Tuesday, October 04, 2005

Salam Ramadhan (pesanan ikhlas buat Kak Peah)

"Puasa ni aku mesti turun 5 kilo! Nanti bila jalan² beraya, adalah orang tegur - Eh dah slim ko ek Peah.."

Sudah² la berangan tu Kak Peah. Dari tahun lepas lagi saya dengar azam Kak Peah tu. Tahun sebelum tahun lepas pun Kak Peah cakap benda yang sama. Tahun sebelum² tu pun sama jugak azam Kak Peah menjelang Ramadhan. Saya bukan nak kecik²kan cita² murni Kak Peah tu. Tapi kalau dah masa berbuka Kak Peah mentekedarah mengalahkan Kak Peah makan masa bulan tak puasa, macamana nak slim Kak Peah oii? Dah tu, kalau pergi Pasar Ramadhan tu, saya tengok Kak Peah membeli-belah.. wah wah wah.. macam stok makan 3 hari. Selagi boleh jinjit, sebelah tangan Kak Peah tu mau 7-8 kilo juadah berbuka puasa jek. Tu mujur ada 2 belah tangan je. Kalau Kak Peah ada 8 tangan, habis agaknya Kak Peah borong segala jenis makanan yang terjual kat Pasar Ramadhan tu.

Kalau betul Kak Peah nak slimkan badan, saya nasihatkan Kak Peah, kalau pegi Pasar Ramadhan tu, jangan bawak beg duit. Kak Peah bawak 2 ringgit jek dalam tangan. Haa habis kuat pun Kak Peah boleh beli 2 jenis kuih jek. Karipap singgit. Puding jagung singgit. Cukup lah tu. Lagipun Kak Peah kan memasak kat rumah. 2 ringgit tu pun dah dapat 6 ketul kuih dah tu. Kak Peah makan 2, Abang Leman makan 2, anak Kak Peah si Senah tu makan 2. Ok lah tu. Tu pun kalau kuih tak naik harga lah. Manalah tahu kot disebabkan harga minyak naik, harga kuih pun naik jugak. Tapi kalau harga kuih naik sampai 50 sen seketul pun takpe jugak Kak Peah. Lagi bagus. Lagi sikit Kak Peah dapat, lagi sikit lah Kak Peah makan, lagi senang la angan² Kak Peah tu jadi kenyataan.

Tapi kan Kak Peah, daripada Kak Peah simpan azam menguruskan badan, lebih baik lah Kak Peah simpan azam untuk memperbaiki ibadah dalam bulan Ramadhan ni. Kan bagus Kak Peah berazam untuk khatam Quran, solat tarawikh hari², kurangkan bergossip, kurangkan hiburan, dan mempertingkatkan lagi ibadah² Kak Peah yang lainnya tu. Lupakan soal slimkan badan. Kalau Kak Peah betul² menjalani ibadah puasa ni sepertimana yang dituntut, saya rasa Kak Peah akan slim jugak dengan sendirinya. Dan kalau Kak Peah dapat turun 2-3 kilo, bersyukurlah, Kak Peah anggaplah itu satu bonus. Tapi kalau tak slim, janganlah pulak Kak Peah frust, pastu bila tiba raya kak Peah balun ketupat rendang cukup². Biarlah bersederhana Kak Peah ya. Apa pun, yang paling penting, betulkan nawaitu tu dan tanamkan azam untuk memperbaiki ibadah sepanjang Ramadhan ni, ya Kak Peah ya.

*Nota kaki (i):
Kak Peah hanyalah gantinama kepada seseorang yang tak mahu menulis namanya sendiri di sini.. huhuhuuuu...

*Nota kaki (ii)
Buat semua ahli keluarga, AMTY dan sekelian sahabat² yang masih berkunjung ke sini, SuMie di RuMaH nak ucapkan - selamat berpuasa, selamat menjalani ibadah Ramadhan. Semoga ibadah kita pada tahun ini lebih sempurna dari tahun² sebelumnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home