Thursday, August 25, 2005

Selamat Hari Jadi MAWI!

Aku tau.. aku tau.. Mawi tak baca pun blog aku ni. Tapi suka hati aku lah kan nak tulis apa. Aku tak dapat nak bersua muka dengan Mawi, dan aku tak mampu nak perabih duit pergi kejar show Mawi kat sana-sini, tapi aku nak jugak ucap Selamat Hari Jadi kat Mawi. Manalah tahu kot tunang dia ke, adik-beradik, sepupu-sepapat, sedara-mara bau² bacang atau bau² tembikai baca, boleh gak sampaikan kat Mawi. Kalau takde pun tak apa lah, biarlah aku layan Blues Untuk Mawi nih sorang².

Baru kejap tadi, Halim Othman ERA call Mawi. Halim tanya, apakah yang Mawi inginkan sempena birthday dia hari ni. Buat peminat² Mawi, begini lebih kurang kata² Mawi: "Saya nak pesan kepada peminat² fanatik tu, supaya jangan taksub sangat. Saya ni cuma manusia biasa saja". Dan tambah Halim lagi, Mawi juga perlu tidur, perlu makan, dan perlukan masa dan ruang untuk dirinya sendiri, dan Mawi mengiakan kata² Halim tu.

Jadi buat semua peminat² Mawi, kenapa tidak kita berikan saja 'hadiah' yang Mawi pinta itu. Usahlah terlalu taksub sampai sanggup meninggalkan solat, sanggup berpakaian seksi di rumah Allah, sanggup membahayakan anak² sendiri yang masih kecil dengan berhimpit² dan bersesak² semata² untuk melihat Mawi dari dekat, sanggup menurut hingga ke tangga rumah Pakcik Ani, sanggup menganggu ahli keluarga Mawi, sanggup menyusahkan Makcik Ramlah yang sedang sakit.. Kepada yang tidak menyukai Mawi pula, usahlah begitu taksub mengutuk Mawi sehingga menggelarkan beliau dengan pelbagai gelaran yang begitu hina (tak sanggup aku tulis di sini segala gelaran yang mereka berikan pada Mawi). Sesungguhnya, Mawi hanyalah manusia biasa.

Mari kita sama² hayati baris puisi berikut (sebenarnya lagu Seroja), yang Halim bacakan buat Mawi sebentar tadi:

Mari menyusun Seroja.. bunga Seroja
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok, dimanja jangan dimanja
Pujalah ia sekadar oh sekadar saja
(Pujalah Mawi sekadar nya saja..)

Bagi aku, hadiah terbaik buat Mawi adalah secebis doa, semoga Mawi sentiasa sedar bumi yang dipijak, ingat langit yang dijunjung, semoga Allah memurahkan rezeki Mawi sekeluarga, semoga berlalulah keperitan silam yang pernah mereka lalui sekeluarga, semoga Mawi sentiasa diberi petunjuk untuk berada di landasan yang lurus. Amiin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home