Friday, November 11, 2005

Terlebih Vitamin M

Sejak balik dari cuti raya hari tu, aku dilanda penyakit paling popular dalam dunia ni, penyakit yang ubatnya begitu sukar dicari - penyakit terlebih vitamin M - M.A.L.A.S

Malas buat kerja office. Malas buat kerja rumah. Malas masak. Malas lipat kain baju. Asyik nak tidur jek. Lepas bangun sahur, aku tidur balik sampai tengahari, sebab Raha pun tidur sampai tengahari. Kalau Raha bangun awal, baru lah aku bangun awal. Tu pun lepas siap dia makan, mandi, pakai baju, hantar pegi rumah Cik Ika, aku sambung tidur balik. Ngalahkan puasa Ramadhan lak.

Ni kalau tetiba ada member nak datang beraya ke, mak mentua nak datang menjenguk ke, barulah kelam kabut aku nak mengemas rumah ni agaknya. Agaknya kalau aku jemput kawan² datang beraya, barulah kurang vitamin M aku ni agaknya. Aku ni nak buat 'open house' tu takde lah. Pintu rumah aku pun kecik aje, tak leh bukak luas². Aku pun bukan reti nak masak untuk orang ramai². Kalau reti pun, tak muat pulak ruang rumah aku ni nak sumbat tetamu ramai². Kang ada pulak yang kena makan atas katil. Makan atas katil kira okay lah, luxury gitu.. buatnya ada yang kena makan dalam bilik air kang naya jek deknon oii..

Jadi, jangan lah tanya aku buat 'open house' ke tidak ya. Tapi, pintu rumah aku ni sentiasa lah 'open' untuk sesapa nak datang beraya. Kuih raya takde, sebab aku tak buat pun. Samperit yang aku beli dari Skru hari tu pun dah habis aku makan sebelum raya lagik. Selalu tahun² lepas aku ambik kuih raya dari mak mentua aku, tapi selalunya kuih tu bertahan sampai ke Raya Haji. Jadi tahun ni aku malas dah nak bawak balik kuih raya.

Kalau ada antara deknon² nak datang beraya, sila²kan lah ya. Akak hidang jek lah apa yang ada nanti. Kalau ada nasi, akak hidang nasi. Kalau ada mee, akak goreng lah mee. Kalau ada biskut kering jek, akak hulurlah biskut kering jek. Kalau tak ada apa² sangat, meh la kita makan sesama kat Naina atau Khalifah kat bawah tu jek ye deknon yek..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home