Friday, August 05, 2005

Sori lagik..

Aku sebenarnya memang dah berazam nak jugak buat ulasan diari tengahari ni sebab ini sepatutnya menjadi ulasan diari tengahari yang terakhir bagi aku. Tapi apa kan daya, kita merancang, Tuhan juga menentukan. Pagi tadi aku bawak Raha pergi klinik untuk ambik injection. Bisalah budak² kecik ni kan, kejap² nak kena cucuk, kejap² nak kena cucuk. Aku ingat, sempat lah pergi dan balik semula tengok diari. Tapi bila sampai sana, ramai la pulak orang. Keluar dari klinik, dah pukul 12.20, aku terus jek la pergi makan tengahari.

Anyway, aku nak pesan kat mak ayah yang ada anak kecik, yang nak bawak anak untuk ambik injection imunisasi untuk chicken pox tu, bawak lah duit lebih dari biasa ek. Aku tak pasti lah kat klinik kerajaan doktor ada bagi ke tak suntikan ni, sebab setau aku suntikan yang ni tak wajib. Tapi kalau kat klinik swasta, doktor memang syor kan supaya ambik lah. Tadi dalam wallet Abang ada RM100. Dalam purse aku pulak ada RM30 jek. Sekali bila nak bayar, campur ubat demam yang aku mintak, jumlah bil ialah RM159! Huhuhu.. Rupanya injection tu jek dah RM140. Dah lah takde ATM dekat² situ. Mujur la Pusrawi terima kad kredit.

Balik dari klinik, aku terus sms Ana, tanya dia kalau ada yang menarik dalam diari tengahari ni. Ni sebijik² ayat sms Ana:
"Diari tak best, banyak tunjuk Marsha gedik depan kamera. Sheila Majid ada datang, tapi tak best pun. Mawi ada nyanyi tapi koi rasa macam tak sedap jek.. nape ek"

Dengan ayat yang ringkas tu, aku rasa dapatlah kot kita bayangkan paparan diari tadi. Tapi walau tak best pun, disebabkan hari ni hari last, aku rasa aku tetap akan tunggu jugak ulangannya nanti.

Memandangkan ini hari terakhir, dan selepas hari ini tidak akan ada lagi ulasan mengenai diari tengahari dari aku (entry lain mengenai AF mungkin ada jugak, tapi pastinya tiada laporan diari tengahari lagi dah), aku yakin bilangan pembaca yang mengunjungi blog aku ni akan kembali seperti sebelum musim AF. Jadi, aku nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan TERIMA KASIH banyak² pada semua yang sudi membaca, sudi meninggalkan komen dan kritikan pada ulasan aku selama ni. Tak kiralah samada yang sependapat, tak sependapat, yang menyokong, yang anti, yang suka, yang tak suka, yang dah lama kenal, yang baru kenal dan yang tak pernah kenal, aku ucapkan terima kasih pada semuanya kerana telah mewarnai SuMie di RuMaH sepanjang musim AF3 ini.

Tinggal 1 hari saja lagi sebelum Konsert Akhir AF3. Apa ramalan korang mengenai keputusan besok? Bagi aku sendiri, walaupun bermacam teori yang aku baca dan dengar, walau seburuk dan sekotor mana sekalipun taktik yang digunakan untuk memerah undian, namum aku tetap yakin bahawa pihak penerbitan tidak akan menidakkan undian ramai. Aku yakin mereka tak akan berbuat sesuatu yang di luar batasan undang². Aku yakin bahawa Juara hari esok adalah Juara hasil undian terbanyak. Maka dengan keyakinan ini lah, juga berdasarkan sokongan peminat dan kedudukan undian sepanjang musim ini, aku meramalkan keputusan malam esok adalah:
Juara - Mawi
Ke-2 - Felix
Ke-3 - Marsha
Ke-4 - Amylea

Dan SEANDAINYA bukan Mawi lah yang menjadi juara, sebaliknya Felix pula yang dijulang dengan gelaran tersebut, maka aku juga tidak akan meragui bahawa keputusan itu adalah hasil undian terbanyak. Aku akan menerima dengan hati yang terbuka kerana rezeki seseorang sememangnya di tangan Tuhan, bukan di tangan mereka yang memegang handphone, telefon biasa, mahupun remote control. Jika telah ditakdirkan memang tiada rezeki Mawi, maka sekelip mata sahaja Tuhan boleh jadikan penyokong² Mawi kehabisan kredit tanpa mereka sedari antara satu sama lain. Jadi kepada penyokong² Mawi, terimalah dengan redha seandainya Mawi tidak menjadi Juara. Tak perlu lah ada yang berangan nak merusuh pulak. Macam takde kerja lain nak dibuat pulak. Walaupun aku selalu buat lawak 'minyak tanah dan mancis cap lada', namun itu hanyalah gurauan semata². Bodoh bebenor la kalau saja nak lecurkan tangan sendiri semata² kerana Mawi tak jadi juara.

Apa pun aku harap Mawi, Felix, Marsha & Amylea tak terlalu tertekan besok, harapnya Dr. Love boleh yakinkan diorang supaya releks & enjoy persembahan masing². Deknon² enjoy, akak pun enjoy..

15 Comments:

Anonymous Guest said...

hi, saya ni pembaca setia la gek.. everyday lepas lunch mesti klik ur blog nih... since saya ni cuma mengunjung af nampak gaye lepas ni sure tak leh nak relate ngan cite yang ada kat blog nih.. anyway, thank you for making me laugh esp ur entry pasal af konserts musti kelakar gaban penuh dgn expressi yg sungguh emosi..thanks and may Allah bless u..

10:05 PM  
Anonymous SH said...

Let me first congratulate you on your excellent daily updates - this being your first assignment selepas kita sama2 melayan updates Y last year.

Anyway, I have been a silent reader here too - tak larat nak post comment sebab jumpa balik kat 'belah sana'...

Well... from deep down, thank you!!! You (and Y) have enable us the working people to be able to get a first hand glimpse at the diary's happening as early as 1.00 pm instead of waiting for the rerun at 11.30 pm!!

Keep on with your great work....

10:05 PM  
Anonymous eisya said...

Sumie, terima kasih banyak2 selama ko buat diari harian tengahari untuk kami.....I'm gonna miss ur celoteh lawak tahap gaban (??....) pasal AF3. Keep on writing....banyak citer lagik lepas AF nie kan?

10:06 PM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Aku rasa sedey plak...sedar tak sedar dah nak last. Aku ni nangis2 sambil lap2 PC aku yang terpapar blog Sumie (ala2 Farah nangis2 bila nak berpisah dengan Jenny). Huk huk huk.

Anyway Sumie thanks for the very very cheerful LUNCH ENTRY. Seronok kenal dgn kau ni walau tak nampak di mata tapi terpahat di hati. Cheewahhh. Kawan2 yang lain yang aku kenal dan tak kenal thru blog ni pun semoga persahabatan kite berkekalan walau di alam siber.

AF ni memang Magic, kite boleh kenal ramai kawan, dan dari pengalaman aku juga pernah dapat cinta dari kerana AF! Huhuhuhu

10:06 PM  
Anonymous Q said...

cik odah... terkenang citer lama ye... masih ku ingat kisahmu itu gara² AF1 walaupun cintamu itu hanya sekerat jalan... ko tak nak kenal sumie secara in person ke? she's a very nice lady...

sumie... aku pun nak ucap terima kasih kerana telah menghiburkan aku dan colleague aku dgn lawak gabanmu itu... colleague aku pun terhibur dgn penulisan ko tu walaupun dia cuma silent reader je...btw, semoga persahabatan kita ni kekal selamanya...

10:07 PM  
Anonymous Uncute said...

sumie..thks sebab sudi bersekang mata kau kat depan tv & pc utk kami yg bekerja ni. Nasib baik ada review dari kau..sebab bila aku dah balik lewat ada masa tak nengok gak diari ni.

AF ni byk kenangan sebab x de AF..maka kita x de bertandang kat rumah Y. Bila x bertandang x de lah kita jadi kawan. It's nice to everyone tak kira kat sini atau kat blog Y

10:07 PM  
Anonymous K.R said...

Tak tau apa nak ckp, but just wanna drop by and congratulate u on ur work all these while.

Harap2 Mawi jadi juara final besok and either Marsha or Felix runner up.

2:43 AM  
Anonymous orang jauh said...

saya pun slalu gak drop by sini..
teruskan memblogging, walo AF dah abish ;)

tidak berhenti berharap agar mawi jadi juara tapi jika bukan rezeki mawi, tak kuasa nak merusuh :D. rugila ada akal kalo tak guna ;))

2:44 AM  
Anonymous budakoverthesea said...

saya pun silent reader gak. Tapi silent-silent pun, tiap2 hari melepak kat blog akak. disebabkan lambat dpt downlot AF3 dari internet, memang bestlah dpt baca review akak kat sini, dahla kelakar, menghiburkan hati org yg duk jauh merantau nih. All the best, and tak sabar nak tunggu review akak utk AF4 (kalau ada) plak, yeah!

2:46 AM  
Anonymous skru said...

yo rakan sekedek ku!!! Tahniah kerana berjaya buat review tanpa bosan dan penuh dedikasi. Aku boleh bilang dgn jari tgn dan kaki brapa aku berapa kali je aku tgk diari..tapi aku terpaksa kira jari sendiri + jari kwn aku + jari kwn aku punya kwn + kwn dia punya kwn punya kwn...dan seterusnya...unt menggambarkan brapa kali aku baca entry ko pasal diari..me kasih manyaaak2

Apapun aku tak kisah sgt sapa pun yg menang sbb aku rasa mereka layak ke final dgn bersandar kan bakat.

2:46 AM  
Blogger SuMie said...

Anonymous,
thank you for reading all this while & may Allah bless you too.

Kak Sham,
thanks a lot for your support and thanks for sharing your opinion through tingkap & sms. I really appreciate it, sebab kadang² opinion orang lain bagi kita idea untuk tulis apa kat blog.

Kak Eisya,
thanks for reading & dropping comments every now and then, walaupun Kak Eisya pun sibuk menguruskan blog sendiri juga.

Cik Odah,
it's great to have new circle of friends setiap kali muncul musim AF. Thank you for joining us. Walaupun mungkin ko tak dapat chenta di musim AF3 ni, I'm sure kita dah tambah ramai kawan. And kalau chenta AF ko tak kekal, insyaAllah kawan² AF ko akan berkekalan.

2:46 AM  
Blogger SuMie said...

Q,
thanks to you and your colleague too. Ko lah kawan, pembaca & 'promoter' setia untuk blog aku ni. We've been friends for 17 years, but I think you would agree if I say that it was AF & blogs that keep us closer.

Uncute,
thanks to you who actually initiate my writings on AF3 afternoon diaries. terima kasih jugak sebab tak jemu membaca dan mengomen. Memang betul kata ko, takde AF, takde la kita semua kenal, jumpa & berkawan. So seburuk² AF, banyak juga kebaikan disebaliknya kan.

K.R,
thanks for reading. Aku pun berharap Mawi akan jadi Juara. Walau macamana pun, kalau yang lain menang, aku terima juga. At this point, aku rasa ke empat² mereka adalah pemenang.

orang jauh,
terima kasih sebab selalu singgah. Betul tu, menang tak menang, semua tu rezeki. Sapa merusuh, memang akal dia letak kat lutut la kot.

2:47 AM  
Blogger SuMie said...

budakoverthesea,
terima kasih sebab hari² datang membaca. Akak pun rasa happy kalau ke-merapu-an akak dapat menghiburkan adik² yang merantau. Ni yang rasa makin nak merapu nih.. huhuhu. Err AF4? Tak tau lah lagi macamana. Kot masa tu dah tambah 'askar', busines smakin maju, clients makin ramai, kot tak cukup masa lak nak menulis nanti. Astro nak buat lagi ke AF4 nanti ek? Hehehee..

Skru,
yo rakan sekedek! Terima kasih atas sms² ko yang selalu memberi aku idea untuk tulis kat sini. Tahniah kat ko juga kerana telah berjaya membimbing protege ko dengan baik sepanjang AF3.

2:48 AM  
Anonymous Farah KRU said...

Sumie, thumbs up for ur awesome blog!! Syukur Alhamdulillah....atas kemenangan MAWI. Tak sabar nak jumpe face to face ngan Mawi kat Brunei!!!!!

Farah....Mawi NO 1 fan!

2:48 AM  
Blogger SuMie said...

Farah,
terima kasih kerana selalu membaca. Farah kat Brunei rupanya. Rasanya Mawi pasti akan adakan persembahan kat sana gak nanti

2:49 AM  

Post a Comment

<< Home