Thursday, August 04, 2005

Sori yek..

Aku tak dapat buat ulasan diari tengahari ni sebab kejap lagi aku nak keluar pegi hospital, tengok Shasha. Korang check kat Y.com atau blog Kak Ri okay..

12 Comments:

Anonymous SitiIntanPayung said...

I was just about to ask about Shasha. Cam ner perkembangan dia Sumie? Send my regards to mama & baba nya ya. be strong

9:48 PM  
Anonymous Q said...

send my love to baby shasha...

9:58 PM  
Anonymous PA said...

Shasha dah ok? Insyallah

9:59 PM  
Anonymous nutt the "JAWS" ada ingat ka?? said...

sumie, kat sini aku jumpo kau! aku dh pindh png. cntact no. ko pon aku x de. pls reply

10:00 PM  
Anonymous kak ri said...

diary tghari tak tengok pun tak pa... semua dah boring....

sasha dah ok ker sumie?

10:00 PM  
Blogger SuMie said...

NUTT!!!!
Mana leh lupa JAWS. Boipren boleh difotokopi, tapi JAWS tak boleh di fotokopi (kena sebut ala² skrip Khai dalam Cinta Fotokopi).

The magic of AF, member lama pun leh jumpa. Bak la sini email ko, nanti aku email no hp aku. Ni Ima pun ada kat umah aku. Laki dia outstation, tu pasal dia berumahtangga kat umah aku pulak.. huhuhuu..

10:00 PM  
Blogger SuMie said...

Siti, Q, PA & Kak Ri,
thank you for asking..

I just came back from hospital. Shasha dah keluar dari ICU, dah lepas tahap kritikal. Tapi.. susah lah nak cerita kat sini. Parents Shasha pun senyap jek tadi, tak cerita apa² pun. Agaknya lepas keluar ICU semalam, doktor ada bagitau something yang sangat² menyedihkan diorang. Papa Shasha kata mereka sedang cuba untuk menerima kenyataan. Aku pun tak pasti apa 'kenyataan' yang dia maksudkan. Tapi aku tak mau tanya apa² sebab takut menambahkan kesedihan diorang pulak.

Aku sendiri terpaksa tahan sebak tengok Mama Shasha mengetap bibirnya sendiri cuba menahan air mata dia dari tumpah di hadapan kami. Lebih sebak lagi bila tengok Shasha yang langsung tak bersuara maupun bergerak. Cuma mata hitam nya saja yang bergerak sikit². Minum susu pun masih perlu gunakan saluran melalui hidung. Sampai masa kami balik tadi, dia masih belum buang air kecik secara normal lagi.

Masa kat ICU dulu, Mama Shasha ada bagitau aku yang doktor ada cakap, brain infection at very young age macam tu boleh menyebabkan brain damage. Mungkin sikit, mungkin severe. I guess, many of you boleh agak kesan dari brain damage. As parents, aku yakin ramai antara korang yang pastinya mengerti bagaimana hancur luluhnya hati Mama & Papa Shasha berdepan dengan kenyatan ni.

Aku tak berani nak memandai², malah nak tulis ni pun aku rasa serba salah. Tapi sejak aku tengok Shasha tempohari, setiap kali aku nengok Raha, setiap kali tu lah aku soal diri aku sendiri, adakah aku cukup kuat seandainya diberi dugaan yang sama? Setiap kali Raha menyepah, mematah atau merosakkan sesuatu, setiap kali Raha membuang makanan atau menelungkupkan pinggan, setiap kali Raha menarik pakaian yang dah bersusun di rak baju, setiap kali Raha mengoyakkan album, setiap kali Raha buat sesuatu yang menaikkan darah aku, setiap kali itulah aku terbayangkan Shasha yang terlantar di hospital. Setiap kali tu jugalah aku tak jadi marah, setiap kali tu jugalah aku tanya pada diri aku - apakah aku lebih rela anak aku terlantar diam daripada berlari nakal kesana kemari? Setiap kali itu juga aku ingatkan diri aku supaya bersyukur kerana setiap kali kenakalan Raha menguji kesabaran aku, itu bermakna Raha sihat walafiat. Setiap kali itulah aku semakin menghargai amanah Allah kepada aku - Raha.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya, dan kadang² apa yang menimpa orang lain menjadi keinsafan pula pada kita yang memandang. Nikmat yang kita rasai hari ini, boleh ditarik bila² masa. Tapi sering kita menunggu hari esok untuk bersyukur. Sedangkan kita tak tahu, bila esok tiba, mungkin kita hanya sempat berselubung dengan kekesalan.

10:02 PM  
Anonymous kak ri said...

aduhhh sebak sumie.....

doa kak ri pada mama - papa sasha..semoga mereka tabah menempuh segala dugaan yang allah bagi.

10:02 PM  
Anonymous Farah KRU said...

Semoga mama n papa Sasha tabah..

10:02 PM  
Anonymous nippon said...

sama2lah kita doakan kesejahteraan shasha....

10:03 PM  
Anonymous rain said...

my deepest sympathy to Shasha n family.. bersyukurlah dgn apa yg kita ada.. mana yg pahit itu ujian dr Allah, supaya kita jadi lebih kuat, tabah & sabar..

10:03 PM  
Anonymous niesa said...

harap tabah hadapi dugaan..ada rahmat disebaliknya..

10:04 PM  

Post a Comment

<< Home