Monday, October 03, 2005

Mesti Beli! - Best of Mawi World MTV Karaoke

Entry ni aku tujukan khas buat kawan² yang minat kat Mawi aje yek. Kepada deknon² yang tak minat Mawi, atau dah boring baca apa² tentang Mawi tu, akak tak akan bertanggungjawab atas segala sakit mata atau loya tekak yang mungkin deknon² hadapi dengan terus membaca entry akak ni okay..

Mungkin ada antara deknon² sekelian (yang minat Mawi lah) yang rasa teragak², samada nak beli atau tidak VCD Karaoke Mawi ni, terutama bagi deknon² yang kecewa dengan album Best of Mawi World dulu kerana ada yang mengharapkan album tersebut adalah rakaman semula lagu² nyanyian Mawi sepanjang konsert mingguan AF3. Jadi, mungkin kerana tak mau kecewa lagi, maka ada agaknya yang masih rasa 50-50 samada nak beli atau tidak VCD Best of Mawi World MTV Karaoke ni. Oleh itu sukalah akak nak memberitahu deknon² semua bahawa, dengan harga cuma RM 19.90, VCD ini tersangatlah berbaloi untuk dimiliki.

Sememangnya VCD ni masih mengekalkan nyanyian asal Mawi dari setiap konsert mingguan, tapi apa yang buat aku rasa VCD ni termasuk dalam kategori MESTI BELI (oleh penyokong² Mawi lah), ialah, sebab selain dari video klip persembahan² mingguan Mawi, kita juga berpeluang tengok Mawi sendiri bercerita tentang pengalamannya dari mula dia pergi Ujibakat AF3, tersingkir dari Konsert Prelude, diserapkan semula pada Konsert Pertama dan cerita²nya berkaitan lagu² yang dia nyanyikan. Kira macam nengok satu program Mawi - In Person gitu. Rakaman tu dibuat kat satu studio, dengan background 3 skrin komputer & TV yang mempamerkan gambar² Mawi semasa menyanyikan lagu² yang sedang dia ceritakan tu. Aku gerenti lah korang takkan dapat nengok rakaman tu disiarkan kat Beat TV, Muzik@Ria maupun Melodi. Selain dari tu, semasa Mawi bercerita tu, diselitkan juga sedutan² dari Diari AF3 yang menunjukkan Mawi sedang berlatih lagu² tu. Bagi diri aku sendiri, memang puas betul lah tengok VCD ni, memang fokus kat Mawi jek. Mawi masa kat akademi, Mawi semasa konsert dan Mawi bercerita tentang pengalamannya untuk setiap lagu. Pendekata, all in one lah!

Sebenarnya aku pun tak perasan sejak bila VCD ni dah dipasarkan, jadi aku tak adalah tercari² pun. Kebetulan, masa nak shopping kat Jusco One Utama semalam, aku pergi lah belek² CD kejap dekat kedai Speedy tu. Ternampak pulak VCD ni. Memang dari dulu aku dah fikir nak beli VCD Karaoke ni bila Maestro keluarkan. Walaupun aku dah download setiap persembahan Mawi masa AF3 dulu, tapi kualiti VCD mestilah bagus sikit dari fail yang aku download tu. Dan kalau tetiba PC aku jatuh sakit, dengan danya VCD ni, takdelah aku hilang koleksi persembahan Mawi. Masa beli tu, aku dah nampak label "MENGANDUNGI INTRO & DIALOG MAWI UNTUK SETIAP LAGU" kat cover VCD tu. Masa tu, yang terpikir kat kepala aku ialah intro & dialog Mawi dengan Aznil setiap kali sebelum dia menyanyi tu lah. Tapi rupanya apa yang terkandung di dalamnya adalah lebih dari apa yang aku sangkakan.

Kalau nak diikutkan, CD Best of Mawi World dulu, harganya RM 21.00. VCD Best of Mawi World MTV Karaoke ni pulak, baru RM 19.90. Jadi kalau dibandingkan isi kandungan kedua²nya, memang berbaloi sangatlah beli VCD ni. Kalau deknon² memang minat sakan dan rindu kat Mawi yang dah jarang keluar kat TV tu, maka memang lah tak rugi deknon² berkejar ke kedai VCD sekarang juga untuk mendapatkan VCD ni.

Camanapun, ada jugak lah kekurangan VCD ni di mata aku. Antaranya;
  • Tak ada soal-jawab Aznil & Mawi sebelum setiap persembahan & komen² pengkritik selepas setiap persembahan. Hehehe.. lebih² la pulak. Tapi bagi orang lain mungkin tak jadi hal pun, dan mungkin lebih bagus pun tak ada celoteh Aznil & komen pengkritik tu.

  • Masa klip lagu Dari Kekasih Untuk Kekasih, tak ada lirik lagu kat bawah tu. Tapi ada mesej dari Pengurusan Maestro Records ".. kami tidak dapat menyediakan karaoke lagu ini atas sebab² tertentu..". Agaknya sebab Mawi nyanyi salah melodi & salah lirik tu la kot, maka tak dapat disediakan versi karaoke nya. Tapi lagu tu adalah, cuma lirik lagu kat bawah tu je yang takde.

  • Lagu Nour-El-Ein pulak macam pelik sikit aku dengar. Muzik dia macam ada echo, dengar macam ada lapisan ke-2 yang lagging. Tak tau lah samada tak disengajakan atau ianya memang tak dapat dielakkan.
Namun walaupun ada sedikit kekurangan² di atas, VCD ni masih tetap berbaloi dibeli.

Bagi peminat² Felix, Amylea & Marsha pula, aku rasa mungkin lepas ni VCD Karaoke diorang pun akan dikeluarkan juga dengan format yang sama macam VCD Mawi ni, jadi sabarlah menanti ya. Dan aku rasa kalau Maestro keluarkan VCD Karaoke untuk setiap bekas pelajar pun okay kot. Boleh lah diorang kongsi pengalaman diorang menyanyikan lagu tugasan masing² dengan peminat² diorang jugak. Mana² pelajar yang tersingkir awal tu, bolehlah digabungkan 3-4 orang dalam satu VCD.

Kalau ada lah Maestro keluarkan VCD Karaoke pelajar² lain tu nanti, dan kalau formatnya serupa dengan VCD Mawi ni, akak rasa tak rugilah kalau deknon² nak beli. Kepada 'sahabat-sahabat Mawi' yang belum memiliki Best of Mawi World MTV Karaoke ini, jangan lupa jenguk² kedai VCD bila deknon keluar pegi shopping lepas ni okay!

Perhatian: Sukalah aku nak mengingatkan bahawasanya aku bukanlah salah seorang pekerja maupun tauke Maestro Records, Zezz Entertainment maupun Life Record. Jadi segala apa yang aku tulis di atas tidaklah mendatangkan duit walau sesen pun kat aku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home