Wednesday, November 22, 2006

Chantekk bukan..?

Budak ini kan, dia kan, memang tak leh tengok spek mata. Tak kira la kan, spek mata kaler itam ke kan, spek mata ada power ke kan, spek mata Mak dia ke kan, Abah dia punya ke kan, Ayah Chik dia punya ke kan.. malahan Embah dia punya sekali pun kan, dia mesti nak pakai.
Jika ada sesiapa berminat untuk menjadikan budak ini model cermin mata, sila lah contack akak ye.. Muahaha.. kosser jek kan, mak gila glemer gituh!

Bukan Akak Sorang Je Tau!
Tadi akak tengok Amazing Race Asia tuh, tapi bukan yang baru lah, yang ulangan minggu lepas punya, sebab minggu lepas akak asyik missed jek. Kali ni, diorang race kat Indonesia pulak, dan antara task yang diorang kena buat ialah mengambil clue yang diletakkan di tengah² beberapa ekor 'dot dot dot' di dalam sebuah zoo. Haa.. kosser jek kan, terus meroyan akak datang, dan akak angkat kain baju yang akak tengah lipat masa tuh ke depan muka akak. Ala² dengan harapan kain baju tuh akan menghadang pemandangan akak kat TV, atau menghalang dot dot dot itu keluar dari dalam TV lah agaknya.

Anyway, lepas tengok tu diorang buat task tuh tadi, err walaupun tengok ujung² mata aje sebenarnya, kira tengok jugak lah kan. Anyway, lepas tengok tu, maka akak sedar bahawasanya akak sebenarnya seorang yang normal di atas muka bumi ini. Akak bukanlah spesis yang dilahirkan dengan terlebih hormon mengada-ngada, atau terlebih hormon penakut. Err, akak tak pastilah samada 'mengada-ngada' dan 'penakut' tu adalah sejenis hormon atau apa, sebab akak dulu Biology pun dapat C3 aje.. ke C4? Eh entahlah, akak tak ingat.

Anyway, sebab apa akak kata akak normal? Sebab boleh dikatakan hampir semua yang kena pegi amik sampul hitam kuning kat tengah² kandang 'dot dot dot' tu mengatakan bahawa 'dot dot dot' adalah antara perkara menakutkan bagi diorang. Si Zabrina peserta Malaysia tuh pun, belum masuk lagik, dia dah nangis kat luar tuh. Mesti dia cam ada instinct bahawasanya dia terpaksa berdepan dengan 'dot dot dot' lepas tu kan. Sebenarnya akak menjangkakan gayah Sri Lanka yang propah tuh yang akan menangis guling², tapi ternyata jangkaan akak meleset. Tapi gayah tu pun takut dengan dot dot dot tuh tau.

So kesimpulannya, akak normal okay.. Akak kira setaraf tau dengan peserta² Amazing Race tuh.. huhuhu..


Diet?
Akak konon² tengah diet lah ni. Sejak balik dari kenduri kat kampung hari tu, akak takde sentuh nasi pun tau. Kiranya, dah 3 hari lah ni akak tak makan nasi. Dasat kan akak diet?

Memang akak tak makan nasi. Akak cuma makan McD, kerepek ubi pedas, sotong kering, biskut Munchy's Music, aiskrim, kuih sepit, cekodok kurma, maggie, pizza, lasagna dan barbecue chicken wings aje. Dasat kan akak diet?

Akak berangan nak turunkan sekurang²nya 5 kilogram sebelum kick off party kitorang nanti. Akak ingat kick off party tu dekat² hujung tahun nanti. Sekali, akak baca email tadi, rupanya party tu 5 Dec nih. Huh, sempat ke deknon nak turunkan 5kg dalam masa tak sampai 2 minggu ni? Macam tak sempat jek.

Selalu macam ni tau. Bila ada apa² majlis kan, mesti akak plan nak kuruskan badan sebelum tiba majlis tu. Tapi selalunya la kan, bila sampai masanya, samada akak kekal dengan berat badan yang sama, atau akak dah tambah lagik berat badan. Rasanya, hanya untuk 1 majlis jek yang akak bebetul berjaya kurangkan berat badan - majlis persandingan akak sendiri. Huhuhuhuu... Tu pun setelah mak akak sound Mak Andam akak supaya jangan besarkan baju pengantin tuh untuk akak, tapi akak kena kecikkan badan akak kalau nak muat baju pengantin tuh. Bijak kan mak akak? Jadi, perlukah akak mengajak Abang akak untuk bersanding sekali lagi untuk menurunkan berat badan akak? Atau perlukah akak suruh mak akak aje bagitau kat organizer kick off party tu supaya tak membenarkan mereka yang overweight menghadiri parti tersebut?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home