Friday, March 23, 2007

Gedik!!


Akak baru 'ter'tengok siaran ulangan Debat AF pagi tadi.

Baru ler akak tau, alkisah sorang pompuan gedik, dah terkeluar, dan dikatakan oleh penonton bahawa dia terkeluar kerana dia gedik, tapi dia kata dia tak gedik, kononnya dia gedik sebab dia berkawan dengan sorang lagik pompuan gedik.

Huh.. ayat dia atas kedengaran sungguh gedik di telinga akak!

Sungguh lah kosser statement gedik itu kan? Boleh gitu? Dan pengakuan ini dia buat sendiri over the phone kepada Aznil taww! Lagi sekalik.. dia kata dia tak gedik, tapi dia gedik sebab dia kawan dengan sorang lagik budak pompuan gedik yang masih ada dalam akademi.

Hapa jenis statement kah ituu?! Dan statementnya itu didengari oleh satu Malaya taww! Itupun kalau satu Malaya tengok ler..

Dah ler hari tu akak terbaca, dia bagitau press yang kononnya dia percaya yang dia terkeluar awal disebabkan stetement yang dikeluarkan oleh ex-boifrennya masa kejutan dari Astro dulu. Kononnya ex-boipren dia buat citer pasal dia ada affair ngan boipren baru. Kononnya statement ex-boifren itu lah yang menyebabkan orang tak undi dia.

Ni satu lagik tah hapa ke jadahnya alasan..

Kalau dah nyanyian tu memang hampeh, setakat harap muka jek chantekks, dengan kepala terteleng² celup gaya artis yang sedia ada, toksah ler nak perasan boleh jadik artis fofuler.

Kalau ex-boipren ko tak buat sebarang citer pun, dan kalau ko kawan ngan pompuan melayu terakhir pun kat dalam akademi tuh, tapi kalau dah memang persembahan ko hampeh kepunden mareng sekepperr very der longkangsss.. tetap akan terkeluar jugak okkeh! Takde sapanya nak undi.

Haa hamik ko kena carutan over ngan akak sekilo. Tak suker sangat taww orang yang tak reti nak admit kelemahan sendiri, pastu sesuka jek main tunding² jari blame orang lain nihh.

Ingat ler deknon, kalau nak berjaya, ini prinsip yang patut ko amalkan:
NO EXCUSE!
NO COMPLAIN!
NO BLAME!


Kalau ko gedik lapan kilo sekali pun, tapi kalau nyanyian memang taraf diva kalah Datuk Siti Norhaliza, orang pasti akan undi jugak!

Tengok jek la Datuk Siti tuh, walau bermacam gossip melanda dia, walau dia kahwin ngan orang jauh lebih tua sekali pun, walau berjuta orang tak restu perkahwinan tuh, walau banyak cerita buruk pasal laki dia, walau orang kutuk dia gila harta, walau orang kata macam² lagi kat dia, tapi dia menang jugak award Artis Wanita Paling Popular taww.

Sebab apa? Sebab BAKAT yang ada kat dia memang tak boleh dinafikan.

Lagi sekali, meh akak nak ingatkan, kalau nak berjaya, memula sekali yang ko kena tanam kat kepala hotak ko tuh, ialah 3 perkara nih:
NO EXCUSE!
NO COMPLAIN!
NO BLAME!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home