Saturday, October 15, 2005

Uniknya Ramadhan Bersama AMTY

Alhamdulillah, Khamis - 13 Oktober baru² ni, AMTY berpeluang berbuka puasa bersama-sama untuk tahun yang ke-2. Dah masuk tahun ke-2 rupanya. Rasa macam baru jek berbuka puasa kat rumah Skru dulu. Aku pernah terbaca, kalau waktu terasa terlalu cepat berlalu, tu maknanya hari kiamat semakin hampir. Wallahualam..

Masa aku sampai kat Tupai², Skru, Mag, Qyrie, Uncute & Xmen dah sampai. Kak Eisya & family sampai bila dah nak dekat² waktu berbuka, masa aku tengah sibuk² ambik makanan. Rugi lah sapa tak pegi, terlepas peluang berkenalan dengan hubby Kak Eisya yang hensem tu. Hensem woo, betullah seperti yang diwar²kan oleh AMTY di tingkap, memang ada iras Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun tak cukup korum, suasana tetap meriah sebab seperti yang telah Mag maklumkan, dia akan makan untuk mereka yang tak datang, dan aku pula tolong borakkan untuk mereka yang tak ada. Jadi, lebih kurang macam semua orang ada jugak lah. Seperti biasa, topik² terhangat di pasaran tidak dilupakan. Walaubagaimanapun, anyaman ketupat hanya dilakukan selepas berbuka, memandangkan AMTY tak mahu mengurangkan pahala puasa dengan menganyam sebelum berbuka.

Makanan memang sedap dan ada banyak pilihan. Yang aku heran, punyalah banyak makanan kat situ, diorang bukak juga Skru punya kerepek ubi kayu berperisa jagung tu. Heran jugak camana kerepek ubi kayu tu boleh ada perisa jagung. Malangnya, tuan punya kerepek sendiri menghadapi kesukaran untuk menikmati 'rasa jagung' tersebut. Masih tak dapat dipastikan sehingga ke hari ini samada Skru dah berjaya atau belum dalam misinya - Mencari Rasa Jagung.

Turut diadakan ialah acara penyampaian DVD Bini² Terdesak. Acara pengedaran Kuih Samperit pula terpaksa ditangguhkan kerana supplier belum cukup stok samperit untuk diedarkan. Hujan lebat memanjangkan lagi majlis Uniknya Ramadhan bersama AMTY. Nak dekat pukul 10 kot baru kitorang balik.

Bila dah masuk dalam kereta, aku terperasan kamera dalam handbag, baru aku sedar, hek elee.. lupa nak amik gambar!

Kepada AMTY yang tiada pada hari tersebut, ketiadaan kalian tetap dirasai. Semoga ada rezeki untuk berbuka bersama di tahun² akan datang pulak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home