu Siti Hajar, iklan Siti Nurhaliza & Farid Kamil dikejar paparazzi pulak enterfrem di kaca TV.. hehehe. Saja jek aku nak bagitau, aku suka nengok iklan ni sebab Siti tersangat la cantiknya, Farid pun hensem dan ala² romantik gituu. Bila Farid angkat gitar tu, teringat zaman berchenta dulu, cenggitu la Abang main gitar & aku nyanyi lagu favourite kitorang Tak Ingin Sendiri - Hetty Koes Endang. Ewaahh.. cuma bezanya kitorang tak pernah lah pulak dikejar paparazzi. Dikejar pencegah maksiat pun tak pernah jugak ye.. huhuhuhu..

Kelas Adnan:
Amylea praktis lagu.. err.. apa ek tajuk lagu baru Amylea tu? Setakat ni aku dengar okay jek la. Tah le, aku tak dengar sungguh² sangat tadi, sebab sambil Amylea nyanyi tu, Raha pun bersungguh² menyanyi, "Aaaa... waaa.. oooo... wooo..". Tinggi sungguh pitch Raha sampai tenggelam suara Amylea.

Felix pun praktis lagu ciptaan Adnan jugak. Adnan ala² memberi ceramah motivasi kat Felix supaya Felix melupakan ke-tidak-suka-an nya pada lagu tu. Hahahaa.. siannya Adnan, susah² aja cipta lagu, yang bakal membawanya pun tak dapat menerima sepenuh hati. Apa pun, aku rasa lagu ni sesuai juga dengan Felix. Kalau Felix dapat menyanyi lagu Bob dulu dengan baik, maka aku rasa lagu ni juga boleh Felix bawa sesedap rasa. Aku sebenarnya tak berapa suka dengan kebanyakan lagu ciptaan Adnan, tapi setakat ni kedua² lagu untuk Amylea & Felix, setakat yang aku dengar sikit² dalam diari tu, aku rasa okay jek la. Tapi tak tau lah sebab aku tak dengar sepenuhnya lagi. Tunggu jek la konsert akhir nanti.

Marsha mengemas meja makan sorang² kelihatan seperti maid Indon yang didera majikan sebab kawan² dia yang lain semua tengah melepak nengok video Konsert ke-9. Tapi toksah percaya sangat lah editing diari dan skrip Aznil tu. Takkan lah kawan² dia saja nak buat macam tu, rasanya diorang memang ada giliran menyediakan meja makan, sama macam giliran basuh pinggan jugak.

Kelas Marlia:
Pelajar² kena tulis surat jiwang konon² menolak cinta seorang teman. Lepas tu diorang kena baca surat jiwang diorang tu di hadapan kelas. Surat jiwang Mawi jadi kelakar lak, sebab masa dia baca surat tu, dia buat muka lawak semacam. Kejam tau isi surat Mawi tu, kalau aku yang dapat, harus nangis bergulung² dalam selimut. Surat Marsha pulak bercampur² Bahasa Malaysia & Inggeris. Mula² tu okay la jugak, tapi ayat² terakhir di hujung surat tu pun ada jugak sikit bunyi kejam. Kekeke.. surat tolak cinta ada ke yang tak kejam?

Kelas Sham:
Marsha praktis lagu baru dia (aku tak tau tajuk jugak). Nampak macam siksa gak dia nak nyanyi part tinggi lagu tu. Aku sebenarnya asyik dok perati rambut Marsha jek. Berkenan betul aku dengan kaler baru rambut dia tu. Tetiba rasa cam nak kaler rambut lak. Ada sesapa ingat tak warna yang digunakan untuk rambut Marsha tu? Rasanya hari tu dia ada sebut depan Tipah. Alaa, aku kaler rambut untuk Abang jek, bila keluar rumah bukan orang nampak pun.

Paparan Amylea dalam kelas Sham tadi ditunjukkan sikit jek. Sham suruh Amylea hafal sebaris melodi, untuk lagu baru dia tu kot.

Mawi praktis lagu Seroja lagi. Ada part di mana Mawi buat adlib macam qasidah. Itu adalah antara kekuatan Mawi, jadi kalau tak terkucil, aku harap part tu akan jadi best giler, malah aku harap lebih baik dari yang telah Mawi buat dalam lagu Ghazal Untuk Rabiah.

Felix praktis lagu Kudaku Lari. Walaupun aku kurang berkenan dengan arrangement lagu ni, tapi aku rasa versi rock ni sesuai dengan Felix. Mungkin akan memberi impact yang sama macam persembahannya masa Hukum Karma hari tu.

Paparan akhir diari - Felix makan maggi dan diganggu oleh Tipah yang sibuk mintak Felix suap sikit. Hisshh Tipah ni, maggi pun nak tumpang sekaki.

Aku sebenarnya tertunggu² Mawi praktis lagu Aduh Saleha tapi dalam diari tengahari ni takde pun ditunjukkan. Apa ni, tak aci la wei.. pelajar lain dah ditunjukkan diorang praktis kedua² lagu dalam diari, Mawi bila lak? Tak aci laa wei..

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

44 Comments:

Anonymous azisha said...

sumie

lagu saliha tuh sedap sgt kat part korus...rancak mcm norul ain. dgr full version mansir nyanyi dlm demo cd.

7:31 PM  
Anonymous hanim said...

yeahhhhhaaaa!!!No. 2. Hehehhee. Sumie, berapa octave si Raha tu nyanyi? Ada tak sampai 10 acaves ker? Agak-agaknya Idayu blh kalah kot. Hopefully kesemua pelajar dpt menyanyikan lagu mereka dgn baik. Tapi aku masih takpuas hati sbb si Amylea tu dpt lagu bonus. Walaupun aku suka suara Amylea, tapi aku rasa tak adil kat bebudak lain.

7:32 PM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Amylea sowang dpt lagu bonus? kan lagu bonus kena nyanyi ghamai2? Lagu feveret ke lagu bonus ni? Konsert akhir cam tak de lagu bonus je. Ke akan dimeriahkan oleh suara2 x-student semua tu?

7:32 PM  
Anonymous aielemocnian said...

sbb mawi x lancar lg kut lagu dia tuh... lagi2 part korus tuh... tak terkejar cik abg kita nyanyi... agaknya sbb tuh astro tak tunjuk...

7:33 PM  
Anonymous kak ri said...

klakar tul part AAH "memujuk" felix soh nyanyi lagu dia...kita orang kat rumah cakap...."please la felix nanti royalty tak da...please la!" lagu dia memang boring la...

dalam xtended...CTH ada cakap kat bebudak semua yang dia datang bukan nak ajar betul cuma nak memenuh quota waktu ngajar dia jer....aduhhh cikgu what happened to you????

mana gi ramli m.s???? tak suka langsung arrangement sham kamikaze even pada lagu seroja dramatic semacam... lagu kuda ku lari macam felix kena masuk horse racing jer...ishkkk!!

7:33 PM  
Anonymous italina said...

iskh.. x sbr nak tgu konsert final ni. Mcm best jer lagu mawi tu. Kan ida kan...? WORLD :)

7:34 PM  
Anonymous aielemocnian said...

aah... part memujuk felix tuh mmg lawak aaa... felix plak cuba sedaya upaya utk tidak mengecikkan hati cikgu...

kak ri... cikgu siti hajar tuh bergurau jelaa pasal memenuhkan kuata tuh... nk kasik bdk2 tuh tersentap sket dan jgn memain dlm kelas...

konsert nanti derang perform diiringi orkestra... gempaklaa kut... cuma harap2 sore x tenggelam jerlaa...

7:35 PM  
Anonymous Anti-Sumie said...

aku selalu terbayang betapa lawanya si sumie ... tadi aku dok belek2 album ko ... nampak la gamba ko sekeping ngan nana ... tak la cun sgt ... anak ko muka cam ko la sumie ... sayu lak aku tgk lagu dodoi anak ko yer ... aku ni sebenarnye bukan apa ... aku selalu lawat blog ko ni ... bukan sebab best sgt ... tapi ntah la ... anyway .... keep on blogging ... tapi awasi bahasa ko .. kekadang malu aku baca ... tq

7:49 PM  
Anonymous Q said...

sapa anti-sumie nih?

btw, sumie... colour rambut marsha tu copper brown...

7:50 PM  
Blogger SuMie said...

Azisha,
thank you. Dengar dalam xtra ke? Hopefully malam ni ada la ditayangkan sikit dalam diari.

Hanim,
maksud ko - lagu favourite ek? Agaknya diorang nak bagi 1 lagu Inggeris dalam final kot. Rasanya Farah dulu pun dapat lagu dalam wish list dia gak untuk final. Aku rasalah.. kalau salah, sori ek.
Actually aku rasa bila bagi lagu fav, lebih tinggi lagi penonton punya expectation. Jadi kalau Amylea ambik mudah pun tak boleh jugak. Tapi aku setuju jugak la kalau ko kata tak adil, sebab dia dah biasa dgn lagu tu, jadi bebanan untuk hafal lagu tu dah kurang sikit berbanding pelajar lain.

7:50 PM  
Blogger SuMie said...

Siti IP,
aku rasa yang Hanim maksudkan tu lagu fav atau lagu dalam wish-list dia kot.

Aiele & Kak Ri,
thank you for the info dari diari Xtra.
Kak Ri, ramai gak yg komplen arrangement Sham untuk kebanyakan lagu musim ni. Awal² dulu I was quite okay, tapi bila dah banyak sangat, dah rasa geram gak.
Aiele, agaknya Felix rasa lagu AAH tu tak kena dengan jiwa dia, but memang nampak lah dia cuba jaga hati cikgu Adnan. Kesian gak nengok Adnan cuba meyakinkan Felix dengan lagu tu. But I personally think yang lagu tu sesuai dengan vokal Felix.

Italina!! haii..
Oohh.. Ita sokong Mawi gak ek? Aku kalau orang kata Mawi best, aku memang sokong jek memanjang.. hehehe.

7:50 PM  
Blogger SuMie said...

Hai Anti-sumie,
ko komen ni cuma nak kata aku tak cun ke? Huhuhu.. Cun itu subjektif. Tak cun bagi ko, cun di mata suami ku cukup lah.. Apa pun, terima kasih kerana terus membaca blog aku yang tak best sangat nih. Kalau ada bahasa yang tak ter-awas tu, aku mohon maaf kalau tak sedap di mata ko yang membaca. Apa pun aku cuma manusia bahasa, bukan penulis professional. Aku pun bukan menulis untuk puaskan hati semua orang, jadi kalau ada orang yang tak suka, tak puas hati atau anti aku, aku terima seadanya. Terima kasih sekali lagi atas segala teguran.

Q,
thanks. Wahh ko kalau bab kaler rambut, tau jek ek. Somehow, masa aku tulis review ni tadi, aku macam dah agak yang ko akan bagitau kaler yg digunakan untuk rambut Marsha tu.. heheehe

7:51 PM  
Anonymous Q said...

sumie... sememangnya aku memang suka bab colour rambut ni... & aku suka banget colour rambut marsha... tapi apakan daya, aku takleh buat colour rambut terang camtu... tak sesuai utk opis aku yg agak konservatif ni... kang aku plak yg buat kontroversi kat sini... btw, aku nak recolour rambut aku balik cam colour rambut felix... huhuhu...

7:51 PM  
Anonymous kak ri said...

woohooo...sumie dah meng"create"kan anti dia... tak tahu la apa yang nak di antikan pada sumie... pada kita orang bih baik berkumpul disini dari tempat-tempat yang hanya sibuk dengan orang ramai tapi tak da isi kandungan yang bernas dalam blog mereka... to me...cun tak cun lahir dalam diri seseorang tu, lawa menggoda cam J-lo pun tak guna kalau otaknya kosong dan jiwanya kosong....eiiiii sabar jer la...!! blog yang simple camni pun dia nak anti...haper ler punya manusia!!

7:52 PM  
Anonymous eisya said...

Kesian pulak dgr AAH cuba pujuk Felix nyanyikan lagu dia dgn perasaan....

I boring ngan lagu2 AAH tapi boleh dgr lah kalo tengah bosan2 tu....

Anti-Sumie, kalo ko tak suka jgn lah datang sini.....shuh...shuh!!

7:52 PM  
Anonymous hanim said...

Sori aaa. Aku salah taip daaa. Dok pikiaq berapa bonus yg firm aku nak kasi bulan ni, tu pasal la tertulis lagu bonus tu. huhuhuh. Aku ni sebetulnya bukannya apa. Aku nk biar semuanyer setanding, nama pon final kan. Time ni la kita nk tengok usaha seseorang itu, kalau susah biar sesama susah, kalau senang biar sesama senang. Barulah expectation org sama rata. By d way, aku tlh buat kajian sket n dr hasil penelitian aku la, hanya mawi jer dr kalangan pelajar2 yg berjaya masuk final dr af1, af2 hingga ke af3 yg sampai sudah tak dpt apa2 lagu dr wishlist dier. Agaknya lagu2 yg dia mintak semuanya susah nk buat arrangment lagu kot. Ataupun si sham ni takder ler seterer ramli m.s? Tapi kan...macam yg ramli ckp la...u pay peanut u got peanut ler. Tak asi (ala2 Marsha) la tokeh astro nk memenuhkan kantung sendiri jer...cuba la untung yg berlambak tu kau buat maintenance sket kat program kau...upgrade kan mana2 yg patut esp wardrobe dept n cameraman n sound n lighting dept. Ni tak, kualiti penerbitan semua cam hampeh.

7:53 PM  
Anonymous hanim said...

Saper anti sumie ni? Aku rasa ok jer bahasa sumie. Kalau malu ko jgn baca ler. Agaknya dia ni nak bahasa ala-ala kat @15 kot baru tak malu baca. Jap aku ambik ridsect sat (sambil spray kat nyamuk-nyamuk yg berkeliaran kat sini). Sorry yer anti-sumie, kat sini adalah utk org2 yg tak fanatik over n yg suka bergelak ketawa ngan sumie jer,kalau tak suka sila pi main jauh jauh (sambil baling bola ke dalam semak utk dicari olh anti-sumie).

7:53 PM  
Anonymous hanim said...

(Aku salah taip daaa. Dok pikiaq berapa bonus yg firm aku nak kasi bulan ni)

Errr...thn ni yer. Cam ler firm aku kaya sangat nk kasi bonus every month. Huhuhuh

7:54 PM  
Anonymous Rem said...

Siapa Anti-Sumie tu? Pelik gak. Baru pertama kali masuk internet kut. Saya baca blog ni tersangatlah sopan untuk tahap 'blog personal di internet'. Kalau nak kira berlambak lagi blog/forum kat luar sana yang 100 kali lebih durjana.

But that's what blogging for kan? Supaya kita boleh keluar sikit dari budaya 'kelaziman' kita. Trying to adopt a different personality sebab nak hilangkan tension. Kalau nak suruh blogging dengan guna ayat-ayat berstatus mimbar, susahlah pula, kan. Berjam-jamlah nak mengarang!

Anyway, yang citer pasal kaler rambut ni.. apa jenama kaler yang boleh tembus air yer? Saya pun rasa nak kaler sikit la (bukan kaler apa, tapi nak lebih 'hitamkan' lagi). Semenjak dua menjak ni, agaknya sebab banyak sangat pencemaran, ada pula unsur-unsur warna karat kat rambut. Macam orang laut terlebih berjemur. Napa ya? Tak pepasal orang ingat saya ni kemaruk sakan nak jadi mat salleh sesat...

7:55 PM  
Anonymous Rem said...

BTW, siapa kater sebutan Tagalog Felix untuk lagu anak tu hancus? It was perfect! Trust me. Bahasa Dusun dan Tagalog bukan jauh beza. These two languages share the same phonetic scheme - and as far as diction is concerned, phrasing si Felix memang tepat. In fact, part Tagalog tu yang buat lagu Anak tu menyerlah.

Tapi Marsha punya phrasing untuk lagu Jambatan Tamparuli was pathetic. Her improvised interpretation of the song (dari segi flow melody) was great. Layak dipuji. Tapi sebutan Marsha untuk part Dusun tu was terrible. Keras macam batang besi waja. I suspect that Marsha ni tak pandai cakap Dusun kut. :)

7:55 PM  
Anonymous kak ri said...

hi rem...
I yang kata sebutan dia salah... although bahasa dusun is closely related to tagalog in terms of phonetic scheme.... maksud perkataan tidak sama.

For your information I speak, write and understand tagalog fluently and it would be easier for me to pick up his mistakes....here i tak pertikaikan cara nyanyian felix...memang nicely done...tapi kena hati-hati bila sebut...contohnya MAGULONG dan MAGULANG silap satu huruf pun dah boleh menukarkan maksud perkataan itu...(MAGULONG TAK DA MAKNA...cuma GULONG tu maksudnya tayar...MAGULANG masudnya parents) pada pendengar Malaysia memang perfect tapi what if he has to sing in front of the native tagalog speakers kerana bila sebutan itu salah...dia menyalahkan maksud perkataan dan secara tidak langsung menyalahkan keseluruhan maksud lirik. It won't be fair lagu legend seperti ini jadi lagu lawak...it won't be fair to him and pendengar.

7:56 PM  
Anonymous kak ri said...

ok i dengar balik lagu anak antara sebutan dia dan maksud sebutan...

felix: nang isilang kay...(fumble sikit and then dia sambung) undoy ito
lirik: noong isilang ka sa mundong ito
(versi felix membawa maksud secara kasar - bila dunia ini melahirkan kau)
(maksud lirik - ketika engkau dilahirkan ke dunia ini)

felix: laging tuwan nang magulong mo
lirik: laking tuwa (tuwak) nang magulang mo
(versi felix = tuwan tak da maksud.. laging = sentiasa, magulong = gulong maksudnya wheels...jadi whole sentence takda meaning)
(lirik = besar sungguh kebahgiaan untuk ibubapa mu)

felix: ang kamay...(fumbles again then continue) iyong ilaw
lirik: at ang kamay nila ang iyong ilaw.
(lirik= dan tangan mereka menjadi cahaya mu)

sorry...just nak jelaskan bila sesuatu itu salah dimana letak kesalahannya... but memang good effort dari felix to try tagalog...he would better next time

7:56 PM  
Anonymous kak ri said...

ishkkk.... tertinggal pulak
*he would better next time = he would do better next time*

tapi you can be proud yang second & third verse he delivered it ok ..although slang sikit tapi maksud lirik tidak ditukar...

7:57 PM  
Blogger SuMie said...

Kak Ri, Kak Eisya, Hanim & Rem,
terima kasih atas sokongan korang. I really appreciate that. Tak pe la, apa pun Anti-Sumie nak kata, aku terima secara positif jek. Dengan adanya sokongan korang semua, sorang dua anti-sumie tak jadi kudis.

Aku tak pernah menjemput atau membuat pengumuman kat mana² untuk menjemput sesapa datang baca penulisan aku, jadi sesapa yang terjumpa dan terus membaca, aku hargai.. Sapa tak suka, kalau dia nak jugak datang lagi, nak buat cemana ek..

7:57 PM  
Anonymous rain said...

sumie, biasa lah tu, ini dia lah realiti kehidupan.. dlm ramai2 org yg menyinggah kt sini, bukan semua yg suka apa yg ditulis..tp it doesn't matter, sbb ramai lg yg suka..kadang2 kalu asyik kena puji-pujian pun lupa diri pulak kan..sekali-sekala kena kritik okke lah..(susah-susah aje kritik, tp kritik pun kene bertempat laa)..mcm peserta AF pulak laa sumie nie..ada anti-sumie ekekek.. apa-apapun yg penting, teruskan 'menulis dari hati'.. ;p

7:58 PM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Sumie ... be cool je la dgn Anti-Sumie tu. Entah diupah dek blogger mana entah untuk jadi anti-Sumie. Kut la ada bloggers yg cemburu tengok kedamaian ketenteraman pengkomen2 kat sini. Soal your language tu .. langsung tak jadi hal. Bahasa seharian kita jugak. Tak penah pulak aku nampak kasar ke .. melampau ke. Eh you are not Blogger Terlampau kay .. jaaauhh sgt2. Walaupun your blog is not the best pada org lain .. I still like the way you write, and I like pengkomen2 di sini tho never meet them in person. Tak pening kepala baca and tak sakit hati bersembang2. Eh aku ni tak pandai menulis .. main belasah je ni. Sorry kalau ada yg tak betul di sana sini. Hmm 1 thing for sure .. kalaupun aku ter"visit" blog yg pada aku tak best .. aku blah je. Tak de la tinggalkan kutukann kat blogger tu. Hidup mesti happy babe!

7:58 PM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Hello kengkawan .. terbaca review xtended diary by SK kut la ... Cikgu EE & si Asrul tu dok pujuk Mawi kalerkan rambut laaa. Tak de keja lain keeee!!!!

MAWIIIII .. say NEHI NEHIII for coluring your hair!!! (macam la dia tu ada rambut

7:59 PM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Lagi satu nak tanya ... jadi blogger ni mesti kena cun ker?

8:28 PM  
Anonymous nippon said...

phedulik haper ngan org ckp....
Go kak sumie...go...... agi idup agi ngelaban!!!!!

8:29 PM  
Anonymous kak ri said...

SIP... tul pasal dia orang soh mawi kaler rambut...mamat kata dia tak suka... si amylea siap cakap...even rambut blonde pun bole selamba jer gi sembahyang jumaat..

the point is...dah mawi tak suka buat perubahan cam tu...tak perlu actually...dia macam tak selesa bila dia orang soh dia buat cam tu...dia lebih senang rambut dia kontot cam tu...

8:29 PM  
Anonymous rain said...

isk.. tak payah la nk suruh mawi tu Stylo-Mylo kaler rambut.. biarkan aje dia dgn gaya nya tu..org suka dia pun sbb gayanya yg sederhana tu..

8:29 PM  
Anonymous Anti-Sumie said...

lerrr .... reply sumie pada komen aku rilek jer ... yg lain plak yg lebih2 ... hehehehe

8:30 PM  
Anonymous rain said...

memang kami akan defend sumie dgn sedaya upaya ekekeke!!

8:30 PM  
Anonymous Anti-Sumie said...

cewahhhh .... heheheh

8:31 PM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Ni baru defend ala-ala je Anti-Sumie. Belum defend lebih2. Cukup2 je .. harap nko faham.

8:31 PM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Ala anti-sumie tu nak carik glemer la tuh...

Aku yang anti anti-sumie...hehehehe

8:31 PM  
Anonymous Anti-Sumie said...

hi cik odah gelang .... leh kenalan ..?

8:32 PM  
Anonymous eisya said...

kita cakap baik-baik jer tu anti-sumie....belum full force lagik...

8:32 PM  
Blogger SuMie said...

Kekeke.. dah jadik kelakar lak.
Eh tetiba aku rasa aku cam Mawi lak. Ada orang komen, ada orang defend.. huhuhu..

8:32 PM  
Anonymous Rem said...

Kak Ri,

Saja nak tambah sikit. Tagalog native-speaker in Sabah did find that Felix managed to carry the song decently (phonetic-wise). :) I've friends there who admitted so. Yes, it wasn't perfect, 100%. But it was a very decent effort, dan kalau dengar gitu-gitu saja.. native-speaker of tagalog pun boleh caya si Felix tu orang pilak.

There's a difference between 'speaking' and 'singing'. Kerana nyanyian menuntut julat notes tertentu, dan perlu dipadankan dengan aliran melodi - it's almost impossible to commit some 'silent vowel and consonant' dalam diction. It happens in all language. Bukan Tagalog saja.

Sebagai contoh, although kita dah bertahun-tahun belajar English, kalau kita dengar setengah lagu omputih.. we can't get 'what they are singing' (lingustically). Kenapa? Sebab they systematically drop some sound to match with the length of the notes. Bagi kita yang bukan native-speaker (of English) itu dah macam salah. Tak kena. Kenapa? Sebab kita belajar bahasa asing based on rigid scheme of phonetic sound. Thus, we couldn't appreciate the informal adjustment of the language in certain context (i.e. singing, etc).

Take BM pula for example. Adakah penyanyi akan bunyikan semua perkataan mengikut skima fonetik yang menepati aturan lingusitik bahasa tersebut? NOPE. Antara perkataan-perkataan Melayu yang kita selalu drop some sounds (vocal and consonant) adalah:

Untuk = 'tuk (silent u, or very soft one)

Semasa = s'm'sa (very soft e and m)

Kadangkala ia juga berlaku dalam gabungan rangkaikata:

suka dan duka silih berganti = s'ka dan d'ka silih b'ganti

Dalam kes begini, if you're not a native speaker of Malay, kita akan kata these sounds are phonetically wrong. It's not. Kerana kesan makna yang akhir datang dari kombinasi seluruh ayat. Bukan berdasarkan analisis rinci kosakata satu persatu. We can do that in lingustic lesson, but definitely not in singing.

Dalam contoh di atas, kita boleh kata 's'ka' telah misleadingly jadi makna 'saka' (kekal/leluhur). Bukan lagi maksudnya 'suka'. But come on.. berdasarkan seluruh ayat dalam lagu tu, how could it possibly be 'saka'? This is the thing that native-speaker can appreciate, but non-native couldn't (no matter how fluent and good we are at the language).

For specific example pula (I take one specific case).

Magulong = saya dengar lagu Felix berkali-kali (Which is from the internet punya source - expect poor quality). Tu pun I could reasonably say that dia tak sebut GU-LONG. There's a very soft silent M. Kalau dengar julat notes lagu tu pun, there's no way it could be GU-LONG seketul gitu. And, sebagai seorang yang fasih bertutur Tagalog, I'm sure you do realise that Tagalog (sama seperti bahasa-bahasa etnik di Kepulauan Sulu yang lain) mempunyai julat pengucapan informal yang sangat luas. Sebagai contoh, Tatay (Bapa) boleh memberi makna yang sama either disebut dengan strong konsonan T, or a silent T (or even by dropping it all together)

8:33 PM  
Blogger SuMie said...

Fuhhh.. aku membaca penerangan Kak Ri & Rem dengan penuh kekaguman.. nak nyampuk pun tak reti. Respeklah orang yang mampu menguasai beberapa bahasa ni. Aku cuma tau Bahasa Malaysia & English jek lah. Bahasa Jawa pun aku tau setakat kira 1 sampai sepuluh, nak makan, nak tido.. tu jek la.

Kalau Tagalog, err aku cuma tau 'MAHAL KITA' dengan errr... dengan yang satu lagi yang citer kat Kak Ri tu lah (tak mo sebut sebab segan kat Rem).. hik hik hik

8:34 PM  
Anonymous kak ri said...

rem...
I love this discussion about languange... memang betul apa yang u katakan and I did tell everyone masuk 2nd and 3rd verse improvement dari felix sudah ada. Memang kita tidak akan dapat perfection dari non native speaker tentang sesuatu bahasa kecuali kalau di praktis beberapa kali atau selalu di gunakan..

about sebutan memang betul sebab dia orang banyak sangat dialect even dalam petuturan. nak ikutkan sebutan dia mudah sebab menggunakan suku kata bahasa baku... dan kita tak mudah membuat silap cuma banyak diberi penekanan pada suku kata yang akhir...

8:34 PM  
Anonymous Q said...

respect sama kak ri & rem... terror ye korang bahasa lain selain malay & english... saya dulu belajar bahasa arab kat sekolah tapi dah tak fasih dah... just ingat 2 - 3 patah je...

8:35 PM  
Anonymous kak ri said...

sumie, Q...joinlah.... bagus gak ada healthy discussion macam ni...sekali sekala

rem...
good explanation... hope kita leh discuss memacam lagi..

8:35 PM  

Post a Comment

<< Home