Thursday, January 26, 2006

Dari Dapur Chef Diva SuMie: Kek Coklat Orang Dengki Takde Oven

Ya deknon² sekelian.. Chef Diva SuMie kembali lagi.. Sesapa yang rasa nak kutuk akak ni perasan or berangan diva, suka hati korang lah ya. At least akak tak berangan dengan baju ala angkasawan atau alien tau. Akak pakai apron occay..

Resepi ni sebenarnya aku dapat dari Kak Teh, dia dapat dari boifren dia, boifren dia dapat dari tah sapa, tah sapa tu pulak dapat tah dari sapa² la pulak.. Tak penting occay asal-usul resepi ni. Yang penting, resepi ni sangat sesuai untuk deknon² yang tak ada oven kat rumah, atau untuk deknon² yang dah berbulan² or bertahun² berangan nak beli oven, tapi tak jugak beli sampai sekarang. Mulai sekarang, deknon² tak perlu lagi dengki dengan Kak Bedah, Kak Limah dan Kak Esah sebelah rumah yang ada oven besar bagak tu, sebab deknon² pun dah boleh buat kek tak payah pakai oven. Pakai kukus aje deknon.

Bahan-bahan:
2 cawan Tepung gandum
½ cawan Gula halus
1 cawan Serbuk koko
1 cawan Susu manis
3 biji Telur
1 cawan Minyak jagung Mazola
(Kak Teh kasi resepi - dia tulis minyak Mozela. Haa ko, jenuh aku mencari minyak Mozela satu pasaraya. To Kak Teh - Hek aok!)
1 cawan Air panas mendidih
1 sudu teh Baking powder
1 sudu teh Soda Bikarbonat

Cara-cara:
- Pukul telur dengan gula halus. Telur tu masuk sebiji² ye, deknon² sekelian. Kalau nak rasa yang lebih manis, boleh la deknon tambah lagi lapan belas gelen gula.

- Masukkan susu. Kacau.

- Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder & soda bikarbonat. Kacau. Tepung & serbuk koko tu ayak la dulu, kalau tak kang dia bergentel² ke berketul² ke, buruk ler pulak kek deknon tuh.

- Masukkan minyak & air panas. Air panas tu, air yang baru mendidih, tengah menggelegak membuak² tu occay. Air suam² kuku kakiku kaku tak main laa. Kacau sampai rata. Masa ni, sila kawal nafsu deknon² sekelian supaya tidak menyudu adunan tersebut ke mulut deknon² sekelian. Takut kalau dah sekali sudu, nanti terbelasah sampai habis pulak separuh adunan, sebab rasa dia giler sedap macam chocolate topping yang bubuh atas sundae McD tuh.



Adunan sebelum dikukus

- Taruk adunan kek tu dalam loyang, tutup dengan aluminium foil.

- Kukus selama dua jam. Sebelum masukkan dalam pengukus tu, pastikan air tu memang dah panas menggelegak. Masa kukus tu pulak toksah lah dok gatal² tangan bukak penutup kukus tu. Kalau bentat, jangan kata akak tak kasi amaran pulak ye. Masukkan la air penuh² dalam pengukus tu, supaya deknon tak perlu tambah air nanti. Tapi kalau tak sampai 2 jam air dah kering, kena la jugak tambah air kan. Tapi nak tambah pun, biar lah lepas sejam kek tu dikukus..

- Lepas 2 jam. Keluarkan la kek tu dari pengukus, takkan nak biar jek sampai pagi besok pulak kan. Kalau nak makan terus pun dah boleh dah tuh. Tapi kalau deknon terlebih rajin dan nak kek tu lagi mengancam dan mengundang kedengkian Kak Bedah, Kak Limah dan Kak Esah , boleh lah buat topping/icing dia pulak.



Itu dia... selepas keluar dari pengukus

Bahan² & cara² membuat Chocolate Icing:
1½ oz (45g) Butter
1 oz (30g) Serbuk koko (ayak la jugak, tak reti²..?)
3 sudu besar Susu sejat cair
4oz (125g) Gula icing (pun diayak jugak)

-Putar butter, masukkan serbuk koko. Lepas tu masak atas api. Angkat dari api, masukkan susu dan gula. Masuk la air sikit. Kacau. Dah siap.

Resepi icing ni sebenarnya diperturunkan oleh Chef Diva Mag melaui SMS. Disebabkan dia bagi sukatan dalam oz dan gram, dan aku pulak takde penimbang, maka aku main belasah, main agak² jek la. Jadi deknon² pun tak usah lah nak takut² main belasah jugak. InsyaAllah, mesti jadik punya. Dah jadi tu, curah le atas kek tadi.

Dan.. VA-VA VOOM!! Jadik la Kek Coklat Orang Dengki Takde Oven atau singkatannya Kek Coklat O.D.T.O. Fuhh.. glemer tu deknon, nama kek tuh. Boleh dimakan serta merta, atau disimpan dalam peti sejuk, dan dimakan besoknya, atau lusanya. Bagi aku, kek tu bila dah sejuk rasanya lebih sedap. Macam kek kedai, jangan tak caya deknon..



Letak lilin 2 batang.. jom celebrate birthday..

Lepas tu boleh la deknon berlagak dengan jiran tetangga, terutamanya Tauke Kopitiam tu kan *buat muka eksyen kat Y*, sebab tauke tuh pakai tepung kek segera jek kan. Huh.. apa punya tauke. Tipu punya olang. Busuk punya kaki. Haiyyaa.. Lu kalau berani pakai tepung gandum la tauke.. *dengan riaknya Chef Diva mencabar Tauke Kopitiam*



Keratan rentas Kek Coklat O.D.T.O.

Pesanan untuk deknon²: Kalau kukus pun deknon tak ada, haa sudahh.. tak payah buang karan baca resepi akak ni. Pegi cari resepi kek goreng aje. Tu pun kalau ada la kan..

Akhir kata, khas buat Che Lan @ Co2 - HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
Untuk Y @ Tauke Kopitiam, Selamat Tahun Baru Cina.
To Cheeka, aku rasa macam pernah nampak ko kata ko tak celebrate CNY. Tapi, kalau ko sambut, Happy Chinese New Year to you too.
Untuk teman² pembaca yang lain, Chef Diva SuMie mengucapkan selamat bercuti panjang, berhati² di jalan raya dan jangan makan banyak².. (eh tu macam pesanan untuk diri sendiri jek..)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home