Monday, July 23, 2007

Adeh.. sakit perut.. sakit perut..

Pagi ni bangun tidur tetiba rasa perut cam cramp gitu.. (perut cramp?). Alaa akak tak reti la nak describe cemana. Kang kalau akak kata macam nak beranak, korang kata akak over acting plak kan. Tapi dipendekkan citer, akak sakit perut yang teramats lah.

Akak rasa mesti sebab terlebih makan malam tadi.

Semalam kitorang makan nasi dengan lauk 2 ekor ikan. Sekor ikan merah besar gedabak Abang dapat masa memancing 2-3 minggu lepas. Sekor lagik ikan siakap saiz biasa jek yang Encik Kamil kasi free jek kat Abang, sebab dia kesian kat Abang mancing tak dapat ikan semalam.. huhuhu.

Ikan merah tu buat masak stim asam pedas. Siakap tu pulak buat deep fried with soy sauce ke hapa tah namanya. Terer kan akak masak? Muahaha.. takde maknanya akak yang masak. Tak kuasa akak menyiang ikan² besar gedabak tuh okkeh. Akak hantar jek kedai Chinese Muslim kat Sunway Damansara tuh. Sedap taww diorang masak. Tapi leh tahan gak la diorang charge. Kira ikut berat ikan gitu.

Lepas tu akak bawak le ikan yang dah siap dimasak tu ke rumah biras akak. Ala² letak dalam tupperware besar gedabak konon² akak yang masak gitu kan. Tapi haruslah biras akak takkan percaya pun kalau akak kata akak yang masak. Sebabnya dia yang rajin memasak tu pun tak kuasa menyiang ikan besar gedabak gitu kan..

Mulanya akak plan nak makan ikan jek la, tanak makan nasik. Sekali biras akak bawak keluar sambal udang kering garing yang tersangatlah lazat dan crispy nya. Kena plak dengan nasi lembik panas² gitu.. Saja kan biras akak nak sabotaj diet akak lah tu kan. Maka akak pun buat² lupa untuk kira berapa senduk nasi masuk dalam pinggan akak.

Lepas tu Abang akak tu biasa la kan. Dia tau mancing jek. Habiskan ikan dia tak tau. Terpaksalah akak dan biras akak yang menghabiskan ikan² tuh (ececeh.. alasan lah tu, sebenarnya memang rela pun). Tapi serius, ikan² tuh memang banyak, sampai se'eh perut nak mengabiskan. Kang kalau buang kan membazir lak namanya.. Membazir tu kan sahabat syaitoonn.. (ekeke.. habis tu makan banyak tu bukan sahabat syaitoonn gak ke?)

Lepas makan, biras akak paksa (ececeh.. paksa kononn.. padahal memang sendiri yang nak makan..) makan rambutan dengan manggis plak. (Saja taww ente dengki sama ana.. ente bukan orang lain sama ana, ana punya beras jugak).

Takde la banyak sangat pun akak makan rambutan & manggis tu. Tapi tu le, orang kata buah² tempatan nih memang banyak bawak sakit jek. Agaknya tah apa berlaku dalam perut akak malam tadi, asid rambutan campur asid manggis berperang dengan ion² ikan merah dan cas² ikan siakap, pagi nih perut akak tersangat lah sakitnya, pada ranking 2 anak tangga di bawah sakit perut nak beranak. Dan pagi ni aje dah 2 kali masuk toilet membebaskan mangsa² korban perang yang berlaku dalam perut akak malam tadi.

Moralnya disini, sekiranya deknon sedang berdiet, kalau pun dah turun 2-3 kilo tuh, tak bermakna leh lupa diri walau untuk 1 malam jek. Akak insaf deknon.. akak insaf.. hik hik hik.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home