Sunday, January 08, 2006

Bebas Blogging?

Adakah kita bebas blogging?

Pernah tak korang rasa macam nak luahkan sesuatu, lepas tu korang pun tulis panjang lebar dalam blog. Bila dah siap, korang baca semula, tiba² korang rasa yang korang tak patut publish entry tu. Atau mungkin korang belum tulis, ada niat nak tulis, tapi tak jadi tulis. Ada banyak sebab, mungkin ini antara yang pernah bermain dalam fikiran korang sebelum korang tulis atau publish sesuatu:
- Kalau nanti kawan² baca, apa pulak yang diorang fikir?
- Nanti kalau jumpa diorang, malu pulak aku.
- Nanti aku tulis lain, diorang faham lain pulak.
- Nanti kalau si A baca, mesti dia tau aku tulis pasal dia, nanti dia kecik hati, gaduh pulak kang.
- Aku tak kisah kalau kawan² baca cerita ni, tapi segan pulak kalau adik² aku baca.
- Ni aku sebut agama xyz, nanti member yang beragama xyz terasa pulak.
- Ni aku sebut bangsa xyz, nanti member yang bebangsa xyz terasa pulak.
- Ni isu sensitif ni, karang kena tangkap masuk ISA pulak.
- Kalau aku sebut nama rancangan / artis / menteri ni, boleh kena saman tak agaknya?

.. dan mungkin banyak lagi sebab² lain yang menyebabkan banyak posting korang terpaksa ditapis dulu, dan akhirnya korang pilih jalan selamat, maka korang pun delete jek apa yang korang dah tulis tu, atau kalau belum ditulis, korang simpan aje dalam hati.

Perkara ni banyak kali terjadi kat aku. Kadang² aku dah tulis berjela² meluahkan isi hati atau isi kepala hotak aku ni, tiba² ada antara perkara yang aku senaraikan di atas muncul dalam kepala aku. Jadi aku pun edit mana yang patut. Buang mana yang tak perlu. End up aku spend masa 2 kali ganda lagik untuk edit entry tu. Lepas tu bila baca balik, aku rasa entry tu dah tak menyampaikan isi hati aku sewajarnya lah pulak. Lepas tu aku rasa dah malas nak sambung lagi, dan aku terus delete aje posting tu sepenuhnya. Betul² buang masa jek kan?

Ada ketikanya aku rasa perkara yang aku tulis terlalu peribadi. Rasa tak wajar langsung cerita dalam kain atau cerita atas katil jadi bahan bacaan orang² yang kenal aku. Tapi kadang² rasa nak juga luahkan, cuma ada sesetengah perkara yang aku rasa lebih selesa kalau diluahkan pada orang yang langsung tak kenal aku, atau diluahkan aje di mana aku rasa tak ada orang pun akan baca. At least aku rasa lega sebab dapat juga luahkan.

Ada masanya pulak aku rasa nak maki hamun sesorang tahap dirasuk iblis. Misalnya aku nak kata "Jahanam punya betina, celakalah kau lapan belas keturunan", tapi aku tak boleh tulis macam tu kat blog ni, sebab pada masa yang sama aku terfikir yang kawan² aku yang membaca mungkin akan menggeleng²kan kepala melihatkan bahasa kesat aku. Walaupun bahasa kesat tu mungkin keluar dari benak aku sekali tu saja, tapi dengan entry tu aku risau yang aku mungkin dah memberi gambaran pada kawan² aku yang itu memang bahasa harian aku. Disebabkan tu, maka aku mungkin akan tukar ayat kepada "Aku bengang gila kat perempuan tu". See, aku dah jadi kurang jujur dalam penulisan aku. Sebab apa yang aku tulis tu bukan apa yang ada dalam hati aku masa tu.

Tapi mungkin dalam keadaan tu, separuh jujur tu lebih baik, kerana aku jadi lebih bertanggungjawab dengan apa yang aku tulis. Sememangnya kebebasan bersuara bukan bermaksud kebebasan mengutuk sesiapa sesuka hati. Kita kena lah bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis. Tapi tu kalau kita tulis perkara² yang lebih umum, macam topik politik ke, sukan ke, atau hal ehwal semasa ke.

Tapi bagi kebanyakan kita yang menulis tentang diri kita sendiri, tentang apa yang kita lalui dan apa yang kita rasa, dalam banyak keadaan, separuh jujur tu bagaikan menyekat kita dari meluahkan banyak benda yang terpendam. Bila kita tahu tulisan kita dibaca oleh orang² yang mengenali kita, seboleh²nya kita akan menapis cerita yang memalukan diri kita sendiri, sedangkan kadangkala kita sendiri rasa nak luahkan perkara yang mengaibkan tu.

Bila kita tahu tulisan kita dibaca oleh orang² yang kita sayang dan yang menyayangi kita, nak tak nak kita akan seboleh²nya cuba menulis tanpa melukakan hati mereka, sedangkan banyak juga ketikanya, apa yang hendak kita tulis tu ialah mengenai mereka atau perkara² yang melibatkan mereka juga.

Masa aku mula² blogging dulu, aku memang bertujuan untuk jadikan blog ni tempat aku suratkan apa saja yang tersirat dalam benak aku. Tapi masa tu aku tak kenal sapa² pun dalam dunia blogging ni. Tapi sekarang dah ramai yang jadi member pun. Malah adik-beradik, kawan² lama atau kawan² satu sekolah pun ada juga yang sesekali menyinggah kat blog ni. Eh, bukan lah aku tak suka. Aku sukaaaa... Cuma macam aku kata tadi la, bila dah ada yang kenal, aku jadi segan pulak nak tulis perkara² terlalu peribadi, atau perkara² berat yang mendatangkan persoalan² yang aku senaraikan kat atas tu tadi.

Selalu jugak la aku tanya diri aku sendiri, adakah aku bebas blogging? Korang rasa korang bebas blogging?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home