Saturday, October 08, 2005

Khutbah Khamis Kak Peah

Alkisah di suatu hari Khamis, Abang Leman asyik la citer kat isterinya, Kak Peah, tentang nak tukar kereta baru. Kak Peah yang tengah melipat kain tu naik boring mendengarnya, maka mulalah Kak Peah berkhutbah Khamis;
"Kita manusia ni memang tak pernahnya rasa cukup. Kita ingat, pakai Proton Iswara tak cukup bergaya, tengok orang lain pakai Rexton nampak macam happy jek, kita pikir agaknya kalau kita pakai BMW-X5, mesti kita happy jugak.

Tapi sebenarnya bila lagi besar kereta kita pakai, lagi besar pulak hutang kita. Walaupun income makin bertambah, tapi surplus / deficit tetap tak berubah sebab hutang pun makin bertambah. Kita sebenarnya akan happy bila kita capai 'financial freedom'. Tapi macamana nak financially free, kalau dok kerja keras menimbun duit, at the same time menimbun hutang jugak dengan bertukar² kereta. Happy ke kalau hutang keliling pinggang?

Cubalah toleh ke belakang sesekali. Dulu masa bercinta, kulu-kilir kita naik LRT jek. Boleh jalan kaki lagik dari Asrama Felda Keramat tu ke Masjid Setiawangsa. Tak happy ke kita masa tu? Haa cuba bagitau saya, tak happy ke masa tu?"

"Happy.." jawab Abang Leman mengangguk² sambil tersengih². Terkenang zaman bercinta lah tu. Nyampah jek Kak Peah menengoknya. Maka Kak Peah pun sambunglah khutbah Khamis nya;
"Haaa.. tau pun, happy jugakkan.."

"Besok bila pakai kereta besar, belanja minyak & maintenance pun besar. Mulalah sakit kepala pikir mana nak cekau duit. Masa tu kita akan toleh belakang dan tanya diri kita, tak happy ke aku masa pakai Proton Iswara dulu? Jadi, cuba lah tak payah tunggu pakai kereta besar, tanya diri kita sekarang, tak happy ke kita sekarang? Kalau rasa tak happy dengan Iswara tu, percayalah, tukar kereta besar besok pun belum tentu rasa happy. Nanti bila ada duit lebih lagi, mula rasa nak pakai kereta lagi besar, dah lagi besar kereta pun tak happy jugak, rasa nak pakai helikopter pulak, dah ada helikopter pun tak happy, mula rasa nak pakai private jet. Sudahnya sampai lagi sejengkal nak jumpa ajal pun tak reti² jugak nak happy.

Kesimpulannya, kalau tak reti nak rasa cukup, tak reti nak rasa happy dengan apa yang ada hari ni, sampai bila² pun kita tak akan rasa happy. Jadi tak yah tunggu ada kereta besar, tak payah tunggu dapat bini cantik macam Catherine Zeta Jones, tak payah tunggu income 2 juta sebulan untuk rasa happy. Tengok sekeliling, dan bandingkan diri kita dengan orang miskin dalam rancangan Bersamamu TV3 yang dok makan nasi dengan air garam tu, yang menapak dengan kasut buruk jek untuk ke sana ke mari tu, pastu tanya diri kita, betul ke kita tak happy?"

"Bukan pasal tak happy" Abang Leman mencelah.
"Sajalah nak upgrade diri sikit.. dah makin meningkat umur ni, biarlah orang tengok kita ada pencapaian lebih sikit" chewah.. dengan cool dan confidentnya Abang Leman cuba mematikan khutbah Kak Peah.

"Haah.. ya lah tu. Depan mata orang nak tunjuk upgrade. Dah meningkat umur ni, kereta mesti makin besar lah ya? Habis tu, ada awak upgrade diri awak depan Tuhan? Ada awak tambah solat² sunat selain solat lima waktu tu? Yang lima tu pun rompong. Ada awak puasa sunat selain puasa Ramadhan? Tu Al-Quran awak tu, bila kali terakhir awak bukak? Agaknya akhir sekali awak pegang masa kita bertukar Quran masa buat hantaran kahwin dulu aje agaknya. Kalau saya ni tak mengemas, tak lap habuk² atas Quran tu, agaknya dah 8 inci habuk atas Quran awak tu. Yang tu semua tak pulak awak fikir nak upgrade?

Bukan saya tak suka awak nak tukar kereta. Kalau nak tukar pun, biarlah bila income tu lebih dari cukup untuk bayar hutang bulan², untuk cover maintenance. Tapi patut²nya kalau ada rezeki lebih, hulur²kan kat orang susah ke, kat anak yatim ke, sedekah kat surau ke, tunaikan tanggungjawab pada masyarakat. Ada jugak 'harta' nak bawak ke akhirat. Ni tidak, ada duit sikit, dok pikir nak timbun harta dunia jek.. Besok liang lahat tu pun muat² untuk kita sorang jek, bukan boleh sumbat kereta besar, lori atau helikopter pun.."

Kak Peah berlalu membawa kain yang sudah berlipat ke bilik, meninggalkan Abang Leman terkebil². Lama jugak Abang Leman bermenung. Nak aje Kak Peah pergi pujuk sambil nyanyi lagu Seroja nyanyian Mawi "Mengapa kau bermenung.. oh Abang berhati bingung..". Tapi Kak Peah nyanyi dalam hati aje lah. Biarlah Abang Leman fikirkan dulu sedalam²nya kata² Kak Peah tadi..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home