Friday, March 17, 2006

Kisah Sorbet

Kisahnya.. ada sebiji Mangga. Mangga sering merasakan dirinya tidak glemer seperti Epal atau Strawberry. Maklum lah, diorang (eh.. 'diabuah' la kan?) tu nama macam omputih, sedangkan Mangga namanya ala² gadis kampung gitu. Malah majalah yang diterbitkan menggunakan namanya pun sering saja dikutuk², tak setanding majalah URTV atau Media. Kerana merasakan dirinya tidak glemer itulah, maka Mangga dan kawan²nya merasakan mereka cuma layak melepak² di pasar malam sahaja. Kalau pun mereka lepak di supermarket, mereka cuma lepak berlonggok² aje. Tak merasalah mereka dibungkus cantik² macam geng² si Strawberry itu.

Pada suatu hari, Mangga terserempak dengan Uncle Nestle, seorang jurumekap, fashion designer dan juga merupakan seorang penerbit dan pengarah filem tersohor di negara ini. Uncle Nestle yang lebih suka dirinya dipanggil dengan gelaran Auntie Nestle itu memang sejak dari dulu, terkenal dengan jari jemari mulusnya yang mampu melakukan magic, menukar wajah berkerak menjadi berseri² ala² selebriti disuntik kolagen. Lihat saja diri Uncle Nestle itu sendiri. Jika berdiri di sebelah Angelina Jolie atau J-Lo, pastilah melolong² kedua² perempuan itu melihatkan Uncle Nestle yang jauh lebih jelita dari mereka.

Melihatkan ketrampilan Mangga yang langsung tidak vogue itu, maka Uncle Nestle pun berkata, "Apa ke buruk sangat ko nih noks.. Mari sini mak groom ko cukup² pompuaan. Ko ni bukan tak cantik. Canteeekk mak tengok haa.. bla bla bla ", biasa la kan, kalau Uncle Nestle dah mula bercakap, mana dia tau berenti. Tapi sambil dia menceceh tu, Uncle Nestle pun mulalah menggerakkan jari jemari mulus yang penuh magis itu, merubah imej Mangga.

Dan.. VA VA VOOM!!


Mangga kini tampil dengan imej yang berbeza dan jauh lebih kelesss dari dulu. Uncle Nestle yang juga seorang penerbit filem itu serta merta mendpat idea untuk menampilkan Mangga sebagai salah seorang bintang utama filem terbarunya. Bergabung dengan 2 orang (eh.. '2 buah' la kan?) lagi anak didik Uncle Nestle iaitu Oren dan Berry, Mangga kini sedang meletup² dengan filem terbaru di pasaran yang berjudul The Sorbet Story.

Filem yang mengisahkan perjalanan hidup 3 orang gadis melarikan diri dari penjara ini dikatakan sarat dengan aksi mendebarkan. Beberapa orang pengkritik menyifatkan The Sorbet Story adalah filem paling berani yang pernah dikeluarkan di negara ini. Lihat saja berikut antara aksi berani dan menggiurkan dari Mangga dalam filem ini.


Dan aksi ini pula seolah² telah menjanjikan anugerah Pelakon Wanita Terbaik buat Mangga dalam Festival Filem yang akan datang.


Jika anda belum menonton The Sorbet Story, segeralah mendapatkan tiket² yang dijual dengan harga RM 3.00 untuk kanak² (saiz kecik) dan RM 6.49 untuk dewasa (saiz besar). Jika anda membeli di pasaraya Giant, anda akan dapat diskaun RM 1 untuk saiz besar, sekiranya jumlah belian keseluruhan anda melebihi RM 50.

Khabarnya Mangga kini tidak lagi duduk berlonggok di pasar malam yang sesak dan panas, sebaliknya dia sentiasa diberi layanan istimewa seseuai dengan statusnya kini sebagai seorang ('sebuah' la kan?) selebriti popular. Tempatnya kini sentiasa di ruang berhawa dingin bersama teman² barunya Oren & Berry...

Apa yang ko merepek ni Kak Peah..?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home