Monday, December 11, 2006

Aku chenta dia! Aku chenta dia!

Hari ni sebenarnya hari jadi Abang akak. Happy birthday Abang! Kita chenta Abang! Kita chenta Abang! Hik hik hik.

Tapi kan, walaupun hari ni hari jadi dia, akak takde bagi dia hadiah pun, sebab bulan ni akak kopak, kena bayar deposit bilik ofis baru akak. Tapinya kan, akak pulak yang dapat hadiah. Camno tuh? Hik hik hik. Ya betul.. sempena hari jadi Abang akak, dia telah menghadiahkan akak sebijik Nokia 9300 Communicator. Hik hik hik. Tu pasal la akak chenta dia, akak chenta dia! Korang ada husband yang kasi korang hadiah sempena harijadi dia? Haa.. akak ada tau! Hik hik hik.

Sebenarnya Abang akak nak beli handphone untuk dia sendiri, tapi bila mengenangkan handphone akak lebih nazak dari handphone dia. Dan mengenangkan yang semenjak akak pakai handphone tu, dia dah 3 kali tukar handphone, maka dengan penuh rasa simpati, dia merasakan akak lebih layak tukar handphone dulu. Dan dengan penuh rasa simpati jugak, akak mintak lah Communicator aje. Sebab kalau akak kurang simpati, akak dah mintak Dopod atau O2. Baikkan akak..? Hik hik hik.

Maka, tiada lagilah handphone berwajah Mawi akak tu. Akak trade-in handphone lama tu dengan harga RM150. Setengah jam lepas tu, akak lalu balik depan kaunter tu, dia sudah bungkus handphone lama akak dalam plastik, dan letak harga RM 270. Mak aihh.. tu kalau diskaun pun, dia still boleh untung RM100!

Handphone baru akak belum ada gambar Mawi, tapi ada lagu Mawi. Hik hik hik.. Tapi akak rasa tak nak letak gambar Mawi lah kali ni. Disebabkan Abang akak yang belikan handphone ni, akak nak letak gambar Abang akak la pulak jadik wallpaper. Abang akak pun macam Mawi apa.. tak caya tanya la diorang yang pernah jumpa. Sama taww! Hik hik hik. Aku chenta dia! Aku chenta dia! HAPPY BIRTHDAY ABANG!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home