Wednesday, December 20, 2006

Comelnya! Sedapnya!

Last week akak dah berpakat dengan Ana untuk celebrate birthday Raha, Abang akak dan Abah akak serentak, sebab diorang punya birthday semua jatuh dalam bulan December. Ye deknon² sekelian, itulah yang dinamakan 'parti budget' atau 'ekonomi handalan' okay. Jangan korang nak mengutuk akak pulak.. sudah! Pegi main jauh²..

Okay, berbalik kepada parti ekonomi handalan yang kitorang adakan pada pukul 3.30 pagi itu. Bukan sahaja parti itu diadakan kerana sengaja tak mahu menjemput jiran tetangga, sahabat-handai dan saudara-mara, kerana tak ada bihun goreng, sandwic dan air sirap, tetapi juga disebabkan kek² yang comel yang akak bawak balik hari tu, tersangatlah menggoda, dan rasanya tak mungkin kitorang boleh tido tanpa memakan kek² itu dulu. Lagipun, kalau kitorang ajak jiran tetangga segala, mesti tak cukup kek tu untuk kitorang. Lihatlah deknon.. chomell bukann??



Untuk Raha..


Untuk Abah Raha..
(akak paling berkenan kat design yang nih la..)


Untuk Embah Raha


Untuk mereka lagi..


Kesemua nombor² di atas telah dimakan oleh Raha seorang. Yang heart shape tu pun dia jugak yang makan. Camni dia mintak:
"Mak.. mak.. Raha nak my heart.."
Abih laa anak aku banyak sangat nengok filem Indon.

Birthday girl meniup lilin.. make a wish sayang..
Semoga anak Mak berbahagia dalam hidup, di dunia dan di akhirat..

Wajah² Abah Raha dan Embah Raha tidak dapat ditonjolkan sebab terlampau 'cute' ketika meniup lilin tuh. Dibimbangi keterlebihan kekiutan mereka akan menenggelamkan kecomelan Raha, maka adalah lebih baik disimpan sahaja gambar² tersebut. Hik hik hik.

Sedap sangat tau kek² ni, secantik rupanya. Puas hati sangat. Akak gerenti akan order lagik nanti. Korang kalau nak tengok lebih banyak lagi design² kek yang meletops gitu, boleh klik kat Happy Cakes Blog. Boleh email tuan punya blog untuk order. (Haa Jojoe, free promotion lagik nih taww.. next time akak order, kasik free lapan ketul okkeh.. kwang kwang kwang)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home