Wednesday, August 03, 2005

Diari AF3 - 3 Ogos: Bhg. 1

Memula sekali Mawi praktis lagu Aduh Saleha sampai muncung², senget-benget mulut dia. Part yang Mawi dok praktis tu macam laju sikit, sampai Abang tanya aku "Lagu Seroja ada part rap ke?" (dia ingat Mawi tengah nyanyi lagu Seroja).

Dalam kelas Cikgu Marlia (Puan Fatimah pun ada sama), Amylea cuba menjiwai lagu dia dengan membacakan lirik² nya dengan penuh perasaan kat Felix yang duduk atas kerusi. Tapi Felix asyik tersenyum² nak tergelak, sampai Cikgu Marlia ambik selendang ikat (tutup) mata Felix macam Marjina ikat mata Apek jaga depan ada longkang..! Mana?! Lompat! Haiyya! Lompat! Haiyya! Lompat Apek lompat! Err.. Apek lompat tu tak ada dalam ini filem sebenarnya.

"Felix, awak kalau dengan A bukan nama sebenar boleh pulak serius ya?" lebih kurang cam tu lah kata Cikgu Marlia. (Soalan kuiz untuk hari ini : Siapakah A bukan nama sebenar yang dimaksudkan itu?). Marsha & Mawi sampai tergolek² kebosanan tengok Felix & Amylea. Agaknya sebab dah bosan sangat, Marsha start buat samarinda sendiri, ala² merayu² Mawi. Memula Mawi cam buat dek jek. Lepas tu dia layan jugak sambil buat bermacam jenis muka kelakar. Antaranya yang buat aku & Abang gelak macam nak pecah perut bila Mawi kembungkan mulut dia, lepas tu dia tarik telinga dia kasi lebar. Muahahahaa.. sebijik macam.. dot dot dot. Marsha pun ikut kembungkan mulut dia, dan tarik telinga seperti dot dot dot. Tobat kelakar. Raha pun gelak nengok aku & Abang gelak sakan. (Soalan kuiz ke-2: Apakah haiwan 'dot dot dot' itu?).

Lepas tu Marsha pulak kena berlakon macam artis pujaan ramai tengah buat konsert, sambil dikawal oleh bodyguard nya (Mawi). Cikgu Marlia, Puan Fati & Felix jadi peminat² fanatik yang cuba menyerbu Marsha. Mawi cuba halang, tapi disebabkan peminat ramai sangat, bodyguard yang kurus sekeping itu gagal menyelamatkan Marsha yang akhirnya berjaya dibawa lari oleh Felix. Huhuhu..

Felix & Asrul bercakap tentang lagu Adnan. Felix kata dia dah okay dah dengan lagu tu. Sebelum ni dia ingat lagu tu simple macam dalam minus one yang dia dapat tu. Dia tak tau ada life band masa konsert final nanti. Asrul kata Sham pengarah muzik untuk konsert final nanti. Hmm.. Sham ke? Sham lah kan, sapa lagik? Setakat ni, ramai gak yang aku tau tak puas hati dengan beberapa arrangement lagu Sham untuk AF3 ni. Aku pun tak berapa berkenan dengan satu dua lagu. Tapi, kalau berdasarkan rancangan Dari Studio 1, setau aku Sham juga pengarah muzik nya. Dan yang aku selalu tengok, aku rasa boleh tahan jugak dia punya music arrangement. Tak tau lah konsert final nanti macamana.

Masa kat meja makan, Amylea set rambut Felix kasi style sikit sambil diperhatikan Cikgu Marlia & Puan Fati. Puan Fati suruh Felix cakap kat Tipah "L'oreal because I'm worth it..". Felix tak dapat nak habiskan ayat, dia cakap "Yes!" jek.

Pastu dalam kelas Linda, diorang praktis lagu Menuju Puncak. Untuk part akhir lagu tu, Mawi kena dukung Marsha. Huhuhu.. ramai le makan hati nih karang. Memula Mawi cam tak nak, tapi lepas tu dia tau kot yang dia tak leh nak buat apa, jadi dia angkat jek la Marsha. Ada satu part lagi, Felix baring atas lantai dengan dua² kaki ke atas, Amylea kena landing perut dia atas kaki Felix tu, & Felix sepatutnya kena angkat Amylea supaya terapung² macam Superman tengah terbang. Eh apa Superman lak, Supergirl lah. Amylea cuba buat tapi tak jadi, Marsha buat baru nampak macam Supergirl tengah terbang.

Last sekali, tak ingat lah kelas Siti Hajar ke kelas Adnan ke, Mawi ditemani Felix, sekali lagi tengah praktis lagu Aduh Saleha dengan muka yang konon² tengah menjiwai lagu tapi sebenarnya over acting habis. Diorang menari sama macam step lagu Nour El Ein hari tu. Masa ni pun aku gelak tak hengat jugak tengok kembar Siam ni.

Aku sebenarnya dah nak keluar pukul 12 tghari tadi, tu sebab memula aku ingat aku tak sempat tengok diari. Tapi disebabkan Abang nak tunggu satu fax, sempat gak la aku tengok sampai habis sebelum keluar. Cuma aku takde lah ambik apa² nota. Jadi cerita aku mungkin berterabur sikit. Dan mungkin jugak aku ada tertinggal satu dua babak. Tapi aku rasa, part² yang best tu aku dah cerita dah lah. Selamat stay up!

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

26 Comments:

Anonymous eisya said...

yeay!! aku no.1! jawapan soklan pertama : koniciwa. jawapan soklan kedua : monyet....huhuhu

diari tgh hari nie macam best banget ngan lawak-lawak pak pandir....hehe

8:36 PM  
Blogger SuMie said...

Tahniah Kak Eisya kerana berjaya menjawab dengan pantas. Hadiahnya merupakan tiket menonton konsert final di depan TV rumah sendiri. Tahniah! Tahniah!

8:36 PM  
Anonymous nippon said...

betol ker felix ngan Akma??
ok la.. felix dah bley bwk lagu tu... kalau x muka dia tensen semacam jek...

8:37 PM  
Anonymous toye said...

sumie, sumie..

gumbiranya daku bila kembar siam tu dah balik ke perangai giler2 poyo tu. pasal es-te-ro dah lama tak tunjukkan bibit-bibit kemesraan dorang tu yek.

sedih, tinggal berapa hari lagi nak penghujung musim AF3 ye.

8:37 PM  
Anonymous yon said...

Hai .. Sumie...

Lama dah nak bagitau sumie, saya suka baca blog sumie ni.. tq sbb menceriakan hidup saya.. chewah...
anyway, tak sabo nak tengok ulangan diari malam ni, jangan tertidur dgn mira (baby saya, 1 thn setengah) sudah ler.. melepas aksi2 poyo yang sumie cite tu kang... macam rugi ajek kalau tak ditonton...

tapi si linda jasmin dgn ee , tak sensitif betul dgn jati diri mawi yang ala2 islamic tuh.. boleh tak bagi bebudak af ni menari tanpa aksi2 keterlaluan mcm dokong2, gesel2 tu.. Timbalan Perdana Menteri pun baru jek tegur dlm paper smlm pasal reality show ni dicedok habis2an dr luar tanpa sesuaikan dgn budaya dan mentaliti tempatan... tak reti2 ker...geram betol nengokkannya...

8:38 PM  
Blogger SuMie said...

Nippon,
tatau le betul ke tak, tapi Cikgu Marlia usik macam tu lah tadi. Dia tak kata "Akma" pun, dia cuba kata "A - bukan nama sebenar". Hehehehe..

Toye,
Ye lah.. nak habis AF ni macam nak berpisah dengan orang² tersayang lak. Lepas ni dah tak dapat nengok Mawi hari². Dapat nengok pun, dlam keadaan formal, buat persembahan untuk konsert, untuk rancangan Raya, etc. Tak dapat dah tengok perangai gila² harian dia. Tak dapat dah nengok diorang bergolek, berguling, menguap, ketawa tak hengat, etc. Tak mungkin dapat lagi nengok Marsha buat lawak selamba macam tadi, lepas ni kalau muncul kat TV pun mesti ayu, jelita, bermekap, ketawa pun mesti control. Ish ish.. I can already picturing myself missing them so much.

Yon,
terima kasih kerana sudi membaca. Lebih kurang samalah umur Mira dengan Raha. Raha sekarang 1thn 7bln. Mira kenal bebudak AF tak? Raha kalau nampak Mawi kat TV ke, kat PC ke, mesti sebut "Awii!! Awwi!!".
Actually, saya pun harap diorang boleh fikirkan aksi lain yang lebih sopan, bukan saja sebab Mawi dan imejnya, malah sejak AF1 lagi saya rasa aksi² tu tak perlu pun. Tak semestinya kena menari berdukung² untuk menghidupkan persembahan. Siti & Jamal menari sederhana jek, orang terhibur jugak.

8:38 PM  
Anonymous kak ri said...

sumie...agak-agak cincin yang felix pakai tu saper bagi? dulu dia siap tayang kan kat tipah-tipah...tapi tak cakap apa-apa...

pasal mawi makan hati tul semua fans mawi...tapi dia angkat marsha cam angat guni beras

8:39 PM  
Anonymous Farah KRU said...

mcm angkat guni beras???hahahahhaha...

8:39 PM  
Anonymous kak ri said...

tak leh tahan tengok mawi ngan marsha buat2 muka bodoh kat cermin masa amylea dok praktis lagu dia... pecah perut dok gelak perangai dua orang ni... tapi mamat ni cayalah... tak tergoda langsung ngan marsha...

8:39 PM  
Blogger SuMie said...

Kak Ri,
memang dia buat cam angkat guni beras kot, tu yg Marsha sampai lebam² tuh.

Sukalah nengok muka Mawi masa Marsha dok nyanyi goda dia tadi (diari 8.30 mlm), muka cam romantik jek gituu... huhuhuuu..

8:40 PM  
Anonymous aielemocnian said...

hahaha!!! diary inilah diary yg plg saya sakit mulut gelak... giler aaaaa lawak...

suka tgk three stooges tuh... mmg nampak cute sgt... lagi2 sesi diary mlm yg time amylea nyanyi, derg plak tgh bosan dan main lawan2 buat muka dot dot dot tuh...

dan kak sumie... adegan encik mawi dan encik felix buat gaya over tuh ialah time kelas malam abang sham...

tp serius aaa lawak giler budak 3 org tuh... penat control kadar frekuensi gelak... itu tak campur tgk babak extended time mak mah dtg tuh... serius lawak giler...

sukalaa lagu baru amylea...

pasal cincin tuh ada org kata cincin felix tuh sama ngan cincin akma... tak taula btul ke tak...

8:40 PM  
Anonymous aielemocnian said...

lupa nak ckp... banyak kali sebenarnya nama akma dibangkitkan... asal felix tak senyum ke, silap ke, tersengih sorg2 ke, mesti perkataan "A bukan nama sebenar" naik...

derg siap ckp maybe nanti cikgu adnan akan buat lagu utk akma sbg sambungan utk lagu amylea dan felix...

kan lagu amylea tuh merayu kat felix utk menerimanya dan lagu felix plak mereject amylea...

tp tuh sumer lawak2 derg saje reka2... tp kalau buat btul pun menarik gk...

8:41 PM  
Anonymous kak ri said...

aiele...

Mak Mah datang yg paling best... that lady can really talk...bih baik dari motivator yang sedia ada kat luar... rasa tak puas tengok and dengar nasihat dia. She's down to earth and yet cakap-cakap dia cukup bernas sekali.

Ntah brapa kali duk tengok ulang tayang that 3 stooges buat muka sesama sendiri...dia orang tak bising tapi tu la, lawak tul!

I suka all the new songs kecuali felix punya lagu...dah macam lagu khai pun ada...lagu nasir wahab pun ada.

scene pasal akma & felix naik tangga tu memang dia orang kantoi...

8:41 PM  
Anonymous aielemocnian said...

hahaha!!! btullaaa kak ri... lawak tul time cikgu marlia ngan cikgu fatimah buat ulang tayang tuh...

dua pakar lakonan berganding bahu...

tp yg lebih best biler felix sendiri jadi tukang, "cikgu salah tuh... sebenarnya mcm nih..."

hahahah!!! lawak btul laaa time tuh... sakit perut gelak time derg sembang2 tuh...

tp yg ada sedikit itu menyampah masa time, "saya sorg je ke yg bandar kat sini?"... hmmm...

tp 3 stooges tuh mmg lawak aaaa... saya pun dok ngulang time derg buat muka dot dot dot tuh... yg time diary yg tetiba felix duduk antara mawi ngan marsha tuh pun rasa sweet sgt... nampak sgt derg close... hahaha!!! *fanatiklaa tuh*

8:42 PM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Aku sekarang tgk diari, bebudak ni mcm boring tahap gaban aje....dah tak meriah sebab tak ramai (sambil jeling2 kat gambar Yazer)....

dan aku yang menengok diari ni lagi la boring...(sambil renung2 muka yazer kat PC aku ni...)

Huwaaa

Dengan ini aku mengisytiharkan akulah calon MENCARI CINTA musim ke-2...dan aku nak semua calon2 aku tu ialah
1. Yazer
2. Mohammad Yazer
3. Acai
4. Rock Steady
5. Mohammad Yazer Mohd Yusof
6. Yazer AF3
7. Yazer bapa kepada Yakin
8. Calon larikan diri sebab muka tak mcm Yazer
9. Calon tak nak teruskan sebab dah jumpa cinta lain
10. Jauhairil (huhuhuhu...)

8:42 PM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Sob sob ... dengan ini aku mengistiharkan .... betapa aku tgh berkuciwa ... sbb ... sbb .. sbb .. huk huk huk ..

1) tak dpt tiket tengok final

dan

2) Astro aku kena potong!!!!!!

wuaaaa. adik aku ni poyo laaaaaa .. apsal tak bayar bill Asteruk niiii. Aku nak tengok kat ner konsert nanti ni? errr kedai mamak mana yg pasang Astro channel 4 ya? Aku tgk semua kedai mamak bukak channel sport je laa.

8:43 PM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Cik Odah .. item no 7 tu kena tukar ler kalau cenggitu. Jadi Yazer bapa kepada Yaod. bleh?

8:43 PM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Siti

AKu pun tak dapat nak Gi Final..terlupa nak beli tiket.Tau2 tiket dah abis. Aku kat melaka masa tuh. Senin lepas kena jadik cikgu jap itu pasla terus lupa.huk huk huk

9:45 PM  
Anonymous CikOdahGelang said...

SitiIP, Kau mesti tak tgk kenyataan aku dulu

Odah=Ekin, Ekin=Odah

9:45 PM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

OoooooOOOOO .. Odah=Ekin, Ekin=Odah. OooooOOOOoooo (tenganga besar mulut ku ni Cik Odah) .. teruja teruja. heheheh

Tu la engkau .. aku tunggu la tiket yg kononnya engkau nak belikan tu. hmm ... feras laa. Minggu depan dah tak de konsert lagi dah.

Cam ner nak pujuk hati yg kuciwa ni?

9:45 PM  
Anonymous Q said...

siti ip... cik odah tu teruja sebab nama sebenar dia dgn ekin tu lebih kurang sama je...

9:46 PM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

hmm sapa nama sebenar Cik Odah ek? asyik bukan nama sebenar jerr...

9:46 PM  
Anonymous CikOdahGelang said...

AKu pun tak suka bab MAwi dokong2 si Marsha. Tulah antara sebab2 aku tak suka Mawi masuk AF. Patut Mawi ni bagitau "CIkgu, saya takmo! Sebabnya bla..bla..bla". Kalau explain betul2 cikgu ok aje. Barulah orang respect.Secara tak langsung tercemar la imej budak2 nasyid dan Qari2 yang lain. Aku memang faham mende camni memang berlaku. Selama ni aku senyap aje..tapi dah bab dukung...aku tak leh senyap la.

Macam dulu depa suruh aku tight in masuk baju dlm sluar masa bersenam..pastu nak suruh girls tongek2 bersenam..aku protes!Cikgu terima aje. Kalau tak aku blah. Patut Mawi kena cenggitu...Aku sebenernye sedey tgk Mawi yang baru. Walau aku suka AF tapi aku tak suka orang2 yang dekat dengan ALQuran jadi gitu. Iyelah kalau dia baik sangat napa masuk AF..tapi bila dah masuk AF...pertahankan lah jati diri!

Aku yang suka MAWI yang LAMA.

9:46 PM  
Anonymous Q said...

cik odah... kita serupa... itulah juga antara reason² kenapa aku tak nak mawi masuk AF dulu... bagi aku yg memang open minded ni, aksi² semalam tu agak over untuk mawi... rosak budak tu dgn godaan dunia hiburan... mungkin dia tak boleh membantah sebab dah sign contract... atau mungkin dia dah membantah dlm hati sahaja... entahlah, kita tak tau... alangkah bagusnya kalau kita boleh baca isi hati orang lain... sememangnya aku nak baca isi hati mawi, felix & akma...!!

9:47 PM  
Anonymous kerabumania said...

A'KUM SEMUA...

Pada pendapat akulah terjadinya adegan mawi kena angkat si marsha tu sebabnya mawi ni tak reti atau mungkin segan nak protes. Aku yakin yg dia mmn tak nak pegang2 anak dara orang ni tapi dia tak terdaya nak menolak. Mungkin sebab dia sedar status dirinya sebagai pelajar so dia takut protes lebih2 nanti dikatakan sudah mula besar kepala atau dah pandai nak buat karenah.Aku yakin mawi sedar perkara ni.Pada pendapat akulah, sepatutnya tenaga pengajarlah yg perlu ada 'common sense' tentang perkara ini berdasarkan latar belakang dan imej mawi.Ni tak..diorang buat2 tak faham dan macam saje nak paksa mawi buat benda2 tu semua.Diorang ni macam takde sensitiviti langsung la pada aku..Apa-apapun, aku sebagai pemerhati yg suka melihat mawi maju sejak dari mula rasa bangga sangat dgn perkembangan2 positif mawi di dada-dada akhbar/majalah tak kira bahasa melayu atau bahasa inggeris.Tak percaya korang semua selak2 la paper/majalah mesti ada artikel pasal mawi kita ni..Ok..selamat menyokong..

9:47 PM  
Anonymous Farah KRU said...

Sedey jugak bila tgk Mawi di surauh angkat Marsha tu....

9:48 PM  

Post a Comment

<< Home