Thursday, July 12, 2007

Akak diet kembali.. hik hik hik!

Hehehee.. Akak baru mula berdiet kembali. Heheheee.. Dah kronik baru nak insaf katanya. Tapi kali ni akak cuba berdiet dengan cara yang logik dan sihat (kononnya lah kan..).

Sebenarnya, baru² ni akak baru beli satu krim tuh. Namanya SeDo Body Silhouette. Tapi kan, akak rasa akak beli dalam keadaan tak sedo diri pun sebenarnya. Akak sungguh terpengaruh dengan gambar² perut buncit yang mengempis setelah beberapa minggu sahaja menggunakan krim itu. Kata salesgirl tu, yang slim itu, yang akak rasa bukan la slim disebabkan krim tuh pun, tapi masa dia mintak kerja kat situ, dia memang dah slim sejak azali pun, kata dia, krim tu menggunakan 'nano technology' gitu. Ala² bila disapu ke tempat yang berlemaks, dia terus menyerap dengan kelajuan 200 km/j kedalam lapisan lelemaks anda, dan terus mengeluarkan lelemaks anda itu dalam bentuk titisan air gituh. Dia siap buat demo kat tangan akak. Memang betull deknon.. keluar titisan air dari kulit akak! Akak begitu terkasima sekali dengan silap mata tersebut okkeh..

Tambahan pulak, masa tu tengah offer katanya. Sapa beli krim tu masa tuh, dapat free 2 kotak coffee, dan coffee itu sangat lah sedap masa akak try dekat booth diorang tuh. Dan cofee tuh pulak, slimming coffee katanya.

Lepas tu lagik, dapat pulak kupon yang membolehkan akak mendapat rawatan mengempiskan perut selama 30 minit di salun diorang dengan harga cuma RM28 hengget jek. Ditunjuk pulak gambar perut beberapa customers, sebelum dan selepas rawatan 30 minit itu. Kiranya, memang nampak sangat lah perbezaan antara gambar sebelum dan selepas tu. Dan gambar² tu pulak, akak yakin sangat bukan le super impose. Dan akak konfiden ler tu memang gambar sebelum dan selepas rawatan pada hari yang sama, sebab baju yang dipakai tu baju yang sama, date pada gambar tu pun date yang sama.

Harus akak teruja kan dengan segala offer di atas. Maka terbang ler RM 238 akak pada hari itu.

Akak terus ler pakai bila balik rumah lepas tu kan. Memang betul deknon, lepas sapu krim tuh memang ler keluar titisan air dari bahagian berlemaks di badan akak, maka akak pun cuba lah untuk percaya bahawasanya itu adalah lelemaks akak yang bertukar menjadik cecair. Tapi minda separuh sedo akak merasakan bahawasanya krim tuh sendiri kalau bersentuh dengan kulit memang akan keluar air pun. Maka akak pun mulalah berfikir secara waras, kalau akak terpaksa menggunakan tapak tangan untuk mengurut setiap kali menggunakan krim tu, haruslah tapak tangan akak yang paling banyak terkena krim tuh kan? Maka haruslah jari jemari akak akan menjadi terover slim kerana tiada lemaks langsung kan?
Musykil ler nih.. tapi akak pakai jugak ler krim tuh.

Selang sehari lepas tu. Akak pegi la pulak kat salun yang diorang offer rawatan tuh kan. Habis tu sayang ler kan kalau tak guna, RM28 hengget jek. Akak imagine, kalau harga biasa, mesti korok² pun seratus dua gak sekali rawatan. Jauh deknon akak memandu. Dari Kota Damansara, ke Puchong perginya.

Bila sampai sana, akak tengok salun dia kecik jek pun. Akak ingat eksklusif macam London Weight Management ke, Marie France Bodyline ke kan. Tapinya dia sebenarnya salun kecik yang kat rumah² kedai tu jek. Takpe la, akak buat jek la kan, alang² dah sampai.

Untuk rawatan tuh, kita kena pakai krim kita sendiri. Kalau kita pakai krim dia, dia cas extra RM10. So akak memang awal² dah bawak krim sendiri. Masa nak start tuh, akak perasan pompuan tuh letak punya la banyak krim tuh kat atas perut akak. Tergezut akak okkeh! Padahal masa akak beli hari tu, salesgirl tuh kata letak 3-4 titik jek!

Akak pun tanya la, "Eh banyaknya you letak?"
Budak tu jawab, "Ya maa.. you punya perut besar maa.. Kalau sikit takde kesan lor.."
Oh.. insulted sungguh okkeh.
Akak rasa nak gunting jek lidah dia kat situ.
Tapi kebenaran harus ditelan walau pahit rasanya.. huhuhu..

Alaa.. akak malas ler kan nak gaduh, sebab budak tuh pun muka baik giler. Tapi sekali lagik minda separuh sedo akak kan memang dah start ler berpikir, mesti diorang memang dah saja pakat pakai krim tuh bebanyak kan, supaya krim tu cepat abis, dan supaya lepas tu customers akan beli lagik.

Pastu pompuan tuh mengurut akak menggunakan massager yang lebih kurang seperti ini rupanya, yang kat rumah akak pun ada sebijik.

Maka akak pun berfikir, baik ler akak buat sendiri jek kat rumah.
Akak tanya la dia, "Kalau normal price berapa?"
Dia jawab, "RM 38"
Dalam hatiku.. Cheh! Aku ingat ratus²! Punya la jauh aku mengembara semata² nak jimat RM10 dan nak kasik dia perabih krim aku dekat setengah botol!! Arghh.. Tipah tertipu kah?! Tipah tertipukah?!

Tapi kan, dalam pada tu, sempat jugak la akak evoke emosi dia untuk join akak buat Unit Trust. Hik hik hik.. Dia macam interested jek, sebab dia ajak akak jumpa bebila dia free nanti.

Bila dah habis treatment tuh, akak pun tengok ler kan dalam cermin. Eleh.. sama jek! Apsal tak macam yang dalam gambar tuh pun? Apasal diorang buat in 30 minutes terus nampak beza? Mencik lah nih kan.. Maka minda separuh sedo akak kembali berfikir, mesti pompuan² dalam gambar tuh buat treatment banyak kali. Dan bila diorang nak amik gambar yang dah nampak result tuh, diorang saja jek pakai baju yang sama. Pastu mesti diorang saja jerk tukar date kat kamera tuh. Ala date kat kamera kan boleh set ikut suka ati kita jek. Alaa mesti diorang dah pakat la tuh. Arghh!!! Tipah tertipukah?! Tipah tertipukah?!

Tapi budak tu ada cakap ler kat akak, akak tak leh pakai sebotol jek. Disebabkan lemaks akak overdose katanya, akak kena constantly pakai 5-6 botol, baru nampak result.

Huh! 5-6 botol? Kalau 5-6 botol setakat result hilang 1 inci, tak gunalah deknon. Akak nak kalau pakai 5-6 botol tuh, tummy akak dah macam Angelina Jolie! Macam Angelina Jolie masa jadik Lara Croft taww, bukan masa dia pregnant okkeh!

Anyway, bila balik dari salun tuh, akak search la kat internet pasal krim nih. Akak saja nak tengok kot ada orang blogging ke, buat testimoni pasal pakai krim nih kan. Tapi takdek pun deknon. Takde sapa pun pakai krim nih gamaknya. Akak sorang saja kah terasa menjadi Tipah?

Dalam pada akak dok searching tuh, akak jumpa banyak pulak blog and testimoni pasal Herbalife pulak. Wahh!! Sekali lagik akak teruja. Adakah akak akan menjadi Tipah sekali lagik? Tapi banyak betul lah yang bercerita pasal Herbalife nih. Di sini, di sinun, di situ dan di sini jugak dan ada lagik la! Kat Forum Cari pun ada deknon.

Walaupun akak tau diorang tuh semua pengedar, dan dah pastinya diorang akan cerita yang best² jek untuk menarik pelanggan, at least testimonial diorang cam ada logika la sket. Takde ler semua turun 30 kilo in 3 months or loose 10 inches in a day gitu kan. Ada yang turun 10 kilo sebulan , ada gak yang turun 2 kilo jek sebulan. Pastu citer diorang termasuk la tips makan dan minum segala. Sejak akak baca blog² diorang nih, mula la akak rasa bersemangat nak diet semula. Ala² ada sinar harapan untuk kurus katanya, hik hik hik! Mula la rasa nak try Herbalife pulak lepas nih kan. Hik hik hik..

Kali ni akak cerdik sikit. Akak taknak lagik membeli dengan tergesa², kononnya akak nak buat kajian dan eksperimen dulu lah kan (sebenarnya dah habis budget beli krim hari tuh). Dari apa yang akak baca, kalau ambik Herbalife, kena banyak minum air, baru ler berkesan. Pastu kena tukar le cara pemakanan. Ala mende² nih akak dah tau dah sebenarnya. Tapi sebelum ni ala² amalkan sehari, hari esoknya lupa dah. Huhuhu..

So kali ni, sebelum akak bebetul beli Herbalife, akak nak disiplinkan diri dulu. Chewaahh!! Semangat nih.

Maka bermula lah sessi diet terkini akak. Hehehe..
Akak start minum air banyak². Gila ko! First day tuh asyik masuk bilik air jek! Tapi masuk 2nd day dah okay sket dah. Oleh kerana akak mesti minum lebih kurang 3.5 liter air sehari, maka akak menggunakan botol ini untuk menyukat air.
Satu botol nih boleh isi 600ml air, so akak kena pastikan akak minum 6 botol air ni sehari. Macam banyak jek kan? Tapi sebenarnya tak susah pun. Akak make sure akak habiskan 2 botol sebelum tengahari. Pastu another 2 botol selepas tengahari, dan another 2 botol sebelah malam.

Pastu disebabkan kebanyakan tips yang akak baca ialah - sila makan selalu, jangan skip makan, tetapi control ler apa yang anda makan. Maka akak pun tak nak skip makan dah. Maka akak makan jek la memanjang.. muahaha!!! Akak suka! Akak suka!

Pagi akak breakfast sekeping roti dengan tuna banyak². Err.. tapi sebab dah terbeli tuna ada mayonis lak, akak belasah jek la. Next time, akak beli tuna in water tu jek la kot.

Tengahari pulak akak makan dengan meriahnya. Yeaahh.. lauk akak penuh satu pinggan! Ikan, sayur, tempe, ulam².. hehehe. First day tu akak letak nasik separuh. 2nd day akak letak nasi suku jek. 3rd day akak letak nasi ala² 2 sudu jek. Muahaha! Pastu yang tukang senduk nasi tu pandang akak, ala² berkata "Eleh.. diet konon.. tak kurus pun aku nengok!"
Dan akak pun menjawab juga dalam hati, "Eh sukati akak la!". Huhuhu..

Malam pulak akak makan buah dengan low-fat yogurt. Dan in between meals, kalau lapar, akak makan buah lagik. Kalau lapar sangat pun, akak makan ler roti sekeping. Tapi so far, takde la lapar pun, sebab dah banyak minum air kot. Saja jek bila nampak roti tu atas meja, rasa nak makan. Hehehe..

Actually takde la akak control sesangat pun. Bila gi McD hari tu, akak makan gak nugget, burger, fries, ais krim.. huhuhu. Tapi semua akak makan sikit² jek la. Akak tak amik satu meal untuk akak, akak cilok jek Abang & Raha punya sikit. Sangat jimat kan?

So, dah 4-5 hari akak diet cenggitu. Dan akak dah turun 2 kilo okkeh!! Diulangi.. 2 kilo taww!! Akak suka! Akak suka! Hik hik hik.

Secara saintifiknya akak tak reti ler nak explain kenapa. Sebab kalau nak ikutkan, dari segi kuantiti makanan, bukan le ada beza sangat pun dengan apa yang akak makan sebelum ni. Cuma sebelum ni akak selalu skip makan. Makan sekali jek, cuma yang sekali makan tuh, maybe akak tak amik kira sangat kadar karbohidrat, lemaks, kalori dan sebagainya. Lepas tu yang sekali tu jugak pulun makan cam nak rak. Muahaha!!

Tapi akak rasa, mesti berat turun sebab minum banyak air masak tuh kan. Nantilah, akak copy-paste explaination secara saintifik nya tuh dari mana² website kalau akak rajin.

Camni, tak yah amik herbalife pun takpe kan.. sebab diet sendiri pun boleh turun 2 kilo! Hik hik. Tapi tak laa. Akak rasa akak memang nak amik gak. Sebab dari apa yang akak baca, banyak faedah² lain lagik.

So deknon², doakan kejayaan akak berdiet okkeh!

Mari kita diet!
Mari kita makan selalu selalu!
Yeyy!! Akak suka! Akak suka!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home